Warung Laksa Ikan Sekor di Banting

Friday, August 26, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Isteri aku pengemar laksa ikan, pantang dengar mana kedai jual laksa dia nak terjah.. selalunya kalau sini cuma beli kat pasar malam.. boleh laaa tapi tak menyengat! kena terjah..

Warung Laksa Ikan Sekor di Banting


Aku pulak suka sangat makan pulut durian sama santan segar. Cendol durian pun okay tapi tak la kepingin sangat. 

Okay, 3 jenis menu ni sekarang ada kat warung yang baru di buka. Dekat sini je, orang Banting pun tak berapa tahu lagi lokasi ni.. tak sedar sebab banner tak tunjuk gambar makanan tersebut sebagai daya tarikan pelanggan.



Kebetulan aku dah ke sini petang semalm, mamaD oder Laksa Ikan Sekor semangkuk. Kuah dia memang A lah. Boleh nampak sekor ikan kembung dalam kuah yang pekat dan sempurna ramuannya. Walah memang sedap! harga semangkuk Rm5 sahaja. Laksa biasa pun ada kat sini. Ada orang tak suka nak serabutkan mangkuk dengan tulang ikan.. ikutlah cara memasing nak makan macam mana, kalau aku harus perisi dulu asingkan isi dan tulang ikan.. baru senang hirup. Portion agak banyak jugak.. berbaloi la dengan harga tu.

Pulut durian kira ok bagi aku, 2 ulas durian kampung dan 1 scope aiskrim dengan semangkuk kecik santan. Harga Rm8 satu set. Boleh la sekali makan puas rasa.. hilang rasa teringin sekejap. Kalau tak puas makan durian boleh oder cendol durian pulak.. ini best, terbaik dengan harga Rm6 cendol durian+jagung.

Pisang cheese juga ada, ini mungkin tarikan awal warung ini.. sebab ada terpampang menu besar tertulis Rm4 untuk pisang cheese ini tapi aku tak sempat nak merasainya. Perut dah betul kenyang masa tu.

Warung ini pada asalnya adalah warung khemah menjual lemang. Lemang Semerbak kalau tak silap aku lah., semalam aku perhatikan masih ada lagi permintaan lemang. Sentiasa ada dibakar.. hemm kalau ada sesiapa yang nak makan di warung pun boleh oder, ada set lemang disediakan untuk makan 2 orang dan untuk.makan 4 orang. Hidangan beserta rendang enak.

Itu secara ringkas view aku sambil-sambil makan bersama isteri petang semalam. Tauke warung pun tak sempat nak bertegur.. biasalah aku ni pemalu orangnya dan datang cuma nak makan. Orang kata sedap laksa kat sini.. Ya memang betul sedap. Korang cuba la.. warung dibuka mulai jam 12pm ke 7pm setiap hari.


Untuk memudahkan korang cari lokasinya di sini : SEGER (banner)
Tepi Jalan Kancung (Banting- Morib)
Hadapan kedai perabot dan Automatic Car Wash, Kanchung.









8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terjumpa duit ?

Thursday, August 25, 2016 Nazlee Ismail 3 Comments


Pernah terjumpa duit?

Okay, ini entri santai setelah lama menyepi.. hati gusar entah apa difikiran entah la.. haritu kata nak start blogging cara sesantai yang boleh dengan idea dari Diary kehidupan seharian.. hemm semakin malas atau semakin kering idea?

Tadi lagik dah bilangin.. santai aja kan, so santainya di sini... bila mana aku sudah diuji olehNya. Aku tak sedar itu berupa ujian permulaan bagi aku apabila mahu menubuhkan syarikat pernigaan sendiri. 

Hari kejadian, semasa aku sudah selesai proses dan perjalanan nak balik dari SSM terdekat sini. Aku berjalan kaki ke parking, aku terpijak sekeping note RM100. Pandang sekeliling tak nampak orang lalu. Cuma ada sorang pakcik guard jauh di luar pagar.. aku pasti bukan dia yang punya duit tersebut.

Apa aku nak buat?, simpan dalam gengaman, tak berani masuk poket .. getar rasa hati. Ini bukan milik aku.., nak kembalialkan kepada siapa? tak tau sapa punya? Tak nampak orang lalu sebelum aku.. tunggu jugak kot- kot la ada yang patah balik tercari-cari duit yang hilang.

Aku anggapkan orang itu tak perasan kehilangan duit, dekat 1 jam aku menanti mundar mandir di sana...dah tak kuasa memerhati gelagat orang di situ, terus aku ke kereta, duit tadi letak dalam dashboard. Hati tetap debor kencang.. kalau aku lah yang hilang duit sebanyak itu.. macam mana rasa .. emm mengelisah resah!

