Mencandat Sotong : Naik dari Jeti Kok Majid Tumpat Kelantan.

Saturday, February 27, 2016 PCL 4 Comments


Mencandat Sotong : Naik dari Jeti Kok Majid Tumpat Kelantan.


Trip mencandat sotong bermula di Tumpat iaitu di sebuah jeti yang dinamakan Jeti Kok Majid, selalunya untuk menyewa bot candat, pelanggan akan mencari agensi / tekong bot yang mengusahakan pakej mencandat sotong di sekitar Kota Bahru Kelantan.

Saya, baru2 ini berkunjung ke kawasan berkenaan untuk meninjau aktiviti para nelayan di sana dan kami ada menyedikan pakej mencadat yang bermula naik/turun di jeti ini.

Jeti Kok Majid, Tumpat Kelantan


Persekitaran yang menrik, suasana yang tidak begitu sibuk, ada kemudahan kawasan selamat untuk pakir kenderaan bagi penyewa bot, ada kedai makan makanan tempatan yang selesa.. semuanya dapat dilihat melalui gambar2 berikut :

Candat sotong Kelantan
 Jeti atau pelatar  naik turun bot2 nelayan

Candat sotong Kelantan
 Antaranya bot nelayan.. bot candat

Candat sotong
 Perkampungan nelayan Kok Majid

Candat sotong Kelantan
Kemudahan kedai makan kampung, kemudahan parkir kenderaan selamat

Pekej Candat Sotong Kelantan 2016


(Jeti naik/turun : Kota Bharu MIB, Kemasin, Tumpat dan Kuala Besut Terengganu)

Pakej 1 (bot max 8 orang)
Pakej 2 (bot max 10 orang)
Pakej 3 (bot max 12 orang)
Pakej 4 (bot max 06 orang)

Untuk info details boleh contct :
0109282086 (wan ghafar)
0174009726 (nazlee)


4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

ITINERARY / INFO PERJALANAN KRABI-HATYAI

Thursday, February 25, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


ITINERARY / INFO PERJALANAN KRABI-HATYAI BERSAMA XCELL TRAVEL & TOURS 


[September 2015] Klang-Bkt Kayu Hitam-Krabi-Hatyai-Bkt Kayu Hitam-Klang

Percutian selama 3 hari dan 4 malam semestinya menyeronokkan jika kita punya plan yang rapi dan teratur. Ada grup yang suka kepada jalan-jalan sambil mencari makanan unik, ada juga yang suka membeli belah dan tak kurang juga grup memilih percutian yang penuh cabaran fizikal dan mental.

Grup : Guru-guru dan Keluaga dari SMK Rantau Panjang, Klang Selangor 
Bagi grup seramai 35 peserta yang diketuai oleh Cikgu Rusilawati dari SMK Rantau Panjang, Klang Selangor, mereka memilih pakej yang mampu memberikan keseronokan dan kepuasan dalam percutian mereka. "kami inginkan sesuatu yang berbeza dari plan biasa....." katanya semasa itinerary yang masih dalam perbincangan sebelum itu. Mereka memilih gabungan kesemuanya dalam tempoh percutian pendek dan padat ini dalam itinerary 3h4m Krabi-Hatyai

Ini adalah contoh untuk anda yang merancang dan kami sudah laluinya pada September 2015.

ITINERARY / INFO PERJALANAN 3h4m KRABI-HATYAI 


TARIKH / MASA
ITINERARY / INFO PERJALANAN
MAKAN/MINUM
xx/x/2016
HARI 1

20:30 pm
Bertolak dari (lokasi permulaan) ke Bukit Kayu Hitam


xx/x/2016
HARI 2

05:30 am
Solat subuh

Tukaran Duit di CTC Changlun

07:00 am
Sarapan pagi di Bukit Kayu Hitam
Sendiri
08:00 am
Tiba di sempadan, urusan imigresen Mal-Thai

Bertolak ke Krabi (Jarak 350km – 5 jam)

Singgah di Tam Lay (Gua Batu Kapur)

