Kembara Jom Jimat Elektrik - SMKTPG

Thursday, August 17, 2017 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam ..

Kebetulan sekarang ni PCL sedang dalam Kursus Pengurusan Tenaga, anjuran JKR di CREaTE Alor Gajah Melaka.  Tujuan pun sama iaitu ke arah penjimatan tenaga khususnya penggunaan tenaga elektrik.

Kiranya pihak sekolah pun terlibat secara langsung di peringkat negeri. Tahniah dan syabas SMKTPG !

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Rasa macam nak bersara dunia Blog tapi tak boleh !

Wednesday, August 16, 2017 Nazlee Ismail 10 Comments

Salam semua..

16 Ogos, hari ni ramai kenalan yang buat HB wish kat wall fb, group whatsapp dan sebagainya.. rasa busy dan meriah sangat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan untuk diriku dan keluarga.

Umur 40an. Angka 4 dan 4 memang best tapi apa yang best sangat entah la. Kalau kaum Cina kata nombor 4 ni tak bagus.. haha. Biarlah mereka anggap dan percaya apa pun. Kita tetap bersyukur atas segala rahmat dan kurnia dari Allah Swt.

Yang pastinya aku dan kehidupan yang semakin matang dan penuh dugaan. Sebagai hambaNya, perlu kuatkan semangat untuk terus berjaya dan istiqomah memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat.

Kebelakangan ni aku sangat jarang berkongsi cerita kehidupan. Anak-anak dah besar meniti usia remaja. Tiada yang seronok untuk dikongsikan. Mungkin sesekali ada cerita tapi aku tetap menghormati privasi mereka.

Baru tadi aku kata (dalam hati) nak stop blogging , tapi macam tak boleh stop pulak. Sebab banyak benda yang bagus aku perolehi daripada aktiviti blogging ni.  Kat sini aku mula ramai kenalan dari pelbagai latar belakang. Kat sini juga aku belajar 'kerja' menulis dan macam macam lagi., antara yang terbagus adalah peluang belajar berniaga online

Rugi rasanya kalau stop terus.. kan.
Insya Allah.. belum lagi bersara wajib sebagai blogger.  Terima kasih semua yang beri support .

Happy birthday PCL

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG TERENGGANU 2018

Wednesday, July 26, 2017 Nazlee Ismail 10 Comments

HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG TERENGGANU 2018

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN !!
HARGA PAKEJ CANDAT SOTONG TERENGGANU 2018
>> Whatsapp / hubungi untuk maklumat lanjut  017-4009726 Naz

*Harga tertakluk kepada perubahan semasa

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Cuti yang panjang membosankan?

Tuesday, July 04, 2017 Nazlee Ismail 10 Comments

Salam semua.. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir & batin. Rasanya kita masih lagi dalam mood beraya. Cuti yang panjang membosankan kah? Yaa.. bosanlah kalau tak tahu buat apa. Duduk terperuk dalam bilik memang lah.. Banyak benda lagi boleh buat lagi2 kalau kita yang jarang2 balik kampung ni.. kan!

Sebenarnya tak bosan punya lah melainkan kalau kerja kita tidur memanjang. Aku lebih tenang rasa bila di kampung, cuma sesekali la dengar rungutan Nina & Hanis bila akses internet kurang memberangsangkan di sini. Faham sudah dengan situasinya,  setiap tahun pun benda sama. Jadi.. inilah masa nak lupakan sekejap media sosial ini.  Walau di kampung sekalipun namun informasi dunia luar tetap boleh capai di hujung jari melalui internet tapi biasalah.. sekejap ada sekejap tak ada. 

Sebab ini juga blog tak berupdate. Dan harini ada masa sikit.. walau sibuk kerja tapi masih boleh control. Hari ini (Selasa), aku dah mula masuk kerja. Cuti agak panjang tahun ni walhal mohon cuti 6 hari sahaja dan bila dicampur cuti umum dan cutu minggu jadi banyak hari lah aku bercti. Puas rasanya tahun ni. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Seronok boleh beraya di kedua belah keluarga kat Sungai Petani belah isteri dan belah aku di Parit Buntar. Berapa jauh pun kita berada diperantauan, yang tetap dirindui adalah keluarga kita di kampung halaman. Betul tak?

Aku ni dah tak sempat nak life update blog. Blogger yang semakin suram nampak gayanya. Beginilah.. aku tak belum berhasrat nak bersara awal dari dunia blog, tapi tanda2 awal dah mula kenampakan.. Blog ini pun jarang berupdate!

