Sekitar Majlis Pelancaran 1GlobalClub 1GC di Pullman Lakeside, Putrajaya

Thursday, November 24, 2016 PCL 6 Comments


Rabu 7.30 malam (23 November 2016) Saya hadir dalam majlis gilang gemilang sempena Pelancaran 1GlobalClub (1GC) di Pullman Lakeside, Putrajaya sebagai wakil Media. Apa yang menarik di sana pada awalnya saya perhatikan orang ramai datang dengan berpakaian santai walaupun majlis tersebut kelihatan agak formal dengan kehadiran jemputan kehormat YB Menteri dan YBhg Dato' Dato'

Sekitar Majlis Pelancaran 1GlobalClub 1GC di Pullman Lakeside, Putrajaya


Semua hadirin kelihatan teruja sekali untuk mendengar dan mendapatkan informasi tentang aplikasi baharu media sosial yang bakal dilancarkan. Siapa yang tak sabar mendengar jika aplikasi tersebut sebahagian keuntungannya berpihak kepada pengguna media sosial yang rata-rata masyarakat dunia mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

1GC
1GlobalClub (1GC)  dengan rasminya telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 

1GlobalClub (1GC)  dengan rasminya telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) 

1GC
Ketua Pegawai Eksekutif 1GlobalClub, YBhg Dato' Verdon Bahada menandatangani memorendum kolabrasi bersama GOMAX dan MyTRADEzone

1GC
Sidang Media diadakan sejurus selepas majlis pelancaran dirasmikan.


1GlobalClub Memasuki Pasaran Digital dengan Platform Perkongsian Keuntungan Virtual Melalui Sosial Media dan Perniagaan Atas Talian yang Pertama di Dunia


1GC

GlobalClub Empire Sdn Bhd telah melancarkan 1GlobalClub "1GC" yang merupakan sebuah platform media sosial pertama di dunia yang memberi ganjaran kepada pengguna aktif di atas talian. 

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada sebuah majlis yang diadakan di Pullman Lakeside, Putrajaya. Aplikasi ini dibangunkan oleh Dato' Verdon Bahanda, Ketua Pegawai Eksekutif 1GC. Ia merupakan sebuah platform media sosial yang bertujuan untuk membantu usahawan serta masyarakat dalam penggunaan teknologi dan seterusnya menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.

Majlis berlangsung penuh gemilang itu telah memberikan sedikit sebanyak input yang berguna kepada hadirin tentang 1GC . Di dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif 1GC dalam ucapannya menunjukkan betapa 1GC mampu menjadi manfaat berguna kepada penduduk negara ini kerana di negara kita sendiri statistik menunjukkan bahawa 18 juta rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial pada tahun 2015 dan peratusan menunjukkan 75% rumah di Malaysia kebanyakannya mempunyai akses internet. Dapatan statistik ini membuatkan pihak 1GC mensasarkan kira-kira 2 juta pengguna setahun.

Secara asasnya 1GC merupakan satu aplikasi sosial yang dibuka pendaftarannya secara percuma kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas untuk menjadi Ahli Sosial manakala Ahli Kelab terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bayaran pendaftaran ialah RM100 untuk keahlian seumur hidup. Dalam sistem ini, ahli kelab akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai berdasarkan berapa aktif mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti mereka di media sosial 1GC seperti menyiarkan status, menyertai forum, blog, permainan atas talian, memuat naik video dan lain-lain ganjaran terkumpul yang akan ditentukan oleh 'meter progres' yang menunjukkan betapa aktifnya ahli tersebut di 1GC.

Dalam majlis itu juga, menurut Dato' Seri Panglima Madius Tangau, Menteri MOSTI dalam ucapannya menyatakan bahawa pada 2015, terdapat 3.4 billion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan bahawa ia akan meningkat kepada 9 billion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dengan peningkatan ini, sudah pasti 1GC yang merupakan satu syarikat dari Malaysia mampu berdaya saing dalam menyahut cabaran teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak perkembangan teknologi di negara ini. Sudah tentu para usahawan serta komuniti atas talian akan dapat memannfaatkan faedah yang ditawarkan oleh platform 1GC.

Pada majlis yang sama, 1GC turut menandatangani kolaborasi bersama GOMAX dan myTRADEzone bagi memberikan ahli-ahlinya pengalaman yang terbaik dengan 1GC.  Untuk maklumat lanjut tentang 1GC dan menjadi ahli, lawati www.1globalclub.com atau www.1gc.club



6 comments:

  1. Satu program yang menarik..

    ReplyDelete
  2. Wah..menarik..moga dpt menarik org ramai gunakan apps ini

    ReplyDelete
  3. Alternatif baru untuk para usahawan lebih berjaya...

    ReplyDelete
  4. macam menarik je..nanti nak try laa..

    ReplyDelete
  5. ooow, bagus jugak ni untuk usahawan online kan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.