Cuti yang panjang membosankan?

Tuesday, July 04, 2017 Nazlee Ismail 10 Comments


Salam semua.. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir & batin. Rasanya kita masih lagi dalam mood beraya. Cuti yang panjang membosankan kah? Yaa.. bosanlah kalau tak tahu buat apa. Duduk terperuk dalam bilik memang lah.. Banyak benda lagi boleh buat lagi2 kalau kita yang jarang2 balik kampung ni.. kan!


Sebenarnya tak bosan punya lah melainkan kalau kerja kita tidur memanjang. Aku lebih tenang rasa bila di kampung, cuma sesekali la dengar rungutan Nina & Hanis bila akses internet kurang memberangsangkan di sini. Faham sudah dengan situasinya,  setiap tahun pun benda sama. Jadi.. inilah masa nak lupakan sekejap media sosial ini.  Walau di kampung sekalipun namun informasi dunia luar tetap boleh capai di hujung jari melalui internet tapi biasalah.. sekejap ada sekejap tak ada. 

Sebab ini juga blog tak berupdate. Dan harini ada masa sikit.. walau sibuk kerja tapi masih boleh control. Hari ini (Selasa), aku dah mula masuk kerja. Cuti agak panjang tahun ni walhal mohon cuti 6 hari sahaja dan bila dicampur cuti umum dan cutu minggu jadi banyak hari lah aku bercti. Puas rasanya tahun ni. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Seronok boleh beraya di kedua belah keluarga kat Sungai Petani belah isteri dan belah aku di Parit Buntar. Berapa jauh pun kita berada diperantauan, yang tetap dirindui adalah keluarga kita di kampung halaman. Betul tak?



Aku ni dah tak sempat nak life update blog. Blogger yang semakin suram nampak gayanya. Beginilah.. aku tak belum berhasrat nak bersara awal dari dunia blog, tapi tanda2 awal dah mula kenampakan.. Blog ini pun jarang berupdate!

Tak apa, aku cuba menghidupkan blog ini yang ku anggap sebagai diari dunia hidupku. Sedaya mungkin aku cuba walaupun.. mana tahu suatu masa nanti blog ini sudah tiada pembaca lagi. Baru betul-betul aku angkat kaki .. :(

Okay, cerita 3 hari sebelum Raya AidilFitri 2017.

Dari Banting tempat aku cari makan.. kami bertolak subuh hari Khamis 22hb Jun lagi. Keadaan trafik jalan raya baik dan lancar. Kami terus ke kampung rumah Bonda. Awal sampai terus kami berkunjung ke rumah Paklang aku (dekat2 sini) menziarah beliau yang sedang menderita sakit kaki (gaut). Masa menziarah tu, sempat bersembang dan tanya khabar. Orang tua2 (kebanyakan orang kampung) kalau sakit dia tak suka ke hospital. Paklang pula bagi alasan, katanya susah nanti nak buang air, nak solat.. dan yang paling merisaukan beliau ialah bila yang merawat tu adalah doktor dan jururawat perempuan. (Bukan mahram) Memang itu yang dirisaukan beliau. Tapi alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dipujuk oleh anak2 beliau. Sehari sebelum Raya beliau dimasukkan ke wad, ditahan sebab keadaan kaki semakin parah (bisul membengkak dan bernanah) dan badan pesakit perlu dimasukkan air. Masa di wad kami tak sempat ziarah sebab nak balik ke SP rumah mertua.

Walau bagaimana pun sempat juga kami bersahur dan berbuka puasa di rumah bonda. Kalau makan sini, menu Bonda masak memang gempak habis. Ikan keli bakar cicah ayaq asam, memang sempoi. Keli dibakar dengan sabut kelapa.. aku dah lama tak buat kerja macam ni.



