Peminat Kari Kepala Ikan

Wednesday, March 29, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments


Ayah aku kat kampung dah bukak kedai kari sembilang. Dah lama dah bertahun lamanya.  Resipi dia memang terbaik. Mak mertua aku pulak memang suka masak kari ikan, gulai ikan la kata orang utara !

Memang rasa tak senang duduk bila tak dapat kari dalam sebulan.. Makan kari selalu-selalu sangat pun tak bagus untuk kesihatan. Dalam masakan kari tu ada banyak lemak dari santan kelapa. 

Aku  risau nak makan banyak kuah kari kalau mak mertua aku yang buatkan. Dia punya kehendak mesti gulai lemak bersantan. Sedap memmang le sedap. Dulu masa muda remaja makan belasah ikut dan jer, tapi bila terasa sakit-sakit badan mula lah kena jaga-jaga bab pemakanan.

Ayah aku pulak, masak kari memang pure punya.. Bau kari melekat di tangan. Biasa lah.. ini untuk pelanggan tetap dia. Sumber cari rezeki kena buat bagi sedap dan buatkan pelanggan teringat selalu nak singgah makan.

Kat rumah sendiri, mamaD dah biasa sangat masak kari. Kadang dia ikut resipi ayah aku dan ada juga ikut resipi mak dia. Tapi mamaD memang tak akan masukkan santan kelapa. Kari mamaD style kari mamak nasi kandar punya ! 

Ini menu makan tengahari tadi, Kari Ikan Siakap. Bila teringat nak makan kari aku cakap jer.. Insya Allah siap lah. Aku lah Peminat Kari Kepala Ikan buat masa ni.  Belum jemu2 lagi.. hi hi


Hashtag  #mamaDcafe




9 comments:

  1. yummmy... sedapnya kari kepala ikan tu

    ReplyDelete
  2. Perh memang padu ni kari kepala ikan.. Kegemaran saya :)

    ReplyDelete
  3. sama ! suka sangat kari. yang berlemak punya hahaha.kalau tambah bendi memang ratah jela bendi dengan kari

    ReplyDelete
  4. Perghh sedapnye.. Kalau makan kat kedai ni mahu brp puluh ringgit ni..

    ReplyDelete
  5. kari kepala ikan...

    terasan pula sedapnya nanti ..

    makan dengan nasi kampung..

    ReplyDelete
  6. sedap tp org tua2 selalu pesan jgn makan kepala ikan...
    mungkin sbb xnak budak2 habiskan benda paling sedap pd ikan kot... =P

    ReplyDelete
  7. sedap ni buat cicah roti...

    ReplyDelete
  8. kari mmg fav tau..
    lebih2 lagi kari ketam,terliuq tgk

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.