APA YANG KORANG FAHAM BERKENAAN CHAR KOEW TEOW ?

Thursday, March 31, 2016 Nazlee Ismail 11 Comments


CHAR KOEW TEOW ?


Semalam makan kat kedai Dol Char Koew Teow (kat sini), datang lah si Dol ni dengan ramahnya bertanya khabar, almaklumlah tokey dengan pelanggannya kena lah ramah gitew.. Bagus lah.

Mungkin sebab dah biasa dengan aku, lalu dia borak pasal minat aku... tau lah kan , pasal memancing lah. dan lagi satu pasal trip mencandat sotong. Dalam sibuk2 dia dengan bisnes sempat lagi beramah mesra...terusklah gini Dol . Mesra pelanggan.!

Habis bab mencandat, memancing masuk bab bisnes, aku tanya Dol mana dia dapat resipi goreng Char Kway Teow..,  aku ikhlas cakap dia goreng sedap sama macam mana aku makan sebelum ni di utara (BM, Sg Dua, Sg Petani)  mamaD pun setuju sebab kami memang jelajah habis (dulu-dulu lah...)

Okay , sebelum aku cerita lagi.. korang baca apa kata wikipedia tentang char kway teow :


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Ada bait ayat kat situ.. char kway teow sebagai makanan tidak menyihatkan... tapi sedap ! kan ..kan?
sebab itu aku berhenti sekejap.. cari lagi dan makan lagi. Sebabnya sangat sedap kena dengan selera kami sekeluarga.

Dol tanya aku, abang tau tak char kway teow yang asalnya macam mana? aku cakap la .. koew teow mesti ada kuah ala-ala banjir dalam pinggan. Dalamnya ada beberapa ekor udang saiz XL , kerang, tauge dan kucai. Makan dengan cili potong/jeruk.

"B U K A N    B A N G " ..
Dol kata sebenarnya bukan.. bukan macam apa yang aku faham tu. Baru-baru ni , ada sorang pelanggan yang tak dikenali sudah 'sekolahkan' saya kata Dol . Katanya, jangan letak 'char' depan nama koew teow pada signboad kedai . Kalau nak letak jugak kena goreng kway teow macam ni...bla..bla.. dia minta Dol buatkan untuk dia testing !

Dia nak koew teow yang digoreng kering (mengikut kefahaman dia.. char koew teow adalah 'kering' bukan basah). Maka, Dol yang baik hati melayan pelanggan ni menurutkan kehendak pelanggan yang satu ni.. 
Sekali buat macam diminta ... serve kat dia, dia reject ! (nak garing lagi... sampai hangit)

Gorengan kedua, Dol goreng koew teow sampai melekat pada kuali.. sedikit hangus dan serve untuk dia. 
"haaaa.. ini baru Char Koew Teow" !! macam ni lah.. hahaha. 

"macam ni abang, abang sorang la yang boleh makan" pelanggan saya yang lain memang tak suka. Dol cerita dengan nada lembut, tapi aku tak tau lah masa dia menghadap pelanggan tesebut tu macam mana.

Kesudahannya ..cerita Dol ni buatkan aku sedar, dan bukan aku saja tau bab koew teow..dan ada orang-orang lain seolah2 mendabik dada berkata; "Aku Orang Utara..Aku Tau Lah Rasa Koew Teow ori macam mana rasa"... sebenarnya banyak lagi yang tersembunyi pengertian dan andaian masing-masing dalam mengkelas makanan. yang benama Char koew teow ni. (kadang nak taip nama ni pun susah ; char kway teow, char kuey teow dan macam macam lagi  'words' kalau kita google.. 

APA YANG KORANG FAHAM BERKENAAN CHAR KOEW TEOW ?


