Berpisah Terlalu Lama Punca Cerai ?

Wednesday, January 25, 2017 PCL 3 Comments


"Suami saya selalu busy dengan kerja dia, tugas orang penting dalam company memaksa dia selalu meninggalkan saya di rumah berseorangan.. ". Jelas Puan J berasal dari Selangor memberi keterangan punca penceraiannya adalah dari sikap cemburu suaminya yang mengatakan dia mempunyai lelaki simpanan sepanjang ditinggalkan keluar negara. Sebab sikap suami dia macam itu membuatkan Puan J terasa hati dan rasa tidak dipercayai lagi oleh suaminya.

"Kalau kitorang dah tak ada sifat percaya mempercayai  antara kitorang, apa guna teruskan lagi, buat menambah rasa tersiksa jiwa jer.."

Apa yang dialami Puan J (27 tahun), dia merasa bosan kerana ditinggalkan selalu dan hati tak senang dengan sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk berpisah terus dengan suaminya. Cadangan disuarakan dan disambut baik oleh suaminya. Maka mereka berpisah dengan talak satu.. 

Sejak itu kekallah dia memakai gelaran nama sebagai Puan J dalam tempoh masa yang dia tidak pasti.

Mudahnya ini terjadi kepada pasangan berumah tangga terutama pasangan muda mudi zaman ini. Cukup mudah untuk berpisah. Puncanya adalah hanya bosan, cemburu dan tak ada sifat mempercayai..

Kalau kita yang kes kebetulannya dalam situasi sama lebih kurang macam Puan J tu, cubalah buat pertimbangan sewajarnya dan elakkn dari bercerai..

Kasih mengasihanilah... oramg muda selalunya nak mudah saja.. kemudian hari baru nak fikir, bukannya fikir dulu sebelum buat keputusan..

3 comments:

  1. xpikir panjang..jawapan klise tiada jodoh.

    ReplyDelete
  2. Perkahwinan terdiri dari 2 manusia. Bukan 3 atau 4. Kalau dah sorang2 tu memang banyak je syaitan menghasut.

    ReplyDelete
  3. yang penting tindakan si suami.. ambil mudah dan akal pendek sebab senang melafazkan padahal Allah dah bagi 9 akal kpd lelaki untuk berfikir secara rasional compare dgn wanita, 9 nafsu..

    renung-renungkan. hehehe..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.