Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu 2017

Thursday, July 28, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu 2017


Musim mencadat sotong 2016 telah berakhir dengan baik sekali. Rata-rata peserta / pelanggan bot-bot candat sotong sangat berpuas hati. Walau pun ada sebahagian mereka tidak berjaya membawa pulang hasil memuaskan namun, itu semuanya sudah menajdi lumrah dan redha dengan ketentuan rezeki masing-masing.

Jika diikutkan statistik pelanggan bot candat 2016, ramai di antara mereka yang menanti saat akhir musim barulah  nak turun mencandat. Membuat tempahan di saat akhir kadang-kala boleh menghampakan peserta kerana dikhuatiri mendapat perkhidmatan yang kurang memuaskan. Ini semua bergantung kepada pemilik bot. Tempah awal boleh pilih tekong dan bot yang terbaik.

Candat sotong
Untuk musim tahun 2017, tempahan sudah dibuka  mulai sekarang. Musim mencandat 2017 akan bermula seawal bulan Mac sehingga September 2017.

Buat perancangan awal dan tempahlah bot segera. Kalau mengikut permintaan sebelum ini, kebiasaannya Bulan May setiap tahun adalah menjadi rebutan para pencandat menempah trip candat. Pemilihan tarikh adalah bergantung pada cuti umum termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu dalam musim mencandat sotong. Walau bagaimana pun ada juga pencandat akan memilih tarikh cantik mengikut bulan Hijrah.

Kadar Harga Pakej Candat Sotong 2017


Candat sotong
Harga pakej masih sama dengan musim lalu. Lokasi di Pelabuhan Chendering Kuala Terengganu .



Pekej Candat Sotong Terengganu 2017

Harga : (tidak masuk kos sewa bilik)

1) Pakej 1 (bot max 8 orang)
Rm 1200.00
2) Pakej 2 (bot max 10 orang)
Rm 1350.00
3) Pakej 3 (bot max 15 orang) 
Rm 1750.00  (qty bot terhad)
4) Pakej 4 (bot max 06 orang) 
Rm 800.00

(update 2017)

Tentatif mencandat :
#Peserta dikehendaki berkumpul dijeti pada pukul 5 petang. 
#Berlepas ke destinasi candat. (1 jam ke kandang sotong)
#Peserta pulang sebelum subuh (sampai jeti pagi) 
#Peralatan candat TIDAK disediakan 
#Sewa Koyan @ serek kadar Rm10/satu dikembalikan apabila selesai mencandat (Peserta candat digalakkan membawa peralatan candat sendiri jika ada).
~Digalakkan guna jig yg bagus utk hasil yang banyak. Pemilihan candat boleh rujuk sini

#Naik di jeti pelabuhan Chendering
#Makan dan minum disediakan.
#Jaket keselamatan disediakan
#Tandas bot
#Ubat tahan mabuk disediakan.(jika perlu)

*Pakej (tidak masuk kos sewa bilik persinggahan di jeti)
Candat sotong
Tambahan Rm120/bilik dengan 2 katil queen., tandas.. Boleh muat max biasanya 4 org 1 bilik. Bilik berhawa dingin

Untuk tempahan pakej, memerlukan deposit RM500/bot dan baki bayaran perlu dilunaskan sebelum menaiki bot pada tarikh mencandat.

*Anda yang membuat tempahan, sila confirm kekosongan bot/trip sebelum bank in deposit. (Call/whatsapp 0174009726 ~ Nazlee)

Maklumat penting ;
*Musim candat bermula awal bulan Mac hingga September 2017
*Sila buat tempahan awal
*Resit/invoce boleh dikeluarkan atas permintaan pelanggan

Terima kasih .