13:00 pm
Makan tengahari di “Rest Area Trang” (Halal Food)
Sendiri
14:00 pm
Check in Hotel di Krabi (Aunang Hotel)

Free & Easy

19:00 pm
Makan malam (menu Halal Thai)
Disediakan
20:00 pm
Aktiviti bebas (Krabi Night Market )



xx/x/2016
HARI 3

08:00 am
Sarapa pagi
Disediakan
09:30 am
4 Island Tour (Island hopping & Snorkeling)

13:00 pm
Makan tengahari / solat
Sendiri
14:00 pm
Bertolak dari Krabi ke Hatyai (270km – 3 jam)

Singgah di beberapa tempat untuk shopping barangan kulit, t-shirt dan madu lebah

Singgah di Klonghea Hatyai Floating Market

20:00 pm
Makan malam / Solat
Disediakan
Check in Hotel di Hatyai (Grand Plaza Hotel)

Aktiviti bebas (Hatyai Night Market)



xx/x/2016
HARI 4

08:00 am
Sarapan pagi
Disediakan
09:00 am
Check out hotel dan bergerak menuju  ke Pusat membeli-belah (Jarak 50km – 1 jam 30 min)

Nora Plaza, Renu & Ice Dome

13:00 pm
Makan tengahari di Hatyai
Sendiri
Elephant trekking

Sunset di Pantai Songkla

20:00 pm
Bergerak balik ke Sempadan (Bukit Kayu hitam)

Urusan Imigresen

Makan malam
Sendiri
 TAMAT
Bertolak Balik ke (lokasi permulaan)




Feedback dari ketua rombongan : Cikgu Rusilawati


Jika anda merancang untuk trip percutian padat dan menyeronokkan :
Boleh hubungi : 
 Xcell Travel & Tours Sdn Bhd (103298-H)
website : www.xcelltravel.com
 FB pageXcell Travel & Tours Sdn Bhd
Tel : 017-4009726 (nazlee)
Tel : 010-928 2086 (Wan Ghafar)





4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kongsi Teknik Mencandat Sotong Dari Kelab Pancing Facebook

Wednesday, February 24, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Kongsi Teknik Mencandat Sotong Dari Kelab Pancing Facebook


Kelab pancing ikan dan seumpamaya..ye bukan pancing-pancing 'anak dara orang' eh..
Cerita lagi bab aktiviti mencandat sotong..huh memang tak sabar rasanya bagai termimpi-mimpi sotong melekat di pancing candat ! berat terasa bila ditarik dengan memancut-mancut dakwat hitam dari mulutnya...huhu ginilah kot semangat mencandat membuak-buak bagi mereka yang dah booking bot candat dalam menghitung harinya tiba. 

Program mencandat pada tahun 2016 ini akan bermula seawal bulan April, ramai yang plan mencandat waktu cuti persekolahan bulan Mac nanti..tapi dikhabarkan masa itu tidak sesuai.. masih awal sotong tak galak lagi..haha itu yang diperkatakan oleh tekong yang aku kenali di Kuala Terengganu.

Apa pun , tarikh 'hot' adalah pada cuti panjang bermula 29, 30 April dan 1 Mei memang menjadi rebutan kaki pancing khususnya mencandat sotong. Rata-rata kalau ditanya kepada pengusaha pakej mencandat pantai timur khususnya semuanya sudah penuh sejak tempahan dibuka awal Febuari lepas.

Namun, tarikh-tarikh pilihan lain adalah hari cuti (Sabtu Ahad) sepanjang musim mencandat sotong.Bagi kebanyakan peserta terdiri dari mereka yang pergi mencandat ini adalah hanya untuk memenuhi aktiviti keluarga atau kumpulan rakan kerja setelah stress dengan kesibukan kerja seharian. Mahu melepaskan tensi kerja barangkali kena cuba sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Aku nak share sikit teknik mencandat dari  Kelab Pancing Facebook (KPF), anda yang dah biasa masuk ke fb tersebut sememangnya meminati aktiviti memancing? itu yang aku fahamlah..kalau sesaja nak stalker kaki pancing memang itulah medium yang sempoi buat masa ni.. ramai giler ahlinya telah mencecah 63.7 ribu orang.

