Klik baner untuk info :


Bercuti sambil memancing Di Rumah Rakit MS Family Boat House

Wednesday, December 27, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments

Rumah Rakit MS Family Boat House Sungai Pelek Sepang Selangor.


Check-in sepatutnya pukul 2 petang, tapi kami masuk lewat sejam disebabkan kerja mengemas bilik dan mengisi air bersih ke dalam tangki rumah rakit agak lewat dari jadualnya. Rasa tak puas hati dah mula terasa. Masuk pukul 3 petang dan kami dimaklumkan oleh boatman supaya bersiap untuk check-out seawal jam 11.30 pagi esoknya. Terkejut jugak kami sebab sebetulnya check-ot pukul 12,  antara kami dah ada yang panass.. Kalau nak kira, kadar sewa rumah rakit nombor 2 adalah harga tertinggi berbanding rumah-rumah rakit lain sekitarnya. Pemilik rumah rakit MS Family Boat House secara peribadi ada memohon maaf atas kelewatan pekerja mereka (melalui whatsapp). Dan jua kami diberitahu masalah bekalan air bersih tak boleh buat dengan cepat sebab tekanan rendah dari pam motor yang digunakan. Kami faham semua tu,  tapi itu bukan masalah yang perlu ditanggung bersama oleh penyewa kan?

Kami semua excited gila! tak sabar dah nak memancing.  Ikutkan keadan pada waktu check-in itulah air sangat elok untuk memancing.. ibarat kata, kalau terlepas masa emas itu, kena tunggu lama sikit la.. apa pun kita semua percaya kepada Qada dan Qadar. Segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Keadaan amarah kami semakin reda apabila pancing mula mengena. Ibu gelama sebesar dua tapak tangan orang dewasa dapat dinaikkan. Kemudian ikan kerapu pula dinaikkan seberat sekilogram lebih kurang dan diikuti ikan-ikan lain seperti gelama, gerut, kekek dan sembilang.

Malam menjelma..
Masalah lain pula timbul. Kali ini genarator buat hal. siang-siang lagi kami dah buat testing. Berfungsi sekejap dan terus tak dapat digunakan. Genset mati dengan tiba-tiba!. Kami cuba start berkali-kali sampai terputus tali starter. Masalah teknikal tak boleh nak buat apa dan terpaksa menunggu bantuan tiba. Hampir 2 jam lamanya kami bergelap dengan nyamuk banyak. Bayangkanlah..  hati mulai panas lagi. Ikan ikan target pun tak makan umpan pancing. Dalam gelap aktiviti memang  sangat terhad. Jiwa pemancing tetap redha walaupun ada juga yang naik agin hilang rasa kesabaran.

Aku tidak mahu kondem lebih perkhidmatan boat house ini. Cuma sekadar berkongsi pengalaman kami seketika berada di rumah rakit MS Family Boat House Sepang. Mungkin nasib kami kurang baik pada hari itu. Target membawa balik hasil seperti yang diwar-warkan dalam fbpage mereka tak capai seperti diharapkan. Namun perancangan untuk bercuti sambil memancing bersama keluarga tetap terbaik di sini. 






Datanglah cuba nasib di sini jika korang minat aktiviti macam kita orang, mungkin grup korang bertuah boleh dapat hasil lumayan dan enjoy. Tak datang cuba tak tahu macam mana suasananya. Betul tak?



Cuma saranan saya secara peribadi kepada pengusaha rumah rakit Sungai Pelek Sepang Selangor supaya mempertingkatkan lagi prestasi servis kepada pelanggan dan selesaikan masalah teknikal secepat mungkin. Sediakan pekerja stand-by/on call secukupnya. Masa itu emas bagi kaki pancing..

Doa kami semoga bisnes boat house di Sepang makin bertambah maju lagi di masa hadapan.










4 comments:

  1. tak pernah lagi mancing atas rumah rakit ni. keadaannya sama tak macam atas bot kecil? sebab aku pernah mabuk duduk mancing atas bot, dia punya membuai-buai tu. aduuhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berayun sikit rumah rakit tu bila bo-bot lalu lalang. Tapi tak kuat mana pun alunnya.

      Delete
  2. nak gak try memancing di atas rumah rakit ni brg sekali. mesti best kan?

    ReplyDelete
  3. Seronoknya satu family kaki pancing. memang best tu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.