Nazlee Dot Com Resources (002567173-A)
(Call/whatsapp 0174009726 ~ Nazlee)

(update 2017)



Pekej Candat Sotong Terengganu 2016 / 2017. Harga : (tidak masuk kos sewa bilik di jeti) Pakej 1 (bot max 8 orang) Rm 1200. Pakej 2 (bot max 10 orang)
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
18 Mei 2016 ... Pakej candat sotong, trip candat sotong kuala terengganu, kaki pancing,
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
Saya telah banyak mendapat pertanyaan berkenaan PakejMencandat Sotong sejak beberapa tahun yang lalu setelah saya mengiklankan pakej tersebut di ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
21 Jun 2016 ... Sebelum masuk bulan Ramadhan beberapa minggu lalu kami sekeluarga ada buat aktivitimencandat sotong di perairan Kuala Terengganu, ...
www.nazlee.com

8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Minyak Herba Asma Mujarab : Dapatkan Yang Original Pasti Mujarab

Tuesday, July 26, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Minyak Herba Asma Mujarab? 


Macam pernah tengok botol packing macam ni selalunya untuk minyak-minyak urut keluaran produk tradisional. Minyak gosok panas memang selalu guna dah, tapi yang bias biasa tu kurang berkesan. Syukur Alhamdulillah. Bersyukur aku kepadaNya bila dapat tahu produk ini bagus sangat untuk penawar asma/penat/lelah. Lama dah aku cari ubat/minyak sapu terutamanya ubat asma untuk anak sulung kami.
Minyak Herba Asma Mujarab Original
Minyak herba dalam botol 30ml, Minyak Herba Asma Mujarab
Anak Sulung kami, Nurhusnina lebih mesra dengan panggilan Nina atau Kakak bila di rumah. Dulu masa dia kanak kanak lagi, dia sering demam kuat dan batuk sampai sesak nafas dan tubuhnya menjadi biru pucat. Pernah beberapa kali ke hospital, jururawat pakaikan nebulizer dan dinasihati oleh doktor menyuruh kami belikan inhaler untuk bantuan ketika asma menyerang anak kami. Kalau tengok keadaan saiz fizikalnya, Nina nampak sama besar berbanding adiknya, Hanis. Walaupun nampak macam tu, tapi itu dulu.. sekarang Nina dah jarang demam dan batuk kuat cuma Nina ada mewarisi asma/lelah dari keluarga belah isteri (iaitu bapa suudaranya). Orang kata penyakit asma ini susah nak sembuh atau hilang terus, penyakit asma ini juga dikategorikan antara penyakit-penyakit keturunan. Wallhualam.

Nina (bertudung gelap) bersama adiknya Hanis. Kekadang tu ada kalanya orang kata si Hanis nampak macam kakak.. kenapa? Mungkin saiz fizikal dan ketinggian Hanis melebihi sikit kakaknya dengan beza umur diorang empat tahun.
Sekarang Nina masih lagi bergantung pada inhaler jika sesekali bila diserang asma (Asthma), agak risau merisaukan kami. Sebagai ibubapa, sedaya mungkin kami cuba ikhtiarkan, kebetulan pulak minggu lepas ada kawan perkenalkan ubat untuk asma ini (gambar atas sekali)., katanya Minyak Herba Asma Mujarab sangat mujarab untuk asma, lelah, batuk dan banyak lagi khasiat dan kebagusannya.

Pengalaman menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ini dipraktikkan bila Nina balik bercuti hujung minggu  di rumah. Selama dua hari Nina gunakan minyak ini dengan menyapu di bahagian dada dan hidung. Pada masa sama, aku juga mintak mamaD gunakan minyak herba ini untuk dia yang selalu mengadu sakit sakit dan lenguh badan. Minyak Herba Asma Mujarab ini juga boleh bantu buang angin dalam badan, boleh hilangkan rasa gatal gatal akibat ruam .. Ini semua adalah pengakuan mamaD setelah dia gunakannya dalam beberapa hari, mujarab katanya. alhamdulillah.


Apa Itu Minyak Herba Asma Mujarab ?


Minyak Herba Asma Mujarab Original, berwarna hitam dan tidak cair sangat 
Minyak Herba Asma Mujarab ini diproses 100% secara home made sejak 40 tahun yang lalu oleh seorang Pakcik di kampung yang sentiasa mengamalkan perubatan tradisional asli. Minyak Herba Asma Mujarab ini dijamin halal dan selamat kerana daripada herba asli dan ramuan rahsianya turun temurun. Selain dari mujarab sebagai penawar batuk, asma dan lelah, Minyak Herba Asma Mujarab ini juga boleh diguna untuk menghilangkan kembung perut, sakit perut, luka, terkena api, digigit binatang berbisa, sakit gigi, tergeliat, bisul dan lain-lain penyakit.

