Crab Factory outlet kini boleh online delivery service

Monday, May 30, 2016 Nazlee Ismail 11 Comments


SIAPA SINI penggemar masakan ketam yang enak dan makanan laut yang lain? Selain pergi ke restoran, Korang boleh menikmatinya dengan cara tersendiri dan selesa di rumah sendiri sambil menonton televisyen. Best kan? Tunggu je pesanan akan dihantar ke depan pintu. 
Seafood dari Crab Hut kini boleh online order dan delivery sampai ke pintu rumah.. huh best !

Info Terkini dari Crab Factory Outlet !
Crab Factory telah melancarkan Online Odering & Delivery Platform,  pada 19 May 2016.


Korang juga berpeluang memenangi Hadiah Utama Percutian 7H6M untuk 2 orang ke KOREA, 10 x Seafood Set King Crab Monthly , menarik ni !!


******************

Awal tahun ini (2016), masih terbayang lagi kesedapannya. Aku pernah datang makan seafood dengan cara yang unik iaitu makanan yang dipesan dilonggok atas meja yang hanya beralaskan kertas telap minyak ; pertama kali menikmatinya bersama famili aku. [Puas makan-makan di Crab Hut Cyberjaya]

Bulan berikutnya aku bersama rakan KBBA9, dipelawa untuk buat review makanan di lokasi yang sama . Memang terbaik, lokasinya cantik dan selesa.. seolah ada tarikan 'magnet' untuk aku  ke sana selalu. Kalau boleh ! [cari yang dekat lagi berbaloi !!].

Ini untuk orang KL Review berikutnya di outlet [Brolly] Aku juga pernah  ke sini dengan geng kbba9. 

Restoran Crab Hut Cyberjaya adalah salah satu daripada tiga outlet mereka. Yang pertama Crab Factory Petaling Jaya dan kedua ialah Brolly Kuala Lumpur.

Crab Hut Online Ordering & Delivery platform


Ramai orang dah tau adanya restoran-restoran tersebut, mungkin nak sampai sana belum ada kesempatan.. Budget dah ready tapi masa saja belum tiba. Kepada anda yang tak sempat nak makan-makan di luar, aku ada info baik untuk korang semua ; Aku dah buat online order minggu lepas untuk memastikan kelancarannya dan semuanya berjalan lancar, delivery on time dan mudah.

BOLEH MASUKKAN KOD  INI SEMASA PROSES PEMBAYARAN
KOD PROMO NAZLEEI

Dengan kod ini, Anda akan layak untuk RM100 off apabila anda memesan makanan daripada RM300. Penghantaran adalah percuma.

Crab Factory outlet boleh online order &  delivery


Rangkaian Crab Factory ada buat Online Ordering & Delivery platform, untuk memberi peluang kepada pelanggannya membuat pemesanan secara atas talian. Nampak sangat memudahkan terutamanaya penggemar makanan laut, Aku sendiri dah buat pesanan.

Order anda mengikut outlet yang ditetapkan iaitu Broly / Crab Hut / Crab Factory.

Yang pasti pesanan akan sampai ke depan pintu alamat lokasi anda. Korang boleh ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 :
Layari laman web berikut di mana lokasi anda yang berdekatan :

http://www.crabfactory.com.my/ [Crab Factory, Petaling Jaya]
http://www.crabhut.asia/ [Crab Hut, Cyberjaya]
http://www.my-brolly.com/ [Brolly, Kuala Lumpur]

Langkah 2 :

Klik pada 'ON LINE DELIVERY'

Langkah 3 :

Klik pada MENU
Klik pada ORDER NOW

Langkah 4 :

Klik pada LOG MASUK

Langkah 5 :

Klik Pelanggan Baru dan Isi maklumat berkaitan untuk pelanggan baru (pertama kali)
Tentukan Lokasi Penghantaran dan Simpan

Langkah 6 :

Tentukan Tarikh dan Masa Penghantaran

Langkah 7 :
Teruskan memilih pesanan anda ;

Klik TAMBAHAN untuk setiap pesanan anda


Semak Ringkasan Pesanan anda dan jika tiada lagi penambahan, seterusnya..

Langkah 8 :
Klik pada SEMAK KELUAR (Ringkasan Pesanan)
Anda akan dibawa kepada halaman berikut : 
Sila masukkan Kod Promo = NAZLEEI
Klik pada 'Gunakan Kod'


Langkah : 9
Pilih promosi yang anda mahu gunakan : Tanda pada kotak RM100 off RM300


Ini bermaksud, pesanan bernilai RM300 dan ke atas, anda layak mendapat potongan RM100

Langkah 10 :
Klik seterusnya untuk proses pembayaran.
*Pembayaran boleh menggunakan Kad Kredit / Debit Card / PayPal



Selepas sahaja anda selesai dan berjaya melakukan transaksi, anda akan menerima email pengesahan.

