Minyak Yu Yee Cap Limau ..Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat bermakna.

Monday, November 21, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments


Ada segelintir ibu-ibu muda zaman sekarang ini memang tak kenal akan jenama minyak kembung perut bayi, malahan ramai yang blur apabila ditanya. Minyak yang sangat masyhur sejak kita kecil lagi. Ada juga mereka yang hanya 'kenal' aroma minyak tersebut berbanding namanya. MINYAK YU YEE CAP LIMAU !

Dula mak guna untuk kita masa bayi. (mak kita la cakap) "kau kerap nangis malam, mak sapu minyak yu yee". Bila kita dah menjadi abang/kakak kepada adik-adik, kita jaga mereka, kita tolong mak sapukan minyak pada tapak kaki, belakang betis, ari-ari dan sekitar perut adik selepas adik dimandikan.. ingat lagi tak?

(mak kita cakap lagi) "minyak ini bagus, nanti beli dan simpan, guna bila perlu.. Banyak kebagusannya"

Sekarang kita sudah berkeluarga. Kita sudah mempunyai cahaya mata sendiri. Bayi kita menangis tanpa sebab dan kita jadi risau tak tentu arah apa nak buat.?Periksa lampin, lampin tak  basah. Bayi lapar? tapi tadi baru je bagi minum susu. Pegagng perut bayi nampak macam keras sikit, cuba ketuk perlahan ...haaa ada bunyi dalam perut ada angin! Pasti ini puncanya.

Ini lah bagusnya pengalaman lalu yang sangat berhaga buat kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau sentaisa menjadi sahabat baik bayi

Minyak Yu Yee (Yu Yee Oil) Cap Limau
Kebanyakan ibubapa tentu  merasa bimbang tentang banyak perkara  mengenai bayi mereka. Korang yang belum kahwin tunggulah  masanya akan tiba. Kalau mak mertua korang tanya pasal minyak kembung perut bayi, korang cakap la yang korang memang ada pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau, pasti dia tak risau bab korang jaga cucunya nanti.

Minyak Yu Yee Cap Limau berkesan untuk bayi melegakan keadaan kembung perut, sakit dan ketidak selesaan. Sapukan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk bayi kita. Bila bayi kita selesa, tidurnya akan nenyak dan ikita pun akan dapat tidur malam yang secukupnya. Lega hati dan gmbira rasa bila Minyak Yu Yee sentaisa menjadi sahabat baik bayi kita.

Minyak Yu Yee Cap Limau juga berkesan untuk semua peringkat umur. Kalau boleh disapukan pada bayi apatah lagi untuk orang dewasa, boleh sangat ! Minyak Yu Yee mampu melegakan otot dan sakit sendi Ia Juga berkesan melegakan kulit gatal, sakit kepala dan kelesuan. Aroma limau yang menyegarkan dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.
Perkongsian pengalaman dengan Minyak Yu Yee Cap Limau di instagaram saya  
Minyak Yu Yee Cap Limau (10ml) milik keluarga saya

Minyak Yu Yee Cap Limau boleh didapati di farmasi dan kedai-kedai yang sedia ada di pasaran. Minyak ini dipasarkan dalam kandungan botol bersaiz 10ml, 22ml dan 48ml. Sedikit informasi tambahan ; Minyak Yu Yee Cap Limau diperkenalkan pada tahun 1860 dan sudah berada di pasaran selama 153 tahun dari generasi ke generasi. Dijamin Halal oleh JAKIM.

Ada sesiapa pembaca sini nak share info berkenaan Minyak Yu Yee Cap Limau? 
Korang dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman.. terima kasih.

9 comments:

  1. Minyak feveret sapu kat anak..

    ReplyDelete
  2. pernah beli dekat anak tak sesuai, last2 maknya pakai..hahaa..sedap je

    ReplyDelete
  3. suka guna minyak ni jugak. Guna untuk satu keluarga..

    ReplyDelete
  4. Bukan setakat elok untuk anak sahaja..untuk dewasa pun bagus..selalu cilok Qhaira punya minyak yu yee kalau sakit perut..hehehehe

    ReplyDelete
  5. Mmg suka pakai..cpt je angin keluar

    ReplyDelete
  6. Minyak ni sesuai dipakai untuk baby dan og dewasa... time sakit perut memang cari minyak yu yee nak sapu :)

    ReplyDelete
  7. X panas ke kat baby?'sbb sy pakai pun rasa panas.x pe ke?

    ReplyDelete
  8. Minyak Yu Yee Cap Limau mmg terkenal dengan keberkesanan dia untuk memulihkan dan menghilangkan masalah kembung perut bayi. Selain daripada tuuu...Minyak Yu Yee dapat mengatasi masalah masuk angin dan sakit perut, perut memulas, mengatasi sakit dan radang ringan pada otot & sendi, juga untuk sakit kepala.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.