Aku target Sotong bukannya Jerung !

Thursday, May 18, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments


Ikut Trip Mencandat Sotong Kuala Terengganu


Perancangan nak pergi mencandat sotong dan memancing ikan bersama rakan2 serumah semasa belajar dulu akhirnya menjadi kenyataan. Kuala Terengganu, Jeti Merang dan atas bot nelayan kami bertemu semula setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Lama kan? Tapi bila kali jumpa aku perhatikan perwatakan masing-masing masih sama macam dulu. Tak ubah..

Yang bagusnya group lelaki ni kalau datang reunion, jarang-jarang nak bertanya tentang peribadi. Macam kitaorang ni perbualan lebih fokus kepada masa kedepan. Stori mori pun berkenaan masa sekarang , kalau ada pun sikit je sentuh peribadi. Mungkinkah  ini hakikat sebenar lelaki bila berbicara?

Dari tinggal serumah sewa bujangan, akhirnya kini masing-masing sudah bekeluarga. Cuma yang ketara nampak sangat beza pada kami adalah fizikal. Itu biasa lah. Takde hal.. tak jadi suatu masalah besar bila nak reunion jumpa kawan-kawan lama.

Plan asalnya nak memancing dan mencandat selama 2 hari 1 malam di lautan. Perancangan awal kami naik di Jeti Chendering. Tapi biasalah, perancangan awal, bila tiba dekat tarikhnya, plan sudah ubah sebab masalah teknikal bot sewa kami tak dapat selesai. Kebetulan aku tak ambil dari pakej sini. Sebenarnya bot dari pakej yang aku sendiri kendalikan di Chendering semuanya dah penuh ditempah pada hari tersebut.

Okay. Korang tengok gambar bot atas tu adalah bot transfer dari jeti ke bot yang lebih besar. Bot nelayan untuk memancing di lautan. Bot nelayan terpaksa berlabuh di luar pantai sebab keadaan air masa tu sedang surut. Kami bertolak dari jeti selepas waktu Asar kira-kira pukul 5 lebih. Arus masa tu tenang dan cuaca baik sekali.

Dari pantai Merang ke lokasi mencandat di perairan Pulau Redang adalah lebih kurang 1 jam perjalanan. Atas bot nak berborak pun tak selesa sebab bunyi motorbot 'memekak' kuat sekali. Bercakap pun kena jerit-jerit.. huh memang tak tenang, Aku layankan saja pemandangan indah di permukaan Laut China Selatan. 


Masa ni juga nak kena siapkan kelengkapan untuk 'berjuang'. Aku steady jer sebab aku target sotong bukannya ikan jerung!  Jadi peralatan aku biasa-biasa je. Tengok gelagat kawan0kawan lain, nampak kePROan depa pemancing tegar dari Penang mai. Masa yang ada tak dibazirkan macam tu..  masing-masing buat perambut mata kail dan sebagainya.


Senja berlabuh malam menjelma, maka bermulalah aktiviti memcandat sotong dan memancing ikan. Masa ni memang tak sempat nak berbual sakan. Walau lama tak jumpa namun hasrat memancing didahulukan sebab semuanya sedang fokus kepada joran pancing. Lepas habis program ni kami borak panjang.


Tak ambil masa lama, sotong pertama dinaikkan sebagai 'lesen' untuk sotong seterusnya.. member lain masih berjuang nak dapatkan lesen. Masa ni memang tak terasa lapar langsung, walau dah berada di lautan beberapa jam. Untung takde sorang pun mabuk laut. Semuanya steady berjuang. Selang seli kedengaran bunyi bising.. ada kenkawan naikkan sotong jugak. Awak-awak dan Tekong pun turut mencandat sama. Diorang sporting tapi jarang bercakap. Mungkin pergaulan dari segi loghat membatasi agaknya lah. Takpe lah. Janji tekong bantu mengail sama pun kira dah okay.  Gambar sotong yang lain tak sempat rakam. Aku tengah khusyuk nak dapatkan sotong ke dua dan seterusnya penuhkan tong.


Sotong ke dua aku sendiri terkejut ! saiznya agak besar jugak. Mata candat berumpankan seekor ikan selayang memang makanan dia,  Sotong Torak suka la. Dalam masa sama kawan-kawan lain pun dapat jugak menaikkan sotong. Termasuk dari awak-awak dan Tekong bot. Kami target nak buat lauk untuk makan malam. Korang boleh bayangkan lah. Sejak dari petang tak makan ..hemm  Bila terbau mee kari terus terasa laparnya.

Selain mencandat, ada satu moment paling best atas bot.  Masa makan adalah masa kelaparan. Bagusnya bila tekong masakkan kami mee kari bersama sotong fresh di dalamnya. Huh nikmatnya! Masa pemancing makan selalunya bila sotong dan ikan tak makan umpan. Masa ni boleh la nak berborak sambil makan jajan yang kami bawak. Sambil borak sambil mencandat dan ada yang tidur rehatkan badan sekejap.

Bila dah bosan lokasi sama sotong tak makan umpan, masa berpindah ke port baru. Tambah lagi la masa setengah jam perjalanan. Peluang untuk tidur sekejap tak dilepaskan termasuklah aku.

Kalau dikutkan hasil memang tak seberapa lumayan,  tak menjadi sangat hasilnya. Alasan tekong kata kami turun candat pada waktu bulan gelap.. haa kira lebih kurang nak dekat gelap masa depan lah. Takpe inilah pengalaman sebenarnya.. bukan mudah nak jadi 'hebat' dalam setiap sesuatu kerja yang dilakukan. Boleh dalam 30 kilogram keselurhan tu kira ok lah..bulan gelap tu, kalau bulan terang cuaca elok.. rasanya mau cecah ratus kilogram (berangan) hahaa. Apa pun yang best sekali boleh jumpa kawan-kawan lama yang juga sama minat dan hobi.

candat sotong

De'Complot Fishing Team.. next time kita plan lagi.. plan nak gi mancing kat pelantar minyak. 4 hari 3 malam.. korang mampoo! hemm macam tak sanggup jer..


9 comments:

  1. terbaiklah...sotong buat ketupat sotong memang best...takpun masak sambal perghhh

    ReplyDelete
  2. Seronoknya mencandat sotong. Besar-besar pula tu. Buat sotong tepung best ni.

    ReplyDelete
  3. Bestnya reunion ni.. nak rasa juga macamana pengalaman yang macam ni.. tapi takut pula mabuk laut :D

    ReplyDelete
  4. bestnya PCL...bila nak bawak kami yang single ni?nak gak merasa...

    ReplyDelete
  5. Huyoo dah pandai dah mencandat sotong skarang ni..mmg best la blh mkn yg fresh dari laut..

    ReplyDelete
  6. pernah tanya suami, abang jom pergi candat sotong..hehee..dia ketawa je

    ReplyDelete
  7. Wah syoknya ada geng sama hobi...

    ReplyDelete
  8. Besaqnya Sotong... Teringin nak candat sotong tapitak pernah berkesempatan dan geng pompuan yang suka benda2 mcm ni..haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.