Minyak Herba Asma Mujarab adalah produk yang perlu di miliki oleh setiap keluarga tak kira di bandar mahupun di desa.ramai yang telah mencuba Minyak Herba Asma Mujarab tidak panas dan sesuai untuk semua lapisan umur, dari bayi sehingga dewasa. Gunakan tanpa was was kerana Minyak Herba Asma Mujarab adalah HALAL dan terdiri daripada bahan bahan yang selamat digunakan.

Berhati-hati Dengan Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN !




Oleh kerana Minyak Herba Asma Mujarab ini mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India. Maka ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka menggunakan labels dan design yang sama. Mereka juga cuba membuat R&D daripada Kilang.

Ramai yang mengadu produk tiruan mereka ini tidak berkesan dan berbau seperti asap rokok. Warna jenih, cair dan kurang berangin. Individu yang telah meng-klon produk Minyak Herba Asma Mujarab ini berjaya menipu ribuan pengguna di seluruh Malaysia.


Perbezaan Antara Produk Tiruan Dan Produk Asli Minyak Herba Asma Mujarab


Oleh kerana ramai yang sudah tertipu kerana tidak berkesan. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan yang telah diwar-warkan oleh pihak pengeluar asal ; tujuannya adalah  untuk memastikan pelanggan tidak terpedaya lagi. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.

Perhatikan pada bahagian atas botol,  Seal berwarna merah adalah tiruan manakala yang asli adalah seal berwarna hijau.

Jika dilihat dalam gambar ini, nampak seakan sama tapi awas lah ya.., orang nak tipu memang cekap ! Minyak Herba Asma Mujarab yang asli ada pelekat gambar hologram seperti gambar.

Pelekat Hologram pada botol Minyak Herba Asma Mujarab (Peringkat 1)



Pada peringkat awal, 20 ribu hologram berjaya ditampal di botol Minyak Herba Asma Mujarab yang original dari Pakcik (founder) ini. Dan telah habis dipasarkan dalam masa dua minggu sebelum hari raya Aidilfitri yang lalu. Tapi korang masih perlu berhati-hati, kerana tidak mutashil mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat hologram seakan-akan sama seperti ini juga. 

Pihak yang tidak bertanggungjawab setiasa berusaha dari peringkat ke peringkat mereka cuba meniru Produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka akan menggunakan ayat yang sama ketika membuat promosi, Produk mereka lebih baik dari yang asli, juga telah di R&D, GMP, dan KKM. Sedangkan sehingga sekarang mereka masih tidak mampu membuktikan produk tiruan mereka mempunyai R&D, GMP, dan KKM. Melainkan hanya dengan mempamerkan lesen Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD. yang baru sebulan dua mereka daftarkan.

Pelekat Hologram pada botol Minyak Herba Asma Mujarab (Peringkat 2)



korang boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang discan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami (Minyak Herba Asma Mujarab). Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli!
Setelah 20 ribu Minyak Herba Asma Mujarab berjaya dipasarkan bersama hologram dalam masa dua minggu. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original telah tempah lagi 100 ribu Hologram yang berkualiti tinggi beserta QR Code untuk menambahbaik dan memudahkan para pelanggan mengenalpasti antara produk Asli dan Palsu.

Minyak Herba Asma Mujarab ini tidak pernah diproses melalui Kilang bertaraf GMP. Minyak Herba Asma Mujarab ini hanya didaftarkan di bawah syarikat Enterprise (SSM) yang sudah lima tahun beroprasi di online dan offline. Pihak pengurusan Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali didaftar di bawah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.

