Puas hati buat sendiri ..tapi kena tau caranya masak telur goyang !

Wednesday, January 04, 2017 PCL 3 Comments

Alhamdulillah.. 

Sarapan pagi ni simple, mamaD pagi lagi dah jerang banyak air.. Nak buat kopi o dan nak rendam telur ayam. Katanya nak buat roti telur goyang. Hah hari tu kat kedai mamak dia frust sebab tak dapat apa yang dipesan seperti mana dia nak.. pagi ni lepas geram !

Kisahnya.. MamaD ni peminat roti telur goyang atau apa-apa saja tak kira nasi lemak ke..roti canai ke.. mee, bihun atau nasi goreng ke mesti ada telor yang kuningnya separuh masak !
Selalu oder makan kat kedai dapat menu yang boleh katakan tak menepati citarasa.. So geramm katanya !

Buat sendiri makan laki bini dan puas hati.. Kalau korang nak tau cara macam mana nak buat telur goyang tu.. Haa ni dia mudah jer..

Caranya ; Jerang/ masak air sampai mendidih dan lepas tu rendamkan telur ayam ke dalamnya, ingat yer kalau telur ayam baru keluar dari peti sejuk.. Korang rendam 10 minit dan kalau telur yang dalam suhu normal, amik masa 7 minit cukup.. Lebih nanti tak menjadi. Keras kuning tak sedap ! Okay.. Selamat mencuba untuk sarapan pagi.

3 comments:

  1. Favourite saya ni....terliur tgk huhu

    ReplyDelete
  2. ok, bole cuba. selalu buat tapi kuning tu keras jadinya :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.