Klik baner untuk info :


7 CARA MEMBUAT PANGSAPURI ANDA KELIHATAN LEBIH LUAS

Friday, November 24, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments


7 CARA MEMBUAT PANGSAPURI ANDA KELIHATAN LEBIH LUAS


Kerja penghiasan rumah mungkin merumitkan lebih-lebih lagi apabila anda terpaksa bekerja dengan ruang yang terhad. Anda juga akan terasa sesak dan jengkel apabila terpaksu masuki bilik yang tidak memberikan ruang untuk mata dan badan berehat. Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk membuat rumah anda kelihatan luas? Berikut adalah tips-tips daripada pereka penghiasan dalaman di Recommend.my.

1. Gunakan warna cerah atau neutral sebagai base
Warna-warna cat yang gelap amat berkesan untuk menghasilkan suasana yang nyaman, tenang dan malap. Namun begitu, warna-warna gelap juga membuatkan ruang rumah berasa sempit dan claustrophobic. Warna-warna cerah yang natural pula akan membuatkan rumah anda berasa dingin dan luas. Dan palet yang natural selalunya adalah yang paling ideal untuk tujuan penghiasan dan penggayaan. Mula dengan menggunakan dinding dan kabinet yang berwarna cerah, kemudian lapiskan pula dengan perabut yang berwarna gelap (seperti kerusi) untuk menghasilkan ruang yang kelihatan luas.

Rumah teres 3 tingkat di Cyberjaya. Projek oleh Pocket Square

2. Panjangkan garisan lantai merentasi ruang tamu dan ruang makan.
Gunakan reka bentuk lantai atau jubin yang sama untuk kawasan yang bersambung. Ini akan membantu membuatkan ruang-ruang lain menjadi lancar. Lantas, mata anda akan melihat seperti ruang tersebut adalah satu ruang yang besar. Ataupun, reka bentuk lantai parket berjalur dalam bilik yang kecil supaya ruang bilik kelihatan panjang.

3. Gunakan keseluruhan ketinggian bilik
Jika berpeluang, reka design rumah anda dengan tingkap-tingkap yang tinggi serta pintu berkaca. Ini kerana selain membenarkan cahaya natural untuk memasuki rumah, tingkap dan pintu jenis ini akan membuatkan ruang rumah seakan-akan lebih besar dan luas. Walaupun anda mempunyai jenis tingkap yang kecil, anda boleh menggunakan langsir yang tinggi, mahupun setinggi syiling anda, untuk meninggikan lagi ketinggian bilik. Anda juga boleh menggunakan rak buku yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang sama.

Sierra 11 Puchong Be in Design Solutions

4. Lapangkan dan susunkan
Ruang yang berselerak tidak pernah menawan, apatah lagi jika ruang tersebut amat sempit. Jika anda mahu membuat ruang yang kecil kelihatan lebih menarik, melapangkan kawasan tersebut adalah amat penting. Anda boleh menyimpan, membuang, menderma ataupun menghadiahkan barang-barang berlebihan, asalkan anda dapat melapangkan ruang anda. Fokus kepada stail dan penghiasan minimalist apabila anda mempunyai ruang yang terhad. Kerapkan mengemas rumah dan buang perabut yang tidak lagi berguna atau dikehendaki. Ataupun, reka lebih banyak built-in storage (seperti stor) untuk menyimpan barang-barang anda.

5. Pilih reka bentuk pelan terbuka, atau gunakan rak terbuka
Reka bentuk pelan terbuka yang melibatkan pelan rumah tanpa dinding untuk memisahkan dapur mini dan ruang tamu akan menghasilkan ruang bilik yang amat luas. Penggunaan perabut kecil juga akan membantu untuk membuatkan rumah anda terasa besar kerana setiap ruang rumah boleh dilihat dengan jelas. Anda juga boleh menggantikan pintu dengan kaca. Daripada menutup bilik anda, pintu berkaca atau rak terbuka akan membuatkan mata nampak ruang seakan-akan luas dan dalam

6. Jangan menghalang tingkap
Apabila anda mahu menghasilkan ruang rumah yang lebih luas dan besar daripada ukuran sebenar, pastikan anda tidak menghalang tingkap-tingkap anda. Selain membenarkan cahaya natural untuk masuk ke dalam rumah, tingkap juga memberangsang ketinggian mata. Bukakan langsir-langsir pada siang hari untuk membenarkan cahaya natural untuk masuk sebanyak yang mungkin. Anda juga boleh memilih perabut yang rendah agar ia tidak menghalang tingkap anda.

Tips-tips ini diberikan oleh pereka penghiasan dalaman local yang disenaraikan diRecommend.my. Selepas ini jika anda memerlukan pereka penghiasan dalam dan pengubahsuaian, bolehlah anda melawati Recommend.my. Mereka akan menyediakan untuk anda beberapa quotes untuk pembandingan anda, insurans free-damage, dan juga moneyback protection.

6 comments:

  1. memang nampak luasss...sejuk aje mata tengok

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat cantik, kemas dan luas.... Sedap mata memandang

    ReplyDelete
  3. Wahhh good tips ni peceyyyel. Terima kasih sharee :D

    ReplyDelete
  4. ok bleh gune tips ni in the future

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  5. Nice sharing...terbaikkkđź‘Ť

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.