Buat apa susah payah berbuka puasa di luar sana?

Wednesday, June 29, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments


Ada orang bertanya, "Buat apa berbuka puasa kat luar sana? susah payah bersesak-sesak nak ambil makanan, kena beratur panjang pulak tu, kena bayar lagi satu hal"

Aku jawab, "apa salahnya kalau dapat peluang berbuka sekali sekala. Tempat ini popular, makanan kat sini sedap-sedap dan banyak pilihan menu". Aku dan family cuma datang dan ambil makanan bawak ke meja makan dan itu saja.. tak susah mana pun. Lagi seperkara... Aku fikir pasal kesiankan pada isteri, penat dah tengok dia memasak selalu.. inilah peluang masanya aku nak dia berehat-rehat dari memasak.

Aku boleh je nak masak sendiri di rumah, tapi masakan aku tak sehebat isteri, jadi lebih baik aku ajak mamaD dan anak anak makan di tempat yang best macam ni. "Buffet Ramadhan di sini terbaik !"

Buffet Ramadhan yang sudah popular saban tahun ini pasti mendapat kunjungan ramai pelanggan. Memang tak hairan tentang makanan yang disediakan selalu menadapat pujian pelanggan yang datang.

Korang pun dah tahu kat mana kan ? selalu dah nampak Bloggers promote tempat ini. Review dan review.. tak lain tak bukan tempatnya ialah Bangi Golf Resort Restaurant (BGR), terletak di Bandar Baru Bangi. Untuk info mereka  yang belum pernah sampai sini, lazimnya BGR akan menyediakan lebih 200 menu setiap hari sepanjang bulan Ramadhan sebagai tarikan kepada pelanggan. Setiap tahun pasti ada pembaharuan yang dilakukan, kepuasan pelanggan ditamakan.

Di sini , aku nak korang yang masih belum berpeluang makan buffet ramadhan di BGR atau kepada anda yang pernah dan mahu ulangi makan-makan di BGR restoran ini sila lah sertai contest yang dimaklumkan di bawah ;

Untuk makluman pembaca, bagi pihak BGR melalui blog ini, anda adalah dijemput untuk menyertai  "Contest Meriahnya Buffet Ramadhan BGR" yang sedang berlangsung di timeline facebook (Nazlee Ismail). Ini merupakan contest yang kedua tajaan Bangi Golf Resort Restaurant tahun 2016. Terdapat 10 keping baucer  untuk dimenangi.


Ini pautan ke fb tersebut ;  http://bit.ly/29ejY5N

Anda yang bertuah dengan jawapan yang betul akan menerima 2 keping baucer Buffet Ramadhan bernilai Rm58 setiap seorang. (5 pemenang diperlukan)

Contest akan berakhir pada 30hb Jun 2016 jam 10.05 malam. Pemilihan pemenang dinilai oleh Admin facebook (Bangi Golf Resort)

Bangi Golf Resort Restaurant memang sentiasa meriah, kalau anda nak rasai kemeriahannya dan menikmati pelbagai juadah .. silakan. Jangan lepaskan peluang menyertainya. (Klik pd link fb)



9 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang

Monday, June 27, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


MamaD sering jugak mengadu sakit pinggang dan belakang sejak kebelakangan ni sebab dia kerap buat kerja berat di rumah, sebagai suri rumah dan menjadi pengasuh kepada 4  kanak-kanak memang tugas mencabar dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kadang aku pun tak sampai hati melihat keadaan tu, suruh gak mamaD berehat dari jaga budak, dia kata bosan kalau duduk sesaja tak buat apa apa kerja. 

Dulu sesekali ada jugak mamaD mengadu sakit bahagian pinggang dan belakangnya bila dah banyak bergerak. Kami ni bila cuti hari minggu memang selalu bawak anak jalan-jalan keluar makan-makan dan kadang tu sesaja window shopping. Baru-baru ni ke Mitsui Outlet, KLIA. Tak ada pulak mamaD mengadu sakit sakit yang selalu tu. Biasa tak sampai berapa minit jalan jalan dah mengadu sakit pinggang.

MamaD dah cuba macam-macam jenis minyak sapu tapi sakit pinggang dan sakit belakang badannya tu tetap tak mau lega. Tidur tak lena sebab menahan kesakitan. Pernah mamaD sampai menangis. Hurmm serba salah pulak aku dibuatnya.