Testimoni Pengguna Minyak Herba Asma Mujarab





Kepada anda yang berminat nak tahu lebih lanjut boleh lah berhubung dengan mereka yang berkenaan ;

Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)  
En. Hafis : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran HQ)

8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berjam jam masak daging atas dapur.. kalau lah ada Periuk Noxxa kan bagus

Sunday, July 24, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments

Pasar kemboja lagi.. lama sejak bulan puasa ni tak masuk sini , datang membeli di sini cuma nak beli ikan segar, ikan air tawar.. best la kat sini harga murah murah boleh dapat.

Ikan tilapia hitam memang sedap buat masak sambal pedas atau buat masak lemak cili api. Tapi pagi tadi aku beli ikan lampam seekor, tengok ikan lampam pun segar ni goreng garing best! ~ terlioq dah sebab lama tak makan lampam goreng.

Beli ikan dah, sayur ulam pun dah, singgah gerai jual daging lak.. , mamaD nak belikan hanis daging sebab dia tak berapa gemar makan lauk ikan. Beli daging sikit dan campur daging lemak tetel. MamaD nak buat masak asam pedas katanya... owh teringin la tu. Asam pedas tetel Melaka.. dalam claypot.

 Dah siap pun..

So.. tengahari mamaD dah siapkan macam macam menu atas meja makan. Planning pagi tadi, aku nak makan sambal pedas tilapia, lampam goreng.. tapi lain pulak jadinya, tak apalah.. ikut selera mamaD dululah. Suami beralah tak apa kot. Aku pun tak kisah .. asam pedas pun boleh jugak!  Spesel ni..

Daging dan lemak tetel tu memang lama kena masak atas dapur, biar lama supaya jadi empuk dan lembut.. baru sedap. Kat rumah kami takde pressure cooker or periuk pelbagai guna yang jenama noxxa tu kan. Nak beli jugak la nanti. Ni masa nak guna baru teringat nak beli, menyesal pulak..kalau tak dah mudahkan kerja masak, hurmm.. belum ada rezeki lagi untuk mamaD tu. Ramai orang kata periuk Noxxa bantu kerja memasak jadi lebih mudah. Itu yang penting.

Resipi & info  menarik dari periuk noxxa banyak kat facebook, google aje.. :)





4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

KuRose betul betul untuk kurus sihat

Friday, July 22, 2016 Nazlee Ismail 22 Comments


Emm.. berkenan pulak aku tengok bekas dia lawa macam nih. Produk apakah? ada tertera nama produk ; KuRose. Tak susah payah nak cerita panjang sebab apa, nama KuRose itu sendiri dah dapat agak produk ini dibuat khas untuk kuruskan badan yang semakin gemuk. kan? Sebelum puasa Ramadhan lagi ramai kita-kita yang agak kalut bab penampilan diri, maklumlah persediaan nak raya dengan baju  baru, memasing sibuk cari ubat kurus.. betoi dak? Termasuklah aku ni yang malas nak bersenam. Emm.. ha tunggu lagi bila dapat offer macam ni.. alhamdulillah syukur sangat !
Foto aku yang ala-ala nampak beria sangat dengan produk baru dapat tu.. tengok bentuk badan 'sasa' dan muka bambam sikit tu.. haha., nak sarung jubah takut tak muat lak.. nangis laa. dah la beli jubah mahal !

Kita share lah eh..  pengalaman minum dan amalkan produk KuRose ni.., aku mula pada awal Ramadhan. Senang nak ingat.. hari ke 21 mesti nampak selim gitu, haa In Sya Allah. Niatkan serta doa dan kesungguhan.

KuRose betul betul untuk kurus sihat


Semasa di bulan puasa yang baru lepas, aku diberi peluang mencuba sebotol KuRose, suka sangat dan memang aku nak sangat cuba produk KuRose sebabnya adalah banyak sebab. Antaranya aku berangan nak pakai jubah sendat slim fit sebab masa beli memang dah fit cantik dah jubah tu tapi agak risau jugak berat badan akan naik mendadak di bulan puasa. Ini aku praktis dari pengalaman tahun-tahun sebelum ni, lepas puasa je berat badan bertambah.

Okay, Kebetulan.. dah nak jadi rezeki aku, KuRose jadi bahan testimoni aku. Dalam sebotol palstik yang cantik tu ada 21 sachet. Kena minum setiap malam sebelum tidur. Maknanya ada 21 hari nak dapatkan berat badan ideal. Boleh tak, korang rasa? Dengan KuRose In Sya Allah boleh.. korang baca selanjutnya.

