Menariknya Idaman Villa @Malacca Homestay di tengah-tengah Bandar Melaka

Thursday, November 10, 2016 PCL 16 Comments


Idaman Villa @Malacca terletak di Taman Kota Syahbandar, Melaka. Terletaknya di tengah-tengah bandar Melaka. Dengan hanya 5 minit ke Jonker Walk, 8 minit ke Taming Sari, 9 minit ke Dataran Pahlawan, 11 minit ke The Stadthuys, 12 minit ke A'Famosa, dan pelbagai destinasi bersejarah di Melaka.

Idaman Villa @Malacca ini dilengkapi dengan 7 bilik tidur, 6 tandas, TV dengan lebih 50 siaran di ruang tamu, TV dengan lebih 20 siaran untuk bilik tidur utama (master bedroom) di tingkat 1 dan 2 dan juga TV di semua bilik tidur lain. WiFi disediakan dengan kelajuan internet 30Mbps. Dapur yang tersedia boleh digunakan untuk memasak. Sesuai untuk apa jua aktiviti sama ada melancong atau urusan perniagaan. Kalau korang sedang mencari-cari di mana mahu bemalam di Melaka, Idaman Villa @Malacca ini lah tempatnya.


Idaman Villa @Malacca, Homestay di tengah Bandar Melaka


Keluarg blogger
Percutian pendek kami sekeluarga di Melaka pada mulanya hanya dicadangkan untuk pergi dan balik hari sahaja, namun bila difikirkan sesekali berada di Melaka Bandar Bersejarah ini hati seakan terasa ingin melawati lebih banyak tempat menarik, manakan cukup seharian! Jadinya aku merancang untuk bermalam satu malam di Melaka. Dalam masa yang sama, alang-alang kami sekeluarga bercuti, aku ajak juga rakan-rakan blogger.. baik tak aku? ..hehe, ada sebabnya aku mengajak diorang ni. Sambil gathering kecil-kecilan sambil mengeratkan silaturrahim, sambil menolong mempromosikan Idaman Villa ni yang akan beroperasi sepenuhnya Disember ini. Sekarang ini masih lagi dalam tempoh promosi. Masih ada sikit-sikit bahagian dalaman Villa yang sedang dibuat panambah baikan.

Teruja apabila setibannya di perkarangan Villa, melihat kesempurnaan bangunan begitu cantik dengan kemudahan bilik lengkap yang selesa membuatkan kami lagi tak sabar nak masuk ke dalam. Korang pun harap bersabar ya.. seterusnya nanti aku tunjukkan 7 buah bilik kesemuanya dan kemudahan peralatan dapur serta barbeku pit membolehkan kami beramai-ramai di sini berkumpul walau hanya untuk sehari semalaman, keseronokan terpancar di wajah masig-masing menambah lagi kebahagian sebuah keluarga besar kami.


Info berkenaan fasiliti yang ada di Idaman Villa @Malacca


1) Pandangan luar Villa. Sebuah rumah bungalow yang mempunyai 7 bilik tidur, 6 bilik air, ruang tamu, dapur memasak. Keseluruhan mampu memuatkan penghuni dalam satu masa, 19 dewasa dan 5 kanak-kanak. Sangat selesa dan cukup memuaskan hati kami.
Pandangan luar Villa
Apabila melangkah masuk ke dalam villa, hati aku semakin tak sabar dibuatnya. Pintu utama dilengkapi dengan sistem canggih. Penyewa akan diberikan kata kunci sistem elektronik sebelum membuka pintu. Nampak tak ? ..bertapa ekslusifnya fasiliti yang terdapat di sini.

2) Ruang tamu dilengkapi dengan TV dengan lebih 50 siaran untuk ditonton dan juga WiFi selaju 30Mbps.
Ruang tamu
3) Ruang makan dan ruang legar yang luas selesa untuk keluarga besar berkumpul, dari ruang tamu ke dapur terdapat sebuah meja makan dan di bahagian tengah ada tangga untuk naik ke tingkat atas. Ada bahagian dapur dry kitchen juga di antara meja makan dan dapur.
Ruang makan dan ruang legar

4) Bilik 2-1. Bilik tidur tingkat 2 ini dilengkapi dengan dua katil king dan penghawa dingin. Ini bilik aku dan keluarga, bilik luas dan sangat selesa terasa semacam berat hati nak keluar bilik. Kelengkapan lain seperti seterika elektrik dengan iron boardnya, shower, gel mandian dan tuala mandi disediakan. Kain sejadah untuk orang muslim. Ada juga sudut santai di balkoni dengan set kerusi meja.
Bilik 2-1
Bilik 2-1 Balkoni

