Bangi Golf Resort Buffet Ramadhan 2017 Jom kita berbuka puasa di BGR !

Monday, May 15, 2017 Nazlee Ismail 9 Comments


Jom kita buka puasa di BGR !


Aku dan keluarga tak pernah terlepas berkunjung ke Restoran Bangi Golf Resort (BGR) untuk menikmati juadah berbuka puasa sejak 3 tahun lalu. Setiap tahun juga pastinya ada kelainan dari segi persembahan dekorasi dan menu-menu mereka persembahkan. Apa yang aku nampak BGR masih mengekalkan beberapa jenis menu utama. Menu-menu yang kekal itu adalah pilihan terbaik. Kami tak sabar Iftar beramai-ramai untuk kali yang seterusnya di BGR ni, juadah yang disediakan memang puas hati tau!

Untuk Ramadhan kali ini, Restoran BGR akan menghidangkan para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 23hb Jun 2017. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan BGR juga merupakan salah satu di antara beberapa kelab golf  yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak 2009.

Buffet Ramadhan BGR bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 23hb Jun 2017


Restoran BGR terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Masih mengekalkan harga sama dengan tahun lepas iaitu harga vaucher bermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Pengunjung akan berpeluang menikmati sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

200 jenis juadah antaranya ialah menu-menu popular seperti Kambing bakar dan Sup Kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh chef yang berpengalaman. Sate Ayam dan Sate Daging dibakar segar. Kueh Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak dihidangkan panas daripada kuali. Semuanya membangkitkan selera.

Sup Kambing Mamak

Kambing Bakar
Pengunjung boleh juga menikmati menu Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti "Sous Vide Eggs with mushroom Espuma" Pastinya saban tahun tidak ketinggalan menu ternding ini. Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Langsana Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi kegemaran keluarga. Ada menu terbaru tahun ini iaitu Peri-peri Chicken Drumlets 


Sous Vide Eggs with mushroom Espuma

Pastinya peminat 'paha ayam' jangan lepaskan peluang untuk menikmati rasa masakan yang luar biasa ini.

Peri-peri Chicken Drumlets 
Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

Menerapkan teknologi terkini dalam penyediaan menu masakan Oriental, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik terbaik dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hanianese dimana ayam akan dimasak dengan penuh teliti sehingga empuk dan mencapai tekstur sempurna. Setiap butir nasinya juga diperkaya dengan lemak ayam, menjadikan ianya gebu. Untuk kepuasan maksima, Nasi Ayam Hainanese ini digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih yang pasti akan .menambat selera.

Pencuci mulut juga adalah sesuatu yang tidak asing lagi di majlis Buffet Ramadhan Restoran BGR. Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memeberi kepuasan kepada para pengunjung. Pilihan yang disediakan seperti "Spanish Churos" bersama sos coklat pekat termasuk pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Tahun ini Restoran BGR juga memperkenalkan penambahan pada variasi pencuci mulut untuk memastikan para pengunjung berpuas hati dengan setiap jamahan mereka. Antara pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Velvet Orrange Jaffa, Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise and Bana-na.







Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung berpeluang membeli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Restoran BGR sepanjang Ramadhan ini. Datang ke BGR bersama keluarga sambil menbeli-belah.

Promosi "Durian Runtuh"


 

Berita baik untuk para penggemar durian. Terdapat promosi "Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli buah durian yang didatangkan khas dari dusun di Raub, Pahang. Selain buah-buahan segar tempatan, terdapat juga Gelato (ais krim) yang diproses segar oleh sweet scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa durian Musang King dan P.G.A (Passion Fruit Guava, Asam Boi). Buah durian boleh dibeli dan dibawa pulang dengan pembelian harga diskaun eksklusif.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang pakir kenderaan serta ruang solat selesa untuk para tetamu.



Untuk Tempahan & Pertanyaan : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : @bangigolfresortofficial

Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

9 comments:

  1. Dapat voucher kan...boleh la pergi nanti...heheheh

    ReplyDelete
  2. perghh sedap jugak menu yg ada..

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya ada doyan. Nyum.. nyum

    ReplyDelete
  4. Assalam, saya pernah berbuka disini beberapa tahun lalu, memang best kalau dpt datang ke sini lagi. Nak cuba Musang King sure sedap giler

    ReplyDelete
  5. Bestnya..berselera tgk gambar2 pcl ni...

    ReplyDelete
  6. Semuuany nampak sedap dan menyelerakan laaa Pcl

    ReplyDelete
  7. Tak tahan tengok semua makanan tu..adehhh

    ReplyDelete
  8. Waaaaa semua menu nampak sgt menyelerakan esspecially desert

    ReplyDelete
  9. BGR menyediakan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.Menu-menu popular seperti Kambing bakar dan Sup Kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh chef yang berpengalaman. Sate Ayam dan Sate Daging dibakar segar. Kueh Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak dihidangkan panas daripada kuali. . Semuanya membangkitkan selera.

    MENU ALA BARAT
    Pengunjung boleh juga menikmati menu Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti "Sous Vide Eggs with mushroom Espuma" Pastinya saban tahun tidak ketinggalan menu ternding ini. Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Langsana Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi kegemaran keluarga. Ada menu terbaru tahun ini iaitu Peri-peri Chicken Drumlets 
    Sous Vide Eggs with mushroom Espuma

    MENU ALA MELAYU
    Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu, Restoran BGR juga memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

    MENU ALA TIMUR
    Menerapkan teknologi terkini dalam penyediaan menu masakan Oriental, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik terbaik dalam penyediaan menu Nasi Ayam Hanianese dimana ayam akan dimasak dengan penuh teliti sehingga empuk dan mencapai tekstur sempurna. Setiap butir nasinya juga diperkaya dengan lemak ayam, menjadikan ianya gebu. Untuk kepuasan maksima, Nasi Ayam Hainanese ini digandingkan dengan sos cili halia dan bawang putih yang pasti akan .menambat selera.

    PENCUCI MULUT
    Pencuci mulut juga Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan. Pilihan yang disediakan seperti "Spanish Churos" bersama sos coklat pekat termasuk pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Tahun ini Restoran BGR juga memperkenalkan penambahan pada variasi pencuci mulut untuk memastikan para pengunjung berpuas hati dengan setiap jamahan mereka. Antara pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Velvet Orrange Jaffa, Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise and Bana-na.

    TAPAK JUALAN KHAS
    Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung berpeluang membeli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Restoran BGR sepanjang Ramadhan ini. Datang ke BGR bersama keluarga sambil menbeli-belah.

    PROMOSI DURIAN RUNTUH
    Terdapat promosi "Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli buah durian yang didatangkan khas dari dusun di Raub, Pahang. Selain buah-buahan segar tempatan, terdapat juga Gelato (ais krim) yang diproses segar oleh sweet scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa durian Musang King dan P.G.A (Passion Fruit Guava, Asam Boi). Buah durian boleh dibeli dan dibawa pulang dengan pembelian harga diskaun eksklusif.

    KEMUDAHAN
    Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang pakir kenderaan serta ruang solat selesa untuk para tetamu.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.