Ni pasal nak jaga kesihatan jugak aku beria, lagi pun usia dah meningkat, perut makin kedepan buncitnya. Isteri dah bising asyik makan sedap jer kat luar, dah tak ingat pasal kesihatan. Semua jenis makanan aku sebat. Kalau dia masak di rumah sedap sedap memang patutlah aku kena makan.. katanya. Haa tengok tu politik orang rumah, baaik punya! Dalam masa sama dia kempen kita kuruskan badan tapi masa tu gak dia bagi kita makan sedap-sedap, apa nak buat, makan je lah dan dalam masa sama aku tetap nak kurus jugak.
KuRose dengan lemon flavour, memang sesedap rasa. mudah dan ringkas hanya minum terus dari sachet tu tanpa campur air.

Kalau aku tak ingat, isteri tolong ingatkan.. "bang, dah minum KuRose?" Asyik lupa je bila lah nak kurus.. katanya. Sebenarnya diorang yang lelebih pada kita ni.  Dia taktau kalau suami dia slim macho dia jugak yang makan hati nanti.. hah . Okay.. gurau jer ek, aku belum lagi kesitu.

Sepanjang masa masa aku amalkan minum KuRose ni memang aku tak ada pantang larang bab makan, jemputan makan buffet Ramadhan di hotel/restoran beberapa kali tetap aku tunaikan macam biasa, kekadang ada terlebih sikit bab makan tapi masih beringat-ingat sebab aku ada penasihat peribadi.. hihi. Lagi pun bila minum KuRose, aku dah jadi kurang berselera nak makan banyak macam selalu.

Alhamdulillah hasilnya, setelah sebulan berpuasa tiba hari raya. Pagi Syawal, nak sarung jubah slim fit dah tiba. Aku senyum dalam hati rasa seronok sangat sebab apa yang aku angankan menjadi kenyataan.

Korang tengok la gambar pagi raya kami sekeluarga. Ini aku nak buktikan, minum produk KuRose ni sudah berjaya buat berat badan aku berkurang seperti yang diidamkan... Selim dah bak ang !!
Foto couple raya aidifitri 2016.., dengan jubah slim fit sudah dipandan dengan selesanya di badan aku
Okay, untuk informasi yang lebih tepat lagi aku sertakan maklumat tentang produk KuRose ini :

Korang boleh baca dan hadamkan.





Minum KUROSE muka dok jadi awet muda dan badan pun selim melim.. Haa hebat kan dengan testimoni para pengguna tu, boleh la korang cuba pulak. Ini ada berita baik, sempena dalam bulan Raya ni KuRose dijual dengan harga RM100/sebotol (*Terhad kepada 100 botol yg pertama sahaja). (Harga sebenar Rm188). Segera dapatkan dan jangan lepaskan peluang baik ni.

Lagi maklumat terperinci boleh lawat facebook KuRose :
www.facebook.com/kurosestayslim
Instagram :
https://www.instagram.com/kurosestayslim/
Hot line : 019- 2176962

Selamat mencuba.




22 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan merasakan diri kita baik selalu..

Thursday, July 21, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


JANGAN MERASA DIRI BAIK...

❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah. 
❎ Jangan merasa diri kita "Baik" walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan "aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain" untuk menjadi lebih baik.

Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad.
Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah. Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.


Macam pernah baca eh.. kat mana ya. Yes aku c&p facebook. Semoga bermanfaat untuk semua.


3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Suami pendiam lepas raya?

Tuesday, July 19, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Hahaa.. pi tengok perangai suami anda lately ni macam mana? .. lepas raya pulak tu, pendiam tak?

Kalau dia pendiam mungkin poket dah kering sebelum waktunya, takpa itu kita faham sebab dah banyak dah keluar duit belanja untuk hari raya. Tapi kalau di rumah dia pendiam dengan kawan-kawan dia kat luar lak happy semacam jer.. hermm. Mungkin ada yang tak kena..

