Niqab Nur Muhammad Exclusive cantik dan terbaik di Melaka

Thursday, September 28, 2017 Nazlee Ismail 13 Comments

Asslamualaikum semua..

Niqab Nur Muhammad Exclusive cantik dan terbaik di Melaka

Kepada korang yang tercari di mana nak dapatkan Niqab terbaik masa kini .. mudah aje. Sila luangkan masa anda membaca terus untk mendapatkan info-info berkenaan di blog ini..

Alor Gajah, Melaka.

Pemilik Yusmizee Naturopathic Centre, sebuah klinik perubatan alternatif di sini, Encik Yusmizee mengambil langkah positif berniaga sambil berdakwah dalam pendekatannya tersendiri. Beliau kini sedang giat memasarkan Niqab dengan jenama Niqab Nur Muhamad.

"Saya  ambil masa sikit lipat dan packing Niqab Nur Muhammad Exclusive semasa waktu rehat makan tengahari.. "

Beliau yang bekerja sendiri sepenuh masa di klinik sebagai pengamal perubatan Neutropati sejak  tahun 2015 lagi. Menceburi bidang perniagaan online dan offline sebagai penjual niqab khusus untuk wanita, memang pada mulanya agak kekok tetapi kelamaan beliau sudah terbiasa..

"Sambil lipat tu, Alhamdulillah lepas posting di FB semalam ada kakak dari Jemaah Tabligh dan Student Kolej Agama datang try Niqab Nur Muhammad Exclusive ni..

"Terkejut diaorang tengok orang lelaki berniaga Niqab.. Alhamdulillah ini lah niat utama saya nak tarik ramai anak muda pakai Niqab.. Sebab tu banyak warna yang cantik2.. Saya juga Nak sambung balik dakwah Niqab yang semakin pudar.."

Jenama niqab 'Nur Muhammad' diilhamkan dari nama anak bongsu beliau. Nur Muhammad Bin Yusmizee

"Yang penting pengertian Nur Muhammad itu sendiri dapat saya sampaikan serba sedikit melalui penjualan Niqab ini.."

Jadi saya ingin mewar-warkan kepada pembaca semua, jika anda datang ke Melaka,  nak cari Niqab cantik sila datang ke :

Yusmizee Naturopathic Centre Alor Gajah Melaka 
012 3556736.. atau Nur Muhammad Exclusive 0111-3036033..

Permintaan dari luar negeri Melaka juga boleh, niqab Nur Muhamad Exclusive boleh dihantar melalui pos ke alamat seluruh Malaysia. In shaa Allah.

13 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berilmu beramal dan bahagia . Bercuti ke Cameron Highlands

Wednesday, September 13, 2017 Nazlee Ismail 11 Comments

Hai.. assalamualaikum semua. Busy betul PCL dengan kerja-kerja luar.. takdan la sangat nak update blog aku ni.. tak sempat juga itu dan ini di media sosial.

Yep.. aku sibuk dengan tempahan kondo-kondo kucing kesayang orang. Ha haa.. la ni tak panggil dah rumah atau sangkar kucing, sebabnya kalau ikutkan kos harga sebuah binaan pun cecah puluhan ribu ringgit. Memang tak lah harga sebuah sangkar macam tu. Memang agak mengejutkan tapi tetap ada permintaan. Ada owner yang sanggup dan mampu bayar semata-mata untuk anak kecil kesayanagan mereka. 

Macam projek kondo kucing baru-baru ni di Perak. Demi untuk anak yang sangat suka kepada kucing dan tak nak anak tersebut sunyi terperap dalam bilik atau menghadap gajet 24 jam seharian, maka si ayah sanggup berhabis.. tapi tak apa lah itu cara masing-masing melayani kehendak anak- anak yang disayangi.