Crab Factory outlet 

boleh online order delivery

Perhatian :
Kod : NAZLEEI hanya sah untuk pengguna 50 pertama di setiap laman web. 
Anda boleh membuat pesanan dari semua 3 laman web dan mendapat tawaran yang sama pembelian untuk kali pertama berurusan.

21 Mei 2016

Selepas aku buat online order, malangnya Banting tak masuk cover area. Crab Hut cuma cover area 12 km radius sahaja keluasan buat masa sekarang. Ini pun sama juga bagi setiap outlet mereka. Kalau dah tak masuk cover area... Kena la buat delivery ke mana-mana lokasi yang cover dan korang pick-up di sana.

So, aku punya order, aku mintak delivery ke Alamanda sebab kebetulan aku ke sana. Delivery time memang cun.. 8pm tepat sampai seperti mana aku nak. 
Kualiti makanan juga sama macam makan kat restoran. Terbaik.

Puas hati dengan servis mereka. Korang pun boleh cuba servis delivery online ini, jika ada sebarang masalah terus contact ;
CRAB HUT : 03-8322 6861



11 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Candat Sotong Dapat Tenggiri ..rezeki !!

Wednesday, May 18, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Sotong laut.. memang aku suka buat lauk makan tak kira masa. Sotong sambal, sotong bakar, sotong goreng.. fuhh memang favorite menu aku lah. Tenggiri lak.. terbaik spesis ikan ni yang enak dimasak kari, kari ikan tenggiri memang sedap wehh.. Tengok sini Mat Gebu masak Tenggiri Ala India. Ada yang tak tau macam mana rupa ikan tenggiri?

Aku cerita ni sebab aku excited sangat nak turun laut pada 28hb ni insya Allah. Kami akan Ke Kuala Terengganu, family trip mencandat sotong.

Semalam satu trip pelanggan pakejcandatsotong dari Melaka, dorang ni sangat bernasib baik bila mendapat rezeki tak disangka.. jekpot! kata salah sorang peserta yang tak menyangka lansung boleh menaikkan seekor ikan tenggiri seberat 10kg hanya menggunakan koyan atau seret biasa bermata kail candat. Memang cukup puas hati dengan trip semalam katanya lagi. Hasil sotong candat pulak semalam dorang dapat hampir 30kg sotong. Huh.. memang rezeki dorang lah kali ni.

 Ikan Tenggiri seberat 10kg dinaikkan oleh team candat dari Melaka.

Hasil mencandat ; rezeki semalam hampir 30kg sotong

Memang seronok kalau boleh dapat  hasil yang cukup memuaskan hati..  trip kami nanti belum tau lagi macam mana.
Korang yg berminat boleh plan buat group #candatsotong , nanti boleh roger aku.. 

Info :
(Booking unntuk Trip 2017 sudah dibuka dengan harga sama @ Chendering Kuala Terengganu) klik




8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Samyang Ramen Megi Korea cepat sangat habis stok?

Tuesday, May 17, 2016 Nazlee Ismail 19 Comments


Samyang Ramen Megi Korea


Samyangramenchallange

Samyang Ramen Megi Korea, bila adanya logo Halal buatkan aku, mamaD & Hanis teringin nak merasa megi korea ni yang dikatakan super pedas! Mula dengan Nina challenged dengan kawan dia di asrama, kemudian belikan untuk adik dia yang sama jugak teringin makan bila tengok kakak post dalam instagram.. 
Samyangramenchallenge

Petang Sabtu lepas, nampak excited sangat.. Hanis buatkan 2 pack samyang share makan kami 3 orang di rumah. Sambil layan movie. sambil sok sek air hidung keluar tak sengaja.. ig link

Yang dah makan tau lah rasa macam mana? Sedap tapi pedas !! gila betul.. cili jenis apa yang dorang letak nih.. huh, sampai merah bibir dan keluar air mata.. tu baru sorang sikit makan. Aku tak tau lah dorang yang menyahut cabaran makan cepat tanpa minum air langsung.

Suatu cabaran yang unik ..boleh kata gila jugak sebab BERANI..  korang ada beran ?
Dah try belum ?