Search instead for char koew teow
27 Jun 2015 ... resipi char koew teow penang, resipi char kuey teow penang, cara buat kicap char koew teow, char kway teow penang.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
16 Dis 2015 ... Sedap makan char kuey teow kami sekeluarga kat restoran Sham, Seksyen 19 Shah Alam (semalam) .. macam-macam menu ada kebanyakan ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
15 Ogos 2015 ... Char Kuey Teow kalau pandai masak memamg sedap dan bertambah enak lagi bila tak kueyteownya tak mudah kembang selepas digoreng.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
18 Nov 2015 ... Selalunya anak-anak memang suka makan char kuey teow, ini bukan kali pertama aku cerita bab kuey teow dalam famili kami, sampai lah bab ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List

11 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selalu ke ubah deco dalaman rumah sana sini.. Rajin ?

Thursday, March 31, 2016 PCL 1 Comments

Deco simple mamaD


Dah lama mamaD stop mendekorasi dalaman rumah kami, ya ... sejak ramai 'anak2 kecik' dah tak sempat nak kawal. Kalau dulu, setiap bulan ada saja perubahan layout ruang tamu, dapur , bilik tidur dan luar rumah.. Makin lama makin bertambah usia dan makin tak larat nak buat semua benda kecuali sesuatu yang dulu minatnya datang semula. macam ni... mamaD dah mula mendeko  ..itu hari kat luar mamaD buat cafe santai laki bini.. ni sikit2 bahagian dalam pulak.. 

gambar hiasan ~ frame gambar lama yang dah tak menarik gambarnya, diterbalikkan . Beli tali benang dan klip penyangkut yang comel ..alah modal tak sampai lima henggit pun siap satu frame gantung.

Korang punya rumah macam mana.. selalu ke ubah-ubah deco sana sini ? (soalan ni jawab kat komen ya :)

Wanita yang bekerjaya kebanyakannya kata,  tak ada masa nak buat semua benda hari minggu. Weekdays kerja, weekend tak kan nak kerja jugak.. Jadinya, rumah tak sempat di kemas... kalau kita pasangan ideal sejiwa..buatlah kerja rumah sesama bagi tugas. Lain lah halnya kalau suami isteri tak rasa 'sakit mata' memandang (lantak la.. bukan ada sapa tengok pun).... nanti mertua datang atau saudara mara datang baru nak kalut berkemas...haha (macam biasa pulak).  

Ada orang suggest gunakan khidmat pembantu part time untuk kemas rumah .. puas hati ke dengan servis dorang? berapa kena bayar pulak ? Okay.. aku takde isu pasal nak amik pembantu part timer, cuma .. sebagusnya buat lah sama-sama bekerjasama suami isteri , mengemas dan sebagainya di hari minggu luangkan masa dan kita sendiri boleh merasakan nikmatnya.insya allah.

"Man jadda wajada, wa man zara’a hasoda, wa man yajtahid yanjah "

مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "Sesiapa yang berusaha (InsyaAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya".

... مَنْ زَرَعَ حَصَدَ - Man zara'a hasada pula bermaksud "Sesiapa yang bercucuk tanam (InsyaAllah) akan menuai hasilnya."

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - Man yajtahid yanjah pula bererti "Sesiapa yang berusaha (InsyaAllah) akan beroleh kejayaan."

p/s (TQ KC efg share  .. sebab ayat tu pagi ini membakar semangatku)

1 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cafe Santai Laki Bini aje..

Tuesday, March 29, 2016 PCL 6 Comments


Suka Deko-deko Produk IKEA 


Lepak santai di depan rumah... Bestnya rasa. Best lagi kalau lepak berdua-duaan.. tapi sekarang ni cuaca sangat panas.. dalam rumah lagi laa.. kalau tak ON aircond siang malam rasa macam kurang selesa / membahang. 

Sesekali nak juga bersantai dengan angin panas di luar, baru segar udara yang dihirup.. walau di dalam membahang. Rumah di tepian sawah @ di tepian pantai okay lah kan... angin sepoi bahasa mendayu. ehh malas nak bayangkan lebih-lebih ..terasa nak amik cuti lah gitu.

