Klik baner untuk info :


Pancing Ikan Puyu Buat Masak Cili.. perghh..

Sunday, October 29, 2017 Nazlee Ismail 11 Comments


Pagi-pagi minggu memenuhi masa lapang dengan memancing ikan puyu.. haa lama dah tekak aku teringin nak makan ikan puyu pancing sendiri. Ikan puyu masak cili. Masak cabai merah tu masak style utara.. nak sedap lagi masukkan daun kari sikit.. wahh


Target dapat tak banyak, nak 2 3 ekor yang besar pun dah okay. Puyu dalam gambar ni aku mancing kat kolam bersih kepunyaan seseorang yang dikenali. Nak mancing tepi longkang tak gamak pulak nak makannya..

Alhamdulillah dapat jugak 2 ekor puyu dan sekor ikan haruan. 3 jam memancing.. cukuplah buat lepas gian dan boleh buat lauk makan tengahari. 


Selalu sangat dah kami beli beli ikan laut kat pasar, sesekali terasa nak makan ikan air tawar pulak.. pancingan sendiri.

Ikan puyu ni bagi korang yang taktau lagi.. isinya memamg sedap, manis dan rasa lemak sikit la berbanding spesis ikan darat (air tawar) lain seperti  ikan sepat dan haruan. Tapii.. ikan puyu punyai banyak tulang tajam dan halus lebih lebih lagi puyu brrsaiz kecil.. hati-hati semasa makan takut tercekik tulang.

Kaum lelaki yang kaki pancing tuu., bila dah balik memancing tu, kita kena la menyiang ikan-ikan yang dapat. Ingat ya..  jangan dera isteri anda untuk menyiang ikan-ikan tu pulak. Kalau aku.. aku memang buat macam ni.. siang dan cuci bersih siap-siap. Lepas tu ikut la nak suruh isteri masak terus atau simpan dalam peti sejuk. Ikan fresh macam dapat pagi tadi aku mitak mamaD masak seperti mana yang aku teringinkan.. nyumm nyum. 


Selera makin bertambah bila tengok mamaD dah siapkan hidangan makan tengahari kami, ikan puyu masak cili. Perghh.. terbaiklah mamaD . Terima kasih. Alhamdulillah. Jimat duit beli lauk..  :)


11 comments:

  1. Mama X penah makan ikannpuyu sebab x. Penah jumpa sebesar tu

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  3. Kalau SA yang masak..memang masak lemak cili api....

    ReplyDelete
  4. huwaaaaaaa sedapnyaaaa dah la peminat ikan air tawar sob sobs...

    ReplyDelete
  5. sedapnya...done follow,follow me back http://www.pokucu.com/ ...

    ReplyDelete
  6. sedapnya !!! kalau saya mau goreng saja.. garing2 rangup..

    ReplyDelete
  7. Ayah Ana dulu kalau ke sungai mesti nak mancing puyu. Kalau nasib baik dpt lah yg besar utk bw balik.kalau x, masukkan dalam sungai balik. Lapar terus pepagi tgk ikan puyu sambal tu. 😅

    ReplyDelete
  8. Sedapnye.. emmm musim2 nak makan ikan parit dah lah sukar utk mendapatnya.

    ReplyDelete
  9. Ikan fresh tu!!! Dapnyee. Dulu2 mak selalu tak bagi makan ikan puyu. Katanya ikan puyu buat tgok mkhluk halus. Hahaa.

    Sampai skrg xpernah makan puyu. Hahaa

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.