Mabuk laut bukan pengalaman yang best !

Monday, January 30, 2017 PCL 2 Comments


Seronok tau hobi memancing ni.. Harap pasangan memahami hobi suami anda. Mana2 lokasi memancing ada risikonya, kita tak mintak la yang tak elok terjadi. Apa pun kena la berhati2 dalam semua keadaan.

Memancing di lautan, selain kena ribut dan badai.. Satu lagi yang biasa kena mabuk laut! Kalau dah kena mabuk.. Nak mancing pun takde mood. Layan mabuk seharian.

Pengalaman mabuk laut, kalau boleh jangan la mabuk, sebaiknya ambil pengalaman memancing yang best-best !

Mabuk laut boleh terjadi dari banyak sebab, kalau boleh peserta memancing atau mencandat sotong study la dulu petua-petua, jangan main redah je terutama mereka yang baru sekali dua turun laut. Buat naya Oo dan membazir duit lagi kalau tempah bot trip memahal kan?

Cegah sebelum mabuk laut, sekali mabuk memang keluar 'makan angin' je kelaut. Cara makan pil mabuk ada kawan kita ni boleh share : (semua jenis pil tahan mabuk) boleh apply katanya.

1 jam sebelum belayar, telan pil dengan air sejuk (air peti sejuk tau, kok telan dengan air suam/panas - tak jadi. Dapat ngantuk kaw kaw je pastu kesan ubat cepat ilang) tak makan dulu pun takpe. Kalau mabuk atas bot... telan pil dengan air sejuk + tido setengah jam atau sejam.

Ni Kalo jenis 'hardcore' mabuk, masa baring nak tido, tekap keliling leher dengan kain basah sejuk. Mintak tolong kawan kejutkan bila dah 1 jam tido. 

Buat 'kerja'  jangan malas atas bot, kalo nak membongkang baik jer tidur hotel. 

Kerja apa? Kerja mancing lah.. Jigging/casting/popping pun boleh elakkan mabuk sebab anda sibuk kerja... bukan duduk berayun takde watpe, melayan perasaan makan angin memang dapat hangin ler.. Kalau rajin, ikan pun dapat... (kalau nasib baik laa).

Nak langgan pakej candat dan memancing laut dalam, cuba klik sini www.decomplot.com



2 comments:

  1. Mabuk laut mmg x pernah lg. Mabuk mengandung ada lah... Hihihi...

    Selamat memancing ye...

    ReplyDelete
  2. best tau mabuk laut hihihi...
    siap peluk tiang lagi...haha
    pengalaman tu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.