Melihat keadaannya, waktu siang semasa buat kerja dia nampak okay, tapi bila malam hari dia mula terasa sakit-sakit. Paling ketara bila bangun dari tidur. Salah posisi masa tidur lagi buat pinggan dan badanya terasa sakit sakit. Ini yang selalu diadukan. Pernah pergi buat pemeriksan doktor tapi tak ada apa yang serius cuma stress dan kepenatan saja. Suruh dia pergi mengurut dengan tukang urut wanita kat kampung sini, tapi mamaD ni jenis yang tak suka orang urut badan dia. Ini masalahnya tapi dengan suaminya ni okay pulak.. haha, nak bermanja dengan suami lah tu.. kan ! Aku cerita ni bukan nak merungut ke apa, cuma aku nak bagi tau yang aku ni boleh mengurut. Ehh.. bukanlah nak offer sapa sapa urut! Aku boleh urut bini aku saja.. haa. 

Sejak beberapa bulan lepas, kami telah diperkenalkan dengan produk yang boleh begitu cepat berkesan melegakan sakit pinggang dan belakang. Suka sangatlah mamaD dengar berita best macam tu, tak lepas peluang katanya mesti cuba sebaiknya.

*Spray bila terasa sakit  pinggang,
*Spray bila terasa sakit lutut dan sendi
Mudah sangat cara guna dan berkesan pulak tu. Bersyukur sangat. Syukur Alhamdulillah.


Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang



Produk tersebut dikenali dengan nama Biobax. Biobax Penawar Sakit Pinggang Dan Belakang. Masa tu group blogger ExchangFeedGroup ada buat 1st Gathering EFG. Kebetulan Biobax menjadi penaja utama gathering tersebut. Maka kami dapat produk untuk dibuat Review. Alhamdulillh, ternyata cubaan tepat yang memang berkesan. Mulai dari hari tersebut, Biobax spray mesti ada dalam simpanan untuk kegunaan bila bila masa diperlukan.

Biobax

Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :

- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau. 

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh leher & sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu melegakan lenguh bahu & leher
- Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Biobax

Stok dah ada dalam simpanan, jadi kepada korang yang berminat nak cuba satu botol dulu atau nak berikan hadiah kepada ibu bapa yang mungkin sedang derita sakit pinggang dan belakang bolehlah WhatsApp no. 0174009726 (Nazlee) untuk urusan pembelian dan pertanyaan.




5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA.

Saturday, June 25, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz



3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Friday, June 24, 2016 Nazlee Ismail 15 Comments

Korang ada yang dah pernah buat kan?, tapi aku sendiri belum lagi hadiahkan kepada pasangan pengantin baru dengan baju tidur seksi, belum terlintas difikiran. Nak beli pun segan, nak nak pulak hadiakan kepada kawan.. hurmm. Jarang-jarang ada orang buat kejutan hadiahkan baju tidur seksi namun ada sebahagian orang memang sudah jadi kebiasaan baginya setiap kali bila ada sahabat baik mereka berkahwin, baju tidur seksi lah hadiah istimewanya. Bagus betul idea ini, lagi boleh menambah kehangatan malam pertama pasangan pengantin tersebut. Selalunya aku bagi orang kawin hadiah yang biasa-biasa aje. Insya Allah, lain kali masa kedepan nanti boleh lah sapa-sapa sahabat yang plan nak berkahwin tu sudilah jemputlah aku, mana tau korang bernasib baik dapat pulak hadiah baju tidur seksi. hahaa..

Hadiahkan pengantin baru dengan baju tidur seksi


Aku masih ingat suatu masa tu kebetulan aku berada di suatu majlis keluarga pengantin yang sedang dalam sesi membuka hadiah-hadiah perkahwinan diorang di depan sedara mara. Ini amalan biasa dalam keluarga aku, best part tu bila pengantin dapat satu hadiah yang luar biasa, hadiahnya berupa sehelai baju tidur seksi berwarna merah terang, jarang dan bertali halus... Aumm sangat tau !, gamatlah suasana kejap masa tu sebab pengantin perempuan menjerit suka.. haa tudia lah tetiba nampak keterujaan bila dapat sesuatu hadiah yang aummm gitu.. haha. Okay lepas ni, cuba kita pulak hadiahkan untuk orang kawin sesuatu yang seksi, boleh? Pilih macam ini ka..
Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Baju tidur seksi beli online di instagram


Kenapa baju tidur seksi boleh hangatkan lagi hubungan suami isteri?
Korang ada simpan koleksi baju tidur seksi?
Baju tidur seksi warna pilihan?
Mana korang dapat? 
Beli sendiri atau korang dapat hadiah?

