Mudahnya membeli-belah di Shopee.MY rugi kalau tak terjah !

Tuesday, May 16, 2017 Nazlee Ismail 25 Comments


Ada satu platform dalam talian untuk kita sebagai pengguna lebih mudah dan sangat mesra penggunaannya. Aplikasi yang dinamakan Shopee.MY. Bagi korang yang belum memuat turun aplikasi tersebut, boleh pegi ke App store atau Google Play store di smartphone anda dan  muat turun secara percuma. Pertama kali aku diperkenalkan dengan Shopee.My Terdetik dalam hati supaya aku jangan terjebak membeli, hanya sekadar mendaftar dan nanti bila perlukan, baru la shopping  sebaiknya. 

Platform sebaik aplikasi Shopee.MY ini memang rugi kalau tak terjah. Nanti korang sendiri boleh cuba. Giler dibuatnya ! Satu sebabnya kenapa jadi 'gila' ialah murah dan banyak barang !


Takpe korang jangan risau, kalau hati dah berkenan nanti turutkan saja.. usyar juga harga yang ditawakran. Kebanyakan barang sudah cukup memuaskan hati.. berpatutan setanding kualitinya. 

Korang boleh tonton video ni macam mana aku memuat turun aplikasi Shopee.My ni. Mudah sangat..

Aku dah buat pembelian online di shopee. Beli sehelai baju jersi ragbi.. not bad. Proses pembelian dan bayaran cukup lancar. Sekarang ni tunggu barang sampai ke tangan je..

Boleh dikatakan semua ada.. dari barang pakaian ke makanan dan barangan penjagaan diri..  korang pegi usyar sendiri. Jangan meroyan udah ler.. haha.




Tips cari barang murah dengan diskaun di Shopee


Membeli-belah di Shopee memang mudah. Mari sini aku bagi tips untuk lebih mudah lagi dalam carian barangan. Pada SARINGAN CARIAN tandakan MENGIKUT KATEGORI pilihan anda. Dan pada SYARAT pula tandakan "Dengan Diskaun". Tengok macam aku buat ni, ..nak cari Baju Melayu kategori Baby Clothing. haa siap harga diskaun lagi tu.. terbaiklah shopee !


Promo Cahaya Raya Bersama Shopee


Info menarik untuk korang juga; Bermula semalam 15 hingga 30 Jun ada promo 'Cahaya Raya bersama Shopee' akan menampilkan 24 kempen termasuk jualan murah khas dari Kedai Rasmi di mana ada potongan harga hingga 90% untuk 25,000 jenis produk dengan lebih daripada 10 kategori produk. Terdapat banyak pilihan menarik di Shopee termasuklah kelengkapan hari raya. Persediaan awal musim perayaan, anda dah boleh mula  shopping baju raya dan kelengkapan hari raya. Pasti semua orang dapat menikmati keseronokan membeli-belah selama 45 hari. Sebagaimana cahaya Aidilfitri memberi kegembiraan kepada insan tersayang. Ikuti maklumat lanjut di sini (http://cahayaraya.shopee.com.my/)

Shopee

Pertandingan 45 Days of Surprise Giveaways (45 Hari Hadiah Kejutan) tahun ini menawarkan hadiah harian bernilai sehingga RM25,000 termasuk televisyen, telefon pintar dan kamera dengan penyertaan semudah menghantar Nama Pengguna Shopee (Shopee ID) anda dan rakan anda setiap hari. Pertandingan ini berlangsung dari 15 Mei hingga 30 Jun 2017, menjadikan ia pertandingan terpanjang pernah dianjurkan untuk pengguna Shopee. Banyak lagi pertandingan dianjurkan termasuk Make a Wish for Mom (Buat Permintaan untuk Ibu), Selamat Berbuka Snaps (Ambil Gambar Semasa Berbuka Puasa) dan teka-teki Berapa Duit Raya, menjadikan hadiah keseluruhan mencecah nilai RM50,000!

Ramadan ini Shopee turut mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan penganjuran Shopee Uni BM Tour (Jerayawara Uni Shopee Edisi Bahasa Melayu) dan Acara Hijab Stars Recharge. Universiti Shopee atau Uni Shopee merupakan bengkel PERCUMA yang dianjurkan untuk mendidik dan memperkayakan pengetahuan usahawan berpotensi untuk menggunakan aplikasi Shopee sebaiknya dalam meningkatkan penglibatan atas talian dan jualan mereka. Kali ini, kelas akan dianjurkan dalam Bahasa Melayu untuk membantu usahawan Bumiputa mendalami aspek teknikal penjualan atas talian. Shopee Uni BM Tour akan dianjurkan di KL & Selangor (17 Mei 2017), Kuantan, Pahang (24 Mei 2017) dan berakhir di Alor Setar, Kedah (6 Jun 2017).

Akhir sekali, Acara Hijab Stars Recharge, satu projek usahasama dengan jenama syampu Sunsilk akan berlangsung pada 20 Mei 2017 dengan penampilan istimewa Hijabista terkenal seperti Khadyjah Fhatyah, Sharifah Rose, AinEdruce, Zamrina Zamrim dan Aqilah Naqlis. Sesi khas yang akan dianjurkan termasuk kelas solekan kening dan penggayaan moden hijab untuk sambutan Aidilfitri akan datang.

Selain jenama syampu pilihan hijabista tersebut, Shopee juga akan meneruskan usahasamanya dengan rakan niaga terkemuka seperti AirAsiaGo, Digi, iflix, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen ini sebagai tanda penghargaan dengan hadiah menarik seperti baucar penginapan hotel & penerbangan, potongan harga menarik dan hadiah berbentuk wang tunai.

Mulakan keriangan membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di
http://cahayaraya.shopee.com.my/

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di Google Play dan App Store. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut. Selamat membeli belah di Shoppe.MY


25 comments:

  1. Bestnya ada macam-macam pilihan di shopee.my , Eh ada ada acara 20hb ne boleh join kew?

    ReplyDelete
  2. Menarik x sabar nak shopping raya

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama terjebak dengan shoppee ni, pcl..hehe..suka shopping kat sini sebab boleh chat dulu dengan seller, tanya stok ada ke idok?kalau ada, baru proceed bayaran..seller pun jawab on the spot kalau dorang online..harga murah tu memang paling win kat shoppee ni..hehe

    ReplyDelete
  4. SA bakal terjebak x lama lagi ni...huwaaaa...apesal best sgt ni..

    ReplyDelete
  5. Bestnya macam-macam pilihan ada ya kat sini..

    ReplyDelete
  6. Best... Best... Efa ni pcl pantang tau dengar shopping online ni... Sat gi boleh terjah sebab tengok macam banyak pilihan je...

    ReplyDelete
  7. seronok shoppee ni..murah murah murah.. tertarik ngn bengkel uni tu.. camne nak join ek?

    ReplyDelete
  8. Kalau dh berkenan turutkan saja kata hati. Haha.

    Nk shopping pun skang dh senang. Tak payah nak bersesak kat kedai. Just sit and click click. Berdesup je pergi nya..

    Btw, good sharing. Nanti nak ushalah. Kot2 ada yang terberkenan.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pcl shopping sambil meniarap.. hahaa mmang best !

      Delete
  9. memang murah..best shopping

    ReplyDelete
  10. Fuyooo macam2 ada kat Shopee ni kan PcL.. murah2 pulak tu..rambang mata kalau masuk kat sini lama2 mmg terjebak nak membeli laa jawapnyer..

    ReplyDelete
  11. Macam virus berjangkit jugak shopping kat Shopee nih heee...

    Macam readers kami, visitors mereka shopping dari blog mereka sahaja.. sebab ada cart & checkout orders di blog.. jika berkesempatan check it out widget utk blogger di blog kami yew ;)

    ReplyDelete
  12. Nk shopping baju rayyyaaaaa

    ReplyDelete
  13. Macam-macam ada kat Shopee ni.

    ReplyDelete
  14. Banyak barang best dan murah di Shopee ni, suka!

    ReplyDelete
  15. Jersey.. fuh.. cm bes je..

    ReplyDelete
  16. Banyak pilihan kat shopee ni. Sampai tak tahu nak beli apa.. hehe

    ReplyDelete
  17. alamak...ternampak benda best pulak kat shopee......

    ReplyDelete
  18. Yeyyy ada tempat shopping baru.. pasni bolehla try kat sini lak.. Harga pun ohsem nmpknye..

    ReplyDelete
  19. Perghh menggoda sungguh lahaii peceyyel ni buat entri cenggini. Hee

    ReplyDelete
  20. Macam2 barang lah kat shopee ni kan?murah2 plk tu

    ReplyDelete
  21. Hahaha.. Mai perabis duit di shopee... Hihihi

    ReplyDelete
  22. uih.. kebanyakan harga barang murah dan mampu milik. tergugat betul

    ReplyDelete
  23. murah sangat barang dekat shopee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.