Ramai kata susah nak dapt stok .. betul ke?
"Susah nak dapat, nak beli bukan semua hipermarket ada jual.." 
Samyangramenchallange, Spicy Korean Noodle Challenge

Spicy Korean Noodle Challenge


Samyang Ramen cepat kehabisan stok. gila lah katakan memasing nak challenge masuk video dalam insta, youtube. Aku pun gila gak nak try lagi, rugi beli sikit haritu, kalau tau sedap memang beli lebih boleh buat stok niaga haha.. ramai kawan-kawan hanis tanya nak beli mana..

Korang nak yang ready stock boleh beli dengan Ekin, dia ada jual pre oder pun boleh, by carton pun boleh. Boleh deal terus dengan dia melalui whatsapp atau macam aku terus DM dia kat instagram sebab dia komen ig aku.. haha cepat dapatkan selagi stok ada..

Whatsapp no. : 016-666 7644 (eqin)

Penghantaran By POS dan COD pun boleh tapi hanya di KTM Batu Caves dan Taman Permata 4, Hulu Kelang







19 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mrs. PCL akhirnya terjebak ... ?

Tuesday, May 17, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments


Jarang sekali aku gunakan nama lain dia dalam blog aku, Mrs PCL tu saja je..

"... saya Nordiana aka mamaD yang selalu PCL bawak kemana saja event blogger dia pi.. kadang kita ni suka meneman dan dia pun tak kisah selagi bersesuaian dgn event, pada kita duduk saja takda buat apa lebih baik ikut.. kan?
Shorcut cerita.. akhirnya terjebak jadi model kadang bayar kadang free of charge, okay senang cakap saya buat untuk dia hepi , kalaupun ada payment kira bonus lah tu untuk belanja barangan dapur.."
@nordiana.saad



Secara tak sengaja jadi model tudung & jubah, sambil menolong promosi bisnes online juniornya masa sekolah menengah dulu. Karaktor MamaD yang sebenarnya serius pemalu orangnya, tak banyak bercakap tapi bila mula bercakap banyak pulak senyumnya. Nampak sombong.. kiranya mesra bertempat dengan orang yang baru kenal, aku suruh dia macam tu supaya senang nak kontrol .. ehh tak!, memang sifat semulajadinya, bagus jugak.. kalau jadi out of control aku pulak yang makan hati nanti.. so kena adakan batasan dalam pergaulan. Begitu juga dengan diri aku. 

Gambar atas tu untuk Ana Sheida Collections, vendor busana muslimah, jubah dan tudung trend terkini. Nak tengok lain-lain koleksi pi lawat fb depa..





6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bufet Ramadhan 2016 Bangi Golf Resort Restaurant

Monday, May 16, 2016 Nazlee Ismail 23 Comments


Berbuka puasa dengan sajian terbaik Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant sudah menjadi sebutan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku bersama keluarga dah masuk tahun yang ke 3 berturut-turut berbuka puasa di BGR Restaurant. Setiap tahun mesti nampak ada pembaharuan dilakukan seiring dengan kemajuan Resort iaitu Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi Selangor.

Ais Krim Gelato berperisa cendol dan Spanish Churros bersama sos coklat ; antara menu pencuci mulut Bufet Ramadhan di BGR Restaurant.
Tanya saja dalam Selangor ni mana tempat boleh berbuka puasa dengan pelbagai juadah? Mesti orang akan perkatakan BGR (Bangi Golf Resort) Restaurant, sebabnya setiap tahun BGR Restaurant menawarkan sehingga 200 jenis pilihan juadah yang bercirikan masakan popular Melayu, Barat dan Timur.

Kalau ikutkan dari pengalaman aku, berbuka puasa di sini terutamanya di hari cuti minggu wajib kena buat tempah awal, sebabnya memang ramai tetamu datang dan sambutan luar biasa juga di hari-hari bekerja. Anggaran tetamu dalam 2000 pax ..huh! ramai gila kan?

Bab parking kenderaan macam mana? Surau ok tak? Okay, bab ini korang jangan risau, ada disediakan lebih dari 800 ruang parkir dan setiap sebuah ruang solat untuk tetamu lelaki dan wanita.

Okay, kita cerita bab makanan pulak.. bagi yang belum tau lagi berkenaan info status halal, dimaklumkan bahawa makanan di sini disahkan Halal oleh JAKIM yang mana BGR Restaurant telah menerima pentauliahan HALAL ini sejak tahun 2009 lagi.

Menu Bufet Ramadhan BGR Restaurant menarik perhatian tetamu

Bangi Golf Resort Restaurant
Lemang sama Serunding Daging Taik Minyak 
Bangi Golf Resort Restaurant
Nasi Kerabu Kelantan
Mee Rebus
Kambing Bakar
Kari Kambing
Juadah bercirikan selera Melayu, BGR Restaurant memperkenalkan menu Pantai Timur iaitu Nasi Kerabu negeri Kelantan sebagai tarikan utama. Terdapat juga pilihan makanan Melayu lain iaitu Lemang & Pulut kuning berserta dengan Serunding Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.