5) Bilik 2-2. Bilik tidur ini dilengkapi dengan dua katil single. Bilik ini sesuai untuk yang bujang-bujang berkongsi 2 orang sebilik.
Bilik 2-2

6) Bilik 2-3. Bilik tidur ini dilengkapi dengan dua katil single. Pun sama untuk bujang-bujang berkongsi 2 orang sebilik
Bilik 2-3

7) Bilik 3-1. Bilik tidur (Master Bedroom) tingkat 3 ini dilengkapi dengan dua katil queen dan penghawa dingin. Bilik besar dan selesa sangat.
Bilik 3-1

8) Bilik 3-2. Bilik ini dilengkapi dengan 2 katil single. Sama juga, kalau untuk keluarga bujang memang sesuai untuk mereka.
Bilik 3-2

9) Bilik 3-3. Bilik ini dilengkap dengan 1 katil queen. Pemandangan sangat menarik.. dinding kaca sebahagiannya membuatkan suasana bilik lebih romantik.
Bilik 3-3
Bilik ini viewnya boleh nampak pantai.. kalau nak merasakan angin sepoi-sepoi bahasa.. bukak jer tingkap menderulah angin laut masuk.


10) Bilik 1-1. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil queen. Bilik tidur tingkat bawah ini juga besar dan selesa. Pilihan terbaik bagi mereka yang tak kuasa memanjat anak tangga ke tingkat atas.
Bilik 1-1

11) Ruang Dapur. Kemudahan dapur memasak yang lengkap. Kalau bercadang mahu masak-masak, jangan risau dengan kelengkapan yang tersedia. Lihat seperti di gambar bawah ; dapur dilengkapi dengan periuk nasi elektrik, cerek elekrik, dapur gas, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Ruang Dapur
12) Laman serta BBQ pit. Boleh guna kemudahan BBQ pit ini secara percuma. Memang kami gunakan sepenuhnya, kalau kebetulan arang untuk membakar tidak disediakan, kita boleh beli barang-barang keperluan tersebut di pasar raya atau kedai-kedai berhampiran.
Laman serta BBQ pit

Beristirehat di ruang legar yang disediakan. Inilah masa yang sangat bermakna ketika berada di Idaman Villa ini, berborak santai di malam hari selepas berBBQ, menikmati makanan bersama seluruh keluarga sangat-sangat bermakna.
Family gathering kami bersama AFB.my

Pendek kata, kalau tak ada tempat yang besar dan selesa sebegini untuk keluarga-keluarga menginap memang boleh buat spoiled mood percutian kitaorang tau. Jadi untuk korang, kami semua sangat-sangat sarankan korang agar buat tempahan dan berkunjunglah ke sini , korang pasti akan berasa puas hati.

Untuk Pertanyaan lanjut dan tempahan Idaman Villa, sila hubungi

Tel : 012-2118246
Tel : 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com
Website : http://idamanvilla.com/idaman-villa-malacca/



16 comments:

  1. Assalamualaikum pcl. Sihat ke? Wahh bestnya.. selalu g melaka pusing2 kejap then balik. Tak pernah berpeluang tidur kat mana2. Hehehe. Lawa betul villa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sihat .. datang melaka stay kat idaman villa ye nanti..memang terbaik homestay.

      Delete
  2. Seronok dan berbaloi sangat kalau menyewa disini...:)

    ReplyDelete
  3. Best dok villa ni.. Rasa cam tak nak balik je hari tu..hihi

    ReplyDelete
  4. Wahhh bestnya! Lawanya! Kemas, menarik! Bilik dia macam hotel hehe.

    ReplyDelete
  5. entry penuh info dan sangat bermnafaat review oaling best utk villa.

    ReplyDelete
  6. Wah..menariknya... Mesti mahal kan? Tapi law pi ramai2.. Brula xtrasa mahal...

    ReplyDelete
  7. jelesnyaaaa nanti la dah abis pantang nak bawa family rest sini gak....dah la cantik,luas,lengkap plak...

    ReplyDelete
  8. Penuh info dan bermanfaat untuk di kongsi bersama. Thanks PCL sebab kongsi info menarik ni..

    ReplyDelete
  9. ala.. bilalah nak dapat peluang gi melaka dan menginap tempat macam ni..

    ReplyDelete
  10. Best ni kalau buat gathering

    ReplyDelete
  11. Wahh bestnya..jeless i tau..

    ReplyDelete
  12. Bilik memang selesa dan luas :)

    ReplyDelete
  13. Kedai berhampiran sangat kan PCL?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.