Teknik 'mengerang' yang segar ?

Sunday, January 08, 2017 PCL 10 Comments


Aku paling suka kalau nasi lemak ada sambal kerang.. Nasi lemak daun pisang, perghh! memang kelas la aroma daun pisang bergabung dengan sambal kerang.. Fuhh terbaik. Kat tempat aku tinggal sekarang ni masih ada lagi nasi lemak bungkus daun pisang dan nasi lemak kerang dapat beli dengan harga 2 ringgit sebungkus. Kerang dah makin mahal.. Tak dapat dah seringit sebungkus!

Harga kerang agak mahal?


Pagi tadini aku beli sekilogram kerang, saiz sederhana besar dan campur kecik besar dengan harga rm9.50/kg. Pasar ada gak yang jual rm10/kg .. Tengok juga pada saiz kerang tu. Susah nak dapat saiz kerang saiz sedang2 .. Kalau kerang terlalu besar isi dia liat, tak best makan.

Teknik rebus kerang isinya tidak mengecut



Aku baru tau ada petua, mamaD share pasal ni.. Entah la mana dia dapat. Aku share dengan korang yang mana belum tau lagi tu.. Teknik nak bagi isi kerang tak kecut selepas direbus. Untuk makluman bersama.. Kerang mesti direbus elok2 supaya tak sakit perut bila memakannya. Rebus terlalu lama, isi boleh kecut dan tak nampak fresh. Tapi jika rebus sekejap, kerang masih berdarah.. Punca sakit perut dan tak bagus untuk kesihatan.

Jadi, apa tekniknya?
Nak dapatkan isi kerang yang segar tidak mengecut selepas direbus maka hendaklah kerang tersebut dimasukkan kedalam air sejuk (ais kiub). Jangan biar lama atas dapur dan segera sejukkan dalam bekas air berais.

Isi kerang jadi segar dan tak kecut. Kalau masuk dalam sambal atau buat kerabu tauge ke.. Emm memang membangkitkan selera lah.. Kalau kat kedai selalu dorang peniaga tak sempat nak buat gitu.. Maklumlah meniaga kan.. Nak cepat .. Dan yang terbaik masaklah dirumah. Puas hati lagi jimat.



10 comments:

  1. Pcl..tajuk entry kemain..haha

    ReplyDelete
  2. Teknik mengerang eh pcl...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Hahaha MENGERANG tajuknya kikikiki..oo blh cuba ni sbb s3llau buat sambal nasi lemak guna kerang..kekadang rebus daa kecut isi kerang tu hehee

    ReplyDelete
  4. Ingat mengerang kesakitan ke? Hihi

    ReplyDelete
  5. 5 years back kena admit darah rendah tapi doc sajes makan kerang..kita ni pun makan la kerang sampai nak muntah duk makan kerang tuh..till now tak gemar sangat dah dengan kerang..trauma!

    pepun tips yang bagus

    ReplyDelete
  6. feveret sue juga ni,time dtg mood nak makan sanggup beli sekilo dua rebus cicah sambal cili je,sambil hadap tv heheheh tapi skrg kena pantag lagi seafood doktor takut luka czer gatal kang huhuuuu

    ReplyDelete
  7. Bila segar isinya barulah seronok buat sambal untuk nasi lemak...mengerang satu rumah nak bertambah-tambah..sebelum yang mengopek cengkerang tu mengerang perit jari..jom berjemaah mengopeknya...hihi..terima kasih PCL kongsi petua untuk yang muda2..eh..

    ReplyDelete
  8. aritu makan dengan kicap cili api perah limau. Sedap meratah :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.