Juadah bercirikan ala Oriental pula BGR Restaurant akan menyediakan menu Butter Prawns, Daging Masak Lada Hitam dan Filet Ikan berasama Sos Serai. Makanan polpular ala Barat yang akan dihidangkan sebagai menu pembuka selera turut mengenengahkan sentuhan gastronomik seperti Cream of Smoke Chicken dan Sauce Vide Eggs With Mushroom Espuma, menu menjadi sebutan ramai kekal disediakan pada tahun ini. Untuk pilihan yang lebih klasik, Lasagna Ayam dan Daging serta BGR Classic Spaghetti juga akan disediakan dan pasti menjadi pilihan ramai.

Italian Tiramisu dan aneka kek serta puding
Menu pencuci mulut; Ais Krim Gelato BGR dengan pelbagai perisa seperti perisa jagung bakar dan bunga kantan kekal akan disediakan atas permintaan ramai namun tahun ini pula ada penambahan perisa iaitu gelato berperisa cendol. Menu terkenal  lain juga tetap dikekalkan seperti Italian Tiramisu dan aneka kek serta puding. Turut akan mencuri tumpuan tetamu ialah menu seperti Spanish Churros bersama sos coklat.

eclairs pastry
Eclairs Pastry berperisa nangka, cempedak dan durian
BGR Resturant juga ingin memperkenalkan menu terbaru iaitu Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian. Ya, pastri ini  memang sedap sangat-sangat ! kami sekeluarga cukup suka.


Tetamu dihiburkan dengan persembahan live band
Selain itu, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.

Kambing Bakar dan Kari Kambing
Para tetamu juga boleh menyaksikan aksi menarik para chef di Live Station yang akan menyediakan satu lagi menu terkenal BGR Restaurant iaitu Kambing Bakar dan Kari Kambing. Selain itu ada Sate Daging dan Ayam bersama Kuah Kacang serta Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang akan di masak secara live di depan mata para tetamu.

Antara Chef-chef BGR Restauran
Setiap tahun Aksi dan keletah menawan dari Chef Kamarudin (kiri sekali dalam gambar) telah mencuit perhatian tetamu, beliau adalah seorang Chef yang peramah dan kelakar perwatakannya. Chef Kamarudin telah berkhidmat lebih 9 tahun dan sangat berpengalaman di sini, menurut beliau BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu serta mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Bufet Ramadhan merupakan kejayaan besar tahun-tahun sebelum ini dan pada tahun ini beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu dan pastinya akan membuat para tetamu gembira dan berpuas hati.

Harga Buffet Ramadhan Di Bangi Golf Resort Restaurant adalah bermula dari Rm58 untuk dewasa dan Rm29 untuk kanak-kanak. Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

NURUL ADIRA KAMIL
PR & Social Media Marketing Executive
BANGI GOLF RESORT
HP : 012 609 7755
TEL : 03 8925 3728 / 8210 2288
FAX : 03 8925 3726 / 8925 3727


Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Tel : 03 8925 3728, 03 82100265
Instagram : @bangigolfresortofficial
Email : pr@bgrrest.com

Waktu Operasi : 6.30am - 9.30pm setiap hari

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E







23 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kahwin Muda ?

Sunday, May 15, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Kahwin Muda ?

siapa ? .. aku , tak lah !

Lelaki bujang kalau dia serius masa bercinta nak kenal dengan mak atau ayah atau keluarga terdekat kepada girlfriend dia... emm adalah tu niat disebaliknya. Biarpun nampak masih muda remaja.

Pengalaman :
Aku dulu pun macam tu, tahu lah tektik lama orang muda dan kita ni yang pernah lalui memang boleh nampak kesungguhannya di situ. Mesti nak kenal dengan emak dia dulu.. selalunya lah emak lagi senang nak dibawa berbincang. Tapi ada kalanya juga ayah dia pun kena berbuat baik jugak Ayah-ayah ni selalunya muka serius, muka ketat.. takut kita nak mula cakap macam mana.. tetiba boleh hilang idea ! ; lebih baik cari emak dulu.. macam aku cakap tadi, emak-emak ni senang dibawa berbincang..

Tapi tu aku dulu.. korang anak-anak muda sekarang ni macam mana? saja aku tanya ; antara emak dan ayah gadis tu korang lebih prefer siapa nak jumpa?

Jumpa mak?
jumpa ayah?
atau kedua-dua boleh jumpa
ataupun dedua takut nak jumpa? hahaaa..