Tak apa, aku cuba menghidupkan blog ini yang ku anggap sebagai diari dunia hidupku. Sedaya mungkin aku cuba walaupun.. mana tahu suatu masa nanti blog ini sudah tiada pembaca lagi. Baru betul-betul aku angkat kaki .. :(

Okay, cerita 3 hari sebelum Raya AidilFitri 2017.

Dari Banting tempat aku cari makan.. kami bertolak subuh hari Khamis 22hb Jun lagi. Keadaan trafik jalan raya baik dan lancar. Kami terus ke kampung rumah Bonda. Awal sampai terus kami berkunjung ke rumah Paklang aku (dekat2 sini) menziarah beliau yang sedang menderita sakit kaki (gaut). Masa menziarah tu, sempat bersembang dan tanya khabar. Orang tua2 (kebanyakan orang kampung) kalau sakit dia tak suka ke hospital. Paklang pula bagi alasan, katanya susah nanti nak buang air, nak solat.. dan yang paling merisaukan beliau ialah bila yang merawat tu adalah doktor dan jururawat perempuan. (Bukan mahram) Memang itu yang dirisaukan beliau. Tapi alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dipujuk oleh anak2 beliau. Sehari sebelum Raya beliau dimasukkan ke wad, ditahan sebab keadaan kaki semakin parah (bisul membengkak dan bernanah) dan badan pesakit perlu dimasukkan air. Masa di wad kami tak sempat ziarah sebab nak balik ke SP rumah mertua.

Walau bagaimana pun sempat juga kami bersahur dan berbuka puasa di rumah bonda. Kalau makan sini, menu Bonda masak memang gempak habis. Ikan keli bakar cicah ayaq asam, memang sempoi. Keli dibakar dengan sabut kelapa.. aku dah lama tak buat kerja macam ni.

2 hari sebelum Raya AidilFitri 2017

25 & 26 Julai merupakan hari ulang tahun kelahiran Bonda dan Ayahanda. Bagus menantu bonda sorang ni... mamaD beri hadiah dan kami semua tak buat majlis sambutan. Doarang memang tak suka. Kalau nak buat untuk anak cucu dorang ok lah. Tahun ni mamaD dapat rezeki lebih. Jadi ada lah hadiah untuk Bonda dan Ayahanda. ( .. Syssh jangan heboh dalam blog : kata Mama'D)

1 hari sebelum Raya AidilFitri 2017

Pagj sehari sebelum raya, kami balik ke Sungai Petani. Kalau kat SP, keadaan memang kalut sikit tak sempat nak betehat2.. ada saja aktiviti terutamanya acara membeli belah perkakasan dapur untuk masak malam raya. Mak mertua aku memang pakar membuat ketupat daun palas. Kalau tak berlemak berminyak daun palas tu bukan ketupat palas Mak Kiah laa.. makan ketupat mak buat ni kena beringat2 jangan terpulun sakan. Usia lebih 40an kena jaga2 serba serbi bab makan. hemm mampu makan 2 ketul ketupat saja.. (percaya lah) 

Sempatkan juga last minute shopping baju raya untuk Nina & Hanis di Parkson Taman Sejati. SP. Kat sini membeli belah rasa tenang sikit, walau orang ramai namun tetap selesa berbanding Mall-Mall lain kat  SP ni. Mungkin sebab sini bukan lokasi tumpuan ramai. Apa pun.. di sini terbaik !. Kalau korang nak tau Sungai Petani makin pesat membangun.. terbaiklah. sesak selalu di mana2. pening kelapa aku !

Hari Raya orang dewasa, bagi aku tak ada yang happening sangat. Meraikan kegembiraan bersama anak2 dan sanak saudara, buatkan mereka gembira supaya kita juga dapat merasakan bahagianya. Begitu juga ayah bonda kita.. bila lihat kita adik beradik balik kampung beramai2 maka terpancarlah cahaya keriangan di wajah mereka.  Korang jangan pula kata tak nak balik kampung, tak suka balik kampung di musim2 perayaan. Sesungguhnya masih ada yang menanti kepulangan kita wahai anak2 perantauan.

Syukurlah kami tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman..Teringat pada Paktam dan kawan2nya yang kini merantau mencari rezeki di bumi Australia. Sedihnya bila berjauhan dengan keluarga di Malaysia.. Kalau aku tak sanggup rasanya.. tak tahu lah.