Suami menjadi makin pendiam apabila bersama keluarga di rumah dan nampak kontra perwataknya apabila berada di luar rumah, ini memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. (hemm bila isu serius aku cuba sampaikan dalam nada skema sikit)

Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiamnya, anggapannya asalkan rumah tangga diorang kekal nampak bahagia. Ada juga isteri yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

Kenapa Suami Pendiam?


Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan seperti mana mereka bercinta dulu. Faktor lain ialah timbul kebosanan hidup kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Kekadang si isteri sudah merasakan perbuatannya suatu tindakan betul .

Ya, kekadang mungkin betul tetapi perlukah nak persoalkan perkara yang remeh temeh

Nasihat aku, kalau boleh sebaiknya jangan lah banyak soalan keluar dari mulut isteri lagi lagi soalan yang ngarut-ngarut tentang sesuatu perkara yang menunjukkan kecemburuan yang membuta tuli.. 

Untuk ‘lari' daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik rumah tangga, si Suami memberontak atau protes dengan mengambil sikap mendiamkan diri. Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Alasan Suami bersikap begitu, kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Lebih baik suami berdiam dari membalas bebelan atau soalan isterinya.


Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan hubungan dalam rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga boleh berlaku perceraian. Masing-masing buat hal..

Cuba buat.. semakin lama makin sayang terhadap pasangan dan kurangkan bebelan.. boleh ke ? tak kisah la sapa.. baik suami maupun isteri kena ada sikap saling memahami.

Dalam rumah dengan ahli keluarga kita cuba buat sesuatu yang mendatangkan kegembiraan dalam erti kata lain wujudkan kebahagiaan , cipta bahagia insya Allah.








8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bantu bisnes kawan

Friday, July 15, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


"Saya beli banyak sebab kawan saya ni baru buka kedai makan, bagi duit saja mesti taknak. Saya datang makan, ajak kawan lain makan sini ramai-ramai. Jadi, ini saja cara saya untuk tolong bisnes dia."

Tapi lain pulak peel kita-kita kebanyakannya bila kawan buka bisnes.. hermm masa tu lah nak mintak diskaun, nak murah dan lagi murah sebab kita kan kawan.. kawan lah kena tolong kawan.. kan. Aku suka cara orang Melayu kita macam ni ..tu sebab melayu niaga cepat maju!

Penat lah kawan yang berniaga semata-mata untuk KAWAN, terpaksa bagi harga kos ! Ingat sikit eh .. tolong beli, buka tolong habiskan !

Nak makan Cendol Banting? cendol melayu jawa @ Kampung Sungai Lang..  kalau kebetulan sampai sini, cari aku dan aku belanja korang :) serius support bisnes kawan..  












3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rileks sekejap.. Elak Kematian Mengejut

Wednesday, July 13, 2016 Nazlee Ismail 4 Comments


Pagi tadi aku baca satu artikel berkenaan punca yang boleh menyebabkan kematian mengejut. Secara tak sengaja aku pun dah banyak kali lakukan perkara sama tapi syukur alhamdulillah, aku masih lagi bernyawa hingga saat ini. Syukur sangat sangat dan aku rasa patut berkongsi info ini untuk korang semua semoga bermanfaat. 

Elak Kematian Mengejut dengan 3x 1/2 minit


"Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3x 1/2 minit. Kenapa 3x 1/2 minit ni penting? Perkara ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut.

Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu sama ada kenalan atau keluarga terdekat yang nampak sihat di siang hari tetapi meninggal dunia keesokan paginya. "Petang semalam bersembang dengan dia, dia nampak ceria sihat dan cergas. Dia sudah meninggal? Apa penyakit dia?"

Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu situasi di mana anda bangun dari katil dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah"

Aku rasa aku jenis orang yang mudah terjaga dari tidur bila terdengar sesuatu bunyi. Lantas terus bangun mengejut.. hurm tak tau pulak perkara macam ni boleh mengundang maut. Sapa nak mati sebelum ajal kan.. kesian anak isteri tersayang.. 

