Peminat Kari Kepala Ikan

Wednesday, March 29, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments

Ayah aku kat kampung dah bukak kedai kari sembilang. Dah lama dah bertahun lamanya.  Resipi dia memang terbaik. Mak mertua aku pulak memang suka masak kari ikan, gulai ikan la kata orang utara !

Memang rasa tak senang duduk bila tak dapat kari dalam sebulan.. Makan kari selalu-selalu sangat pun tak bagus untuk kesihatan. Dalam masakan kari tu ada banyak lemak dari santan kelapa. 

Aku  risau nak makan banyak kuah kari kalau mak mertua aku yang buatkan. Dia punya kehendak mesti gulai lemak bersantan. Sedap memmang le sedap. Dulu masa muda remaja makan belasah ikut dan jer, tapi bila terasa sakit-sakit badan mula lah kena jaga-jaga bab pemakanan.

Ayah aku pulak, masak kari memang pure punya.. Bau kari melekat di tangan. Biasa lah.. ini untuk pelanggan tetap dia. Sumber cari rezeki kena buat bagi sedap dan buatkan pelanggan teringat selalu nak singgah makan.

Kat rumah sendiri, mamaD dah biasa sangat masak kari. Kadang dia ikut resipi ayah aku dan ada juga ikut resipi mak dia. Tapi mamaD memang tak akan masukkan santan kelapa. Kari mamaD style kari mamak nasi kandar punya ! 

Ini menu makan tengahari tadi, Kari Ikan Siakap. Bila teringat nak makan kari aku cakap jer.. Insya Allah siap lah. Aku lah Peminat Kari Kepala Ikan buat masa ni.  Belum jemu2 lagi.. hi hi

Hashtag  #mamaDcafe

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

HAQQI Portal Kelengkapan Haji & Umrah dan Fesyen Islamik Lelaki & Wanita

Monday, March 27, 2017 Nazlee Ismail 29 Comments

Kita belum lagi melangkah ke bulan Ramadhan tetapi ramai orang sudah sibuk mencari-cari pakaian untuk digayakan semasa hari raya. Tidak hanya kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak terkecuali. Zaman teknologi maklumat dan internet terkini mengheret pengguna untuk bertindak lebih pantas dan mudah, semuanya di hujung jari untuk membeli-belah. Segalanya sudah semakin mudah seiring dengan kemajuan industri negara, rakyat cuma perlukan keinginan dan tindakan untuk melakukannya.

Okay guys.. jangan terlalu serius sangat. Ada betulnya seperti pepatah Melayu "siapa cepat dia dapat" dan untuk persiapan hari raya jika boleh kita buatlah persiapan awal supaya nanti bila tiba bulan Ramadhan kita boleh fokus sepenuhnya dengan tuntutan ibadah puasa . Aku suka buat survey di internet di mana-mana halaman web atau portal butik pakaian yang bagus-bagus. Tahun lepas aku dah beli secara online, tips mudah beli baju raya ni yang utamanya kita mesti kena tau saiz badan lah supaya senang nak matcing sekali beli terus menjadi.

HAQQI Portal Kelengkapan Haji & Umrah dan Fesyen Islamik Lelaki & Wanita

Baru-baru ni aku telah disarankan oleh kawan untuk membeli di portal HAQQI, katanya baju melayu, kurta dan banyak lagi design menarik kat sana.  "Ko minat tak Kurta Izzue Islam?" Haa soalan dia tu macam nak 'pancing' aku jer.. Dan dia kata lagi, saiz badan Izzue Islam pun lebih kurang aku.. Memang ngam lah mudah dapatkan saiz.

Akhirnya aku termakan pancingan kawan tu..  Hanya klik pada pautan portal HAQQI (www.haqqi.com.my) dan aku mulakan survey. Cantik! memang banyak pilihan dalamnya. Butik online HAQQI ini bukan sahaja portal membeli-belah untuk pakaian lelaki & wanita, malah ada juga untuk kelengkapan Haji & Umrah ! Terdapat pelbagai Vendor jenama berkolabrasi di dalamnya.. Korang pun boleh usyar tengok.

Haqqi

HAQQI

Ok, lets shopping !. Kawan aku kata sini ada Baju Melayu dan Kurta di bawah jenama Artis terkenal (Izzue Islam), so aku search dalam portal ni ada nampak label JENAMA dan klik kat situ, terus akan nampak jenama IZZUEXCLUSIVE dan beberapa lagi jenama lain antaranya seperti (DARA by Fathia, OWL by Nora Danish, EL by Elfira Loy)

Proses order seterusnya memang sangat mudah. Hanya perlu ikuti langkah-langkah yang diberikan Segala maklumat berkenaan ada dinyatakan seperti (kategori, warna dan saiz ukuran) .

