Kena Pandai Sesuaikan Diri

Monday, January 02, 2017 PCL 3 Comments


Salam hari ke 2, 2017. Kita kongsi cerita bab rumah tangga pulak.. Semalam 1hb tak sempat nak buat entri.. Sorrylah! Niat memang nak hari-hari ada entri.. Insya Allah..

Bab keluarga dan rumah tangga memang dekat di hatiku. Menyesuaikan diri dalam rumah tangga adalah usaha penting yang mesti diamalkan. Ada orng yang dah lama berkahwin, masih lagi kekok dengan sebelah keluarga mertuanya. Penyesuaian diri ni bukanlah bermaksud, kalau kerja guru mesti kena cari guru jadi pasanngan atau kerani mesti kahwin kerani baru boleh ngam..

Setiap pasangan yang dah berumah tangga hendaklah menghargai pasangan mereka, menghormati kehendak dan kemahuan mereka. Menyesuaikan diri dengan keluarga terdekat terutamanya dan juga teman-teman mereka.

Tanggungjawab Isteri mesti memahami apa kehendak suami, jauhi perkara yang tidak digemari suami, lakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami, macam tu juga sebaliknya suami terhadap isterinya.

Dan perkara yang paling penting, saling bertolak ansur dalam semua perkara terutama soal hati dan perasaan antara suami, isteri dan anak-anak serta keluarga.

Semoga kita semua sentiasa berbahagia dalam lindungan Allah swt.
Ini gambar awal tahun 2017.. Bersama mamaD, Nina dan Hanis

Happy New Year 2017 !

3 comments:

  1. Ampun.. Sis pula. Sepatutnya bro 🙏😆

    ReplyDelete
  2. kan??paling penting kena ada tolak ansur..mudah mengalah dan jangan pandang banyak sangat keburukan pasangan..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.