BBQ Party di halaman rumahku

Wednesday, May 17, 2017 Nazlee Ismail 7 Comments


Cuti umum sempena Hari Wesak baru-baru ni, kejiranan kami (Kuarters ANGKASA) di Banting sempat berBBQ alakadarnya dengan kehadiran 13 buah keluarga dari 16 unit kuarters. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. BBQ ringkas ambil masa bermula dari jam 5 hingga jam 7.30 petang.

Seronok berBBQ yang tak meleret waktunya sampai ke lewat malam. Kami memang dah set masa macm tu.. memudahkan semua yang terlibat. Tujuan utama bergader2 ni adalah untuk merapatkan lagi ukhuwah kejiranan. Walaupun nampak jumlah keluarga dan bilangan unit rumah takde la sampai beratus orang, namun tetap ada juga yang tak sempat beramah mesra. Almaklumlah ada kalangan ahli yang bekerja di luar. Masa ni lah kami2 ni merapatkan lagi ukhuwah.


Kali ini berlokasi di halaman rumahku. Kebetulan nampak macam sesuai dengan lanskap pokok-pokok rendang meredupkan suasan petang itu. Pemilihan lokasi halaman rumah PCL ni macam dah ditetapkan untuk tempoh beberapa tahun lagi mungkin.

Semua yang hadir sangat2 sporting dan maufakat saling membantu. Memang seronok kalau semuaya ok. Bab sumbangan tenaga takde masalah macamtu jugak bab sumbangan material untuk BBQ party ni. 

Menu terbaik untuk kali ini ; BBQ Kambing, BBQ Ayam, Char Koew Teow, Nasi Goreng, Cocktail, Buah buahan pencuci mulut dan dessert. Tapi menu bawah ni jer sempat dirakam dari dapur rumah PCL ;

Ada plan nak buat lagi lepas raya nanti..  haaa kiranya macam majlis open house beramai2 la ..aaggitewww !! Insya Allah.



7 comments:

  1. wahhh..bagus aktiviti macam ni, memang dapat merapatkan silaturrahim. apatah lagi ramadhan dah nak dekat

    ReplyDelete
  2. Perghh untung ada halaman rumah yang luas .. huhu

    ReplyDelete
  3. teringat kuarters ktmb masa abah keje dulu,depan rumah padang luas,selalu gak wat bbq gini,seronok berkumpul terutama bila weekend anak yg besar2 balik dari asrama.

    ReplyDelete
  4. meriah...rasa mcm nak join sekaki hahha

    ReplyDelete
  5. Luasnya halaman!! Selesa la nak buat BBQ. Sedap-sedap nampaknya. Yang penting seronok & meriah.

    ReplyDelete
  6. Wah meriah, syok sangat bila buat aktiviti macam ni :)

    ReplyDelete
  7. wAH Bestnyer macam ni....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.