Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina

Monday, November 27, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments


"Betul tak sangka di usia 20 tahun dah ada kereta sendiri.. Alhamdulillah" kata Nina.

Bukan semudah disangka. Mampu beli, guna sebaiknya dan bila tiba masa buat bayaran pinjaman bank setiap bulan.  Nampak memang simple.. tak pening kepala pun. Apa la sangat. Korang pun mampu beli kereta baharu dengan gaji sekarang.. gaji bersih 2000 sebualn dah memang cukup nak beli kereta yang selesa.

Bayaran pijaman sebulan dalam 500 lebih, ada lagi baki 1500 macam tu..  tolak lagi komitmen lain contoh macam duit sewa bilik, duit petrol, duit makan dan belanja.. masih lagj berbaki dalam 500 bersih. Memang lebih dari cukup.. Boleh beri pada mak abah dan selebihnya duit simpanan.

Kalau nak memang boleh! .. tapi kena berani. Bukan sekadar keperluan untuk memiliki kereta.. tapi lebih kepada mendisiplinkan diri dengan tanggungjawab.

Ada duit lebih-lebih pun kalau tak bijak nak urus kewangan diri, akhirnya boleh memakan diri.

Bila diri sudah punya tanggungan.. dia kena pandai-pandailah.. beringat selalu. Kerja kena rajin dan timba pengalaman sebanyak mungkin . Mana tahu nanti boleh diguna bila keadaan memaksa bertukar kerja lain. Ilmu dari pengalaman kerja tu boleh demanding gaji lebih besar.. kan.

Hari ni kereta IRIZ Nina dah cecah 1050km, dah sampai masa untuk servis berkala yang pertama.
Hemm.. siap rm180 lebih. Dan nanti bila cecah 10000km kena servis lagi dan lagi hingga seterusnya. Nina kata..  ' owhh ingatkan bayar duit bulanan dah cukup.. lain takyah fikir dah.. haa" .

Itulah.. bukan senang nak senang berkereta ni. Cukup tahun kena renew roadtax dan insuran lagi.. Itu tak masuk nak make-up kerrta lagi dan macam-macam lagi. Huuu nasib la si Nina tu tak sampai ke situ lagi.

Tapi aku nampak Nina ni cermat orangnya.. insya Allah dan mudah-mudahan dia kekal dengan sikapnya yang sentiasa nak kongsi dan berbincang dengan kami mak abah dia sebelum buat sesuatu tindakan luar kemampuan fikiran dia..

Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina



4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

7 CARA MEMBUAT PANGSAPURI ANDA KELIHATAN LEBIH LUAS

Friday, November 24, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments


7 CARA MEMBUAT PANGSAPURI ANDA KELIHATAN LEBIH LUAS


Kerja penghiasan rumah mungkin merumitkan lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa bekerja dengan ruang yang terhad. Anda juga akan terasa sesak dan jengkel apabila terpaksu masuki bilik yang tidak memberikan ruang untuk mata dan badan berehat. Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk membuat rumah anda kelihatan luas? Berikut adalah tips-tips daripada pereka penghiasan dalaman di Recommend.my.

1. Gunakan warna cerah atau neutral sebagai base
Warna-warna cat yang gelap amat berkesan untuk menghasilkan suasana yang nyaman, tenang dan malap. Namun begitu, warna-warna gelap juga membuatkan ruang rumah berasa sempit dan claustrophobic. Warna-warna cerah yang natural pula akan membuatkan rumah anda berasa dingin dan luas. Dan palet yang natural selalunya adalah yang paling ideal untuk tujuan penghiasan dan penggayaan. Mula dengan menggunakan dinding dan kabinet yang berwarna cerah, kemudian lapiskan pula dengan perabut yang berwarna gelap (seperti kerusi) untuk menghasilkan ruang yang kelihatan luas.

Rumah teres 3 tingkat di Cyberjaya. Projek oleh Pocket Square

2. Panjangkan garisan lantai merentasi ruang tamu dan ruang makan.
Gunakan reka bentuk lantai atau jubin yang sama untuk kawasan yang bersambung. Ini akan membantu membuatkan ruang-ruang lain menjadi lancar. Lantas, mata anda akan melihat seperti ruang tersebut adalah satu ruang yang besar. Ataupun, reka bentuk lantai parket berjalur dalam bilik yang kecil supaya ruang bilik kelihatan panjang.