Setelah usyar2 tengok, berkenan lah di hatiku, sepasang kurta semestinya Izzuexclusive menjadi pilihan. Aku pilih Kurta Qayyim, warna Dark brown & saiz M .

(Memang jauh beza dengan model dan pelakon ternama Izzue Islam, tapi aku sendiri berpuas hati dapat menggayakan design dari jenama tersebut)

Bagi anda yang tak suka beli online, mungkin susah nak matcing saiz dan sebagainya jaganlah risau. Butik HAQQI berada di Syeksen 7 Shah Alam. Walk-in pun boleh.

Untuk Maklumat Lanjut :

Butik HAQQI
No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
TWITTER: https://www.twitter.com/my_haqqi
WEB : http://www.haqqi.com.my

29 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Peminat Kari Kambing

Friday, March 24, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments

Bau hamis kambing bukan masalah bagi penggemar tegar masakan berasaskan kambing. Sampai ada yang kata kalau tak bau hamis kambing tu bukan masak kambing namanya..

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Cuti minggu lepas, Sabtu, Ahad aku ke Johor bersama family. Amik cuti extra 1 hari lagi hari Isnin. Menginap di hotel berdekatan Legoland Nusajaya. Dari situ kami mulakan aktiviti. Malam sebelumya bermalam di Kempas rumah saudara sepupu. 

Family kami semuanya suka makan kambing. Jadi bila dah kat Johor kami singgah satu restoran yang cukup terkenal di kalangan penggemar daging kambing iaitu Restoran Kari Kambing 40 Hari yang berlokasi di jalan lama Yong Peng, Johor. Restoran ni boleh nampak dari Lebuhraya PLUS sebelah kiri menghala ke Selatan. Curi-curi pandang pun dah boleh perasan ramainya orang berkunjung dan melihatkan kenderaan parkir berderet di bahu jalan.

Kami boleh pulak dah berada di bandaraya JB sangggup berpatah balik ke Yong Peng semata-mata nak makan nasi arab dengan kari kambing. Tak jadi masalah, hanya perlukan masa 45 minit dari JB.. Elok-elok sampai perut memasing pun tengah berkeroncong.

Sampai kat situ jam 12 lebih kurang. Manusia memang ramai ler.. Yang tengah beratur satu hal, yang sedang menikmati nasi arab kari kambing satu hal.. Boleh melelh air liur dibuatnya. Ada yang order set menu dalam dulang dan ada juga dalam pinggan. 

Nama kari kambing 40 hari dah lama popular. Sudah gah di Johor dan dikenali juga oleh orang Singapura. Waktu perniagaan bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kami datang ke sini seramai 5 orang, jadi kami order set dalam dulang dan satu extra set dalam pinggan. Nafsu masa sebelum makan memang sukar diramal. Nasib baiklah aku tak ikutkan nafsu melantak.. Kalau tidak mau jer aku order 2 set dulang tu. 

Untung juga masa beratur panjang, kami dapat laluan mudah. Walau que agak panjang tapi lancar sahaja urusannya. Set 1 dulang dan 1 pinggan dah siap . Yang bagusnya set dulang dapat satu jag air sirap. Jadi air tak payah order dah. 

Masa aku berdiri beratur, mamaD dah siap cari meja untuk kami.. Kalau ikutkan suasana masa tu rasa macam majlis kenduri kahwin tradisional kat kampung pulak. Kalau nak makan ikut konsep sunnah Rasulullah boleh juga. Makan sama-sama dalam dulang.. Haa ini yang terbaik. Menu di sini memang sebijik sama macam kenduri kawin bukan macam nasi arab yang biasa makan di restoran lain. Apa pun cita rasa masing-masing berbeza. Bagi aku, aku bagi 3/5 bintang sebab rasa dan pengurusannya. 

Korang yang belum sampai lagi di sini boleh la cuba. Set dulang Rm45 (nasi arab+kambing/ayam) 4 orang makan boleh lepas.. Dan set pinggan pulak harga Rm12 (nasi arab+kambing/ayam) air sirap percuma.

Waze location cari : Restoran Kari Kambing 40 Hari

Dah lepas makan, masa perjalanan balik tu baru teringat nak tanya.. Apa yang 40 Hari tu? Emm.. nampaknya kena pi lagi untuk kepastian..

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Boat House Sepang

Wednesday, March 15, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments

Keluarga kami kiranya memang minat sangat aktiviti memancing lagi2 belah keluarga mamaD. Boleh dikatakan dalam sebulan tu memang ada saja aktiviti. Kalau tak pi beramai, satu dua orang pun boleh jadi punya..

Boat House Sepang .. macam menarik ja !

