Kari Munggai sama Ketam @ Mama'D Cafe

Saturday, January 28, 2017 PCL 4 Comments


Buah munggai?.. Dulu masa kat rumah mertua kat SP Kedah selalu la mak mintak belikan munggai, katanya nak masak gulai sama udang besar. Kita ni kan menantu yang taat, mak suruh apa, cepat jer tunaikan. Makan tengahari sama-sama, mak masak sedap dan masa tu berat badan makin menaik. Ada orang kata lepas kahwin mesti hormon bertambah elok dan satu kesannya adalah kenaikan berat badan. Makan selera puncanya. Mak masak sedap pun iya jugak. Dengan mak kita sendiri di kampung pun sama.. selera makannya menjadi-jadi. So dah jadi double sedap tambah lagi dengan layanan isteri.. Hemm makin bersemangat. Tapi kan, isteri kitalah dapat nama "isteri pandai jaga suami".. Haha takpe lah bab tu. Memang pun kan.

Okay kita sambung cerita pasal menu buah munggai tadi.. 

MamaD bila ternampak buah munggai terjual, terus dia beli. Beli tak banyak cukup untuk kami berdua. Beli dulu, simpan nanti bila terasa nak makan baru tanya resipi kat mak.. 

Hari ni Sabtu, kira dah seminggu la buah munggai dalam peti sejuk. Wajib 'dikerjakan' hari ni jugak. Kalau tak nanti masuk tong sampah lah.

Pagi lagi kami berdua, macam biasa sarapan di luar.. Cuti Sabtu Ahad memang cari makan pagi di luar. Lepas makan singgah pasar beli ketam bunga 2 ekor saiz besar. Teringin nak makan kari ketam. Nak masukkan buah munggai tu sekali, Ok tak? 

Bab ok ke tak tu, aku saja tanya korang sebab mungkin ada yang berpengalaman masak munggai. Bagi mereka yang taktau lagi apa tu buah munggai? Buah munggai ni nampak rupa fizikalnya macam kacang panjang tapi spesis besar lagi dan panjangnya lebih kurang sama. Munggai ni alberada dalam jenis sayur kekacang jugak. Ada biji kekacang dalam sebatang buah tu.  Nak lagi clear korang boleh google je eh..

Okay, sambung lagi.. Tadi dalam kereta, tau-tau mamaD dah wasup mak dia tanya resipi gulai munggai. Petua masak orang lama memang best. Buah munggai kena kikis bahagian luar kulitnya dengan pisau.

Tengok mamaD sedang kikis kulit munggai macam tu.. tanpa aku tanya apa tujuan  buat macamtu, tapi aku boleh agak la kan.. Mestila untuk senang bagi kuah kari tu meresap kedalam isi munggai semasa menumis rempah kari tu... kan!

MamaD kata, kita buat kari munggai ketam campur telur. Kuah jadi pekat la sikit..

I FOLLOW jer.. Sesekali nak rasa menu lain dari kebiasaan. 

Takdan bertangguh, masuk jer dalam rumah, mamaD terus buat kerja di dapur. Aku pi sidai kain baju yang dah siap mesin pagi tadi di ampaian luar. Hanis pulak sibuk buat kerja sekolah dia.. Cuti CNY ni memang banyak kerja nampak nya. Belikan dia dan kak Nina, favorite roti canai untuk breakfast.

Nina nampak sangat keletihan, semalam balik terus tertidur awal. Orang tu baru hadap 'suasan kerja' praktikal kerja ulang alik naik train dari KL Klang. Klang Banting naik kereta.. Penat kan. Kita memahami anak~anak, tak bermakna anak-anak boleh goyang kaki di rumah. 

Masing-masing ada peranan, tak perlu nak kecoh kat semua orang yang kita buat itu ini, cukup kalau kita senang hati dengan apa yang kita ada dan buat sekarng. Yang pentingnya kita tak abaikan keluarga dan melebihkan orng lain di luar sana. Cari persamaan dan bukan perbezaan ! Alhamdululillah semoga berkat hubungan keluarga hendaknya Insya allah.

Nin diaa nak habaq bagi.. "Kari Munggai Ketam Mama'Dcafe" dah siap terhidang. Terus terasa lapar, sat na bagi mamaD rehat dulu sementara  tu aku pi masak nasi. Kerja mudah ni,  tapi ini lah salah satu kerja dapur yang aku selalu buat. Biar depa anak isteri makan 'air tangan basuh beras Abah..' Haa gituu.

Korang takyah cari resipi, entri ni memang tak ada sediakan resipi. Kalau nak juga cari jer dalam Google. Bersepah tau... Kalau nak tau, orang utara yang oldskul suka sangat menu gulai munggai ni.. Kena tau cara makan dia camana?


Cara makan munggai senang jer, masuk munggai sebahagiannya ke dalam mulut, pastu gigi sikit sambil tarik perlahan sambil isap.. Emm dapatlah isi munggai yang lemak manis bersama rasa kari dan biji kekacang munggai. Enak tau.. Cuba la try..





4 comments:

  1. kali pertama tgk kcg munggai ni husna igtkan ranting kayu apa laa.. hahaha.. mcm hairan sikit bila mama husna bgtaw boleh mkn..

    ReplyDelete
  2. sungguh saya tak pernah nampak apatah lagi mencuba makan munggai ni :D

    ReplyDelete
  3. baru hari ni dgr.. adehhh..

    ReplyDelete
  4. dh lama x mkn gulai munggai...sedapnya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.