Teknik baru dari brader Mie Ngail (admin KPF)

pakej mencandat sotong

kelab pancing facebook


Aku difahamkan, mencadat sudah begitu komersil, oleh itu pihak berkenaan menggunakan teknik lampu limpah (sport light) pada bot untuk memeriahkan kegelapan sekitar dengan cahaya yang terang agar dapat menarik kehadiran kumpulan sotong di lautan. Sudah menjadi lumrah bahawa sotong amat tertarik dengan cahaya.. maka idea meletakkan lampu neon di bahagian bawah tali pancing dan candat seperti yang ditunjukkan dalam gambar dijangka berkesan bagi mendapatkan hasil sotong dengan kaedah mencandat.

Kalau anda suka, boleh la singgah ke Kelab Pancing Facebook

Anda minat mencandat sotong ?
Anda suka makan sotong ?
Kalau dapat sotong / beli sotong, resepi apa yang anda gemar masak ?

18 Okt 2015 ... Terima kasih kepada pelanggan bot candat sotong yang dihormati,. Jika anda berhajat mencadat, jangan tunggu lama untuk buat tempahan.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List


4 Feb 2016 ... Jom Candat Sotong , candat sotong kuala terengganu, sotong segar.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
29 Jan 2016 ... mencandat sotongcandat sotong, pakej candat sotong.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List

4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Crab Hut Shaftsbury Square Cyberjaya : Nikmati makanan laut, dekat lagi berbaloi !

Monday, February 22, 2016 Nazlee Ismail 16 Comments


Crab Hut Asia, Shaftsbury Square Cyberjaya


3/2/2016 8PM , aku sudah berada di Crab Hut Asia, Shaftsbury Square, Cyberjaya untuk makan malam bersama beberapa rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Aku berkereta dari Banting, perjalanan cuma mengambil masa dalam 1 jam. Ini adalah kali ke tiga aku makan-makan di sini, sebelum ini (Crab Hut dgn family). Jadi memang tak menjadi masalah untuk aku sampai sini tepat pada waktunya.

Bagi anda yang belum pernah datang ke Restoran Crab Hut Asia, saranan aku gunakanlah khidmat aplikasi Waze melalui smart phone anda. lagi mudah ! Anda akan diberi petunjuk sehingga sampai di lokasi. Tak perlu fikir pasal nak cari jalan, ..fikirkan kelazatan menu-menu seafood di Crab Hut Asia menanti!

Ini antara gambar makanan di restoran Crab Hut ; buat permulaan entri ini:
Seafood Bag | Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn 

Crab Hut Asia ni baru sahaja beroperasi pada bulan November 2015, masih baru lagi dan ramai orang khususnya penggemar seafood belum tahu keberadannya di Cybejaya ini. Penduduk Cyberjaya dan yang berada berdekatan...meh ler datang makan ketam, lobster dan banyak lagi menu seafood yang lazat !
Aku teringin , anak perempuan bongsu aku pun memang gila teringin nak meratah ketam ! (entri kami teringin makan di Crab Hut)

Ramai orang mungkin tahu kewujudan Restoran seumpamanya di ibu kota KL, bagi mereka yang tinggal sebelah sini (Putrajaya, Kajang, Bangi, Banting dan area Selatan khusunya) agak jauh hendak memandu ke Ibu Kota. Itu sebabnya CRAB HUT ASIA berada berhampiran anda untuk memenuhi permintaan. Cari yang dekat lagi berbaloi !! hanya di Carb Hut.

Cari yang dekat lagi berbaloi !! hanya di Carb Hut Asia.




Lokasi cantik dan selesa,  berkenaan parking kenderaan ianya tidak menjadi masalah kerana tersedia kemudahan tempat letak kenderaan yang luas di bagunan sama (Shaftsbury Square) termasuk juga kemudahan lain seperti tandas awam dan juga surau di aras P2. Pandek kata, anda tak perlu risau pasal itu semua.. Datang lah bawa family dan juga rakan-rakan. pasti mereka tidak kecewa.

(jangan lupa baca sampai habis entri, ada tawaran khas untuk pembaca blog ini)

Okay, aku tau ada orang yang rasa segan-segan nak masuk ke Restoran Crab Hut yang exclusive ini , antara sebab mungkin dari segi bajet yang agak mahal dan mungkin juga tak tau cara nak buat order macam mana? ... kan ?

Tak apa, jangan risau ada crew yang boleh beri tunjuk ajar kepada pelanggan Crab Hut, mereka mesti berikan layanan terbaik punya. Mari kita tengok menu-menu yang kami sudah makan di sini ;

Menu-menu Menyelerakan Di Crab Hut Asia

Garlic fried squid tentical  
Okra (kacang bendi goreng tepung) 
Signature Southern Bang Baby Octopus with Garlic Fried Rice 
Seafood Bag | Baby Octopus & Prawn Combo 
Jamba Prawns with Thai Sambal Fried Rice 
Chamala Chicken with Garlic Fried Rice 
Red Lobster - RM155.00 (Harga baiasa Rm179.00) 
Spicy Plum Grilled Salmon with Thai Sambal Fried Rice 
Fried Osyter Sandwich served with Lettuce, Onion, Tomato 
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Nasi Goreng Sambal Thai 
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Kelapa
Minuman : Rose Fruit Punch, Ribena Soda, Red Apple and Strawberry Blend & Pineapple Lemonade

Cara order untuk makanan laut di Crab Hut 


Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.
Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies

Order seafood bag dan bila sudah sampai boleh tuangkan ke atas meja beralas kertas putih bersih. Boleh juga makan terus atau nikmati dengan nasi yang sedap lain dari biasa.
Fried Soft Shell Crab Carbonara Spaghetti 
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce 
Ini details berkenaan restoran :

Restoran CRAB HUT Seafood Boil & BBQ

[MENU], [HOW TO ORDER], [EATING DIRECTION] dan [PRICE]
boleh rujuk : http://crabhut.asia/menu/crabhut.pdf

Crab Hut Asia @ Cyberjaya adalah rangkaian restaurant di bawah @mycrabfactory beralamat di  :

P2-25, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia,
Cyber 6, 63000, Cyberjaya, Selangor
Tel: 03-83226861

Website : http://crabhut.asia
Facebook : https://www.facebook.com/crabhutasia/

Dibuka Setiap Hari : 12PM - 10PM 
Happy Hour Combo adalah setiap hari


Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. antaranya yang mendapat jemputan Crab Hut Blogger Nite Dinner 2016



Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:


Rebut peluang untuk mendapatkan harga promosi ini dan ada tawaran khas untuk pembaca (rujuk kepada gambar terakhir)

Promosi Februari 2016 Crab hut


Masih sempat lagi sehingga hujung bulan ini (29 Febuari 2016) : Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah

"2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)


dan  "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm)


Promosi Mac 2016 Crab hut

Monthly Crazy Bag "Spanner Crab Rm12/100gm (Biasa Rm17/100gm). Promosi sehingga 31 Mac 2016



Tawaran khas untuk pembaca blog PCL (Nazlee Ismail) :


10% diskaun Blogger Coupon Khas Pembaca untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016, Cara menebus ;
~ Buat pembayar di kaunter dan tunjukkan gambar ini untuk menebusnya (flash to redeem) .
*tak perlu print OK !

CRAB HUT BEST !! .. jangan lupa tunjuk kupon khas ini masa buat pembayaran. Okay ?