Petang sikit barulah aku cakap pada mamaD, kata padanya "abang terjumpa duit tadi..banyak woo". 
Kata dia.. "mata abang memang tajam, nampak saja apa di bawah". Ya kan, lelaki kena tundukkan pandangan semasa berjalan, lagi lagi kalu isteri tak ikut sekali.. itu ayat aku selalu gunakan. . Ayat penyedap hati dia kalau dia ditinggalkan di rumah.

Okeh..  balik cerita duit jumpa tadi. Kami bedua bincang tak panjang dan sepakat kata putus untuk masukkan dalam tabung.. bukan tabung haji kat rumah kami tau, tapi tabung kebajikan masjid di sini. Kebetulan hari tu Jumaat pulak, terus la aku ke masjid. (kalau duit tu aku jumpa di kawasan sekitar berdekatan kareah masjid, mau je aku mintak urus setia masjid umumkan, tapi ini luar kawasan).

Lega rasa.. kalau tak rasanya susah tidur malam. Aku anggap duit itu bukan dari aku tapi biarlah ia untuk keguanan kebaikan pihak masjid. Aku cerita bukan kata aku ini keturunan baik perilaku tapi sebenarnya aku mahu disiplinkan pemikiran anak-anak serta ahli keluarga aku supaya jangan ambil yang bukan hak kita.

Cerita pada mak.. dia senyum jer...
Cerita pulak pada Hanis dia tak kata apa.. (mungkin dia sedang memahami).

Allhuakbar. DIA maha mengetahui apa yang direncanakan olehNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. Alhamdulillah., syarikat aku kini sudah beroperasi semakin hari semakin memberangsangkan. Kesimpulan yang aku boleh kongsi bersama.. kalau itu bukan hak kita, kita jangan senang hati memilikinya tanpa ada rasa bersalah melainkan atas hasil usha kita sendiri.

Dalam sejarah hidup aku, kejadian terjumpa duit atau 'duit terpijak' ni dah banyak kali berlaku dan ini adalah nilai ringgit yang terbesar. Semoga Allah sentiasa memelihara mataku untuk kebaikan. Ini sekadar perkongsian entri dan mengisi slot kegersanagan entri blog ini sejak kebelakangan dan bukan untuk suka menunjuk-nunjuk kebaikan kami sekeluarga atau apa saja yang mendatangkan rasa krik krik orang bila membacaya. Mohon maaf jika ada kekurangan . 

Okay.. dah tenang rasa. Alhamdulillah semoga ada manfat bersama.






3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Trivia Tentang Nazlee Ismail PCL

Monday, August 15, 2016 Nazlee Ismail 10 Comments


Entri TRIVIA?


Jarang aku guna perkataan trivia dalam kehidupan seharian, sebab tu aku pada mulanya tak faham langsung maksud. Ni aku baru mengerti apa itu 'trivia'. Entri Trivia ialah entri pendedahan berkenaan diri dan perkara remeh temeh untuk dikongsikan kepada umum contohnya kalau di sini aku sebagai penulis blog nak share dengan korang apa yang korang belum tau dan aku juga nak korang tau serba sedikit pasal aku dan apa saja yang sepatutnya. Tak lebih dari itu. Trivia ni adalah sebuah 'game blog' pada anggapan aku lah ya... Siapa yang kena tag dia boleh menyahutnya dengan membuat entri trivia. Sebenarnya game ini lebih kepada konsep sporting dan supporting blogger dalam dunia blogging. Buat suka suka boleh, nak buat serius pun boleh.. Kalau tak nak buat entri pun boleh. Tiada syarat. Tujuannya untuk mengenalkan kepada yang tak kenal. itu saja .

Terima kasih Azlinda Alin sebab kamu tag Nazlee Ismail beberapa hari lepas. jom baca dan komen.


Nazlee Ismail PCL



Nick nama 'Nazlee Ismail'. Aku guna nick nama yang sama di media sosial lain dalam facebook dan instagram. Aku yang kini sudah berusia 40'an, Okay.. kebetulan nak dekat dengan tarikh, aku nak highlight sikit ni korang ! lagi 1 hari dari tarikh entri ni adalah aku punya besday tau.. ingat tau 16hb! silakan buat ucapan dan mohon korang doakan kesejahteraan aku dunia dan akhirat ya. Alhamdulillah dan terima kasih in advance untuk ucapan korang nanti. (Huh macam mengharap sangat aku ni.. )

