Klik baner untuk info :


Berilmu beramal dan bahagia . Bercuti ke Cameron Highlands

Wednesday, September 13, 2017 Nazlee Ismail 11 Comments


Hai.. assalamualaikum semua. Busy betul PCL dengan kerja-kerja luar.. takdan la sangat nak update blog aku ni.. tak sempat juga itu dan ini di media sosial.

Yep.. aku sibuk dengan tempahan kondo-kondo kucing kesayang orang. Ha haa.. la ni tak panggil dah rumah atau sangkar kucing, sebabnya kalau ikutkan kos harga sebuah binaan pun cecah puluhan ribu ringgit. Memang tak lah harga sebuah sangkar macam tu. Memang agak mengejutkan tapi tetap ada permintaan. Ada owner yang sanggup dan mampu bayar semata-mata untuk anak kecil kesayanagan mereka. 

Macam projek kondo kucing baru-baru ni di Perak. Demi untuk anak yang sangat suka kepada kucing dan tak nak anak tersebut sunyi terperap dalam bilik atau menghadap gajet 24 jam seharian, maka si ayah sanggup berhabis.. tapi tak apa lah itu cara masing-masing melayani kehendak anak- anak yang disayangi.

Sekarang ni, Syarikat kami (NDCR) tengah berbincang projek dengan  seorang Pengusaha Klinik Veterina di Johor dan satu lagi di Shah Alam.. Kemudian ada satu lagi proposal projek untuk design & build kabinet untuk Cat Boarding/Hotel di  Selangor dalam perbincangan juga. Alhamdulillah. Aku share serba sedikit kesibukan aku dalam kerja selain kerja hakiki penjawat awam di pejabat. Nak tak nak kena buat 2 atau lebihdari 1 kerja.  

Bukan duniawi saja kita sibukkan diri. Hal keluarga juga kena ambik tau. Dan semestinya tuntutan wajib yang utama. Ke masjid jangan tidak pergi pulak. Ini nasihat kepada diri sendiri..  Umur semakin meningkat tua. Apa bekalan aku untuk ke akhirat nanti.. selalu ingatkan diri.

Aku buat bisness dan pada masa sama aku sibukkan diri dengan bersosial di media. Sempatkah aku ke masjid solat berjamaah dan mengaji kitab?  Jawabannya pada diri.. Istiqomah buat, insya Allah dipermudahkan segalanya. 

Maaf ya sahabat semua. Aktiviti aku di groups whatsapp agak slow dan semakin jauh dari korang. Walau jauh tetap dekat di hati insya Allah selagi berhubung ukhuwah tetap terjalin. Bagi yang mana biasa bersama PCL di event-event blogger atau di  whatsapp group dan seumpamanya, harap korang sedia memahami aku. Akan tiba masanya nanti jika kita perlu memilih. Dan pilihan itu adalah bersesuaian dengan peredaran semasa..


Ok lah PCL cool jer selalu..  meh tengok sebahagian gambar PCL dan family semasa bercuti di  Ipoh dan Cameron Highlands baru-baru ni.


Singgah di Ipoh, tidur semalaman sebelum naik ke Cameron Highlands. Sempat kami ke Funtasy House Trick Art di Jalan Market, Ipoh. Best jugak la..  yang suka bergambar macam Hanis dan Nina tu.. layan sakan la depa. 



Trip cuti ke Cameron Highlands kali ni tak banyak  makan ais krim dan strawberi, tapi lebih kepada makan angin jer.. hihi.  

Bermalam satu malam di Brinchang.  Lokasi homestay bersebelahan dengan tapak pasar malam yang terbaru. Kalau nak ke sini hari minggu memang cari 'nahas' ler.. sanggup redah trafik jem ok la..  laluan ke pasar malam jadi lokasi tumpuan hari minggu. 



11 comments:

  1. Wahh sesekaki kena gak bercuti ngan keluarga kan pcl.. apa2pon semoga pcl akan terua berblogging dan jangan lupa singgah blog kita tau hehhee.. Semoga terus diberi rezeki yang melimpah ruah buat pcl sekeluarga..aamin aaamin

    ReplyDelete
  2. best tengok view kat cameron lavender ni

    ReplyDelete
  3. Seronoknya.Doakan ena dapat pegi kesana pulak taw.. Masih lom ada rezeki :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya...Leh amik gambar cantik2 kan huhu

    ReplyDelete
  5. once a while update pun ok dah ..sama lah kita ..tiba masa kita kena buat pilihan ...have a nice day dengan family tersayang yer..

    ReplyDelete
  6. lama tak naik Cameron..nk ajak asben honeymoon la..hehe (gelak gatai)...

    ReplyDelete
  7. dah 2x ke CH. maybe nak gi sana 5 thn lg.

    ReplyDelete
  8. ya allah nmpk realnya
    ngeri rasanya yg terputus bdn tu,
    alahai..

    ReplyDelete
  9. Hujung tahun ini baru rancang nak pergi cameron highland .
    Datang dari AFBdotmy (:

    ReplyDelete
  10. CH kena repeat. dulu pegi sana blog takde. skrg blog dh ada kena repeat dan review skali !

    salam singgah

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.