Memandangkan hobi kebanyakan kami ke arah memancing bila ada kelapangan, aku dan mamaD dah plan baik punya untuk sewa Family Boat House yang kat Sepang tu. Konsep rumah rakit ni memang best dan agak murah bajetnya berbanding sewa bot memancing laut dalam. Tahun lepas kami pernah ke Chalet Terapung di Kedah. Memamg dapat pengalaman yang best la kat sana..

Nampak macam best je kan kat MS Family Boat House ni.. Jom la korang..

memancing atas rumah rakit
memancing atas rumah rakit

Aku baru saja dapat tau melalui facebook, ada iklan berkenaan rumah rakit berdekatan.. haa kali ni nak ajak orang Kedah mai sini pulak, layan memancing ikan sambil BBQ. Kalau dikutkan jadual sebenar rumah rakit tu dah penuh untuk tempahan (sabtu/ahad) tapi nak jadi rezeki kami sekeluarga. ada orang cancel.. Kebetulan aku telefon tuan punya, dapatlah aku booking pada cuti Chrismas bulan Disember nanti.

Rumah rakit juga dikenali MS Family Boat House, lokasi di Sungai Pelek Sepang Selangor. Boleh cuba bagi korang yang suka aktiviti memancing dan riadah bersama keluarga. Ini aku share link ke fb MS Family Boat House https://www.facebook.com/MSFamilyBoatHouse/

Korang yang pernah ke sana boleh la share pengalaman atau info mana-mana lagi port memancing yang menarik untuk aktiviti sekeluarga.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Boleh Cuba Keli Masak 3 Rasa

Thursday, March 09, 2017 Nazlee Ismail 7 Comments

Memang tak pernah teringat sebelum ni kami nak buat masak ikan keli 3 rasa.. Haa sekali tu mak mertua aku bagi idea sebab dia dah pernah makan kat restoran tepi hutan katanya dekat sebelah Ampang KL sana. Ada bermacam menu dari ikan air tawar disediakan untuk pelanggan. Yang menariknya tu ikan keli 3 rasa. Terasa nak cuba buat sendiri kat rumah.

Yang memasaknya bukan aku tapi mamaD, aku pi beli sekilogram Keli sederhana besar. Keli saiz ni memang best kalau dibuat panggang atau goreng atau masak apa saja pun sedap. Selalu dah mamaD buatkan gulai, asam pedas, masak sambal keli... Tapi kali nak cuba menu baharu ni..

Masak 3 rasa selalunya menggunakan ikan siakap, Jenahak, Bawal dan jarang aku dengar ikan keli masak 3 rasa. 

Bagi peminat ikan keli, korang patut cuba kelainan rasanya. Kalau kena ikan yang baik.. Fresh huh memang terangakat! #brocuba ni tengah makan! sememangnya ikan keli 3 rasa (masam, masin, manis) terbaik. Makan ketika panas bersama nasi putih.

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

T-SHIRT CANDAT SOTONG

Wednesday, March 08, 2017 Nazlee Ismail 2 Comments

Alhamdulillah, Sambutan yang sangat menggalakkan untuk sesi pertama Pre Order T-shirt candat sotong. Untuk sesi yang ke dua ini, pelancaran T-Shirt berlengan panjang SJT (Squid Jiggers Team) sebagai memenuhi permintaan pelanggan juga.. Gambar seperti di bawah, material dari cotton 100 % . 

Pre Order T-shirt kembali untuk sesi ke-2

Warna : Pink,  Aqua Turqoise, Black Ink, Orange &  Dark Grey

DeComplot  baru sahaja diperkenalkan melalui Instgaram @decomplot dan website belognya iaitu www.decomplot.com. Kedua-dua medium ini adalah khusus untuk Pakej Candat Sotong & Pakej Memancing Laut Dalam.

Bersempena pengenalan web blog dan instgram DeComplot ini, Pengendali pakej, NazleeDotCom Resources telah melancarkan Baju-T berlengan panjang dan dibuka untuk tempahan kepada semua pelanggan pakej dan juga para pembaca di sini.

www.decomplot.com
"DeComplot Candat Team" GREY (sahaja)

Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 
Kuantiti :

Tshirt berlengan pendek dan panjang dari "Squid Jiggers Team". Kami menyokong kempen bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017 "Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017" . Tempahan Tshirt ini juga dibuka kepada umum. "Squid Jiggers Team" menampilkan tshirt berlengan pendek dengan 6 warna pilihan :

Decomplot
 "Squid Jiggers Team" BLUE
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREY
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREEN
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" RED
DeComplote
 "Squid Jiggers Team" BLACK
DeComplot
"Squid Jiggers Team" WHITE

Senarai Harga keseluruhan :

1) Lengan Pendek : RM25.00 (Squid Jiggers Team)

2) Lengan Panjang : RM30.00 (Squid Jiggers Team)

dan,
3) Lengan Panjang : RM30.00 (DeComplot Candat Team)

3) Harga Tshirt tidak termasuk Caj penghantaran Poslaju : RM10.00 SM, RM13.00 SS

Kesemua design menampilkan material jenis cotton 100%. Tshirt dijamin selesa dan tidak panas semasa digayakan.