Okay, di usia sebegini aku masih lagi minat berbelog bermulanya sejak 2010 lagi. Kalau dulu pada permulaan,  blog readers hanya kenal aku dengan nama 'pakciklee' dan selepas beberapa bulan pakciklee disingkatkan nama kepada nama Pcl. Sama je maknanya tu.. aku dah semakin tua lah dan seorang pakcik lah dari dulu lagi.. hee. Kalau dulu jiwa masih muda, selesa orang panggil aku 'pakcik' sebab muda-muda lagi dah pakcik, tapi sejak uban dah mulai melata di kepala.. aku lebih gemar dengan panggilan PCL lebih lebih lagi dikalangan rakan blogger dan readers, ada sebab... sebabnya bila aku dah tua gini, korang panggil lak pakcik, maka akan menampakkan lagi kertuaan aku. Tapi apa pun sebenarnya, jauh disudut hati aku tak kisah.. kalau korang rasa selesa panggil aku pakciklee or uncle or abang Naz or Abang Li sekali pun okay... aku takde hal. Lately aku lebih pendiam bila di event atau gathering blogger ..itu yang aku perasan.

Keluarga PCL



Aku sudah berkeluarga, anak mentain dua orang perempuan dari awal pembabitan aku dalam dunia blog, kalau buat entri aku suka bercerita pasal diorang tapi sekarang agak terbatas sebab anak-anak dah makin membesar, maklumlahkan diaorang masing masing sudah mememasuki alam remaja. kena jaga hati dan perasaan diorang juga. Seorang Abah kena tahu mana yang patut dan tidak untuk keselesaan anaknya. Sekarang ini aku lebih suka share moment indah bersama keluarga dalam instagram, kat situ korang boleh ushar macam-macam  di instgaram @nazleeismail.

Isteri? Ok, ada seorang isteri yang memahami. Nama panggilannya mama'D, ada siapa yang tak kenal beliau lagi? Usianya dalam 30'an dan usia perkawinan kami sudah mencecah ke 21 tahun pada 1 November akan datang.

Kerjaya Nazlee Ismail


Pernah bekerja dalam industri perkilangan, di Syarikat orang Jepun pada tahun 1993 selama 10 tahun di Sp Kedah. Boleh faham sikit 'Nihongo'. Berhenti kerja masa kegawatan ekonomi melanda negara kita, rileks kejap kat rumah dan berniaga di pasar malam sekitar Sungai Petani. (jual waffer cake dan air).  Bukak Companyi sendiri dalam bidang marketing, sales dan trading selama beberapa tahun di Ipoh Perak. Aku juga pernah kerja suka suka part timer di KFC Perai sebagai cooker semasa jadi student practical di sana dalam tahun 1992. Banyak lagi suka duka bekerja aku dah rasa.. alhamdulillah dan sekarang aku bekerja semula di sektor awam dalam bidang Engineering.

Part time job PCL


Sebagai Blogger sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku lebih fokus 'mencari rezeki' sebab aku minat, dari minat aku berjinak jinak bawa 'sesuatu' yang boleh hasilkan pendapatan. Aku tak boleh duduk dan tengok saja kejayaan orang lain. Kini dengan NazleeDotCom aku boleh jual pakej bisnes aku sendiri antaranya ;

1) Pakej Candat Sotong dan Memancing
2) Pakej perkhidmatan design pets house
3) Pakej review dan pengiklanan dalam blog /social media

Lain lain yang patut aku bagitau korang..


1. Aku sayangkan isteri, dalam erti kata lain aku 'sukar' berjauhan dengan isteri

2. Aku seorang insan pemalu tapi aku suka berborak, tapi Aku tak suka berborak kosong.

3. Aku suka memancing / riadah dan buat aktiviti bersama keluarga, dalam masa sama aku suka berkawan dan memang aku akan utamakan keluarga.

4. Aku suka cari duit lebih tapi duit bukan segalanya bagi aku dan Aku amalkan hidup bermasyarakat.

5. Aku suka manjakan isteri dan anak anak. Sebab itu aku gemar memasak dan mencuci pakaian. Tapi aku tidak rasa mereka mengambil kesempatan, sebab isteri dan anak-anak memahami serta mengenali siapa Hero dan Ketua dalam keluarga kami.

6. Aku suka bersukan, 2 kali dalam seminggu mesti turun jogging. Tak boleh waktu siang hari malam pun jadi. Aku tak merokok dan aku benci dadah !


Okaylah  kot setakat ini dulu.. kalau nak tau lagi boleh selongkar entri lama lama. Ini salah satunya entri yang aku cadangkan. Sila baca.

Sampai di sini Entri Trivia Nazlee Ismail PCL, dan untuk melengkapkan entri ni aku dimestikan tag rakan blogger. Aku macam nak tau banyak tentang mereka ini

1) Wayne harraz
2) Rahim Aim


Sekian. Terima kasih.







10 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tempahan untuk rumah haiwan kesayagan anda kini dibuka kembali

Friday, August 12, 2016 Nazlee Ismail 7 Comments


Pets Lover,


Bermula Ogos 2016, tempahan membuat sangkar kucing custom-made (termasuk haiwan-haiwan peliharaan lain seperti Arnab, Burung dan seumpamanya) boleh lah mendapatkan perkhidmatan kami segera. Sebelum ini pihak kami 'berehat' seketika walau bagaimanapun permintaan untuk projek ini mendapat sambutan luar biasa sehingga kami menghadkan pengambilan tempahan. Kini kami cuba memenuhi permintaan pelanggan.

Tempahan Rumah Kucing / Sangkar Burung / Kandang Arnab / Pets house


TEMPAHAN SUDAH DIBUKA KEPADA UMUM
TEMPOH SIAP : 3-4 MINGGU
TEL/WHATSAPP : 017-4009726 (NAZLEE) 
Kemaskini : 11 Ogos 2016

Peminat burung atau haiwan kesayangan lain seperti kucing, arnab dan seumpamanya boleh mendapatkan perkhidmatan membuat 'Rumah Haiwan ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
design rumah kucing, projek rumah kucingrumah kucing kesayangan.
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
9 Sep 2015 ... Projek Rumah Kucing, Nak buat rumah kucing bukannya rumah orang?, perkhidmatan membuat rumah kucing, bajet buat rumah kucing, kayu ...
www.nazlee.com
LabeledMy Blog List
14 Apr 2015 ... deko rumah haiwan, rumah kucing, rumah arnab, rumah burung, tempahan.
www.nazlee.com


The Secret Life Of Pets




7 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nak senang kurus? Inilah Rahsianya..

Thursday, August 04, 2016 Nazlee Ismail 9 Comments


Nak senang kuruskan badan carilah pokok lidah buaya dan makanlah khasiatnya, ...tapi bukan mudah nak buat sendiri. Kena bijak..dan caranya ialah cuba dapatkan atau beli produk yang sedia ada dipasaran. Forever gitu.. okay nanti aku terangkan di perenggan bawah-bawah ; sila baca sampai tamat.

Pokok Lidah Buaya adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Ini info yang aku baca di internet. Aku pun tak berapa pasti akan khasiatnya untuk itu. Dalam banyak-banyak pasu kat luar rumah aku ni ada nampak sepasu pokok lidah buaya. Nampak macam 'hidup segan mati tak mahu'.. ye lah, pokok tak berjaga dengan rapi semacam pokok-pokok bunga yang lainnya, tak menarik perhatian tuan rumah barang kali..hihi. haa ini dia pokok tu..

Siapa sangaka kan, Pokok lidah buaya atau nama glemernya Aloe Vera mempunyai banyak khasiat dan yang bagusnya mampu kuruskan badan !. Menurut pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti Aloe Vera.

Kat sini, jom baca tengok senarai faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok Aloe Vera :

1. Menghentikan pertumbuhan tumor
2. Merendahkan kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel darah
4. Menambah oksigen di dalam darah
5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. Menghentikan kanser colon
14. Sebagai pelincir salur perkumuhan
15. Menghilangkan buasir
16. Meneutralkan gula di dalam darah
17. Memelihara buah pinggang dari penyakit
18. Menghalang jangkitan
19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)


Nak senang kurus? Inilah Rahsianya dengan Forever Aloe Vera Gel


Ada suatu hari tu, mamaD cuba potong daunnya konon-konon nak buat ubat sapu pada kulit. Nak cuba makan terus bahagian dalam batang yang lembut tu. Tapi macam emmh.. tak berani pulak nak teruskan. Last sekali nak try punya pasal (terpengaruh media dan testimoni pengguna sebelum ni), aku belikan mamaD produk Aloe Vera Gel botol kuning. Aloe vera yang telah siap diproses dengan jenama Forever. Korang biasa dengar produk FOREVER kan?  kata orang bagus dan banyak khasiatnya.


Khasiat Utama Forever Aloe Vera Gel


1. Membina badan yang kuat
2. Sifat pemulihan
3. Kesihatan dan kebersihan gigi
4. Melegakan kesakitan
5. Pembaikpulih elastin dan kolagen
6. Mengawalatur berat badan dan tahap tenaga
7. Menyokong dan menggalakkan fungsi sistem ketahanan badan
8. Membantu penghadaman
9. Mineral Surih
10. Vitamin SemulaJadi


Ini ada beberapa testimoni pengguna yang meyakinkan :



Nak kulit lembut dan licin? Inilah Rahsianya dengan Forever Aloe Vera Gel


Jom kita cuba.. kalau betul sesuai, alhamdulillah. Kami baru beberapa hari mengamalkan makan Forever Alovera Gel ini.