Soalan-soalan di atas semua ini adalah khas untuk pembaca (wanita) kena jawab, tapi korang yang baca takyah la susah fikir nak jawab kat sini, bisik-bisik dalam hati korang dah.
Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Baju tidur seksi beli online di instagram



Orang kita ni sedia maklumlah kan, kalau ditanya tentang baju tidur memang dia malu, segan nak habaq terus terang yang dia memang suka baju tidur yang seksi. Isteri boleh beraksi seksi asalkan dilakukan untuk suaminya.


Hadiahkan isteri dengan baju tidur seksi


Baru-baru ni Aku hadiahkan baju tidur seksi untuk mamaD, itu pun setelah dapat tau baju tidur seksi boleh beli secara online dengan mudahnya. (Untuk mamaD punya baju tidur seksi, aku terpaksa rahsiakannya atas permintaan, ok), tapi yang ala kadar seksi warna merah ini (gambar bawah) aku tunjuk sebagai promo bahawa aku belinya melalui oder online instagram, korang nak ushar boleh pi IG @intimateshoppe. Memang banyak pilihan menarik lagi seksi.

Nak beli tapi segan
Gambar menunjukkan sebelah tangan aku sedang memegang baju tidur kain satin lembut yang baru dibeli... mudah urusan dan cepat sampai.

Biasalah aku macam korang jugak, segan nak membelek-belek dalam mall atau singgah butik semata-mata nak cari baju tidur seksi. huh jadi kerja! Buang tebiat kot.. kalau orang perempuan cari barang keperluan perempuan tu tak ada lah yang peliknya. Kan. jadi, dengan cara belian online aku boleh memilih sesuka hati.

Kepada suami-suami yang perihatin tentang hubungan intim pasangan, mungkin korang sedang khusyuk baca entri ni, apa kata aku cadangkan korang cuba hadiahkan isteri korang baju tidur seksi tanpa pengetahuan dia. Buat kejutan sesekali, cuba je takyah nak tunggu hari-hari penting kalau nak bagi hadiah macam ni. Nak tengok koleksi yang lebih Aumm.., Aku cadangkan korang ushar instagram @nak_beli_tapi_segan . Id tu dah memang tepat kena sangat dengan style orang kita.
Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Baju tidur seksi beli online di instagram


Baju tidur yang aku order online dah sampai, cepat sungguh servis diorang. Sampai je ke tangan, aku terus bagi kat mamaD, dia kata "Wah bestnya !!  Kalau nak yang lebih seksi ada tak?" Kemain lagi kan. mamaD suka sangat baju tidur tu sebab kainnya berkualiti dari material satin lembut. Harganya juga mampu milik, tak mahal sangat lah. Korang boleh la ushar dalam IG tu mesti ada yang berkenan di hati untuk pakai sendiri (wanita) atau untuk dibuat hadiah.

Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat. Terdapat banyak koleksi dengan design baju tidur seksi berenda, sexy & hot, babydoll, lovebite dan bermacam lagi. Untuk baju tidur lelaki pun ada jugak tak ketinggalan. Perlu atau tidak untuk lelaki berbaju tidur? haaa itu pilihan masing-masing kot, yang pasti mahu 'dikerjakan' itu ialah isteri.. faham kan !

Baju tidur koleksi sopan pun ada ;


Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat
Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Baju tidur seksi plus size


Pilihan Baju Tidur Seksi untuk hubungan suami isteri yang lebih hangat

Baju tidur seksi plus size pun ada tau (saiz sehingga 4XL), jadi jangan ingat korang yang bersaiz besar dipinggirkan pulak ya. Pemilik butik baju tidur seksi ini juga ada beberapa lagi rangkaian di instagram lain, korang boleh tengok-tengok jugak sini ;



Petanyaan boleh hubungi Sale team : 018 24 888 50
Facebook : www.facebook.com/intimateshoppe

Suami isteri harus bersikap terbuka dalam hal keintiman berpasangan. "Ciptakan suasana hubungan intim yang romantis dan membahagiakan". Anda yakin buat anda dapat ,insya Allah.



SELAGI ADA KELIHATAN IKLAN-IKLAN PANAS DI BAWAH.. KORANG JANGAN LUPA KLIK ! (selagi link masih ada)



15 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu

Tuesday, June 21, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 28 Mei 2016


Sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa minggu lalu kami sekeluarga ada buat aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Terengganu, naik di jeti pelabuhan perikanan Chendering (LKIM) jam 5 petang lepas solat Asar. Kami ada 14 orang yang join mencandat ni semuanya tak ada pengalaman langsung mencandat dan mancing laut dalam kecuali abang Joe sorang saja yang kira lebih la sikit pengalamannya dari kami. Abg joe selalu gak turun join kaki pancing laut dalam, Baat pengalamnnya mancing kolam, maktok hebat mancing pantai, abg Zaini mancing pelantar minyak dan aku haha boleh la skil mancing berkarat dan urus trip-trip candat. Tapi kali ni semua yang 'berpengalaman' sepakat join family mencandat pulak. 