Tempahan dibuka mulai dari sekarang  hingga 31 Mac 2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 

Kuantiti :

Terima kasih .

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Candat jenis berhantu?

Tuesday, March 07, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments

Jig Candat Sotong Pilihan Pencandat Kuala Terengganu

Candat 'berhantu' ni seperti dalam gambar di atas, telah banyak berjasa kepada pemiliknya. Jig candat berbentuk udang dan ianya direka supaya boleh menyimpan cahaya semasa di atas permukaan . Maknanya apabila jig candat berada di dalam air, candat ini akan memantulkan cahaya yang disimpan untuk menarik perhatian mangsa. Spesies sotong memang lazimnya suka bertindak balas dengan cahaya, oleh sebab itu jig candat direka bagi tujuan tersebut.

Korang nak tahu tak berap harga jig candat? Kalau seperti gambar tu harganya dalam lingkungan Rm30 ke Rm35 seekor.

Ada juga dari jenis jig candat yang popular kebanyakan pencandat sotong sebelah pantai timur menggunakan jig dari jenama YUZORI dan YAMASHITA. kedua2nya buatan Jepun. Biar pun harga agak mahal dari jig-jig candat biasa namun jika dikira hasil tangkapan meumuaskan membuatkan jig jenis mahal menjadi pilihan.

Yang berhantu itu jig candat yang digunakan, pemilihan tepat dan syor mengikut pengalaman pencandat sebelum ini. Apa pun keakhiranya adalah bergantung kepada rezeki masing-masing mengikut ketetapan Tuhan Yang Maha Esa. Kita hanya mencuba dengan usaha keras.

Boleh cuba kepada korang yang belum tahu lagi candat apa yqng popular di Terengganu. Selain beli yang sedia ada, ada juga sebahagia Nelayan di Terengganu bijak membuat sendiri jig candat mereka. Rekaan berdasarkan gabungan warna2 menarik dan material yang boleh menarik perhatian sotong !

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sakit Belakang Menggangu Anda?

Friday, March 03, 2017 Nazlee Ismail 1 Comments

Permintaan Biobax Spray semakin mendapat perhatian umum. Antara sebabnya ia mampu melegakan dengan cepat dan berkesan.. Ada pelanggan tanya, betulkah boleh? Jawapannya BOLEH, jika penggunaan spray dengan cara yang betul.

BIOBAX SPRAY boleh COD Banting dan kawasan berdekatan

Kalau korang berada berdekatan kawasan Banting Selangor dan sekitarnya, aku boleh COD jer. Aku faham, bila sakit datang tetiba dan tak tertahan rasanya... masa tu lah pelanggan 'push' tak nak by pos, kalau boleh nak masa tu jugak !. Tak apa ..Insya Allah selagi Biobax ada stok dan (stok sentiasa ada di tangan) aku boleh jer . (Hubungi 017-4009726) BIOBAX boleh COD BANTING dan juga boleh penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia. Free postage !

Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil,  Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan cepat.

Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah :-
- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Jadi Biobax Cool Theraphy sesuai untuk ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy adalah untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:
-Sakit Belakang
-Ketegangan
-Terseliuh
-Lenguh-lenguh
-Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy boleh melegakan selsema. Spray biobax pada tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy
-Melegakan lenguh leher & sendi
-Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
-Tahan sehingga 5 jam
-Melancarkan peredaran darah
-Membantu melegakan lenguh bahu & leher
-Terbukti berkesan untuk kelegaan belakang
-Sesuai untuk melegakan selsema & resdung

Biobax Cool Theraphy sudah tersebar ke peringkat antarabangsa. Korang yang dalam Malaysia ni jangan lepaskan miliki Biobax ni. Jom lah dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang!

Harga 1 botol Biobax adalah RM85. Tapi sekarang ada promosi RM80 sebotol. Beli 2 botol RM150. Free postage. Sebotol boleh guna sehingga 500 kali semburan. Tahan sehingga 3 bulan.

p/s : Ada kes Pelanggan BOBAX mintak COD Segera Bila Tak Tertahan sakitnya .. Tapi jangan selalu macam ni ya.. Korang boleh order simpan dan guna bila perlu  RM80/botol sahaja.

1 Comments: