Klik baner untuk info :


Berbau harum sepanjang waktu dengan DASHING ANYTIME EDT

Monday, October 09, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments


Dashing memang jenama wangian pilihan PCL sejak dulu lagi. Skilas bau dah tahu dah wangian DASHING memang hebat !


Kuala Lumpur, Jun 17 – Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja.

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah di dekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick





1. Cool
Haruman maskulin ini merupakan tarikan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semula jadi dari dalam dirimu.

2. Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4. Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan
semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal
sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

5 comments:

  1. Encik tunang pasti sukakan haruman ni... saya mesti dapatkan untuk dia !

    ReplyDelete
  2. jenama ni dari zaman bapak saya muda, sampai sekarang ada lagi.

    ReplyDelete
  3. wow dashing.. penyegar bau badan mampu milik yang hebat kan...

    ReplyDelete
  4. memang suka dashing ni harum hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.