Dari KL kami gerak awal pagi, terus ke bilik sewa yang disediakan khas untuk pelanggan pakej mencandat sotong. Bilik-bilik sewa ini nampak keadaannya macam unit blok asrama. Kedudukannya dalam kawasan pelabuhan, dekat sangat dengan tempat nelayan-nelayan turun naikkan hasil tangkapan harian mereka. Blok kediaman adalah berasingan dari bangunan pasar.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Kemudahan lain seperti surau, tandas awam dan parking luas memang terbaik untuk pelanggan-pelanggan pakej mencandat yang menyewa di sini. Kos untuk satu bilik Rm120. Bilik berhawa dingin dengan 2 katil queen size serta 1 bilik mandi lengkap dengan tuala dan sabun mandi tersedia di dalam. Bilik sebesar ini cukup selesa untuk 4 orang dewasa.

Aku tiba jam 10 pagi, terus check-in. Kami belum sarapan dan semestinya nak rasa nasi dagang special kat Chendering. Ada Petua nak turun ke laut bagi orang yang pertama kali turun, kata orang jangan makan banyak makanan yang berminyak nanti perut meragam, tak selesa dan cepat rasa nak muntah. 

Sementara menunggu yang lain2 sampai dan check-in bilik masing masing, aku ajak mamaD dan maktok serta hanis makan tengahari awal sikit, boleh la makan nasi ayam dan rojak mee. Kat pekan Chendering ni banyak kedai makan, kira mudah la nak cari makanan. Makan awal boleh rehat rehat dalam bilik yang sejuk nyaman sambil tengok gelagat para nelayan di pelabuhan. Ya.. pemandangan dari koridor blok boleh nampak semua tu.. best sangat. 

Bot yang kitorang akan naik dah ready cuma menantikan masanya tiba petang nanti. Berkobar rasa hati, risau pun ada gak,  teruja amat pun ada bagi yang kali pertama.
Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu

Lepas solat zohor, tidur sekejap untuk recover bangun awal pagi tadi. Aku drive sorang2 dari KL memang terasa letihnya. Hanis dan maktok tidur lena di belakang cuma mamaD terkebil-kebil mata tetap setia menemani aku berborak di sepanjang perjalanan kami selama 4 ke 5 jam macam tu. 

Sebelum keluar bilik ke pelabuhan, telan pil mabuk dulu siap2, sejam sebelum naik bot kalau ikut kebiasaannya. Kami ikutkan saja pesanan orang lama. Pil mabuk memang disediakan dalam pakej mencandat ini.

Jam 4 lebih semua dah ready dengan peralatan mencandat dan memancing. Kami bawa makanan lebih, ada megi cup, kacang, roti dan air mineral. Kami tetap bawak juga walaupun dalam pakej mencandat ini ada disediakan makan malam. Biasalah, bukan nak mencandat sangat, dorang ni kebanyakkannya lebih kepada mahu menikmati angin laut dan suasana 'tingtong' mabuk laut.

Pakej mencandat yang kami sewa ini adalah bot untuk 15 orang penumpang. Tapi kami turun dengan 14 orang saja.. selesa lah sikit. Ada 3 orang lagi di dalamnya termasuk 1 tekong dan 2 pembantu.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Perjalanan dari jeti ke kawasan mencandat ambil masa dalam 1 jam lebih. Masa-masa begini sangat terbaik untuk menikmati pemandangan lautan luas, melayan alunan ombak dan deruman enjin bot. Rasa lain macam seronoknya sebab berbeza dari keadaan biasa. Beralun mengikut alunan ombak sesekali tempias dengan derisan air laut menyapa bahagian muka. Kelihatan ikan-ikan kecil berlumba-lumba dengan bot dan ada juga seolah ikan terbang. Ya memang ada spesis ikan boleh terbang, aku tak pasti pulak nama ikan itu.. Mungkin namanya ikan terbang sebab jarak terbang boleh sampai bermeter-meter jauhnya. Saiznya pula agak sebesar 2 ke 3 cm macam tu, teruja pulak aku tengok makhluk unik itu. 


