Homestay Inap D'bondang dan Dorani Homestay sediakan aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi

Saturday, December 10, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Masih lagi cerita family day kami di Sungai Besar, Kuala Selangor. Nak sambung sikit lagi.. Kalau lah ada yang suka stay dengan suasana kampung dan kawasan sawah bendang. Aku cadangkan korang yang dekat2 KL datang bercuti sini, tak jauh lah dalam 2 jam driving sampai la kawasan kampung yang tenang dan mendamaikan. Kalau kena musim padi mula berbuah, pemandangannya sangat cool. Sejuk mata memandang dengan kehijauan pokok padi luas terbentang.. 

Gambar atas ni masa kitorang lepas aktiviti mengagau ikan dalam sawah. Nanti aku tunjuk gambar lagi.., memang best tau. Rasai suasana budak kampung yang bergelumang dengan selut lumpur sawah padi.

Dulu masa aku masih bersekolah rendah, selalu jugak turun ke bendang bantu mak abah. Rajin la sebab masa tu semua anak2 tak boleh malas2 bangun pagi. Bila cuti sekolah memang kena tolong buat kerja. Kerja tak mudah tau! Penat lenguh satu badan tapi best.. Best main lumpur, main aci ligan dalam petak sawah.. Tu lah kenangan yang dah tak ada lagi untuk anak2  zaman moden.

Homestay Inap D'bondang dan Dorani Homestay sediakan aktiviti mengagau ikan dalam sawah padi


Sebab tu lah, kami pilih homestay kat sini. Homestay sini memang ada sediakan pakej unik seperti mengagau ikan. Mandi dalam palong air, memancing ikan dan banyak lagi aktiviti kampung. Di bawah ni gambar kami sedang turun mengagau ikan keli. Ikan keli dah buang sengat sebab atas keselamatan.. Bisa sangat keli boleh demam juga menahan sakitnya kalau kena.


Mengagau bukannya target nak dapatkan ikan sangat tapi nak berkubang lumpur tu sebenarnya. Nampak selut macam geli sikit kan tapi bagi yang dah biasa 'bernafas dalam lumpur' . Hemm.. memang best tau.. Inilah terapi . Orang Barat 'mat salleh' pun suka mandi lumpur, berjemur pantai haa kau buat geli geleman pulak tengok macam ni !

Dah puas tangkap ikan berkubang, masa untuk mandi palong tiba. Palong ialah saliran air yang mengairkan bekalan air masuk keluar ke petak sawah padi. Palong ni bukan semula jadi macam parit atau telaga. Airnya memang bersih. Kalau dalam parit saliran @ taliair selalunya ada lintah, ada pacat tapi aku perhati jugak.. Serius memang tak ada lah makhluk hisap darah tu kat sini. Tak yah risau kot..

Info berkenaan homestay anda boleh klik link ini : Inap D'bondang


3 comments:

  1. teringat kenangan menolong ibu n ayah membanting padi semasa zaman kanak2 dulu..

    ReplyDelete
  2. Boleh lah nanti pergi sini. Memang teringin sangat nak rasa duduk rumah dekat dengan sawah padi. Heheh

    ReplyDelete
  3. mcm best je berkubang lumpur tu. hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.