Semalam enjoyed dengan family ..

Monday, December 19, 2016 Nazlee Ismail 1 Comments

Kelmarin seharian kitorang berjimba, Keluar rumah pagi pagi, balik sampai rumah lewat malam. Plan nak sukakan hanis sebelum dia nak amik result PT3 (Isnin).

Hantar Hanis jumpa kawan kawan dia tengok wayang dan nak shopping sikit katanya.. Hanis memang tak pernah keluar dengan kawan kawan sekolah dia semata mata nak enjoy macam semalam tu. Selalunya dengan kitorang jer.. MamaD kata, dia tak mau biasakan anak gadis keluar berfoya . Tegas mamaD !
Dari kiri Kak Nina, adik Hanis, mamaD dan Abah. 
Sebenarnya aku ni tak tau nak mula balik nak meulis blog secara santai santai.. Kadang bosan ada  jugak bila tulis sesuatu yang kita rasa tak best.. Kalau sendiri tak best baca, apa lagi orang lain.

Apa pun aku cuba yang terbaik, baiki apa kurang, tambah masuk apa kelebihan orang lain  yang hebat dalam penulisan dan berjaya. Tapi aku percaya... Sejak mula blogging lagi, aku tak peduli pun ada atau tidak orang baca apa yang aku kongsikan dalam blog. 

Dah lama dah, capai 5 tahun menceburi dunia blogging. Dah biasa beberapa kali down tak menulis entri  blog malah pernah stop blogging beberapa bulan..

Ingat lagi pesanan otai blogger, kalau nak keep up update blog kena lah sentiasa berkarya.. Tulis ikut apa kita rasa. Jangan ikut style blogger lain. Cari style tersendiri pasti kita tak pernah rasa jemu berkarya..

Okay.. Ni aku bersaorangan dalam kereta tengah tunggu Hanis amik reault PT3 dia . Apa pun keputusan dia dapat . Abah tetap cool dan panjatkan rasa syukur atas usaha mu NurHanis Umairah..

Update terkini dari hanis, 
Alhamdulillah Hanis dapat 3 cemerlang dan lain2 subjek kepujian.. Alhamdulillah. 

1 comment:

  1. alhamdulillah.

    kadang tulis blog dari hati sampailah kat orang lain...kalau tulis terlalu serius macam karangan BM tak minat pulak nak baca...santai2 sudah...hehe..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.