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tempahan Buffet Ramadhan di Restoran Terpilih dengan ShopBack lebih berbaloi !

Tuesday, June 20, 2017 Nazlee Ismail 19 Comments

Seiring de­ngan perkembangan teknologi terkini, kita dapati orang ramai terutamanya generasi hari ini sangat selesa menggunakan perkhidmatan beli-belah dalam talian. Urusan membeli barang-barang keperluan seperti pakaian, makanan, kelengkapan rumah dan sebagainya semuanya Online. "Bila masuk kerja tak pernah on time lepas masuk kerja dia terus on line" ini memang kena sangat dengan nyayian Altimate dalam lirik lagu hitnya 'Amboi'. Orang semua fikir nak oline shopping. Online shopping memang menyeronokkan dan ianya memudahkan cara serta menjimatkan. Kini sudah banyak 'online store' bersaing untuk menjadi yang terbaik. Persaingan mereka dalam situasi sebegini boleh menguntungkan pihak pembeli yang juga pengguna. Pengguna hari ini dilihat begitu bijak dalam menilai serta membandingkan harga dan tawaran ke atas sesuatu produk bagi mendapatkan nilai yang lebih berbaloi atas setiap perbelanjaan.

Nikmati Buffet Ramadhan Di Restoran dan Hotel terpilih melalui tempahan dengan ShopBack Malaysia.
Shopback Malaysia, CashBack, Online Shopping

Apa itu ShopBack? Secara mudah difahami ialah membeli barangan atas talian dari mana-mana online store terpilih dan kemudian anda akan mendapat rebat tunai iaitu CashBack. Di ShopBack juga anda boleh mencari tawaran dan diskaun.  ShopBack membantu anda mendapatkan tawaran terbaik dan diskaun ke atas pembelian dari lebih 300 rangkaian store terpilh. Antara store yang popular ialah seperti LAZADA, TAOBAO, ZALORA, GROUPON, FOODPANDA, BOOKING.COM, HOTEL.COM dan banyak lagi.

[Free Sign up for ShopBack]

Cara untuk mendapatkan CashBack, perlulah mendaftar secara percuma di www.shopback.my terlebih dahulu. Selepas itu anda boleh beli-belah di ShopBack dan menikmati rebat setiap kali melakukan pembelian. Tonton video pengenalan shopback dan tutorial : https://youtu.be/J6OuRVAxPVg

Tempahan Buffet Ramadhan di Restoran Terpilih dengan ShopBack lebih berbaloi !

Shopback Malaysia, CashBack, Online Shopping

Di bulan Ramadhan, terdapat banyak Rangkaian Restoran dan Hotel yang menyediakan Buffet Ramadhan untuk makan-makan ketika berbuka puasa. Melalui ShopBack anda boleh mendapatkan tawaran harga yang menarik di Fave by GROUPON

Shopback Malaysia, CashBack, Online Shopping

Cara dapat CashBack !

Daftar dengan ShopBack dan melaluinya, anda cari 'Fave' dan klik butang 'Activate Cashback' atau 'Get Deal' anda sudah boleh menikmati rebat 6.0 % cashback.

Jom kita berbuka puasa di Sunflowers Brasserie, Royale Chulan Bukit Bintang! Memang terbaik juadah-juadah yang tersedia di sini. Korang pun boleh datang berbuka puasa di sini..

buffet ramadhan, shopback, cashback
Dari harga RM108 untuk seorang dewasa, kini diskaun harga ke RM79 dan melalui tempahan ShopBack juga anda akan dapat rebat cashback sebanyak 6% ke dalam akaun.

buffet ramadhan, shopback, cashback

buffet ramadhan, cashback, shopback

buffet ramadhan, cashback, shopback
 buffet ramadhan, shopback, cashback
 buffet ramadhan, cashback, shopback

buffet ramadhan, shopback, cashback

Selain dapat menikmati makanan yang super lazat, korang juga boleh dapat potongan harga dan rebat cashback ke dalam akaun shopback . Memang berbaloi membuat tempahan melalui ShopBack !

Foodpanda Delivery  dan Pappa Delivery dengan ShopBack !

Kuasa memilih di tangan anda, jika tidak suka membazir masa makan-makan di restoran atau hotel, anda lebih gemar membuat pesanan makanan bolehlah menggunakan perkhidmatan atas talian, penghantaran makanan terus ke alamat anda dari rangkaian restoran tersenarai di ShopBack. Dengan ShopBack anda lebih berjimat!