Sekiranya berminat untuk dapatkan Forever Aloe Vera Gel dan lain-lain produk Forever boleh lah Hubungi Fara Hana di Facebooknya, klik SINI atau whatsapp No. 013-6283485 - Fara Hana. INSTAGRAM : @farahamzah.my


9 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek?

Tuesday, August 02, 2016 Nazlee Ismail 8 Comments


Mandi untuk bersihkan diri, ada orang mandi sekali, 2 kali, 3 kali atau 5 kali sehari. Banyak mana atau banyak kali mandi selalunya tak jadi masalah kepada orang lain tapi yang buat jadi masalah besar bila ada orang yang tabiatnya suka mandi lama melebihi dari satu jam dan membazirkan banyak air.

Jangan buat muka terkejut eh.. ya memang ada berlaku, tak mustahil mandi lama dalam suatu masa boleh mengundang masalah kepada orang lain. Sakit hati bila kita nak cepat tapi terpaksa menunggu lama di luar sebab nak mandi. Takda pilihan lain jika rumah hanya ada satu atau dua bilik mandi . Bilik air terhad boleh berebut-rebut dalam masa-masa tertentu.
Mandi tidak perlu lama-lama. Apa sebenarnya yang dibelek-belek? Sejam lebih tu! Bilik air boleh menjadi lokasi kita untuk membersih diri dan ada ketikanya mengelamun mencari ilham atau menenangkan fikiran? Emm boleh jadi jugak dan mungkin itu sebabnya ada orang boleh berlama lama di dalam bilik air.

Siapakah yg suka mandi lama2.. Anda? atau ada di kalangan ahli keluarga anda?

Bukan nak bercerita keburukan  tetapi itulah hakikatnya bagi kebanyakan orang terutamnya anak-anak masa kini, namun jika kita bijak menguruskan masa, ia mungkin tidak mengundang masalah kepada orang lain terutama penghuni serumah.

Buatkan suasan dalam bilik air jadi suram dan tidak ceria, mungkin ini boleh hilangkan mood mandi berlama-lama.. gelapkan warna dinding macam dalam gambar ni.. contoh. Ni saje je aku nak posing dalam bilik air baru.

Ada orang yang sebenarnya tak sedar bahawa tabiatnya suka mandi lama buat orang lain tertunggu dan boleh menyusahkan kehidupan orang lain yang pentingkan masa.





8 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Ingat isteri selalu..

Monday, August 01, 2016 Nazlee Ismail 5 Comments


Setengah jam dari sekarang, masa untuk keluar lunch jam 1pm , emm masa ni memang dalam kepala teringat isteri masak lauk apa di rumah.. nak terus wasap tanya, risau ganggu dia sedang memasak pulak. Dia dah la sibuk denagn anak anak (ramai anak jagaan)

Hemm .. untung ada isteri jadi suri sepenuh masa di rumah. Kalau rumah dekat dengan tempat kerja lagi best.. jimat masa, jimat duit makan dan boleh makan bersama selalu.. macam aku sekarang ni dan dari dulu lagi.

Apa lagi nak,. bersyukur banyak lah ni. Tapi ada jugak rakan sekerja yang asyik tak puas hati kerja dekat dengan rumah sendiri.. apa lah dia fikirkan aku pun tak dapat agak. Apa dia nak sebenarnya.. susah nak bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Kena tukar tempat lain kot lagi sengsara ..haa masa tu baru padan muka!

Okay.. lupakan pasal tu. . Emm baru teringat semalam aku beli petai murah.. 7 keping 3 ringgit. Petai segar biji rapat rapat. Mesti mamaD buat sambal petai .. dan ada sotong, kalaulah betul firasat aku mungkin itulah menu tengahari nanti. 

Wak yang jual petai tu siap pesan, kalau nak rawat buasir boleh katanya, rebus kulit petai dan minum airnya.. rasa pahit sikit kelat tapi khasiatnya cepat melegakan buasir dan kencing manis. Yang ini tak pasti mamaD nak buat sebab dia tak suka rasa pahit!

Alamak bestnya .. ada masa nak ingat bini masak apa kat rumah. Dan dan terus rasa lapar.. jom lah masa dah nak time ni.. sharp 1pm terus keluar! hihi

Pss.. Ingat isteri dengan ingat apa kebaikan dia buat pada kita.. suaminya.










5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.