IndoBowl Cafe #akusuka !

Tuesday, August 29, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments

IndoBowl Cafe Lake Fields Sungai Besi KL ; Menu Variasi Memikat Selera Dari Indomie


Salam semua.. Korang memang dah lama tak nampak PCL post cerita pasal anak2 dalam blog ni kan.. sekarang ni anak sulung PCL dah bekerja dan yang bongsu masih sekolah.  Hari Ahad minggu lepas kami ada masa keluar makan-makan dan jalan-jalan dekat-dekat sini je..  kat area Sungai Besi dan lepas makan tu kami ke Ikea Cheras. Ke IKEA tau je la kan..  mama'D nak beli sesuatu untuk deko-deko katanya.
  

Tengahari jam 12 kami singgah makan di IndoBowl Cafe Lake Fields kat Sungai Besi. Restoran ni baru je beroperasi dalam sebulan lepas. Masih baharu dan masih dalam tempoh promosi lagi. Korang cuba la google nama restoran ni mesti jumpa punya. Yang pertama di Malaysia, Indobowl Cafe jenama cafe baharu dari negara seberang. Korang mungkin ada yang perasan jenama mee segera Indomie. Haa itu lah dia mee yang sedap tu !


Hidangan atau menu bukannya mee indomie semata-mata, malahan telah dipelbagaikan dengan menu yang sangat menarik dan menyelerakan. Memang sesuai dengan tekak orang Malaysia . Suasana dalam restoran yang mendamaikan dengan gantungan bingkai gambar menarik perhatian pelanggan. Susun atur meja memanjang ke dalam bersebelah degan ruang bilik penyediaan makanan lagi menampakkan keluasan restoran.

 

Antara menu yang menjadi pilihan adalah Indomie Ayam Madura, Indomie Dendeng Belado. Sate Madura juga jadi pilihan sebabnya ada kelainan sate tanpa kuah kacang yang kebiasaannya dihidangkan berkuah di negara kita tetapi Sate Madura Indobowl sudah secukup rasa enaknya.


Minuman favourite di sini, Soda Gembira namanya.. nampak warna merah macam sirap tapi bukan dia, mulanya aku ingatkan jus buah naga tapi bukan lah. Ini air soda berkarbonat dengan campuran rasa dan selasih. Terbaik !. Dan aku juga rasa air cendol. Memang best ! #akusuka








Makan-makan sini memang boleh kenyang, jangan ingat makan indomie portion sikit saja tak mampu kenyangkan perut..Cubalah dulu terangkat rasanya dengan sambal. Nak over pedas order je sambal merah atau kurang pedas sambal hijau. ikut lah tahap kemampuan rasa anda tapi percayalah..takde lah pedas sangat !

Facebook @Indobowlofficial : https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/




6 comments:

  1. Wow.... Tempat nya menarik la PCL... Menu pun nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap ni PCL..nyesal x join..kebetulan ada hal plak masa tu...

    ReplyDelete
  3. sate tu memang nampak menarik :D

    ReplyDelete
  4. Nmpak sedap makanan ya esp mee tu

    ReplyDelete
  5. Seperti ada di Tryst Cafe Subang Jaya sahaja makanan semua ini. Lebih2 lagi indomeenya

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.