2 hari sebelum Raya AidilFitri 2017

25 & 26 Julai merupakan hari ulang tahun kelahiran Bonda dan Ayahanda. Bagus menantu bonda sorang ni... mamaD beri hadiah dan kami semua tak buat majlis sambutan. Doarang memang tak suka. Kalau nak buat untuk anak cucu dorang ok lah. Tahun ni mamaD dapat rezeki lebih. Jadi ada lah hadiah untuk Bonda dan Ayahanda. ( .. Syssh jangan heboh dalam blog : kata Mama'D)

1 hari sebelum Raya AidilFitri 2017

Pagj sehari sebelum raya, kami balik ke Sungai Petani. Kalau kat SP, keadaan memang kalut sikit tak sempat nak betehat2.. ada saja aktiviti terutamanya acara membeli belah perkakasan dapur untuk masak malam raya. Mak mertua aku memang pakar membuat ketupat daun palas. Kalau tak berlemak berminyak daun palas tu bukan ketupat palas Mak Kiah laa.. makan ketupat mak buat ni kena beringat2 jangan terpulun sakan. Usia lebih 40an kena jaga2 serba serbi bab makan. hemm mampu makan 2 ketul ketupat saja.. (percaya lah) 

Sempatkan juga last minute shopping baju raya untuk Nina & Hanis di Parkson Taman Sejati. SP. Kat sini membeli belah rasa tenang sikit, walau orang ramai namun tetap selesa berbanding Mall-Mall lain kat  SP ni. Mungkin sebab sini bukan lokasi tumpuan ramai. Apa pun.. di sini terbaik !. Kalau korang nak tau Sungai Petani makin pesat membangun.. terbaiklah. sesak selalu di mana2. pening kelapa aku !


Hari Raya orang dewasa, bagi aku tak ada yang happening sangat. Meraikan kegembiraan bersama anak2 dan sanak saudara, buatkan mereka gembira supaya kita juga dapat merasakan bahagianya. Begitu juga ayah bonda kita.. bila lihat kita adik beradik balik kampung beramai2 maka terpancarlah cahaya keriangan di wajah mereka.  Korang jangan pula kata tak nak balik kampung, tak suka balik kampung di musim2 perayaan. Sesungguhnya masih ada yang menanti kepulangan kita wahai anak2 perantauan.

Syukurlah kami tak pernah lagi tak balik beraya di kampung halaman..Teringat pada Paktam dan kawan2nya yang kini merantau mencari rezeki di bumi Australia. Sedihnya bila berjauhan dengan keluarga di Malaysia.. Kalau aku tak sanggup rasanya.. tak tahu lah.


10 comments:

  1. Seronok lain macam bila dapat balik kampung PCL..PC bila balik kampung biasanya disconnect dengan gadget..tu yang sendu blog..sebab bukan selalu daoat balik kampung..jadi masa yang ada manfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Orang Parit ke...apasal tak habaq...hehe..kita balik dok Ipoh 5 hari kot. Tengah bandar pun line teruk..

    ReplyDelete
  3. wah raya sakan.. kalau bergi beraya sana sini kompem tak bosan kan

    ReplyDelete
  4. Syoknya PCL raya kat kampung. Bakaq pakai sabut tu yang siyok nikmat tak terkata tapi cm ganti ikan lain tak makna keli

    ReplyDelete
  5. seronok beraya kat kampung ini . tak macam kat bandar jalan sesak , balik kampung hirup udara nyaman , sawah padi hijau depan mata ,banyak aktiviti boleh buat

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya PCL...syukur masih ada kampung...tenang...aRz kampung di penang yang semakin membangun...dah tak nampak kampung...tetapi masih lagi berkunjung ke rumah adik beradik sanak saudara.

    alhamdulillah ada kampung halaman isteri bolehla untuk berehat tenangkan fikiran sekejap...

    PCL jangna bersara awal..blog yang banyak pengaruh yang perkongsian yang hebat...mungkin anak-anak boleh menyambung....

    ReplyDelete
  7. Best kan ikan keli salai/ bakar...cicah ayaq asam..pehhhh...nak buat la weekend ni

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  9. Memang seronok kalau dapat beraya di kampung.. 😊😊😊

    ReplyDelete
  10. Yang best boleh balik kampung

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.