Peminat Kari Kambing

Friday, March 24, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments


Bau hamis kambing bukan masalah bagi penggemar tegar masakan berasaskan kambing. Sampai ada yang kata kalau tak bau hamis kambing tu bukan masak kambing namanya..

Restoran Kari Kambing 40 Hari



Cuti minggu lepas, Sabtu, Ahad aku ke Johor bersama family. Amik cuti extra 1 hari lagi hari Isnin. Menginap di hotel berdekatan Legoland Nusajaya. Dari situ kami mulakan aktiviti. Malam sebelumya bermalam di Kempas rumah saudara sepupu. 

Family kami semuanya suka makan kambing. Jadi bila dah kat Johor kami singgah satu restoran yang cukup terkenal di kalangan penggemar daging kambing iaitu Restoran Kari Kambing 40 Hari yang berlokasi di jalan lama Yong Peng, Johor. Restoran ni boleh nampak dari Lebuhraya PLUS sebelah kiri menghala ke Selatan. Curi-curi pandang pun dah boleh perasan ramainya orang berkunjung dan melihatkan kenderaan parkir berderet di bahu jalan.

Kami boleh pulak dah berada di bandaraya JB sangggup berpatah balik ke Yong Peng semata-mata nak makan nasi arab dengan kari kambing. Tak jadi masalah, hanya perlukan masa 45 minit dari JB.. Elok-elok sampai perut memasing pun tengah berkeroncong.

Sampai kat situ jam 12 lebih kurang. Manusia memang ramai ler.. Yang tengah beratur satu hal, yang sedang menikmati nasi arab kari kambing satu hal.. Boleh melelh air liur dibuatnya. Ada yang order set menu dalam dulang dan ada juga dalam pinggan. 

Nama kari kambing 40 hari dah lama popular. Sudah gah di Johor dan dikenali juga oleh orang Singapura. Waktu perniagaan bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kami datang ke sini seramai 5 orang, jadi kami order set dalam dulang dan satu extra set dalam pinggan. Nafsu masa sebelum makan memang sukar diramal. Nasib baiklah aku tak ikutkan nafsu melantak.. Kalau tidak mau jer aku order 2 set dulang tu. 

Untung juga masa beratur panjang, kami dapat laluan mudah. Walau que agak panjang tapi lancar sahaja urusannya. Set 1 dulang dan 1 pinggan dah siap . Yang bagusnya set dulang dapat satu jag air sirap. Jadi air tak payah order dah. 

Masa aku berdiri beratur, mamaD dah siap cari meja untuk kami.. Kalau ikutkan suasana masa tu rasa macam majlis kenduri kahwin tradisional kat kampung pulak. Kalau nak makan ikut konsep sunnah Rasulullah boleh juga. Makan sama-sama dalam dulang.. Haa ini yang terbaik. Menu di sini memang sebijik sama macam kenduri kawin bukan macam nasi arab yang biasa makan di restoran lain. Apa pun cita rasa masing-masing berbeza. Bagi aku, aku bagi 3/5 bintang sebab rasa dan pengurusannya. 

Korang yang belum sampai lagi di sini boleh la cuba. Set dulang Rm45 (nasi arab+kambing/ayam) 4 orang makan boleh lepas.. Dan set pinggan pulak harga Rm12 (nasi arab+kambing/ayam) air sirap percuma.

Waze location cari : Restoran Kari Kambing 40 Hari

Dah lepas makan, masa perjalanan balik tu baru teringat nak tanya.. Apa yang 40 Hari tu? Emm.. nampaknya kena pi lagi untuk kepastian..




5 comments:

  1. Sedapkan...tapau bawak blik dah sejuk pun still lembut nasi dia...

    ReplyDelete
  2. Istilah 40 Hari sangat popular..tidak mustahil juga digunakan untuk masakan kari kambing

    ReplyDelete
  3. sedapnya :) terliuq kita ni ha hehehehe

    ReplyDelete
  4. Kambing kalau x hamis x best la kan?

    ReplyDelete
  5. Uisss ramainya oram.. Mesti sedap sangat ni.. Terliur pulak tgk gambar tu.,.. hiks..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.