Korang pun, beringat lah ya.. ajal maut boleh berlaku di mana saja, atas katil dalam sihat pun boleh berlaku. Semua ini adalah ketentuan olehNya. Tapi apabila diingatkan tentang perkara yang macam ni, sendiri kena sedarlah.. 

Korang boleh baca artikel ini ;



4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak rugi stay 3h2m di Chalet Terapung ini

Tuesday, July 12, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Family Gathering Raya


Keseronokan masih terbayang-bayang. Gathering kami bersama keluarga di chalet terapung memang betul-betul rasa puas dan memenuhi masa cuti raya kami. Sambil berehat-rehat sambil memancing sampaikan aku ni tak menyempat nak update blog di hari kejadian. Meriahnya dengan hasil ikan pancing, meriahnya dengan bersembang sanak saudara sampai ke pagi. Meriahnya dengan suasana indah pemandangan sekitar di chalet. Meriahnya dengan gelagat anak-anak, meriah dengan tempikan suara mak, maktok memarahi anak cucu-cucunya yang hiper aktif dan macam-macam lagi meriahnya. Cukup untuk 3 hari 2 malam kami di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok Kedah.

Chalet Terapung PPK Merbok Kedah 


View dari beranda chalet waktu pagi ~ Sungai Merbok, Kedah
Lokasi chalet ni sebenarnya tak lah jauh dari rumah mak mentua aku. Kira-kira 30 minit dari bandar Sungai Petani. Sebabkan cuti raya, risau tak dapat bilik, kami plan awal sebulan sebelum puasa lagi kami dah buat tempahan. Pada hari raya ke-3 chalet ini sudah memulakan operasinya. Ramai pengunjung lain juga check-in bersama-sama kami.
View titi terapung menuju ke chalet-chalet
View di pintu masuk Chalet Terapung
Cuti hari-hari raya kami tak sama macam orang lain kebanyakan, orang lain sibuk menziarah sambil berhari raya sakan, tapi keluarga kami pulak raya ke-3 sudah berada di chalet terapung ini. Bukan selalu dapat macam ni.. namun hari raya tetap raya. Raya pertama dan ke-2 dah habis beraya rumah saudara mara. Raya ke-3 selalunya dah tak ada aktiviti raya melainkan palnning cantik macam ni. Untuk raya tahun ini dan demi untuk memenuhi minat keluarga, 'kaki pancing' maka kami berada di sini.

View dari beranda chalet waktu senja ~ Sungai Merbok, Kedah.
Hari ke 2 makin rancak hasil pancingan, tak rugi stay banyak hari kat sini. alhamdulillah. Hari ke-2 aku fokus kepada pancing ikan ketang-ketang. Mak mentua dan makcik aku target ikan kerapu dan yang lainnya dengan target masing2. Terdapat banyak spesis ikan yang menarik. Biasanya pengunjung datang sini jarang akan pulang tangan kosong apabila memancing di kawasan sekitar chalet di sini. 
Waktu malam di beranda chalet ~ aktiviti BBQ dan memancing sampai subuh
Untuk makluman kaki pancing yang datang semata-mata untuk memancing dan tidak menyewa chalet. Bayaran akan dikenakan Rm15/ rod pancing( 24jam) . Bagi mereka yang menyewa chalet pula, harga sudah termasuk dalam pakej. Chalet 2 bilik aircond kami sewa dengan kadar Rm300 (3h2m), muat untuk kami seramai 3 keluarga yang bermalam dan 1 keluarga lagi balik hari.
Ikan sembilang selalunya gemar makan umpan umpun-umpun memang boleh dapat pancing banyak lah!.  Kalau korang datang sini pastikan bawa umpun umpun, target ikan sembilang di bawah lantai beranda (tepi2 tiang chalet)
Dalam kotak polystyrene ni ada macam2 ikan.. yang buat lagi best bila ada yang dapat pancing udang lipan besar.. 
Ikan Ketang-ketang ~ teknik memancing paling sempoi! sambil duduk bersimpuh pun boleh dapat ikan ni.. mengail di celah-celah lubang papan lantai beranda chalet.
Seronok memancing ikan ketang-ketang ni sebab ianya spesis ikan yang suka meragut umpan dengan pantas dan tarikannya juga tak kurang hebat. Ikan ketang ini memakan umpan bila keadaan air laut mula tenang sebelum atau selepas air pasang. Korang boleh tengok hasilnya. Spesis ikan ketang ini agak membahayakan diri jika terkena pada duri siripnya. Kesakitan yang amat kuat terasa walau terguris sikit pun di kulit, oleh itu aku nasihatkan kepada pemancing ikan ketang supaya berwaspada selalu. Selain itu, isi ikan ini sangat sedap apabila dimasak/goreng. 