Melalui ShopBack dengan klik foodpanda anda berhak mendapat rebat 11% atau lebih Cashback. 

cashback, online shopping

Penghantaran makanan melalui pesanan online juga boleh dibuat oleh PappaDelivery melalui ShopBack anda berhak mendapatkan  rebat 5% Cashback.
cashback, online shopping
cashback, online shopping

[Pendaftaran Percuma ShopBack]

Beli-belah Raya dengan ShopBack lebih menjimatkan !

Dengan ShopBack, anda juga berpeluang menikmati diskaun harga sebagai contoh Up to 9% shopping di Zalora atau Up to 11% di Lazada atau mana-mana online store pilihan. Hanya dengan ShopBack anda akan mendapat penjimatan melalui CashBack.

Jangan lupakan ShopBack dan dapatkan CashBack setiap kali anda melakuan pembelian atas talian. Jadilah pengguna bijak dengan mendaftar di ShopBack. 

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Selamat Hari Bapa kalau tak ucap pun tak apa

Sunday, June 18, 2017 Nazlee Ismail 2 Comments

Sabtu minggu ketiga bulan Jun adalah sambutan Hari Bapa sedunia.. itu yang aku tahu dan aku tak kisah pun ia diraikan atau sebaliknya. Biasanya hari bapa ni kurang sikit meriahnya itu sebab pada aku kaum bapa ini memang cool. Tak diraikan pun tak apa. 

Aku sendiri pun tak pernah ucapkan selamat hari bapa kepada Abah kat kampung, tapi yang pasti setiap kali selepas solat, tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan keduanya (mak & abah).

Kami tak pernah diajar itu, kami adik beradik cuma dibiasakan dengan mendoakan setiap kali selepas solat. Tak ada rasa bersalah dan tiada istilah abah atau mak akan berkecil hati. 

Sambutan meraikan hari bapa ni aku rasa baru saja. Dan kalau anak-anak beri hadiah dan berikan ucapan.. anggaplah itu sebahagian cara menunjukkan rasa kasih selain berdoa setiap kali selepas solat. 

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak semena-mena aku bersenam Squat Jumping !

Friday, June 16, 2017 Nazlee Ismail 0 Comments

Aku dah mula buat 'squat jumping' macam ni, pasal apa?

Semalam lepas berbuka, terasa macam nak terkencing sangat2. Minum air memang aku tak pernah banyak. Paling kuat pun satu mug tu pun tak habis.. lepas solat aku akan sambung minum mug yang sama. Risau jugak hati ni kalau kena penyakit kencing tak lawas. Orang kata la kan, simptom kencig tak lawas macam tu.

MamaD terus info aku, pasal kecing tak lawas salah satu puncanya adalah kurang minum air masak. betul lah. Terkedu aku..  memang aku tak suka minum air masa makan sebab aku ni kaki makan. Bila minum nanti makanan  tak boleh masuk banyak.. hemm. Tapi sebenarny di kala umur 40an sekarang, aku memang dah kurang makan berlebihan. 

Penyakit yang digeruni (sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kolestrol juga) sering menghampiri kita pada usia bermula 40an. Ini yang buat aku slow sikit bab makan dan minum tak sihat. Sekarang ni tengah kontrol sebaik mungkin. 

Dulu aku pernah sekali buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan. Masa tu kolestrol aku agak membimbangkan.  Doktor nasihatkan aku supaya bersenam, tak perlu makan ubat sebab masa tu belum 40. Selepas aku kontrol semua benda makan yang tak sepatutnya. Alhamdulillah. Setakat hari ni simptom macam kalau makan daging berlemak lebih rasa nak pening dah tak ada. Jantung pun okay.. xde rasa debar selalu.. berat badan mentain. Lega rasa setakat ni. 

Umur dah lepas 40 dan nak masuk 44 pun, aku masih belum pergi check lagi. Terasa berat nak ke klinik. Apakah?? Perlu tunggu sakit datang baru nak terhegeh-hegeh buat chek-up doktor. (tanya diri sendiri)

Mulai sahur subuh tadi, aku dah minum banyak air masak. Aku harap ianya berterusan. Minum banyak masa makan atau lepas makan boleh buncitkan perut. . Masalah jugak tu !!

Aku dah mulakan senaman 'squat jumping' untuk kuatkan bahagian dalaman sekitar pundi kencing (ini cara aku) dan ianya boleh bagi badan keluar peluh. Sebelum ni aku jogging dan sesekali masuk gym je.. dan satu lagi amalan yang bagus "jangan tahan kencing" tu je la..

