Asyik sotong beli kat pasar jer.. mana best bang !

Thursday, January 26, 2017 PCL 3 Comments



Ramai orang semakin berminat nak pergi laut mencandat sotong sendiri, nak merasa macam mana suasana "pesta mencandat sotong" yang dikatakan sangat menarik tu... 

"asyik beli sotong kat pasar jer.. mana best bang" kata salah seorang pelanggan pakej candat sotong ini. Katanya juga pernah lihat keseronokan mencandat sotong melalui rancangan tv3 Majalah3. Tertarik punya pasal tahun 2017 ini beliau bersama group sepejabat buat tempahan bot.

Kali pertama nak mencuba, memanglah terasa excited nya tu.. Menghitung hari sejak Disember tahun lepas lagi dan menantikan bulan May tiba. 

Ramai yang nak tahu bagaimana aktiviti ini dijadualkan. Oleh itu, saya sudah sediakan Itinerary pakej candat sotong sebagai rujukan semua pembaca dan khusuanya untuk para pelanggan bot candat NazleeDotCom ;

Itinerary pakej candat sotong


PAKEJ MECANDAT SOTONG

Musim mencandat sotong tahun ini, 2017 akan bermula awal bulan April dan sehingga penghujung musim pada bulan September. Harga pasaran sotong di luar Terengganu memang agak tinggi dalam lingkungan rm25 ke Rm30 sekilogram mengikut saiz dan jenis. 

Kalau anda kira bajet, nak sotong berbaloi dan puas makan disarankan beli sahaja di pasar-pasar melainkan jika anda berhajat mencandat untuk mengambil pengalaman di lautan boleh la buat tempahan bot. Suatu aktiviti yang tak semua orang berani lakukan. Jom kite "Visit Beautiful Terengganu 2017"

.

3 comments:

  1. bestnya.. kami berangan nak gi tapi tunggu anak-anak besar sikit la.. jangan mabuk laut sudah..haha

    ReplyDelete
  2. InshaAllah nanti nak jugak pergi. Tak pernah lagi ada pengalaman mencandat sotong.

    ReplyDelete
  3. Menarik...tp xde geng nak pi...hahahaha...jom la afb buat trip

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.