3. Gunakan keseluruhan ketinggian bilik
Jika berpeluang, reka design rumah anda dengan tingkap-tingkap yang tinggi serta pintu berkaca. Ini kerana selain membenarkan cahaya natural untuk memasuki rumah, tingkap dan pintu jenis ini akan membuatkan ruang rumah seakan-akan lebih besar dan luas. Walaupun anda mempunyai jenis tingkap yang kecil, anda boleh menggunakan langsir yang tinggi, mahupun setinggi syiling anda, untuk meninggikan lagi ketinggian bilik. Anda juga boleh menggunakan rak buku yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang sama.

Sierra 11 Puchong Be in Design Solutions

4. Lapangkan dan susunkan
Ruang yang berselerak tidak pernah menawan, apatah lagi jika ruang tersebut amat sempit. Jika anda mahu membuat ruang yang kecil kelihatan lebih menarik, melapangkan kawasan tersebut adalah amat penting. Anda boleh menyimpan, membuang, menderma ataupun menghadiahkan barang-barang berlebihan, asalkan anda dapat melapangkan ruang anda. Fokus kepada stail dan penghiasan minimalist apabila anda mempunyai ruang yang terhad. Kerapkan mengemas rumah dan buang perabut yang tidak lagi berguna atau dikehendaki. Ataupun, reka lebih banyak built-in storage (seperti stor) untuk menyimpan barang-barang anda.

5. Pilih reka bentuk pelan terbuka, atau gunakan rak terbuka
Reka bentuk pelan terbuka yang melibatkan pelan rumah tanpa dinding untuk memisahkan dapur mini dan ruang tamu akan menghasilkan ruang bilik yang amat luas. Penggunaan perabut kecil juga akan membantu untuk membuatkan rumah anda terasa besar kerana setiap ruang rumah boleh dilihat dengan jelas. Anda juga boleh menggantikan pintu dengan kaca. Daripada menutup bilik anda, pintu berkaca atau rak terbuka akan membuatkan mata nampak ruang seakan-akan luas dan dalam

6. Jangan menghalang tingkap
Apabila anda mahu menghasilkan ruang rumah yang lebih luas dan besar daripada ukuran sebenar, pastikan anda tidak menghalang tingkap-tingkap anda. Selain membenarkan cahaya natural untuk masuk ke dalam rumah, tingkap juga memberangsang ketinggian mata. Bukakan langsir-langsir pada siang hari untuk membenarkan cahaya natural untuk masuk sebanyak yang mungkin. Anda juga boleh memilih perabut yang rendah agar ia tidak menghalang tingkap anda.

Tips-tips ini diberikan oleh pereka penghiasan dalaman local yang disenaraikan diRecommend.my. Selepas ini jika anda memerlukan pereka penghiasan dalam dan pengubahsuaian, bolehlah anda melawati Recommend.my. Mereka akan menyediakan untuk anda beberapa quotes untuk pembandingan anda, insurans free-damage, dan juga moneyback protection.

6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Teringin mencandat sotong?

Wednesday, November 22, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments


Assalmualaikum..

Kepada penggemar aktiviti mencandat sotong atau merka yang suka memancing laut dan ingin beralaih kepada aktiviti mencandat sotong di lautan Terengganu, anda boleh membuat tempahan pakej bot candat dengan perkhidmatan kami mulai sekarang.

Bila lihat pada gambar di bawah ni mesti anda teruja dan teringin sangat nak ikut trip mencandat kan.. tapi tak semua orang mampu sebabnya takut kerana tak biasa dengan laut.

Aku syorkan korang cuba dulu, tak cuba manakan dapat pengalaman mencandat sotong tu. Korang boleh set grup sendiri dengan keluarga, grup dengan rakan sekerja (persatuan atau kelab) dengan bilanga minimum 6 orang untuk bot bersaiz sedehana. Untuk lebih lanjut berkenaan paket candat yang kami tawarkan, korang boleh kilik di sini. Pakej Candat Sotong 2018


candat sotong

Pakej candat sotong tahun 2018 akan bermula seawal bulan April 2018. Untuk makluman, kami sudah mengendalikan pakej memcandat sotong Kuala Terngganu sejak 2015 lagi. Oleh itu, anda tak perlu risau ditipu dan sebagainya.

Jadi, kepada anda yang berminat untuk mencandat sotong jangan tunggu lama, sila buat tempahan awal. Buat perancangan awal membolehkan peserta bersedia lebih awal dari segi fizikal dan mental.

candat sotong

Memandangkan jangkaan sambutan untuk 2018 adalah berkemungkinan bertambah.. Pertambahan ini berdasarkan kepada peningkatan permintaan saban tahun sejak 2016.Alhamdulillah, setakat ini pelanggan kami terdiri dari dari kumpulan persendirian/keluarga dan juga dari persatuan/kelab reakrasi dari sektor kerajaan/swasta.

#pakejcandatsotong_0174009726

4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.