Mudah-mudahan segalanya ok macam biasa.  Doakan saya ya. Terima kasih.

Live begins at 40,  orang kata ada banyak perkara indah berlaku dan sebaliknya juga. Tapi bagi aku, perubahan itu penting. Berubah kepada buat perkara kebaikan. Dan kalau nampak kenalan yang dah 40an masih berkelakuan sama tak berubah-ubah (masih jahil). Kita doakan sajalah yang baik-baik. Insya Allah

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Layankan saja apa mahunya - HANIS Umairah

Thursday, June 15, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments

"Buka puasa nanti adik nak makan Tomyam Daging, Udang Celup Tepung. Nak makan kat Restoran Juvita.. Minum, adik nak jus honeydew ok dah !"

Makan-makan luar lagi hari ni (semalam) . MamaD memang tak nak masak katanya nak ikut je apa Hanis nak makan sempena hari ulangtahun kelahiran. 

Restoran Juvita (Jalan Kanchung) ni memang tempat makan favorit di Banting dan favorit juga bagi kami sekeluarga, tapi sudah agak lama kami tak ke sini. Selalunya mamaD memang masak dan makan kat rumah je.. Hanis punya pasal kami ke sini. Menu kat sini memang sedap dan harga boleh tahan tak mahal sangat. Nak makan seafood datang la sini. Menu terbaik dari kerang dan siput pepahat atau siput buluh menjadi pilihan ramai.

Hanis memag favorit dia menu sotong celup tepung. Kat sini aku pilih seekor sotong agak saiz besar jugak cukup untuk kami berempat.  Hanis ni seafood allergy, alahan makanan laut terutama sotong dan udang.. tapi kan yang tak boleh tu la dia nak makan sangat ! Bukan sekali makan malah selalu sangat sampai alergy sotong pun dah kalah dengan dia... ekzema masa kecik-kecik dulu sesekali datang agaknya. Ada masanya terus gatal-gatal tapi alhamdulillah setakat ni tak ada pulak.

Sesekali makan berbuka puasa di luar ok jugak kata Hanis dan Nina.. sebabnya depa dua beradik tak perlu susah payah nak mencuci pinggan mangkuk dan kemas dapur dah .. hah tu point dia ! 

Ini dia Pepahat masak cili kering, gambar yang paling dekat tu, menu kesukaan mamaD. Timbang 100gram Rm5 tau.. kalau nak makan kena ambil 200gram baru boleh dimasak.  Haa ada kuantity minima tau.

kat sini, pesan makanan pun cepat je siap tak perlu sakit hati di bulan yang mulia. Tip mudah.. datang la awal sikit dan pesan makanan awal sikit. Tips bukan hanya di restoran ni saja. lain-lain restoran pun sama..  

Abah tahu anaknya macam mana, portion banyak mana.. jadi tak payah membazir oder berlebih. Kalau oder lebih pun yang merana nak habiskan makanan.. abah ni jugak! 

Alhamdulillah.. semalam cukup kenyang sampai ke Sahur sebab mamaD rajin pula goreng cucur udang selepas solat terawikh.. dan aku kena paksa habiskan..

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HANIS Umairah Birthday !

Wednesday, June 14, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments

Hari ni 14 Jun,   bersamaan hari ulang tahun kelahiran yang ke 16, Nur Hanis Umairah atau lebih mesara dipanggil 'Adik' sebab dia anak bongsu dari 2 beradik.

Bila anak bongsu ini semakin dewasa dan bila berdiri sebelah kita pun nampak seakan sama tingginya, itu maknanya umur mak ayahnya pun sudah makin banyak. Tak dinafikan. Aku sedar itu. Dalam masa sama aku sangat bersyukur (Alhamdulillah) berjaya mendewasakan mereka hingga saat ini seadanya.
hanis umairah

ADIK, Semoga terus menjadi anak yang baik, sentiasa mendoakan kebahagian keluarga dan saling menghormati. Selamat hari lahir Adik. Semoga mendapat keberkatan hidup dan limpahan rahmat Allah SWT dunia dan akhirat. Semoga berterusan menjadi anak solehah. (Aamin).

Love u.

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Minyak hitam kereta hitamku

Tuesday, May 30, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments

Sudah lama 'dia' berkhidmat, dekat 10 tahun dah. Terbaik servisnya pusing satu Malaya! Selalu aku tukar minyak enjin atau minyak hitam mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 5000km. Tak pernah aku ingkar, kalaupun ada hanya lebih sikit kilometer yang ditetapkan. 

Minyak hitam ni kalau siapa yang biasa dengan kenderaan bermotor pasti tahu apa kegunaannya. Ia adalah untuk melincirkan pergerakkan komponen bahagian dalam enjin dan menyempurnakan tugasan enjin. Minyak hitam yang berwarna kuning keemasan tu lah minyak enjin yang belum diguna pakai lagi dan bila dah pakai ianya bertukar menjadi minyak hitam. Ada ke kita2 yang masih tak tau ni?

Berdasarkan pengalaman aku, minyak hitam tak boleh dipilih guna sembarangan untuk kenderaan. Ianya bergantung kepada berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan bergantung juga kepada penilaian mekanikal ke atas enjin tersebut.

Kalau merujuk kepada kereta hitamku ini, enjin magma 1.3L, enjin masih ok tak pernah buat hal, pickup power boleh tahan jugak... cuma dalam masa terdekat ni bila aku meletak kereta, ada kesan minyak bocor di atas lantai parkir. Dah syak awal lagi sebab ada bau hangit minyak terbakar bila memandu.

Aku ni boleh la.. tahu sikit2 bab enjin kereta. Kebocoran tu nampaknya punca dari gasket bahagian atas cylinder. Kalau perhatikan pada kesan minyak lebih pada tempat berkenaan. Jangan berkira2 sangat nak gantikan gasket tu.... (tengah memujuk hati). Biasa lah kan mesti kena bajet.

Kebiasaannya kalau dah lama digunakan, enjin dah teruk bekerja, gasket jadi keras punca ianya pecah dan menyebabkan berlaku kebocoran minyak. Sebelum gantikan minyak hitam, kena tukar dulu gasket tersebut. Yang merisaukan aku, takut2 ada kebocoran di tempat lain. Haa biasalah 'orang lama' sana sini sakitnya.

Untuk pemilihan minyak enjin yang sesuai, kita kena dapatkan info dari mekanik. Mereka lebih tahu apa yang terbaik. Bagi kereta hitamku ini, mekanik suruh pakai minyak yang lebih pekat sebabnya minyak hitam dengan kepekatan tertentu boleh melambatkan bocor disamping boleh menutupi ruang jika ada kebocoran di tempat lain 

Ini cara terbaik untuk kita2 yang masih lagi berkira2 untuk sama ada buat servis enjin keseluruhan/ Top Overhaul atau baiki mana perlu. Biasalah kalau buat top overhaul mau2 kena ratusan ringgit jugak. Adat orang meniaga.. kalau dah bukak enjin nanti serba serbi dimintak tukar.. kan.  "Ini oil seal sudah kembang mesti mau tukar..  ini mesti mau tukar, itu tukar..  " ha haa.  Tau dah kan mekanik macam mana dorang punya suggestion !

Tak perlu terburu2. Pilihan atas kemampuan sendiri. Kalau aku.. aku masih belum mahu membaikinya dan aku memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding sebelum ni API SJ/CF untuk minyak SAE 20W 50. Memilih minyak dari grade yang kelikatannya lebih dari sebelum ini adalah bertujuan untuk mengawal kebocoran minyak hitam dan mengawal pergerakan enjin supaya lebih senyap.

Korang yang berkereta baharu. Enjin tak samapai 2 tahun tu mesti biasa dan disarankan guna minyak enjin jenis synthetic kan. Enjin baru sesuai lah sangat sebab barang masih baru, tapi harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal. 

Kalau korang guna minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru, meneruskannya adalah lebih baik pada hemat semua orang. Tetapi sebenarnya tak perlu sedemikian hingga umur kereta melebihi 5 tahun. Bergantung kepada penggunaan dan kekuatan enjin. Kekuatan berkurang pada setiap masa. Secara ringkasnya enjin lama kena guna minyak yang kepekatannya lebih dari biasa. Sesuai dengan kehendak enjin bekerja.

Satu lagi info, jika boleh diguna pakai untuk pemilik kereta yang berusia lebih 5 tahun. Kalau korang maklumlah pasal minyak enjin yang mempunyai treatment. Sebenarnya ia tidak berapa sesuai untuk enjin lama. Tidak digalakkan menggunakan minyak enjin bertreatment kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus, cepat panas dan enjin bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen. Sebaiknya gunakan saja minyak enjin biasa minyak hitam tanpa treatmen. Harga lagi murah enjin lebih tahan lama.

Lega aku.. Bila dah ganti gasket, dah masuk minyak enjin baru kemudian dah pegi cuci enjin.. Alhamdulillah. Dah tak ada tanda2 kebocoran minyak lagi. Memandu kereta pun senang hati tak risau dah bau hangit menusuk hidung.. 

Ternyata Aku masih sayangi 'dia'.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak suka memancing tak apa.. cuba memahami itu yang sebaiknya untuk keluarga.

Tuesday, May 23, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments

Pakej memancing dan gathering family atau grup kerja dan sebagainya.. insya Allah dalam perancangan kami untuk anda yang berminat. Tak semestinya anda #kakipancing sahaja,  kaki BBQ atau kaki lepak2 pun boleh buat grup.

Kami akan sediakan PAKEJ dan anda booking dengan kami.. buat masa ni details pakej tersebut belum siap sepenuhnya untuk dihebahkan.

Kepada yang berminat nak tahu? 
Boleh tanya saya by whatsapp 0174009726

************************************

Tak suka memancing tak apa.. tapi cuba memahami situasi, itu yang sebaiknya untuk sebuah keluarga harmoni.

Okay cerita sikit kebaikan yang boleh kita nikmati semasa kita menjalankan aktiviti sebegini. Positifnya lebih kepada yang berminat dengan hobi memancing tetapi bagi mereka yang kurang minat, mungkin anda akan cepat merasa bosan. Tidak menjadi suatu masalah besar untuk mengatasi masalah BOSAN!. Jika kita saling memahami berkenaan hobi dan minat sebahagian ahli dalam keluarga besar kita. Ini lah masanya. Cuba buat..

Sambil kaki pancing memancing dan yang lain layan berborak santai, dapat ikan-ikan boleh terus bakar atau masak buat lauk fresh. Acara makan beramai di suatu lokasi yang berbeza dari kebiasaan sebegini memang unik dan boleh menimbulkan rasa nikmatnya hidup sebuah kehidupan yang saling mengerti. Dapat menjalinkan lebih keakraban dalam sebuah keluarga. 

Matlamat datang beramai adalah untuk menghilangkan suasana tensi masa hari-hari kerja dan mencari pengalaman unik juga mahu medekatkan lagi ukhuwah kekeluargaan. Ada berbagai cara untuk melakukannya dan satu darinya dengan beriadah sebegini. 

Jom la korang  rancang awal2.. dan nantikan info PAKEJ MEMANCING selanjutnya nanti.  PROJEK LEPAS RAYA giteww !

Agak2 lokasinya di mana ya? . . Tahu kan, sebuah tasik buatan manusia yang terbesar Di Asia Tenggara.. di situ lah terdapatnya Rumah Bot untuk memancing , amacam.. menarik?

.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku target Sotong bukannya Jerung !

Thursday, May 18, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments

Ikut Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu

Perancangan nak pergi mencandat sotong dan memancing ikan bersama rakan2 serumah semasa belajar dulu akhirnya menjadi kenyataan. Kuala Terengganu, Jeti Merang dan atas bot nelayan kami bertemu semula setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Lama kan? Tapi bila kali jumpa aku perhatikan perwatakan masing-masing masih sama macam dulu. Tak ubah..

Yang bagusnya group lelaki ni kalau datang reunion, jarang-jarang nak bertanya tentang peribadi. Macam kitaorang ni perbualan lebih fokus kepada masa kedepan. Stori mori pun berkenaan masa sekarang , kalau ada pun sikit je sentuh peribadi. Mungkinkah  ini hakikat sebenar lelaki bila berbicara?

Dari tinggal serumah sewa bujangan, akhirnya kini masing-masing sudah bekeluarga. Cuma yang ketara nampak sangat beza pada kami adalah fizikal. Itu biasa lah. Takde hal.. tak jadi suatu masalah besar bila nak reunion jumpa kawan-kawan lama.

Plan asalnya nak memancing dan mencandat selama 2 hari 1 malam di lautan. Perancangan awal kami naik di Jeti Chendering. Tapi biasalah, perancangan awal, bila tiba dekat tarikhnya, plan sudah ubah sebab masalah teknikal bot sewa kami tak dapat selesai. Kebetulan aku tak ambil dari pakej sini. Sebenarnya bot dari pakej yang aku sendiri kendalikan di Chendering semuanya dah penuh ditempah pada hari tersebut.

