Code:

Naik Tram Keliling Kampung

Tuesday, November 29, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Tram.. Apa tu? Kalau kat sini masa kami berada di kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar Selangor. Ada sebuah traktor dengan gandar di bahagin belakang ditarik. Gandar boleh muatkan penumpang seramai yang boleh. Ada tempat duduk semacam naik bas atau keretapi. Alah korang ni buat susah je aku explain. Biasa kan naik tram? Kalau dalam zoo atau taman reakrasi yaag berkeluasan besar mesti ada disediakn tram untuk memudahkn pengunjung melawat kawasan.  Kat sini pun macam tu laa..

Menaiki Tram Keliling Kampung 


Pihak homestay ada menyediakan khidmat yang termasuk dalam pakej Family Day iaitu menaiki tram ronda kawasan kampung.
Dorani homestay
Ini la dia tram, lebih laju dari kereta lembu.. Naik dalam kampung memang jadi perhatian

Masih lagi di hari pertama kami di sini. Petang selepas solat zohor, makan dan berehat rehat sekejap, kami menunggu tram tiba depan chalet. Cuaca petang agak mendung dan sesekali hujan gerimis. Tak jadi halangan sebenarnya malahan kami rasa suka lagi bila air hujan gerimis tempias membasahi muka semasa naik tram melalui jalan kampung.
Macam best, ya ..memang best naik tram keliling kampung
Dari sebuah desa ke sebuah desa, enjin tram dan keriuhan kami melalui jalan rumah kampung, ada juga orang kampung melambai tangan mengalukan kehadirn kami. 

Momen segar di ingatan, semunya melihatkan keindahan pemandangan sawah luas nan menghijau terbentang. Kebetulan kami di musim padi baru berputik. Ada juga sebahagian petak sawah di mana pokok pokok padi masih baru menghijau, orang kata pokok padi dara.. Emmm. Kami kami yang dewasa sebenarnya taklah hairan sangat dengan sawah padi, tapi program macam ini lebih kepada untuk genarasi baru, genarasi anak anak kami. Nampak di wajah masing masing seronok dan teruja. Walaupun sawah bendang tok wan depa sendiri ada tapi tak pernah jejak kaki.. Itu lah hakaikatnya.
 Cuaca mendung, kalau macam ni selalu boleh lepak di tepian sawah menhirup udara segar
Pokok padi masih dara lagi..
 Sempat lagi tu.. Qasehzamri n the gang. Tak lepas peluang

Tonton di live video facebook ..
Momen indah yang masih segar ini aku abadikan dalam video, korang boleh juga tonton di live video facebook .

>> Cerita hari pertama di Sungai Besar

Maklumat berkenaan homestay  :

Inap D'bondang Homestay
En. Khairul Anuar Yaacop
Aalamat : Jalan Paket 60, Sungai Haji Dorani Sungai Besar, 45300 Selangor
Tel : +6019-2198184

Dorani Homestay
En. Abd Rahman Daud
Tel: +6013-6077025
Alamat: Pusat Homestay Parit Satu, Sg Haji Dorani, Sungai Besar, 45300 Sabak Bernam


8 comments:

  1. Perghh naik tram tu best oo...keliling kampung gitu..

    ReplyDelete
  2. macma best je kan .. lama tak nampak sawah padi... wuuuu rindu. pokok sawit je bnyk kt sini. hahahahaaha

    ReplyDelete
  3. Syoknyaaa jalan2 hirup udara kampung

    ReplyDelete
  4. suka tengok sawah padi tu...damai...

    ReplyDelete
  5. wah..meanriknya..tengok sawah padi semua tu

    ReplyDelete
  6. best sangat, bila bisa nak traveling di alam ya... suka tengok alam seperti itu juga bisnis online

    ReplyDelete
  7. Bestkan angin menerpa kat muka..haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Blog Archive