Belajar teknik PELUK ?

Tuesday, December 20, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments


Aku suka melawat blog Abe Din, dia selalu cerita bab si lembut dan.. kali ini buat pertama kalinya aku ambil teknik beliau kongsikan ini untuk pelanggan aku..ehh... jauh dah ni korang jangan salah anggap pulak ! tengok gambar dulu..

Aku cerita bab candat sotong ..kih kih. Pakej mencandat sotong, untuk tahun 2017 ramai yang tanya aku macam mana nak dapatkan hasil candat yang melipah ruah. Sejujurnya aku pun masih amatur lagi. aku konsikan dari pengalaman Abe Din ni untuk kita (yg berminat) sama-sama praktikkan..

Abe Din selalu sebut dalam blognya, berkenaan teknik TARIK-LEPAS-TARIK atau mudah sebut Teknik PELUK candat. Cara mencandat lebih kurang sama... cuma pencandat perlu lebih peka dan berhati-hati. Sotong kadang-kadang tidak begitu berminat untuk mengejar dan memegang candat. Kadang-kadang.. sotong akan mengejar, sentuh sikit dan terus lari. Tentunya perangai tak senonoh ini akan merugikan pencandat yang baik hati. 

Intai pula gambar kat atas nI. Cukup rakus sotong memuluk kemas jig yang dihulurkan..itulah teknik PELUK. Nak bagi jadi camni... korang kena aplikasikan proses TARIK-LEPAS-TARIK. Teknik ni aku belajar dari pengalaman...kadang-kadang 100% berkesan tetapi bukan pada semua keadaan.Untuk menggunakan teknik ini, korang perlu tarik jig atau karau pancing dengan lembut dan berhati-hati. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengesan sebarang tarikan yang berlaku. Pencandat profesional boleh menganggar saiz sotong hanya dengan merasa 'salam pertama' sotong ini. Kemahiran ini mudah dikuasai jika peralatan, tali, dan jig yang digunakan adalah sesuai.

Sebaik sahaja korang rasa jig korang dipegang sotong, terus korang tarik sekali dan lepas semula dalam beberapa saat (jangan terlalu lama) lebih kurang dalam kiraan tiga. Cara terbaik untuk korang melepaskan candat ialah dengan mengendurkan joran ke bawah dan tarikan kedua adalah bertujuan menaikkan sotong ke atas.

Secara kebiasaanya apabila sotong mula memegang jig, pencandat akan menahan joran dan mengarau pancing tanpa berlaku pengenduran tali utama. Pencandat juga tidak pasti bahagian mana yang terkena mata candat samada jejari primer atau sekunder. Pencandat hanya mengetahui apabila sotong sudah berada di permukaan air. Ini akan menimbulkan rasa cemas dan bimbang sotong terlepas.

Keterangan Teknik PELUK:

Sebaik sahaja sotong memegang candat. Henjut jig sekali. Jika joran keras buat henjutan sederhana. Henjutan keras boleh dilakukan jika joran anda jenis lembut. Tujuan henjutan adalah untuk memastikan mata jig tersangkut pada jejari primer sotong kerana sotong memulakan tangkapan menggunakan jari utamanya.

Merendahkan jorang bertujuan agar sotong menarik jig merapati jejari sekunder dan bahagian mulut. Perubahan jig dari jejari primer ke sekunder mengambil masa beberapa saat sahaja. Tarikan kedua adalah dengan andaian mata jig sudah berada di kawasan jejari sekunder yang lebih banyak atau di kawasan pangkalnya iaitu mulut. Selalunyanya pada peringkat ini semua jejari sotong sedang memeluk kemas jig udang. Tarikan kali kedua akan menyebabkan lebih banyak jejari sotong yang akan mengenai mata jig udang. Ini bermaksud risiko untuk sotong melepaskan diri adalah sangat rendah.


Teknik ini tidak semestinya berkesan di dalam semua keadaan. Jika sotong dalam keadaaan menggila atau 'galak' tentunya tiada masalah kerana hampir kesemua sotong cukup rakus menerpa dan memeluk erat jig.

Pesanan Abe Din ;
"Perlu diingat kita perlu banyak bersabor ketika belajar dan mengaplikasi sesuatu teknik. Niat perlu baik agar rezeki yang kita perolehi akan berkat. Seperti biasa, jangan lupa kongsi dengan orang lain samada teknik atau rezeki... jangan kedekut."

Untuk maklumat yang lebih mendalam , korang boleh juga lawati blog http://sotonglaut.blogspot.my/ Dan jika berminat nak turun mencandat di musim akan datang sila whatsapp/call saya seperti di banner iklan:
PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2017


6 comments:

  1. bestnya tgk sutun tu...
    thn depan entah dpt ke idak
    candat ni...huhu

    ReplyDelete
  2. besaaauuunya sotong tu. sedap tu boleh makan.

    ReplyDelete
  3. adoii ... gelak sorang2 baca.. banyoknya teknik dan istilah dalam skill peluk ni....heheheh

    ReplyDelete
  4. Candat sotommmmm.. Lea pernah pergi ni.. Pengsan dalam bot.. Hahaha.. mabuk laut.. Memang tamo gi dah sampai bebila.. Ekekeke

    ReplyDelete
  5. salam tuan tanah dan kekawan semua. meh jenguk2 blog kami di sini . www.datoksirkronik.blogspot.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.