Sekarang ni, Syarikat kami (NDCR) tengah berbincang projek dengan  seorang Pengusaha Klinik Veterina di Johor dan satu lagi di Shah Alam.. Kemudian ada satu lagi proposal projek untuk design & build kabinet untuk Cat Boarding/Hotel di  Selangor dalam perbincangan juga. Alhamdulillah. Aku share serba sedikit kesibukan aku dalam kerja selain kerja hakiki penjawat awam di pejabat. Nak tak nak kena buat 2 atau lebihdari 1 kerja.  

Bukan duniawi saja kita sibukkan diri. Hal keluarga juga kena ambik tau. Dan semestinya tuntutan wajib yang utama. Ke masjid jangan tidak pergi pulak. Ini nasihat kepada diri sendiri..  Umur semakin meningkat tua. Apa bekalan aku untuk ke akhirat nanti.. selalu ingatkan diri.

Aku buat bisness dan pada masa sama aku sibukkan diri dengan bersosial di media. Sempatkah aku ke masjid solat berjamaah dan mengaji kitab?  Jawabannya pada diri.. Istiqomah buat, insya Allah dipermudahkan segalanya. 

Maaf ya sahabat semua. Aktiviti aku di groups whatsapp agak slow dan semakin jauh dari korang. Walau jauh tetap dekat di hati insya Allah selagi berhubung ukhuwah tetap terjalin. Bagi yang mana biasa bersama PCL di event-event blogger atau di  whatsapp group dan seumpamanya, harap korang sedia memahami aku. Akan tiba masanya nanti jika kita perlu memilih. Dan pilihan itu adalah bersesuaian dengan peredaran semasa..

Ok lah PCL cool jer selalu..  meh tengok sebahagian gambar PCL dan family semasa bercuti di  Ipoh dan Cameron Highlands baru-baru ni.

Singgah di Ipoh, tidur semalaman sebelum naik ke Cameron Highlands. Sempat kami ke Funtasy House Trick Art di Jalan Market, Ipoh. Best jugak la..  yang suka bergambar macam Hanis dan Nina tu.. layan sakan la depa. 

Trip cuti ke Cameron Highlands kali ni tak banyak  makan ais krim dan strawberi, tapi lebih kepada makan angin jer.. hihi.  

Bermalam satu malam di Brinchang.  Lokasi homestay bersebelahan dengan tapak pasar malam yang terbaru. Kalau nak ke sini hari minggu memang cari 'nahas' ler.. sanggup redah trafik jem ok la..  laluan ke pasar malam jadi lokasi tumpuan hari minggu. 

11 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Salam Aidil Adha 2017.. kami tak balik kampung !

Saturday, September 02, 2017 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam Aidil Adha untuk semua. Selamat hari raya haji. Basanya kami memang tak balik kampung beraya. Ini dah kali ke beberapa tahun dah macam ni. 

Lepas solat hari raya di masjid, kami bergambar kat sekitar luar rumah kami di 'perantauan' ni.. dan acara makan ketupat palas segera dan nasi impit sama rendang yang mak mertua aku buatkan.

Kami sebenarnya dah rancang ke Ipoh dan Cameron Highland  bercuti Raya Merdeka !

Gambar kenangan kami sekeluarga.. selamat hari raya maaf zahir dan batin. Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 1438H bersamaan 1 September 2017.

Ipoh dan Cameron Highland tunggu kami..

7 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hanis pergi Stadium Shah Alam Final Bola Sepak Sukan SEA !

Saturday, September 02, 2017 Nazlee Ismail 1 Comments

Suka sangat la Hanis, acara yang paling dia minat, Bola Sepak akhir Sukan SEA 2017 antara Malaysia dengan Thailand. Kali ni dia dapat menonton di Stadium Shah Alam... pengalaman pertama bagi Hanis.

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Semangat dapat menonton di stadium memamg lain dari menonton siaran langsung TV di rumah. Tak sangka anak perempuan aku ni memang penyokong bola sepak Malaysia.

Hanis tetap puas hati walaupun keputusan tidak memihak kepada negara kita,  Malaysia 0 dan Thailand 1.  Bagi dia.. dapat tengok bola sepak final di stadium pun dah cukup terbaik. Nak pergi lagi katanya best sangat!

1 Comments: