Boat House Sepang

Wednesday, March 15, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments


Keluarga kami kiranya memang minat sangat aktiviti memancing lagi2 belah keluarga mamaD. Boleh dikatakan dalam sebulan tu memang ada saja aktiviti. Kalau tak pi beramai, satu dua orang pun boleh jadi punya..

Boat House Sepang .. macam menarik ja !


Memandangkan hobi kebanyakan kami ke arah memancing bila ada kelapangan, aku dan mamaD dah plan baik punya untuk sewa Family Boat House yang kat Sepang tu. Konsep rumah rakit ni memang best dan agak murah bajetnya berbanding sewa bot memancing laut dalam. Tahun lepas kami pernah ke Chalet Terapung di Kedah. Memamg dapat pengalaman yang best la kat sana..

Nampak macam best je kan kat MS Family Boat House ni.. Jom la korang..

memancing atas rumah rakit
memancing atas rumah rakit

Aku baru saja dapat tau melalui facebook, ada iklan berkenaan rumah rakit berdekatan.. haa kali ni nak ajak orang Kedah mai sini pulak, layan memancing ikan sambil BBQ. Kalau dikutkan jadual sebenar rumah rakit tu dah penuh untuk tempahan (sabtu/ahad) tapi nak jadi rezeki kami sekeluarga. ada orang cancel.. Kebetulan aku telefon tuan punya, dapatlah aku booking pada cuti Chrismas bulan Disember nanti.

Rumah rakit juga dikenali MS Family Boat House, lokasi di Sungai Pelek Sepang Selangor. Boleh cuba bagi korang yang suka aktiviti memancing dan riadah bersama keluarga. Ini aku share link ke fb MS Family Boat House https://www.facebook.com/MSFamilyBoatHouse/

Korang yang pernah ke sana boleh la share pengalaman atau info mana-mana lagi port memancing yang menarik untuk aktiviti sekeluarga.







5 comments:

  1. Lokasi ni dekat kampung Bonde... hari tu pernah tanya dgn owner memang full booking hujung minggu... sedih lah tak dapat nak pergi... hu hu hu ikan semilang dan siakap banyak oooo

    ReplyDelete
  2. Abang Man suammi Kak Sue pun suka mancing..sukalah aktiviti macam nie :)

    ReplyDelete
  3. macam best je,rindu nak join aktiviti macam ni,terutama dengan abah tapi sekarang payah dah la heheheh

    ReplyDelete
  4. Tgk boat house sepang ni teringat plk cite thailand teachers dairy. Teringin plk nk merasa duk situ hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.