Candat jenis berhantu?

Tuesday, March 07, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments

Jig Candat Sotong Pilihan Pencandat Kuala Terengganu


Candat 'berhantu' ni seperti dalam gambar di atas, telah banyak berjasa kepada pemiliknya. Jig candat berbentuk udang dan ianya direka supaya boleh menyimpan cahaya semasa di atas permukaan . Maknanya apabila jig candat berada di dalam air, candat ini akan memantulkan cahaya yang disimpan untuk menarik perhatian mangsa. Spesies sotong memang lazimnya suka bertindak balas dengan cahaya, oleh sebab itu jig candat direka bagi tujuan tersebut.


Korang nak tahu tak berap harga jig candat? Kalau seperti gambar tu harganya dalam lingkungan Rm30 ke Rm35 seekor.

Ada juga dari jenis jig candat yang popular kebanyakan pencandat sotong sebelah pantai timur menggunakan jig dari jenama YUZORI dan YAMASHITA. kedua2nya buatan Jepun. Biar pun harga agak mahal dari jig-jig candat biasa namun jika dikira hasil tangkapan meumuaskan membuatkan jig jenis mahal menjadi pilihan.

Yang berhantu itu jig candat yang digunakan, pemilihan tepat dan syor mengikut pengalaman pencandat sebelum ini. Apa pun keakhiranya adalah bergantung kepada rezeki masing-masing mengikut ketetapan Tuhan Yang Maha Esa. Kita hanya mencuba dengan usaha keras.

Boleh cuba kepada korang yang belum tahu lagi candat apa yqng popular di Terengganu. Selain beli yang sedia ada, ada juga sebahagia Nelayan di Terengganu bijak membuat sendiri jig candat mereka. Rekaan berdasarkan gabungan warna2 menarik dan material yang boleh menarik perhatian sotong !


3 comments:

  1. haah kan. senang la sotong makan sebab sotong memang trtarik dekat cahaya

    ReplyDelete
  2. Alamak hehehe bab2 kail mengail ni kita mmg tolak tepi..tak reti hahhaa

    ReplyDelete
  3. Fuhh. Mencandat sotong. Selalu beli je. Tau tau dah siap masak. Hehehe.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.