Kita ni lelaki biarlah gentleman ; lelaki yang berbudi bahasa. Soal jodoh itu takdir Tuhan, cuba dulu baru tahu jawabannya... sesambil tu sentiasa berdoa dan mohon restu atas apa yang sedang diusahakan. Insya Allah.

Jodoh kalau dah nampak jalan,  biar cepat-cepat . Jangan tunggu lama-lama nanti boleh merasa 'Kahwin Muda' ..untung taw!

Jika perkahwinan ditakdirkan dapat cahaya mata cepat.., cepat lah diorang membesar. Hemm macam aku sekarang ni, anak sulung dah masuk 19 tahun dah umur dia.

Bukan senang nak senang, kenalah buat persediaan kalau dah ada niat nak berumah tangga. Persediaan dari segalanya. Tanggung jawab besar taw .

Syukur alhamdulillah.. 
Part paling best dan bersyukur sangat ; malam-malam sekarang ni aku boleh tidur lena dan tenang sebab tak kedengaran suara baby merengek-rengek menagis malam, bangun pagi-pagi buatkan susu anak. Semuanya sudah berlalu. Apa yang kawan-kawan rungutkan kita dah laluinya.

Cepat nikah cepat;  kalau dah bertemu jodohnya..






5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

Friday, May 13, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon


Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz


Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mencandat Sotong ini ikut nasib dan rezeki sebenarnya ..

Thursday, May 12, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Seronoknya kalau mencandat sotong dapat pulak hasil sotong yang banyak macam gini..

Baru saja lepas bercakap dengan seseorang di Terengganu yang memang biasa dengan laut, berpengalaman lebih 10 tahun dengan aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu. Kami bercakap berkenaan laporan akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini ada menyiarkan tentang "boleh buat duit lebih dengan mencandat sotong sebagai kerja sambilan"

Rasa macam tak sabar jugak nak pergi mencandat, bayangkan lah.. menurut laporan akbar berbahasa Inggeris tersebut, pencandat boleh menaikkan lebih kurang 40 kilogram sotong ; satu trip bot boleh paling banyak pernah mencecah hasil lebih kurang 100 kilogram sotong semalaman.

Tetapi ada juga masanya, terdapat peserta tidak memperolehi sotong yang banyak. Cukup sekadar mendapat pengalaman mencandat sotong. Musim mencandat sotong di Terngganu bermula April hingga Julai saban tahun memdapat sambutan orang ramai dari serata negeri. Acara ini dijadikan acara tahunan dan untuk tahun ini, Bulan Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2016 telah dilancarkan.


Kalau bukan rezeki ; Ini luahan seorang instagramer melalui insta beliau :

"Pengalaman satu malam di atas bot di Laut China Selatan membuat aku faham, kenapa arwah atuk aku tak mengizinkan anak-anak mengikut jejak langkahnya. Setiap hari turun ke laut, tidak menjanjikan yang kau pasti akan dapat hasil yang diinginkan. Ada hari, bila hasilnya banyak maka gembiralah si isteri dan anak-anak kecil yang menunggu dirumah. Tapi, jika pulang dengan tangan kosong, mesti perit melihat wajah isteri dan anak-anak yang penuh harapan bertukar menjadi hampa. Sebab itu arwah atuk menyarakan anak-anaknya bekerja di darat. Jika berkebun, kau nampak lah hasilnya yang tumbuh merimbun. Jika berniaga, kau nampak hasilnya masuk ke tabung. Jika makan gaji, di hujung bulan pasti tersenyum. ~ Sebenarnya waktu mencandat sotong hari tu, gua dapat dua ekor je ha ha ha"



Menangkap sotong kaedah tradisional  iaitu menggunakan alat candat ini biasanya pendapatan hasil sotong mengikut nasib dan rezeki sebenarnya , ada orang tak kisah pasal kena bayar berapa kos sewa bot. Tujuannya adalah mahukan pengalaman dan keseronokan bersama keluarga juga rakan-rakan sekumpulan.

Bagi pihak penyewa bot, Pakej Mecandat Sotong disediakan dengan tawaran perkhidmatan terbaik dari segi menyediakan kelengkapan bot candat dan juga tekong yang berpengalaman. Ini merupakan sumber pintu rezeki tambahan buat para Nelayan di musim mencandat sotong.

info lanjut :

PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 KUALA TERENGGANU  




3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

First Giveaway By Izzati Suhaide

Thursday, May 12, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments

First Giveaway By Izzati Suhaide


First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:

3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom

4) Like Page:



5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+
+Izzati Suhaide 
+Amanda Suria 

8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm


9 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.