Klik baner untuk info :


Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina

Monday, November 27, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments


"Betul tak sangka di usia 20 tahun dah ada kereta sendiri.. Alhamdulillah" kata Nina.

Bukan semudah disangka. Mampu beli, guna sebaiknya dan bila tiba masa buat bayaran pinjaman bank setiap bulan.  Nampak memang simple.. tak pening kepala pun. Apa la sangat. Korang pun mampu beli kereta baharu dengan gaji sekarang.. gaji bersih 2000 sebualn dah memang cukup nak beli kereta yang selesa.

Bayaran pijaman sebulan dalam 500 lebih, ada lagi baki 1500 macam tu..  tolak lagi komitmen lain contoh macam duit sewa bilik, duit petrol, duit makan dan belanja.. masih lagj berbaki dalam 500 bersih. Memang lebih dari cukup.. Boleh beri pada mak abah dan selebihnya duit simpanan.

Kalau nak memang boleh! .. tapi kena berani. Bukan sekadar keperluan untuk memiliki kereta.. tapi lebih kepada mendisiplinkan diri dengan tanggungjawab.

Ada duit lebih-lebih pun kalau tak bijak nak urus kewangan diri, akhirnya boleh memakan diri.

Bila diri sudah punya tanggungan.. dia kena pandai-pandailah.. beringat selalu. Kerja kena rajin dan timba pengalaman sebanyak mungkin . Mana tahu nanti boleh diguna bila keadaan memaksa bertukar kerja lain. Ilmu dari pengalaman kerja tu boleh demanding gaji lebih besar.. kan.

Hari ni kereta IRIZ Nina dah cecah 1050km, dah sampai masa untuk servis berkala yang pertama.
Hemm.. siap rm180 lebih. Dan nanti bila cecah 10000km kena servis lagi dan lagi hingga seterusnya. Nina kata..  ' owhh ingatkan bayar duit bulanan dah cukup.. lain takyah fikir dah.. haa" .

Itulah.. bukan senang nak senang berkereta ni. Cukup tahun kena renew roadtax dan insuran lagi.. Itu tak masuk nak make-up kerrta lagi dan macam-macam lagi. Huuu nasib la si Nina tu tak sampai ke situ lagi.

Tapi aku nampak Nina ni cermat orangnya.. insya Allah dan mudah-mudahan dia kekal dengan sikapnya yang sentiasa nak kongsi dan berbincang dengan kami mak abah dia sebelum buat sesuatu tindakan luar kemampuan fikiran dia..

Belanja sikit gambar kereta IRIZ Nina



4 comments:

  1. Alhamdulillah...yang penting sebelum buat apa-apa keputusan...berbincang dengan ibu bapa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. jaga elok2 tau nina.. semoga nina akan lebih berjimat cermat pasni..

    ReplyDelete
  3. cik timm ni pun lesen kereta x settle lgi..huhu..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.