Trip kali ni kakak nina tak ikut sama sebab kebetulan dia ada exam yang pastinya tak boleh dielakkan, kalau dia ada pun mungkin dia tak sekuat adik hanis dan mamaD. Risau nina akan semput tak boleh tahan kesejukan angin laut. Hanis bila kakanya tak ikut memang dia agak moody sikit. Tengoklah tu ..

Semua muka masing masing nampak steady lagi, keterujaan masih kuat di hati.

Selepas 1 jam berlalu, tekong bot mencari lokasi sesuai untuk melabuhkan sauh. Kelihatan pada masa sama terdapat banyak bot-bot lain juga turut berlabuh di perairan sekitar. Menurut tekong di sini adalah salah satu tempat pembiakan sotong yang dinamakan unjam. (info berkenaan : unjam)

Mabuk laut

Bila bot mula melabuhkan sauhnya, bot akan beralun mengikut rentak ombak, kekiri kekanan kekiri, kadang kuat kekadang perlahan dan mula lah perut berkocak, tekak terasa loya dan kepala pening. Susah jugak nak kawal keadaan sebegini terutamnya bagi yang pertama kali naik bot ke laut. 

Kalau dah mabuk pasti akan muntah. Habis cerita ! Tutup alat pancing masuk tidur la jawabnya. Situasi begini kebiasaannya akan melenyapkan semangat untuk meneruskan aktiviti melainkan tidur seketika untuk pulihkan mood. Jangan risau, kalau sewa pakej bot besar, dalam bot ada tempat tidur dan tandas juga disediakan. Korang yang mabuk laut terpaksalah layan tidur sampai ok semula. 2 lelaki dah terdampar sebelum mulakan candat lagi, ada 3 perempuan lagi dalam kabin juga layan tidur sampai pagi. "Suatu percutian sangat bermakna bagi mereka" .

Alhamdulillah, cuma 2, 3 orang saja yang mabuk dan selebihnya masih steady dan bersemangat. Aku rasa macam hairan jugak tengok mamaD, hanis dan maktok boleh bertahan tanpa rasa mabuk. Hebat lah depa ni 'kuat' .. boleh ajak lagi lain kali.

Teknik mencandat sotong

Tekong akan ajarkan cara-cara mencandat yang betul, ada yang gunakan rod pancing bermesin dan ada yang guna koyan atau serek mencandat. Kalau guna serek ni memang penat la sikit, guna kudrat tangan nak naikkan tali pancing.. huh memang meletihkan tapi best part bila umpan mengena sotong.. berat rasa di tangan. 
Trip Mencandat Sotong Chendering Kuala Terengganu, 18 Mei 2016

Makan malam disediakan oleh pembantu tekong, sekitar jam 8 malam dah mula perut berkeroncong. Masa tu tekong akan tanya nak sedia makanan waktu bila, ikut masa kita. Kalau sotong tak makan umpan maka pemancing kena makan lah, masa tu sebaiknya. Pembantu tekong akan memasak nasi serta lauk kari ikan. Dapur gas sememangnya ada tersedia, kalau nak masak megi atau nak masak sotong juga dibolehkan. Makan atas bot memang sedap dan berselera lagi lagi cuaca sejuk nak hujan.

Korang yang melanggan pakej janga risau balik tangan kosong, kalau tak dapat hasil sotong pembantu tekong boleh tolong tambah hasil dari candatan diorang. Konsep diorang memang tak akan bawak balik apa hasil yang dorang dapat dan semuanya diserahkan kepada pelanggan pakej. Memang untung sangat la kalau pembantu tekong cekap boleh la dapat banyak sotong.

>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

Malam lebih kurang jam 12 pagi kami telah dilanda hujan ribut, angin kuat dan ombak makin tinggi. Dalam pakej memang ada sediakan jaket keselamatan untuk dipakai sepanjang masa di atas bot tapi kami semua tak pakai jaket sebab tekong dan pembantunya pun tak pakai jugak.. haha. Masa tu kami semua dah cuak tapi tekong cool saja, katanya ribut lalu tak lama 1 jam nanti akan reda balik macam biasa. Masa ni boleh la berimpit -impit di dalam kabin berlindung dari kena hujan dan kesejukan. Tengokalah tu.. haha Azabnya dalam masa sejam berlalu sudah semacam PATI pulak.

Betul jangkaan tekong, memang sejam seleps itu laut kembali tenang tapi sejuknya tetap sejuk tahap gigil sampai ke tulang dengan kesejukan angin malam lagi. Huh memang boleh kancing gigi dibuatnya.

Ini kira ambil pengalaman untuk pembaca lain. Buatlah persiapan lengakap sebaiknya, kalau perlua bawa baju sejuk dan baju hujan. Sebabnya 2 benda ini memang tak disediakan. Alah bisa tegal biasa, bagi tekong dan pemabantunya, mereka nampak steady je dengan baju nipis, kalau aku lah boleh kejang kesejukan.



Hasil candat boleh tahan jugak kami pada malam tu, kalau tak kena ribut lagi best. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat kembali ke jeti jam 7 pagi keesokan harinya. Trip mencandat sotong selama lebih 12 jam di lautan pada 28 Mei lalu telah menyimpan banyak kenangan manis walau ada sedikit keperitannya. 

Bila ditanya balik diorang ..nak buat trip lagi tak tahun depan? Haha.. yang mabuk memang 'taubat' tak nak ikut dah, tapi yang dapat sotong pasti nak lagi.. insya allah tahun depan ada lagi.

Booking/pertanyaan :
>> Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu

(Booking untuk Trip 2017 sudah DIBUKA bermula @ Jeti Chendering Kuala Terengganu) 




4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hari bapa ... apa lah sangat.

Monday, June 20, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Tarikh sambutan Hari Bapa 2016 di negara kita jatuh pada hari semalam bersamaan 19 Jun, yang kelakarnya dua orang anak perempuan aku tu tak ingat2.. atau dorang tu ingat ingat lupa tarikh sebetulnya, bagi dorang sama macam pendapat aku lah kot, setiap hari adalah hari ibu & bapa, tak ada yang special mungkin?

Patut la pun ucapan tak kedengaran.. rupanya tak pasti bila tarikh?  

Nampak di Instagram, kakak nina dah wish awal dua hari sebelum, adik memang tak ada langsung. Aku tak kisah pun sebenarnya.. kami sekeluarga tak amik serius pasal ni.. ada ada, tu pun kalau teringat maka terkeluarlah ucapan spontan dari mulut anak-anakku.

Hari bapa ... apa lah sangat.

Semalam kami semua shopping raya kat Aeon Mall Shah Alam.. kiranya hadiah hari bapa dapat kat anak-anak.. baju dan seluar sorang 2 pasang.

Emm ..dah dapat baru teringat nak ucap "hepi fathers day Abah.. love u" . 

Hadiah hari bapa adalah mengembirakan hati anak-anak.. dan mendoakan kesejahteraan mereka, dengan harapan moga kasih sentiasa dalam ingatan .

Bapa, ayah, abah, abi, daddy, papa.. hati kental. Kalau ikutkan , ekceli korang anak-anak tak ucap pun tak apa.. serius lah. . Bukan tak hargai apa itu ucapan /lafazkan . 

Korang wish abah senyum.. , korang tak wish abah tetap cool macam biasa, cuma hanya anak-anak soleh & solehah sahaja yang sentiasa mendokan kesejahteraan ibu bapa mereka. Ingat tu !

Betul tak bapa-bapa sekalian? ke .. korang lain, tak sama macam aku rasa.. tetap nak jugak anak-anak beri ucapan istimewa dan beri hadiah ? 

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan la senang sangat bagi nombor fon kepada yang tak di kenali.. serik dah aku.

Monday, June 20, 2016 Nazlee Ismail 6 Comments


Bila orang yang tak pernah kenal tegur kita dengan ramahnya, tanya pasal kesihatan, pasal anak-anak dan last sekali  mintak nombor fon sebelum beransur.

Kita tak mau jadi sombong dan layan borak dengan dia sebab dia peramah, sebab tak ada orang lain nak borak masa tu, aku ni jenis orang yang tak kisah, tak fikir negatif langsung. Orang nampak baik kita pun suka lah.

Mintak nombor wasup, senang pulak aku bagi dia.. sebab dia nampak aku tengah wasup dengan groups. Sebab dia bukan jenis orang  yang bermasalah, nampak dia tak mencurigakan, lagi pun dia lelaki biasa bukan gay.

****************

Lama senyap, lepas beberapa hari ada call masuk tertera nama dia di skrin fon, aku dah save nama dia.

"boleh kita sembang-sembang kat mamak kejap?"
"sori bro..saya ada kerja nih...bizi ngan anak-anak" aku bagi alasan.
"malam esok boleh... tak ada apa..saja lama kita tak borak kan?"

Keesok malam call lagi..dan lagi.

"bila free bro?"
"bulan puasa , kita pegi masjid" aku balas
"malam sikit pon ok bro" ..dia nak ajak jugak.
"letih arr bro..cakap je dalam fon nih" ..aku bagi alasan sebab memang malas nak keluar malam.
"takpe nanti senang kita jumpa bila u free"


Huh..nak entertain aku ? siapa lah aku?

