Klik baner untuk info :


Kafe & Studio Kucing

Wednesday, December 13, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments


Ahad lepas kami dah sampai sini ; Catsigniture Cafe And Studio di Bangi. Pukul 2 petang kami tiba dan kebetulan pulak waktu tu adalah masa berehat kucing. Kena tunggu hingga pukul 3.15 baru kami boleh masuk dalam studio kucing. Ada orang tak sabar nak bermain dengan kucing-kucing comel di sini.

Nina dan adiknya Hanis

Sebelum tu.. sementara tunggu masa, makan dulu di kafe. Ada menu best kat sini.. Set tomyam dan nasi goreng memang terbaik. Minuman pun best juga. Harga makanan boleh tahan la tapi memang puas hati dengan suasana kafenya yang menarik dan bersih. Kafe berada di tingkat bawah dan studio kucing di tingkat atas bangunan yang sama. Tak ada bulu-bulu kucing berterbangan bebas dalam kafe. jaga baik punya !

laikha

Nina dan adiknya Hanis memang suka kucing tapi masing-masing elergy dengan bulu kucing.. sesekali boleh la nak belai kucing kat sini. Laikha pun ikut sama.. ingat tak lagi si Laikha? Anak jagaan mamaD, dah besar pun dia. Mama janji nak bawa Laikha kalau pergi kafe kucing.. haa suka sangat dia!.


Masuk studio kucing kena bayaran ; RM10 untuk dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak. Tempoh masa 45 minit setiap sesi. Berapa ramai setiap sesi? maaf aku tak ada jawapan. Bagi aku, masa 45 minit pun sudah memadai, Insya Allah korang akan rasa puas main-main dan membelai kucing-kucing gebu yang ada di sini.

Cat Signiture Cafe & Studio Bangi  
Alamat : Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 019-262 4444






5 comments:

  1. Bonde kalau pergi sini memang tak mahu balik syok sangat main dengan kucing.

    ReplyDelete
  2. Comel belaka kucing ni, kalau anak saya masuk kompom tak mau balik sebab asyik main dengan kucing jer

    ReplyDelete
  3. ni macam Johan and his cat la ye

    ReplyDelete
  4. tak kesampaian lagi keinginan nak jejak kaki ke cats cafe.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.