Terjebak sudah dengan 1GlobalClub 1GC

Monday, December 05, 2016 PCL 1 Comments


1GlobalClub 1GC beri peluang baru kepada pengguna online untuk menjana pendapatan sambil bersosial aktif di media sosial


Tertt ! Bunyi wasup masuk dari papaG. PapaG ni sorang Blogger dari Kuantan Pahang. Yang aku kenal Dia ni ialah Tauke Shawl,  bisnes shawl berjenama sendiri. 
" Salam Pcl nak job tak?" ;
"PR nak mcm ni.. mcm ni kena post kat social media mcm ni"..  
dan dipendekkan chat wasup kitaorg ; katanya nak 2 blogger sahaja, aku terus setuju dengan tawaran papaG tu.

Sebab jadi tauke shawl online,  papaG ada kenal rapat dengan customer dia yang telah offer job event Launching. dia dapat Direct invitation dari Kak W.

Yang peliknya aku tak tanya pulak 1globalclub 1gc tu benda apa?? tapi aku tertarik sebab antara job tu, aku kena hadir event pelancaran @ Pulmman Lakeside Putrajaya. Dan VVIP yg datang Rasmi tu pak mentri kerja aku.. haha . Terbaek ! memang aku suka sangat dan ini sikit sebanyak berkait secara langsung dengan aku punya kementerian.
Job list papaG dah ready dan deal dengan Kak W. Kak W sorang yang dah friend aku dalam facebook. Walau tak pernah kenal sebelum ni..
Tak pernah kenal tak apa, nanti jumpa boleh kenal2. Event dijadual pada 23hb Nov jam 7 mlm. 
Cover event memang best, kita as blogger kerja tak susah sangat sebab semua dah diberi, cuma perlu hadir untuk amik gambar-gambar masa hari kejadian. Blogger apa sangat ..tapi jangan ada ingat kami-kami datang nak makan atau nak dapat gift saja tau. Yes kami jalankan tanggung jawab yg diberi dengan dedikasi.
Tiba masa Dato' Verdon berucap ; aku tak kenal sebelum ni siapa Dato' Verdon. (maafkan saya Dato' kalau terbaca entri ini). Tapi bila dah dengar apa yang disampaikan Dato' Don.. wah! memang teruja sangat nak join 1GC. 1GC ni dalam jangka masa panjang akan beri 'sesuatu' kepada ahlinya.
Lepas Dato' Vedon berucap, tiba masa YB Menteri MOSTI pulak.. yeah memang aku tunggu speech beliau. Lagi bersemangat aku nak terjah untuk tahu lebih lanjut tentang 1GC.
Masa sidang media berlangsung; Kita ni blogger biasa-biasa jer.., nak bertanya direct dengan VVIP macam tak sampai niat walaupun ada keinginan nak bertanya.. lupakan . tak apa.. Itu aku boleh explore 1gc dari medium lain. Lagi pun tugasan aku memang kena sampaikan maklumat untuk orang luar khususnya readers blog aku tahu apa itu 1GC? kalau aku tak faham macam mana aku nak tulis..kan.
Habis event malam tu.. masa makan2 sebelum balik sempat berjumpa dengan beberapa wakil 1gc yang sentiasa ada di sana. Kat situ kami sempat berbual dengan satu hensome guys ni nama dia Radzif Taharan, bagus bro ni sebab dia memang friendly. Aku rasa semua staff 1GC memang gitu. Senyum selalu dan tak lokek ilmu..syabas korang.
Kita siap interview Bro Radzif.. yg sebetulnya bukan nak cari bahan menulis tapi lebih kepada macam mana 1GC beroprasi dan apa benefit pengguna dapat.
Sikit sebanyak memang dapat info tentang 1gc, antaranya kalau join 1gc .. apa yang kita dok buat selalu masa bersosial dan dengan 1gc kita dapat rewards daripadanya..
Aku ni memang suka dan memang buat kerja dengan hadap komputer dan hadap henfon setiap masa terluang.

1globalClub 1GC boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang.. Insya Allah.
"Ini lah peluang " ..kat aku dalam hati.


Majlis pelancaran 1GC >

1 comment:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.