Gambar kat bawah ni. deco baru oleh mamaD,  beriya dia ajak aku ke IKEA cari barang.. ; bab cari barang kat IKEA anak-anak kami selalunya ada jugak bersuara, letih kalau ikut mama shopping kat IKEA. Tak kurang dari 3 jam... walaupun bawak balik satu dua barang. Kadang .. kosong !

deko mama'D
Ruang depan pintu rumah ~ kiranya ada sikit lagi ruang untuk muat-muat 1 kereta dan motosikal park.

Sebenarnya, aku rasa diorang tu masih tak faham fikiran 'orang seni', macam mamaD punya style, mahu cari idea memang gitu, haha . Ada yang ideanya datang bila tengok dari majalah hiasan, tengok dari rancangan televisyen bab deko-deko dan kadang tu idea men design tu datang sendiri ikut kreaviti masing-masing.

Ada projek rupanya mamaD. Nak buka "mamaDcafe" katanya . Kapasiti untuk 2, 3 orang sahaja dalam satu masa :) 

deco mam'D
Ini cafe santai laki bini aje..
Ini baru suka-suka, projek mini cafe... yang sebenarnya untuk merialisasikan impian kami nak buka cafe sebenar nanti. Tapi idea cafe yang dah siap ni bukanlah nak bukak kepada umum ; cafe santai laki bini aje.. boleh kann !

Okay mai kita check berapa modal mamaD nak bukak 'mini cafe idaman'.  Masa kitorang ke IKEA Ahad lepas, dah tak ramai orang bersesak.. Agaknya barangan diskaun dah tak berapa ada ..dah habis dah kebanyakannya. Ini pun nasib baik dapat ..last stok ada beberapa buah saja tinggal di rak simpanan. Kalau lambat memang kempunan jugak mamaD membeli.


Rm59 + Rm40 plus x 2 set kerusi hitam + Rm0 (kerusi lama sedia ada)  =  +/- Rm140

Nice looking ~ save money but waste time and energy to get it , biasa lah... ada orang lain sanggup datang jauh dari luar Selangor hanya semata-mata nak dapakan barang idaman dari IKEA. Sekarang lagi bagus sebab  IKEA dah bukak satu lagi terbaru IKEA Cheras .

Boleh check kat web IKEA kalau nak ushar harga barang : http://www.ikea.com/




6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Majlis Tampak Lagi Ceria Dengan Dekorasi Belon-belon Gubahan

Monday, March 28, 2016 PCL 3 Comments


Majlis Tampak Lagi Ceria Dengan Dekorasi Belon-belon Gubahan



Teringat zaman kegemilangan kanak-kanan dahulu. Belari sana-sini tak kenal erti penat.. yang terlebih kepenatan adalah orang tua-tua yang memerhati gelagat anak-anaknya. Kadang kala ada sikit rasa 'sakit hati' melihat keletah anak-anak yang lasak dan kuat meragam.. Kadang juga tersenyum sendiri melihat keletah anak-anak riang gembira dengan rakan sebaya mereka bermain-main. Zaman kanak-kanak adalah indah sebenarnya, kalau boleh aku nak kembali ke zaman itu.. bahagia rasa tak pernah rasa tertekan dalam kehidupan seharian.

Apa pun, semua kita pernah melaluinya dengan pengalaman pahit manis zaman kanak-kanak. Pengalaman juga selalunya mendewasakan seseorang. Bersandarkan dari pengalaman lalu, dewasa ini kita boleh melihat bagaimana masyarakat kini menghargai anak-anak mereka. Ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mungkin kerana ; contohnya aku dulu tak pernah merasa 'dibelon-belonkan' , agak pelik bunyinya tapi apa yang aku nak ceritakan ialah majlis meraikan anak-anak sekarang nampak lebih ceia dengan props yang kreatif  hanya dari pelbagai warna belon yang digubah bentuk dan perkhidmatan badut (clown) untuk menambahkan lagi kecerian sesebuah majlis kanak-kanak. Aku lebih fokus kepada majlis untuk kanak-kanak sebabnya rata-rata dari mereka sangat  gemarkan belon.

Sebagai ibu bapa, kita dapat memenuhi permintaan anak-anak.. bertapalah sukanya mereka. Mereka berasa diri dihargai. (begitulah harapan anak-anak sebenarnya kalau kita selami....)

Di sekitar Lembah Klang ini, ada banyak terdapat syarikat perkhidmatan / servis khas untuk menceriakan majlis-majlis keramaian. Untuk dekorasi menggunakan belon pelbagai warna, Wow Clown & Balloon Specialist boleh dipercayai untuk menberikan servi terbaik.

Semasa EFG buat Majlis 1stEFGathering lalu, kami berkesempatan mendapatkan servis dokorasi belon dari Wow Clown & Balloon Specialist. Mereka memberikan sponsor balloon deco "sejambangan bunga gergasi" walau  nampak simple tetapi ianya kelihatan unik di majlis tersebut .

Props baloon deco ini selalu mendapat perhatian oleh hadirin untuk sesi bergambar kenangan ..kalau tak caye tengok gambar .. 'layan gambar kenangan di 1stEFGathering'
Perkidmatan dekorasi belon Wow Clown & Balloon Specialist sangat menakjubkan, jika anda berkunjung ke laman page mereka, anda boleh lihat pelbagai dekorasi belon pelbagi bentuk dan warna... sangat menarik !




WOW Clown & Balloon Specialist menawarkan perkhidmatan belon hiasan dan badut (clown) untuk majlis seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan, majlis pembukaan (opening ceremony), majlis reunion, majlis hari keluarga, majlis anugerah dan lain-lain. Semua boleh customize mengikut bajet dan kehendak pelanggan.

Untuk Tempahan dan Informasi mengenai Balloon Deco ini, anda boleh berhubung terus melalui :

FB : WOW Clown & Balloon Specialist 
IG : instagram.com/wowballoonmy
Call or WhatsApp : 017 3133184

Okay.. Layan gambar kenangan #1stEFGathering; Blogger bersama belon  gergasi dari WOW Clown & Balloon Specialist

 


lagi gambar-gambar best,  kalau nak tengok cari gunaka hastag #1stEFGhatring di Fb dan instagram.

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

AMBIL KISAH AMBIL TINDAKAN BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

Thursday, March 24, 2016 PCL 8 Comments


Program Lawatan KBBA Ke CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur


Penagih DADAH sepatutnya didekati dan bukan sebaliknya. Dekati mereka untuk merubah kehidupan mereka ke arah kebaikan. Tidak semua orang tahu adanya agensi kerajaan yang memberikan servis seperti Cure and Care Service Centre (CCSC). Ramai yang berpandangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hanya melakukan  operasi-operasi serbuan / tangkapan penyalahgunaan najis dadah atau ada yang baik sikit dari tu, iaitu hanya membuat pameran kesedaran dan seumpamanya untuk masyarakat. 

Fungsi AADK sebenarnya dari kaca mata luar memang tak nampak jelas untuk membantu mereka ini, mereka yang terjerumus dengan dadah akan sentiasa menjauhkan diri. Begitu juga dengan ahli keluarga mereka. Takut kena tangkap atau takut kene masuk 'kursus' beberapa tahun di pusat pemulihan.

Jika semua orang berpandangan sama seperti yang disebutkan, memang susah nak hampiri mereka ini, umpama pepatah Melayu "jinak-jinak merpati"  baru nak dekat dia sudah terbang melarikan diri.

Di sini, melalui penulisan blog ini aku cuba untuk menjelaskan kepada pembaca agar memahami berkenaan fungsi-fungsi CCSC yang sebenarnya. Dengan melihat lebih dekat dan diberi pendedahan mengenai permasalah dadah serta kaedah rawatan dan pemulihan yang dilaksanakan oleh AADK.

