Minyak hitam kereta hitamku

Tuesday, May 30, 2017 PCL 4 Comments


Sudah lama 'dia' berkhidmat, dekat 10 tahun dah. Terbaik servisnya pusing satu Malaya! Selalu aku tukar minyak enjin atau minyak hitam mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu setiap 5000km. Tak pernah aku ingkar, kalaupun ada hanya lebih sikit kilometer yang ditetapkan. 

Minyak hitam ni kalau siapa yang biasa dengan kenderaan bermotor pasti tahu apa kegunaannya. Ia adalah untuk melincirkan pergerakkan komponen bahagian dalam enjin dan menyempurnakan tugasan enjin. Minyak hitam yang berwarna kuning keemasan tu lah minyak enjin yang belum diguna pakai lagi dan bila dah pakai ianya bertukar menjadi minyak hitam. Ada ke kita2 yang masih tak tau ni?

Berdasarkan pengalaman aku, minyak hitam tak boleh dipilih guna sembarangan untuk kenderaan. Ianya bergantung kepada berapa lama enjin tersebut telah digunakan dan bergantung juga kepada penilaian mekanikal ke atas enjin tersebut.


Kalau merujuk kepada kereta hitamku ini, enjin magma 1.3L, enjin masih ok tak pernah buat hal, pickup power boleh tahan jugak... cuma dalam masa terdekat ni bila aku meletak kereta, ada kesan minyak bocor di atas lantai parkir. Dah syak awal lagi sebab ada bau hangit minyak terbakar bila memandu.

Aku ni boleh la.. tahu sikit2 bab enjin kereta. Kebocoran tu nampaknya punca dari gasket bahagian atas cylinder. Kalau perhatikan pada kesan minyak lebih pada tempat berkenaan. Jangan berkira2 sangat nak gantikan gasket tu.... (tengah memujuk hati). Biasa lah kan mesti kena bajet.

Kebiasaannya kalau dah lama digunakan, enjin dah teruk bekerja, gasket jadi keras punca ianya pecah dan menyebabkan berlaku kebocoran minyak. Sebelum gantikan minyak hitam, kena tukar dulu gasket tersebut. Yang merisaukan aku, takut2 ada kebocoran di tempat lain. Haa biasalah 'orang lama' sana sini sakitnya.

Untuk pemilihan minyak enjin yang sesuai, kita kena dapatkan info dari mekanik. Mereka lebih tahu apa yang terbaik. Bagi kereta hitamku ini, mekanik suruh pakai minyak yang lebih pekat sebabnya minyak hitam dengan kepekatan tertentu boleh melambatkan bocor disamping boleh menutupi ruang jika ada kebocoran di tempat lain 

Ini cara terbaik untuk kita2 yang masih lagi berkira2 untuk sama ada buat servis enjin keseluruhan/ Top Overhaul atau baiki mana perlu. Biasalah kalau buat top overhaul mau2 kena ratusan ringgit jugak. Adat orang meniaga.. kalau dah bukak enjin nanti serba serbi dimintak tukar.. kan.  "Ini oil seal sudah kembang mesti mau tukar..  ini mesti mau tukar, itu tukar..  " ha haa.  Tau dah kan mekanik macam mana dorang punya suggestion !

Tak perlu terburu2. Pilihan atas kemampuan sendiri. Kalau aku.. aku masih belum mahu membaikinya dan aku memilih minyak enjin bergrade API SG/CD berbanding sebelum ni API SJ/CF untuk minyak SAE 20W 50. Memilih minyak dari grade yang kelikatannya lebih dari sebelum ini adalah bertujuan untuk mengawal kebocoran minyak hitam dan mengawal pergerakan enjin supaya lebih senyap.

Korang yang berkereta baharu. Enjin tak samapai 2 tahun tu mesti biasa dan disarankan guna minyak enjin jenis synthetic kan. Enjin baru sesuai lah sangat sebab barang masih baru, tapi harus diingat bahawa dalam tempoh tersebut kehausan pada komponen adalah pada tahap terkawal. 

Kalau korang guna minyak fully synthetic sejak dari awal membeli kereta baru, meneruskannya adalah lebih baik pada hemat semua orang. Tetapi sebenarnya tak perlu sedemikian hingga umur kereta melebihi 5 tahun. Bergantung kepada penggunaan dan kekuatan enjin. Kekuatan berkurang pada setiap masa. Secara ringkasnya enjin lama kena guna minyak yang kepekatannya lebih dari biasa. Sesuai dengan kehendak enjin bekerja.

Satu lagi info, jika boleh diguna pakai untuk pemilik kereta yang berusia lebih 5 tahun. Kalau korang maklumlah pasal minyak enjin yang mempunyai treatment. Sebenarnya ia tidak berapa sesuai untuk enjin lama. Tidak digalakkan menggunakan minyak enjin bertreatment kerana ia akan membuatkan komponen cepat haus, cepat panas dan enjin bergetar kerana tahap penurunan kekuatan komponen. Sebaiknya gunakan saja minyak enjin biasa minyak hitam tanpa treatmen. Harga lagi murah enjin lebih tahan lama.

Lega aku.. Bila dah ganti gasket, dah masuk minyak enjin baru kemudian dah pegi cuci enjin.. Alhamdulillah. Dah tak ada tanda2 kebocoran minyak lagi. Memandu kereta pun senang hati tak risau dah bau hangit menusuk hidung.. 

Ternyata Aku masih sayangi 'dia'.



4 comments:

  1. kereta saya dah 12 tahun...

    ReplyDelete
  2. 9 tahun dan problem besar ialah aircond.

    ReplyDelete
  3. Gud INfo PCL... Boleh jugak tambah penngalaman pasal kete nikan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kereta mama pun dah 12 tahun tapi masih berjasa. Ayah Syafi yg uruskan semuanya hihi.. mama bawa aje

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.