Malam ke-2 kami di sana, mamaD telah siapkan 'masak kicap ikan ketang' untuk dinner. Rasa isinya sama macam ikan bawal hitam. Kalau nak cari orang jual kat pasar-pasar memang tak jumpa lah, jarang nampak dijual sebab spesis ikan berduri ni kalau terlekat pada jaring memang sukar untuk dibuka. Jadi mungkin para nelayan tak gemar menjaring ikan sepesi ini. Makan ramai ramai memang best, lagi best bila dapat makan ikan-ikan segar. Kerapu buat masak pindang rebus, Ketuka bakar cicah ayaq asam dan Ketang masam kicap. Tapi ada juga masanya bila terasa nak makan meggi..
memang jadi port baik di sini, sejuk nyaman udara pagi bila terbau meggi kari. 
Kat sini bukan tujuan datang nak memancing semata-mata, boleh rileks sambil mencari ketenanngan. Tapi korang yang datang sini kenalah buat persedian rapi sikit lah..kalau bawak budak kecil, pastikan bawak kelambu atau ubat/krim penghalau nyamuk. serius sini banyak nyamuk! Orang yang kaki pancing ni, diorang tak kisah dah bab tu, tapi kesian lah kan. Kalau korang sewa bilik aircond selamatlah sikit dari kena gigitan nyamuk dan selesa. Pandai-pandailah buat pilihan.


Gambar aku bersama ikan kerapu pertama dapat kat sni, serius tempat ni memang 'lubuk ikan'. kalau betul-betul memancing boleh bawak balik banyak hasil.
Kalau korang ada plan nak datang Kedah, especially area Sungai Petani ni,  nak memancing terutamanya atau berehat-rehat bersama keluarga dengan suasana kelainan dari biasa, aku cadangkan di sinilah tempatnya. Boleh hubungi : 019-5592117 (Chalet Terapung PPK, Merbok Kedah)







5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Family gathering di Chalet Segantang Garam Merbok Kedah

Saturday, July 09, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


1:30am, aku berhenti rehat sekejap dari memancing. Beberapa orang lagi yang lain masih lagi bertahan terus setia memancing. Beginilah setianya kaki pancing tegar.. bukan macam aku ni, sekadar suka2 dan bergembira dengan semua family yang sama2 minat.  Kami check in di Chalet Segantang Garam, dalam daerah Merbok Kedah. Kami dah booking awal lagi sejak sebulan lalu. Biasanya di musim cuti perayaan memang selalunya chalet fully booked.


Sejak dari kami check in jam 3pm, ikan memang galak dok makan umpan. Memang seronok layan memancing bila ikan banyak dapat. Antara ikan yang dinaikkan ialah ikan kerapu, ketang, tuka, gelama, duri , sembilang dan gerut2. Bila ikan agak kurang rancak makan umpan, kami buat BBQ , panggang ayam, sosej, daging burger untuk makan malam.


Ramai yang dah masuk tidur sebab ikan dah mula tak menjamah umpan, masing2 amik port. Kat chalet yang kami sewa ni ada 2 buah bilik ber aircond dan masing2 ada 1 katil queen. Cukup selesa kepada yang inginkan suasana damai.


Cukup untuk malam ni. Ini antara hasil pancingan malam tadi.  

Okay aku nak tidur dulu dan mungkin kami akan sambung memancing bila terjaga dari tidur.

Kat chalet ni juga ada disediakan kelengkapan untuk memasak dan juga stand bbq. Nak masak / bakar mudah dan nak Solat pun selesa. Sempoi.


3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.