Dia ni bukan orang kita, tapi sangat fasih bercakap dalam bahasa melayu.
mula-mula jumpa kenal di hospital masa nak tunggu giliran ambik ubat.

Persepsi aku pada mulanya okay dah berubah jadi lain...

sebab nak sangat jumpa mesti ada hajat sesuatu?

jual insuran kah?
MLM kah ? 

huh serik aku ... insuran ok lagi tapi multi level marketing aku tak berkenan !
maaf lah ye..

lain kali ..kena beringat sebelum nak bagi nombor fon kepada orang yang baru sangat kenal..

Ok: aku dah block nombor dia !

p/s .. aku cuma nak share..jangan mudah sangat bagi nombor fon kita kepada orang yang tak dikenali..



6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Saturday, June 18, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 



GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 



Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin



5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tegur anak sendiri dulu

Thursday, June 16, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Tegur anak boleh tapi janganlah berleter ..


"psaipa adik suka picit jerawat...?"
"adik ikut Mama la.."
"Mama mana ada buat macam adik tu..."
"abah niii... abah lelaki, abah mana tau.."
"hurmm ..."
remaja perempuan
Nina & Hanis
Aku ni sorang je lelaki dalam rumah kitaorang ni, selalu jadi pemerhati dan juri pemakaian diorang termasuk Mama diorang sekali. Kadang aku terasa hati gak sebab tak ada geng nak ajak bermain sukan kat luar, asyik shopping barang pompuan je.

Aku ni suka komen tentang pakaian diorang.. saje,  lagi-lagi bab kecantikan anak-anak gadis remaja yang semakin meniti dewasa memang aku kena amik berat. Aku bertanggung jawab semua ni..

Aku tak tau lah diorang ni rimas ke apa ke..wallhualam..

Aku punya cara, nak tegur anak boleh tapi jangan kuat berleter..boleh tegur anak tentang cara pemakaian mereka, adab dan kesopanan dalam berpakaian...tapi tak semua kita ini sebagai lelaki yang tahu segalanya.

Bab kecantikan boleh serah kepada yang arif lagi bijak sana, mamaD lah.  Kita ini sebagai ketua keluarga wajib jadi penasihat yang baik. Wajib berilmu, jangan sampai dikategorikan suami dayus dalam mendidik keluarga sendiri. Nauzubillah.

Anak remaja tak suka dengar orangtuanya berleter, macam tu juga kita dulu-dulu.. Boleh sesekali (kalau nak) tapi jangan kerapa sangat, kalau terlalu kerap, anak akan rasa bosan tau lah akibatnya kan.. selalunya anak tak peduli dah dengan leteran..

Peraturan adalah peraturan, harus konsisten dalam menetapkan peraturan supaya mereka mengalami perubahan yang positif dan menjadi kebiasaan. Berleter memanjang bukan cara terbaik ..itu yang aku rasa.

emm.. korang lak caner?



3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Tuesday, June 14, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Alhamdulillah anak-anak aku sudah dewasa kedua duanya, Ada kalanya aku berasa janggal bila nak bercerita selalu tentang kisah-kisah anak anakku, lagi pun memasing dah tak selesa.. aku cuba memahami dan mengikut rentak semasa. Kalau dulu sebelum ini lainlah.. dulu diorang masih lagi kanak kanak.

Semakin kurang dan jarang sekali cerita anak anak keluar di blog ini, jika ada pun sekadar berkongsi sesekali berkenaan aktiviti keluarga. Ini sudah semestinya bagi aku lakukan untuk menulis cerita di dalam blog sebagai memori untuk kenangan di masa hadapan.

14.6.2016 , Selamt hari lahir untuk Hanis yang ke 15 tahun. Dah masuk form 3 dia pun nak seat exam PT3 tak lama lagi. Anak bongsu kami yang manja nih.. tak taulah nanti kalau terpaksa berpisah sementara untuk sambung belajar di kejauhan.. tak pernah berenggang langsung dengan mamaD.

Masa naik form 1 dulu,  nak masukkan dia ke asrama, menangis dia tak nak ! Harapan kami bila dia dah semakin dewasa ni, Hanis semakin cerdik dan makin bijak memilih sesuatu untuk kebaikan masa depannya.

Happy Birthday to Hanis Umairah.. do the best for PT3 2016 , abah mama dan semuanya sentiasa mendoakan kejayaan adik. Semoga berjaya cemerlang.

Hepi besday hanis Umairah...adik dah makin tinggi dari abah.. cepatnya tinggi :)

Ya Allah, anugerahkan kepada ku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan tubuh badanya, muliakanlah akhlaknya dengan amalan-amalan solehnya

Sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezeki melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kemuliaan hati serta baik tingkah laku.

Bantulah aku mendidik dan berbuat baik kepada zuriatku dengan sempurna, Jadikan anakku, mendekatiku, menyayangiku, mencintaiku.

Jadikan anakku, orang yang baik, bertakwa dan taat kepadaMu serta mencintai dan setia kepada kekasihMu. Muhammad s.a.w

Berikan semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, berikanlah kepada kami.apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Aamin ya rabbal 'alamin



8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Shell Out Seafood Slim River @ TR & Traitor Crab Restaurant menepati selera

Friday, June 10, 2016 Nazlee Ismail 14 Comments


Shell Out Seafood Slim River @ TR & Traitor Crab Restaurant menepati selera 


TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant, lokasinya di Slim River Perak sudah semakin dikenali ramai sebabnya restoran ini ada menyajikan menu makanan laut yang lazat dengan sajian berkonsep makanan beralaskan kertas khas tanpa pinggan dan mangkuk.
TR & Traitor Crab Restaurant
shell out seafood Slim River
Shell out seafood Slim River

Konsep unik lagi trending masa kini semakin digemari masyarakat Malaysia setelah ianya viral di laman sosial seperti facebook dan instagram. 

Di ibu nagara dan bandar-bandar besar sudah banyak restoran berkonsepkan ini telah dibuka kepada orang ramai dan sambutannya sangat menggalakkan.

Langkah bijak dua anak muda kelahiran Slim River Perak ini bersama memajukan kedai makan TR Tomyam House yang mana pada asalnya hanya menyajikan masakan tradisional Melayu Pattani sahaja. Penambahan konsep BBQ Seafood menjadikan TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant kini semakin dikenali.
Chef Jebat  (gambar atas) selaku chef dapur TR dan rakan kongsi TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant
Amin selaku rakan kongsi TR  bersama -sama memajukan perniagaan.

Shell out Seafood Slim River
TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant sentiasa dikunjungi penggemar seafood terutama hari cuti dan hujung minggu

Jika anda sedang memandu melalui lebuh raya PLUS, saya cadangkan anda singgah seketika untuk menikmati kelazatan menu BBQ Seafood dengan harga patut. Serius memang mampu makan-makan di sini ; lokasinya tidak jauh dari TOL Slim River.

Berikut adalah senarai harga yang saya salin dari facebook mereka :


Menu Seafood TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant


1- King Crab (Alaskan) RM30/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

2- Canadian Lobster RM29/100G
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

3- Slipper Lobster RM20/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

4- Flower Crab RM13-30/1pcs
*Masak Butter
*Masak Pedas
*Masak Cili Kering
*Steam LohOut (Sos Istimewa)

Menu Shellout TR Tomyam & Traitor Crab Restaurant


6pax/6person = RM120
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

4pax/4person = RM75
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

2pax/2person = RM45
*Ketam Bunga
*Udang
*Sotong
*Lala
*Jagung
*LohOut (Sos Istimewa)
*Free Nasi

Saya berkesempatan singgah makan di sini semasa dalam perjalanan balik ke Banting dari Sungai Petani minggu lepas.

Saya order menu untuk 2pax, tapi kami makan bertiga (saya, mamaD & Hanis).. hemm dah malam pun masa tu. LohOut (Sos Istimewa) memang best dan rasanya sangat menepati citarasa kami sekeluarga, pernah makan kari udang mamak?  atau Kari ketam mamak? Ya, ada sikit rasa kari tapi sedap lagi dari mamak punya.. susah nak cerita kat sini tapi saya percaya anda juga menyukainya. Selain menu yang saya order seperti anda nampak dalam gambar di atas, ada lagi menu-menu lain seperti pelbagai jenis ikan bakar, Ala catre Melayu Pattani dan juga Western food.

Lokasi :
PT7090 Jalan Mahsuri
Taman Perwira 2
35800 Slim River Perak.

Waze : TR Tomyam House Slim River

Waktu operasi biasa :
10.30am-2.30pm Buffet lunch
4pm-12am
Ala carte shellout
Ala carte Melayu Pattani
Ala carte Western

Waktu operasi bulan Ramadhan :
5.00pm-12.00am


Disarankan anda BOOKING meja dahulu sebelum anda datang dalam jumlah pax ramai, selalunya memang penuh terutama hari malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Hubungi : 013-2841055 (Chef Jebat)
Facebook : TR & Traito Carb Restaurant




14 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.