16 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pakej Kembara Pacuan Empat Roda (4x4) : Aktiviti yang mencabar keupayaan diri

Sunday, February 21, 2016 Nazlee Ismail 13 Comments


Kembara pacuan empat roda 4x4 ; Lata Cermin dan Lata Sungai Terong


Sukan ekstrim dengan kenderaan pacuan empat roda 4x4, ternyata lebih menyerlah dan mendapat permintaan di kalangan golongan muda mudi dan juga golongan yang suka mengembara memasuki hutan belantara khususnya. Sambil bercuti menikmati keindahan, sambil meneroka kehijauan hutan. Mereka yang gemar kearah ini kebiasanya sudah mempuyai group atau kelab masing-masing.

Pengembaraan di hutan hujan khatulistiwa (Rainforest dventure) dengan kenderaan pacuan empat roda (4x4) lebih mendapat sambutan kerana mungkin ia lebih memperlihatkan aksi berdepan dan menongkah cabaran. Ia menguji keupayaan peserta mengemudi jentera moden meredah kerenah alam dengan rintangan sepanjang perjalanan seperti sungai, laluan berlumpur, berbatu dan berbukit. Aktiviti ini juga mencabar percaturan strategi dan menguji kecekapan serta keberanian yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental pengemarnya.

Sesuatu yang tak dapat dilupakan iaitu peserta melanggan pakej yang mampu memberi kepuasan yang lengkap bagi penggemarnya.

Baru-baru ini beberapa orang sahabat saya telah 'masuk hutan' untuk 'bercuti' ; percutian menarik dan mencabar ini sangat diidamkan ; ini gaya orang muda masa kini, selalunya mereka pantang dicabar dan peserta grup ini telah buktikan melalui gambar yang dikongsikan di sini ;



Pemanduan off road selama 8 jam dari Baling Kedah ke tengah Hutan Lipur Gerik, Perak melibatkan jarak sejauh 12 kilometer.


Pengalaman mengeluarkan kenderaan yang tersangkut dalam lumpur atau terbalik dan memandu menyeberangi Sungai dalam hutan tebal sambil menikmati suasana alam hening dan sunyi mencetuskan perasaan berbaur yang sukar dilupakan.





Merehatkan minda dan memulihkan tenaga dengan mandi air sungai, air terjun dingin menyegarkan setelah penat beraktiviti sepanjang perjalanan mencabar..#Sungai Terong



Group Jelajah Belantara


Lokasi Lata Cermin dan Lata Terong
Laluan : Dari Baling Kedah ke Gerik Perak, melalui hutan lipur)

Info :
Laluan hard core (Lata Cermin) merangkumi pemanduan sejauh 12km,  masa diambil dalam linkungan 8 jam. Laluan light core pula melalui Sungai Trong, Gerik.
Laluan yang dikatakan berada di tahap 4 kesukaranya (hard core) adalah antara laluan yang menjadi idaman peminat kembara aktiviti lasak pacuan 4 roda khususnya.

Kepada anda yang berminat, grup mereka ini ada menyediakan pakej-pakej. Selain pakej yang tersedia peserta juga boleh mencadangkan lokasi sendiri namun ia bergantung (ikut perbincangan selanjutnya) .

Target peserta : Pelajar IPT & IPTS, Kelab-kelab rekreasi, Kumpulan-kumpulan jelajah belantara, kelab ekspidisi dan ekplorasi dan sesiapa yang berminat.

Pakej Kembara Pacuan Empat Roda (4x4)


Pakej Jelajah Belantara 4x4
1) Pekej 3 hari 2 malam
2) Pekej 2 hari 1 malam
*penambahan bilangan hari (ikut perbincangan selanjutnya)

Kemudahan :
Khidmat memasak (Makan minum 5 kali sehari )
Khemah besar open concept
Alas tidur
Khidmat jurugambar

Konvoi 4x4 pacuan empat roda

Empat buah jentera 4x4 akan berkonvoi 
Setiap jentera pacuan empat roda 4x4 terdiri dari (pilot & co-pilot)+ (3 peserta)
Keseluruhan melibatkan 12 peserta untuk satu trip/pakej

Boleh contact saya  : 017- 4009726 (nazlee) *saya akan kenalkan anda kepada incharge berkenaan untuk info selanjutnya


13 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.