Okay. Korang tengok gambar bot atas tu adalah bot transfer dari jeti ke bot yang lebih besar. Bot nelayan untuk memancing di lautan. Bot nelayan terpaksa berlabuh di luar pantai sebab keadaan air masa tu sedang surut. Kami bertolak dari jeti selepas waktu Asar kira-kira pukul 5 lebih. Arus masa tu tenang dan cuaca baik sekali.

Dari pantai Merang ke lokasi mencandat di perairan Pulau Redang adalah lebih kurang 1 jam perjalanan. Atas bot nak berborak pun tak selesa sebab bunyi motorbot 'memekak' kuat sekali. Bercakap pun kena jerit-jerit.. huh memang tak tenang, Aku layankan saja pemandangan indah di permukaan Laut China Selatan. 

Masa ni juga nak kena siapkan kelengkapan untuk 'berjuang'. Aku steady jer sebab aku target sotong bukannya ikan jerung!  Jadi peralatan aku biasa-biasa je. Tengok gelagat kawan0kawan lain, nampak kePROan depa pemancing tegar dari Penang mai. Masa yang ada tak dibazirkan macam tu..  masing-masing buat perambut mata kail dan sebagainya.

Senja berlabuh malam menjelma, maka bermulalah aktiviti memcandat sotong dan memancing ikan. Masa ni memang tak sempat nak berbual sakan. Walau lama tak jumpa namun hasrat memancing didahulukan sebab semuanya sedang fokus kepada joran pancing. Lepas habis program ni kami borak panjang.

Tak ambil masa lama, sotong pertama dinaikkan sebagai 'lesen' untuk sotong seterusnya.. member lain masih berjuang nak dapatkan lesen. Masa ni memang tak terasa lapar langsung, walau dah berada di lautan beberapa jam. Untung takde sorang pun mabuk laut. Semuanya steady berjuang. Selang seli kedengaran bunyi bising.. ada kenkawan naikkan sotong jugak. Awak-awak dan Tekong pun turut mencandat sama. Diorang sporting tapi jarang bercakap. Mungkin pergaulan dari segi loghat membatasi agaknya lah. Takpe lah. Janji tekong bantu mengail sama pun kira dah okay.  Gambar sotong yang lain tak sempat rakam. Aku tengah khusyuk nak dapatkan sotong ke dua dan seterusnya penuhkan tong.

Sotong ke dua aku sendiri terkejut ! saiznya agak besar jugak. Mata candat berumpankan seekor ikan selayang memang makanan dia,  Sotong Torak suka la. Dalam masa sama kawan-kawan lain pun dapat jugak menaikkan sotong. Termasuk dari awak-awak dan Tekong bot. Kami target nak buat lauk untuk makan malam. Korang boleh bayangkan lah. Sejak dari petang tak makan ..hemm  Bila terbau mee kari terus terasa laparnya.

Selain mencandat, ada satu moment paling best atas bot.  Masa makan adalah masa kelaparan. Bagusnya bila tekong masakkan kami mee kari bersama sotong fresh di dalamnya. Huh nikmatnya! Masa pemancing makan selalunya bila sotong dan ikan tak makan umpan. Masa ni boleh la nak berborak sambil makan jajan yang kami bawak. Sambil borak sambil mencandat dan ada yang tidur rehatkan badan sekejap.

Bila dah bosan lokasi sama sotong tak makan umpan, masa berpindah ke port baru. Tambah lagi la masa setengah jam perjalanan. Peluang untuk tidur sekejap tak dilepaskan termasuklah aku.

Kalau dikutkan hasil memang tak seberapa lumayan,  tak menjadi sangat hasilnya. Alasan tekong kata kami turun candat pada waktu bulan gelap.. haa kira lebih kurang nak dekat gelap masa depan lah. Takpe inilah pengalaman sebenarnya.. bukan mudah nak jadi 'hebat' dalam setiap sesuatu kerja yang dilakukan. Boleh dalam 30 kilogram keselurhan tu kira ok lah..bulan gelap tu, kalau bulan terang cuaca elok.. rasanya mau cecah ratus kilogram (berangan) hahaa. Apa pun yang best sekali boleh jumpa kawan-kawan lama yang juga sama minat dan hobi.

candat sotong

De'Complot Fishing Team.. next time kita plan lagi.. plan nak gi mancing kat pelantar minyak. 4 hari 3 malam.. korang mampoo! hemm macam tak sanggup jer..