Minyak Wangi Syahirah. Tak rugi beli dengan harga yang sangat berpatutan

Tuesday, November 15, 2016 PCL 7 Comments


Risau aku dibuatnya.. mana taknya! kalau pakai minyak wangi Syahirah nanti ada orang terpana mata sekaligus mencipta memori manis mengenai si pemakainya. Aku risau sebab yang pakai tu anak gadis aku.. haha. Ok adik (Hanisnazli) sembur sikit sudah ya.. Islam kata, kalau nak berwangi sekadarnya sudah la terutama bagi wanita. Kena tau tu batas-batasnya dalam tatacara pemakaian minyak wangi dalam penggunaan harian. Siapa tak teruja dengan wangian baru dari Syahirah kan .. korang baca seterusnya ;
Hanisnazli, 16
Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Koleksi Terbaru Minyak Wangi Syahirah


Minyak wangi syahirah pilihan wanita malaysia
1. Haute Couture (merah)
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

2. Femme Chic (biru)
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.

3.Celebrite (oren)
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.

4.Glam Star (hijau)
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.

Di antara ke empat-empat koleksi minyak wangi Syahirah di atas, aku lebih gemarkan wangian Glam Star. Korang juga boleh cuba sendiri. Tak rugi beli dengan harga yang sangat berpatutan. Jika di Indonesia, selepas pelancarannya, Syahirah telah menjadi pilihan haruman paling nombor satu! Jenama Syahirah juga bakal menerajui pasaran terhebat minyak wangi di Malaysia.
Haruman yang mampu mendominasi pasaran Malaysia. Minyak Wangi #syahirah Khas untuk wanita..

Minyak wangi Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk setiap semburan pasti anda mampu.. “serlahkan pesona meraih bintangmu”.



7 comments:

  1. Husband kita pun tumpang spray kat badan dia.. hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Best mnyak wnagi ni, bau dia soft aje :)

    ReplyDelete
  3. pewangi ini perlu...kalau badan berbau beri kesan pada orang sebelah kita memang tak elok...bagus juga ada pewangi macam ini...ada pilihan....

    ReplyDelete
  4. murah je kan. mek semenjak preg alah btol bau minyak wangi --'

    ReplyDelete
  5. mcm best jer perfume nih... botol pun cantik

    ReplyDelete
  6. botol parfumnya bagus.. jadi nak pengen beli nih..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, walaupun saya seorang lelaki saya still menggunakan haruman Femme Chic (biru). Haruman yang lembut & segar.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.