Niqab Nur Muhammad Exclusive cantik dan terbaik di Melaka

Thursday, September 28, 2017 Nazlee Ismail 13 Comments

Asslamualaikum semua..

Niqab Nur Muhammad Exclusive cantik dan terbaik di Melaka


Kepada korang yang tercari di mana nak dapatkan Niqab terbaik masa kini .. mudah aje. Sila luangkan masa anda membaca terus untk mendapatkan info-info berkenaan di blog ini..



Alor Gajah, Melaka.


Pemilik Yusmizee Naturopathic Centre, sebuah klinik perubatan alternatif di sini, Encik Yusmizee mengambil langkah positif berniaga sambil berdakwah dalam pendekatannya tersendiri. Beliau kini sedang giat memasarkan Niqab dengan jenama Niqab Nur Muhamad.


"Saya  ambil masa sikit lipat dan packing Niqab Nur Muhammad Exclusive semasa waktu rehat makan tengahari.. "

Beliau yang bekerja sendiri sepenuh masa di klinik sebagai pengamal perubatan Neutropati sejak  tahun 2015 lagi. Menceburi bidang perniagaan online dan offline sebagai penjual niqab khusus untuk wanita, memang pada mulanya agak kekok tetapi kelamaan beliau sudah terbiasa..

"Sambil lipat tu, Alhamdulillah lepas posting di FB semalam ada kakak dari Jemaah Tabligh dan Student Kolej Agama datang try Niqab Nur Muhammad Exclusive ni..



"Terkejut diaorang tengok orang lelaki berniaga Niqab.. Alhamdulillah ini lah niat utama saya nak tarik ramai anak muda pakai Niqab.. Sebab tu banyak warna yang cantik2.. Saya juga Nak sambung balik dakwah Niqab yang semakin pudar.."

Jenama niqab 'Nur Muhammad' diilhamkan dari nama anak bongsu beliau. Nur Muhammad Bin Yusmizee

"Yang penting pengertian Nur Muhammad itu sendiri dapat saya sampaikan serba sedikit melalui penjualan Niqab ini.."

Jadi saya ingin mewar-warkan kepada pembaca semua, jika anda datang ke Melaka,  nak cari Niqab cantik sila datang ke :

Yusmizee Naturopathic Centre Alor Gajah Melaka 
012 3556736.. atau Nur Muhammad Exclusive 0111-3036033..

Permintaan dari luar negeri Melaka juga boleh, niqab Nur Muhamad Exclusive boleh dihantar melalui pos ke alamat seluruh Malaysia. In shaa Allah.



13 comments:

  1. Replies
    1. tak pasti la..cuba Unni tanya terus dgn owner. tq

      Delete
  2. kagum dengan mereka yang berniqab

    ReplyDelete
  3. Semakin ramai yang mengusahakan membuat niqab sekarang ni, banyak mendapat sambutan juga

    ReplyDelete
  4. Tahniah En Nazlee. Niat yang sangat murni. Moga ramai yang berniqab. Ada bekalan di akhirat. Termasuk saya nanti.

    Jemput ke blog saya ye :
    https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/langkah-cemas-bila-anak-makan-overdose.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Moga usaha beliau dipermudahkan dan mendapat sambutan...in sya Allah

    ReplyDelete
  6. Cantik niqab niqab tu .
    Datang dari AFBdotmy (:

    ReplyDelete
  7. Suka pula Etuza pada blog ini..menarik dan melihat lelaki mengemas baju ..rajin..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.