Apa itu Rawatan Methadone ?, Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari, Cure and Care Service Centre (CCSC)
Apa itu Rawatan Methadone ?, Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari, Cure and Care Service Centre (CCSC)
Cure & Care Service Centre Chow Kit, Kulala Lumpur

Cure and Care Service Centre (CCSC)


Pengenalan :

Peranan dan Fungsi yang dahuluinya dilaksanakan melalui peranan Pusat Khidmat AADK (PKAADK) telah diambil alih peranan oleh CCSC melalui rebranding semula dan ditambahbaik dengan meningkatkan lagi fungsi dan peranan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada kumpulan sasar melalui Program Psikososial seperti program bimbingan dan kaunseling, Kelompok Sokongan Sosial (KSS), Kelompok Pencegahan Relaps (KPR), Program Keluarga, Program Early Recovery (ER) dan sebagainya. Selain itu, CCSC turut berfungsi sebagai tempat rujukan dan khidmat nasihat, kemudahan sukan dan riadah, serta Program RTG Metadon sebagai rawatan sokongan kepada klien.

Prinsip Dan Kaedah Kemasukan :
Datang sendiri secara sukarela.
Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dan lain-lain.
Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Rujukan dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain.

Lokasi : Kenapa Chow Kit, Kuala Lumpur ?


Chow Kit adalah kawasan hot spot, iaitu lokasi yang umum tahu akan kewujudan gejala penagihan dadah dan pusat tumpuan sarang-sarang  maksiat. Sasaran kawasan seperti ini adalah untuk lebih dekat dengan mereka yang bermasalah dadah dan menjadikan akses perkhidmatan rawatan serta pemulihan secara sukarela untuk mereka. CCSC menjadikan mereka sebagai klien utama. Penglibatan klien dalam mendapatkan perkhidmatan serta program-program rawatan dan pemulihan di Chow Kit, Kuala Lumpur ini adalah matlamat utama CCSC.

Program Kerjasama AADK dan Kelab Blogger Ben Ashaari


Pada 16 Mac 2016, bertempat di CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur. Melalui surat jemputan AADK dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9), kami (beberapa nama blogger) telah turun padang untuk melihat sendiri senarionya.

Antara agenda yang telah dijalankan ;
  • Melawat sekitar bangunan CCSC dan melihat Program Rawatan Methadone dijalankan
  • Taklimat oleh Pegawai-pegawai AADK dan CCSC berkenaan
  • Mendekati klien 


Apa itu Rawatan Methadone ?


Rawatan Terapi Gantian (RTG) atau lebih dikenali dengan Methadone Maintenance Therapy (MMT) mula digunapakai di seluruh dunia. Di Malaysia Pelaksanaan Program Rawatan Terapi Gantian  menggunakan methadone bermula pada bulan Oktober 2005. Tujuan utama Program Terapi Gantian methadone adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup penagih dadah. Secara khususnya, program ini adalah bertujuan untuk :

i. Mengurangkan kadar penagihan semula di kalangan penagih dadah terutama sekali yang tegar;
ii. Meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal;
iii. Mengurangkan kejadian jangkitan penyakit di kalangan penagih dadah yangberkongsi jarum suntikan;
iv. Meningkatkan fungsi psikososial di kalangan penagih dadah termasuk keupayaan mereka untuk mendapat dan mengekalkan mutu kerja serta meningkatkan keyakinan diri untuk kembali ke dalam masyarakat yang mana akhirnya nanti ianya dapat memberi satu harapan kepada penagih dadah tegar agar mereka dapat kembali berfungsi secara normal, mempraktiskan gaya hidup sihat dan menjadi lebih produktif dalam masyarakat.

Program Rawatan Terapi Gantian menggunakan methadone dilaksanakan oleh AADK dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya boleh diperolehi di AADK, klinik kesihatan terpilih dan klinik swasta yang tertentu sahaja. Dalam program ini, penagih perlu hadir mendaftar di klinik yang berkaitan dan akan mengambil methadone setiap hari mengikut sukatan yang telah ditentukan oleh doktor. Di CCSC Chow Kit ini adalah lokasinya, Jika kebetulan masanya anda berada di sini, kelihatan ramai klien datang untuk medapatkan rawatan setiap hari dari pagi sehingga petang.

Program ini akan berlanjutan mengikut suatu tempoh masa tertentu sehinggalah penagih telah benar-benar pulih dan tidak bergantung kepada methadone sepenuhnya. Program terapi gantian ini adalah hanya untuk penagih dadah jenis opiod sahaja (heroin & morphine) dan bukan lain-lain jenis dadah. Ianya merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu penagih dadah jenis ini kembali dari penagihan.

Kepada mana-mana pihak yang memerlukan keterangan lanjut berkaitan program ini, silalah hadir ke pejabat AADK yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat yang betul. Bantulah mereka yang telah terlibat dengan penagihan ini kembali semula menjadi sebahagian daripada ahli keluarga dan masyarakat kita. [Sumber info :  udinmedan ]


Gambar Sekitar Program Lawatan KBBA Ke CCSC Chow Kit, Kuala Lumpur
Puan Hamsiah Bt Mohamad Zahari, Penyelaras Program di CCSC, Chow Kit Kuala Lumpur memberikan taklimat 
Sebahagian dari Rakan-rakan KBBA yang terlibat sedang mendengar taklimat daripada Penyelaras Program

"Kami Sedia Membantu" ~ KBBA AADK CCSC
Mr. Tan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sambil diperhatikan Bloggers KBBA sedang menerangkan bagaimana  prosese merekod pendaftaran / menerima kehadiran klien setiap hari di CCSC
Doktor bertugas sedang mmemeriksa dan merekod tahap kesihatan klien sebelum diberikan rawatan
Puan Tengku Hanizar Bt Tengku Awang, Pengarah AADK Kuala Lumpur juga turut serta bersama Blogger KBBA
Antara Rakan Blogger yang turut serta dalam program Kerjasama KBBA AADK  ~ Blogger Najeeb sebagai wakil KBBA menerima cenderahati dari AADK

Program berakhir dengan harapan tinggi dari pihak AADK , dengan kerjasama ini agar boleh memberikan gambaran luas dan kefahman masyarakat luar terutamanya di kalangan keluarga-keluarga penagih dadah supaya tampil secara sukarela, datang mendapatkan informasi dan saling bekerjasama untuk menangani permasalahan sedia ada.

"Dadah MASIH Musuh Nombor Satu Negara"
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
Dapatkan maklumat mengenai kesan dan bahaya dadah serta pelbagai panduan menangani masalah dadah di wecareweserve.org.

SKUAD 1Malaysia; Sukarelawan Prihatin
"Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab"
Berminat untuk menyertai Skuad 1Malaysia?
Klik di sini untuk mendaftar secara online http://public.adk.gov.my/SKUAD/

Ikuti kami di sini:
- FB : SKUAD 1Malaysia
- Twitter : SKUAD 1Malaysia
- Instagram : SKUAD 1Malaysia
- Youtube : MrAADK 
- Laman Interaktif Pencegahan - http://public.adk.gov.my/antidadah/


8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rawatan Sakit Pinggang Di Melaka

Wednesday, March 23, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Masalah Sakit Pinggang Dan Rawatan


Masalah sakit pinggang boleh berlaku kepada mereka yang menjangkau umur 30an keatas, dan juga mereka yang sering melakukan tugasan berat. Kalau dah sakit sekali , ia mungkin akan berulang sakitnya dalam masa-masa tertentu. Kadang terasa sakitnya apabila bangun dari keadaan duduk yang lama atau bangun dari tidur.

Sakit belakang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah ini iaitu kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi. Ini kalau mereka yang rajin dan aktif bersenam, tapi selaluny tidak berlaku dengan alasan-alasan pelbagai..

Orang Islam menagamalkan solat setiap waktu yang diwajibkan; bersolat ini adalah terapinya yang sangat wajar dan ramai yang tidak tahu. Solat sebagai terapi sakit pinggang Jika sebelum ini kita merujuk kepada terapi yang dirumus oleh orang barat, Islam telah menyediakan rumusan paling mujarab 1400 tahun sebelum dulu lagi. Solat yang kita lakukan sehari 5 kali sudah lebih cukup untuk menjadi terapi kepada penyakit yang sangat terkenal ini.
Adakah anda masih tidak percaya? Sekumpulan penyelidik UM telah melakukan kajian terhadap pesakit yang mengalami sakit pinggang. Alat berteknologi tinggi digunakan bagi menguji kesan solat terhadap tekanan dan regangan yang dialami oleh pesakit sebelum dan selepas terapi solat. Daripada hasil kajian tersebut, di dapati terapi solat dengan melakukan gerakan-gerakan solat yang sempurna berupaya mengurangkan tekanan pada pinggang pesakit dan seterusnya menguatkan dan membetulkan kedudukan tulang belakang serta otot seseorang. Gerakan solat yang paling memberi kesan adalah semasa berdiri tegak, rukuk dan sujud.
Rukuk yang sempurna iaitu 90 darjah mampu memberikan kesan regangan dan terapi yang cukup dalam membantu merawat sakit pinggang. ini kerana, ketika rukuk, tulang belakang diluruskan selari dengan tulang pinggul dan kepala. dalam keadaan ini juga, kita akan rasa rehat pada kawasan pinggang dan ini juga membantu meregangkan otot-otot pada kaki kita. Proses ini seterusnya membantu mengkoordinasikan semula kedudukan tulang-tulang kita.dan memastikan tulang belakang berada dalam keadaan rehat dan tidak dikenakan daya berlebihan serta tidak menghimpit saraf tunjang. Proses senaman atau gerakan dalam solat ini membantu mengembalikan fungsi normal dan berada dalam keadaan rehat otot-otot dan tulang belakang seterusnya memastikan individu tersebut tidak mengalami sakit pinggang.

Cerita pasal sakit pinggang ni, aku pertama kali berkunjung ke Melaka (Alor Gajah), semata-mata ingin melihat sendiri kaedah rawatan alternatif iaitu kaedah rawatan naturopati. Sakit pinggang boleh dirawat di klinik Yusmizee Naturopatic Centre.


Yusmizee Naturopathic Centre, beroperasi di Bangunan MARA Alor Gajah Melaka, Klinik ini selain menerima pesakit sakit pinggang dengan teknik pembetulan tulang pinggul dan tulang belakang juga ada menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, serta Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Kalau sesiapa ada rasa sakit pinggang, masalah sakit pinggang berpanjangan boleh lah ke sini tetapi sebelum itu mesti buat temujanji dahulu kerana selalunya terdapat pesakit datang terus ke klinik perlu menunggu lama untuk menerima rawatan.

Di Klinik Yusmezee Naturopathic Centre, sakit pinggang boleh dirawat. Kaedah rawatan tidak melibatkan pembedahan . Di Kliniknya, Dr.N Yusmizee menggunakan teknik-teknik pembetulan tulang pinggang yang bermasalah dengan kaedah rawatan naturopatic.

DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre

Info : 
Di malaysia terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Mereka menyediakan kursus dan pendidikan di pusat naturopati seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu.



8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Gathering Blogger : 1 st EFG Gathering 19 Mac 2016

Tuesday, March 22, 2016 PCL 11 Comments

1st Gathering Blogger EFG


Exchange Feed Group (EFG) tidak menyangka sama sekali gathering buat julung kalinya sejak penubuhan pada bulan Februari 2015 , mampu mendapat begitu banyak penajaan produk dan tunai .
Kalau semalam entri aku tak sempat nak habiskan cerita pasal gathering.. kali ini nak sambung lagi dan lagi.. (entri part 1)

Kotak Lensa sponsor kita sebuah photobooth, kitaorang cuma ada 2 jam untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan tersebut.. sempoi lah , banyak betul foto yang diambil.. terbaik servis diorang ni. 

Hadiah berupa produk daripada sponsor semuanya dah siap sedia tersusun rapi oleh dayang dayang efg, semua ahli terlibat dan memainkan peranan untuk memastikan gathering berjalan lancar ~ penuh meja dengan produk tajaan..  perasaan memasing tak sabar untuk memilikinya. Keadaan tak kelang kabut sangat sebab setiap ahli yang datang akan bawa pulang .
Tugas seorang blogger, dah sanggup terima barangan sponsor maka wajiblah kena buat tugasan. ~ kat sini nampaklah komited nya bloggers ni buat kerja, ada antara blogger yang baru pertama kali belajar buat live update review. EFG 'Bukan Sembang Kosong' , ini lah slogan yang kita terapkan.. hari ni mereka tunjukkan dan buktikan.
Bloggers yang hadir diberi taklimat ringkas, sapa yang bagi taklimat tu.. ?? . OK , kita ada pengetua efg (www.irrayyan.com), kita juga ada orang lama dalam blogging Eny Yusniza (www.enyabdullah.com) 9 tahun katanya lagi dia adalah follower tegar blog Ben Ashaari . Aku juga dijemput bagi sepatah dua kata, pulak kononya bagi semangat blogging untuk diri dan semua yang terlibat. 

Masa ni memasing tengah sibuk buat kerja, menggaya kan produk tajaan , ambil gambar dan post live update. Dan masa ni juga saling mengenali lebih dekat lagi antara ahli yang hadir.
Tengok la tu memasing bangga dengan kefotogenikan gambar yang diambil..
Proses menguji tahap sejauh mana kenal mengenali antara ahli efg dengan menjawab soalan teka silabg kata yang disediakan oleh blogger Bonde Zaidalifah ~ ternyata ada yang garu kepala memikirkanya.. "siapa kerja Angkasa??" , "Siapa suka melukis", dan siapa siapa lagiii.. kalut suasana sebab nak jawab cepat untuk memenangi hadiah. haaa tu baru nampak siapa dan siapa, baru nak amik tau..kih kih.
Sesi bergambar dengan produk tajaan meriah, meriah sangat sebab kita juga ada photographer didatangkan khas untuk efg gathering. NIZAR FAEZ sebagai sponsor.
Bloggers efg tunggu lagi.. siap boleh demanding nak amik angle macam mana.. walau penat melayan karenah akak2 bloggers tapi servis yang diberikqn tiptop.
Okay, ni blog aku...  aku nak cakap je kami ni "setia hujung nyawa" :) insya Allah doakan ya ...then, tu nak tunjuk juga antara props yang ada di photobooth
Chef Zakaria dari Cafe Cerita Kambing datang delivery sendiri untuk lunch kami, terbaik servis maka makan beryani kambing masala dan ayam masak merah lah kami.. Sebalah paginya sarapan kami ditaja oleh efg, sarapan saja kita punya.. ok.
Selepas makan tengahri, majlis ditangguhkan untuk ahli menunaikan kewajiban bersolat zohor, kebetulan surau dekat kawasan maka ada yang ke surau berjemaah. Dan selebihnya solat di dalam rumah pengetua.

Tak sempat nak berlengah sangat sebab kita semua masa tu tengah mengejar masa.. banyak lagi sponsor nak kena buat live update review. Kat sini nampak kesungguhan bloggers ikut arahan dan follow schedule.

Menang hadiah wajib kena bergambar dengan produk, itu sudah semestinya
Menang hadiah cabutan bertuah KELANTAN CITY Tour wajib kena bergambar dengan props, itu sudah semestinya

Dengan produk sponsor wajib kena bergambar dengan, ini juga sudah semestinya

Dari mula sampai ke ahir majlis gathering kami adalah anti social sangat, tapi kami juga berselang selikan dengan acara lain selain acara makan minum kami berukhuwah merapatkan silaturrahim yang sedia terjalin di group whatsapp , dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang. Majlis tamat dengan seketul kepuasan di hati serta kepenatan seluruh badan demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai blogger.

Ini kira Part Last entry pasal gathering ni.. kalau ada entri lagi ianya berkenaan Produk Review . Jadi, Pesanan aku.. jangan serik buat gathering lagi dan buatlah kerja sepenuh jiwa. Semoga EFG terus maju di bawah payung EFGKBBA dan buktikan bahawa EFG "Bukan Sembang Kosong"

Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

11 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.