Mabuk laut bukan pengalaman yang best !

Monday, January 30, 2017 Nazlee Ismail 2 Comments


Seronok tau hobi memancing ni.. Harap pasangan memahami hobi suami anda. Mana2 lokasi memancing ada risikonya, kita tak mintak la yang tak elok terjadi. Apa pun kena la berhati2 dalam semua keadaan.

Memancing di lautan, selain kena ribut dan badai.. Satu lagi yang biasa kena mabuk laut! Kalau dah kena mabuk.. Nak mancing pun takde mood. Layan mabuk seharian.

Pengalaman mabuk laut, kalau boleh jangan la mabuk, sebaiknya ambil pengalaman memancing yang best-best !

Mabuk laut boleh terjadi dari banyak sebab, kalau boleh peserta memancing atau mencandat sotong study la dulu petua-petua, jangan main redah je terutama mereka yang baru sekali dua turun laut. Buat naya Oo dan membazir duit lagi kalau tempah bot trip memahal kan?

Cegah sebelum mabuk laut, sekali mabuk memang keluar 'makan angin' je kelaut. Cara makan pil mabuk ada kawan kita ni boleh share : (semua jenis pil tahan mabuk) boleh apply katanya.

1 jam sebelum belayar, telan pil dengan air sejuk (air peti sejuk tau, kok telan dengan air suam/panas - tak jadi. Dapat ngantuk kaw kaw je pastu kesan ubat cepat ilang) tak makan dulu pun takpe. Kalau mabuk atas bot... telan pil dengan air sejuk + tido setengah jam atau sejam.

Ni Kalo jenis 'hardcore' mabuk, masa baring nak tido, tekap keliling leher dengan kain basah sejuk. Mintak tolong kawan kejutkan bila dah 1 jam tido. 

Buat 'kerja'  jangan malas atas bot, kalo nak membongkang baik jer tidur hotel. 

Kerja apa? Kerja mancing lah.. Jigging/casting/popping pun boleh elakkan mabuk sebab anda sibuk kerja... bukan duduk berayun takde watpe, melayan perasaan makan angin memang dapat hangin ler.. Kalau rajin, ikan pun dapat... (kalau nasib baik laa).

Nak langgan pakej candat dan memancing laut dalam, cuba klik sini www.decomplot.com



2 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kari Munggai sama Ketam @ Mama'D Cafe

Saturday, January 28, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments


Buah munggai?.. Dulu masa kat rumah mertua kat SP Kedah selalu la mak mintak belikan munggai, katanya nak masak gulai sama udang besar. Kita ni kan menantu yang taat, mak suruh apa, cepat jer tunaikan. Makan tengahari sama-sama, mak masak sedap dan masa tu berat badan makin menaik. Ada orang kata lepas kahwin mesti hormon bertambah elok dan satu kesannya adalah kenaikan berat badan. Makan selera puncanya. Mak masak sedap pun iya jugak. Dengan mak kita sendiri di kampung pun sama.. selera makannya menjadi-jadi. So dah jadi double sedap tambah lagi dengan layanan isteri.. Hemm makin bersemangat. Tapi kan, isteri kitalah dapat nama "isteri pandai jaga suami".. Haha takpe lah bab tu. Memang pun kan.

Okay kita sambung cerita pasal menu buah munggai tadi.. 

MamaD bila ternampak buah munggai terjual, terus dia beli. Beli tak banyak cukup untuk kami berdua. Beli dulu, simpan nanti bila terasa nak makan baru tanya resipi kat mak.. 

Hari ni Sabtu, kira dah seminggu la buah munggai dalam peti sejuk. Wajib 'dikerjakan' hari ni jugak. Kalau tak nanti masuk tong sampah lah.

Pagi lagi kami berdua, macam biasa sarapan di luar.. Cuti Sabtu Ahad memang cari makan pagi di luar. Lepas makan singgah pasar beli ketam bunga 2 ekor saiz besar. Teringin nak makan kari ketam. Nak masukkan buah munggai tu sekali, Ok tak? 

Bab ok ke tak tu, aku saja tanya korang sebab mungkin ada yang berpengalaman masak munggai. Bagi mereka yang taktau lagi apa tu buah munggai? Buah munggai ni nampak rupa fizikalnya macam kacang panjang tapi spesis besar lagi dan panjangnya lebih kurang sama. Munggai ni alberada dalam jenis sayur kekacang jugak. Ada biji kekacang dalam sebatang buah tu.  Nak lagi clear korang boleh google je eh..

Okay, sambung lagi.. Tadi dalam kereta, tau-tau mamaD dah wasup mak dia tanya resipi gulai munggai. Petua masak orang lama memang best. Buah munggai kena kikis bahagian luar kulitnya dengan pisau.

Tengok mamaD sedang kikis kulit munggai macam tu.. tanpa aku tanya apa tujuan  buat macamtu, tapi aku boleh agak la kan.. Mestila untuk senang bagi kuah kari tu meresap kedalam isi munggai semasa menumis rempah kari tu... kan!

MamaD kata, kita buat kari munggai ketam campur telur. Kuah jadi pekat la sikit..

I FOLLOW jer.. Sesekali nak rasa menu lain dari kebiasaan. 

Takdan bertangguh, masuk jer dalam rumah, mamaD terus buat kerja di dapur. Aku pi sidai kain baju yang dah siap mesin pagi tadi di ampaian luar. Hanis pulak sibuk buat kerja sekolah dia.. Cuti CNY ni memang banyak kerja nampak nya. Belikan dia dan kak Nina, favorite roti canai untuk breakfast.

Nina nampak sangat keletihan, semalam balik terus tertidur awal. Orang tu baru hadap 'suasan kerja' praktikal kerja ulang alik naik train dari KL Klang. Klang Banting naik kereta.. Penat kan. Kita memahami anak~anak, tak bermakna anak-anak boleh goyang kaki di rumah. 

Masing-masing ada peranan, tak perlu nak kecoh kat semua orang yang kita buat itu ini, cukup kalau kita senang hati dengan apa yang kita ada dan buat sekarng. Yang pentingnya kita tak abaikan keluarga dan melebihkan orng lain di luar sana. Cari persamaan dan bukan perbezaan ! Alhamdululillah semoga berkat hubungan keluarga hendaknya Insya allah.

Nin diaa nak habaq bagi.. "Kari Munggai Ketam Mama'Dcafe" dah siap terhidang. Terus terasa lapar, sat na bagi mamaD rehat dulu sementara  tu aku pi masak nasi. Kerja mudah ni,  tapi ini lah salah satu kerja dapur yang aku selalu buat. Biar depa anak isteri makan 'air tangan basuh beras Abah..' Haa gituu.

Korang takyah cari resipi, entri ni memang tak ada sediakan resipi. Kalau nak juga cari jer dalam Google. Bersepah tau... Kalau nak tau, orang utara yang oldskul suka sangat menu gulai munggai ni.. Kena tau cara makan dia camana?


Cara makan munggai senang jer, masuk munggai sebahagiannya ke dalam mulut, pastu gigi sikit sambil tarik perlahan sambil isap.. Emm dapatlah isi munggai yang lemak manis bersama rasa kari dan biji kekacang munggai. Enak tau.. Cuba la try..





4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Wangian Menyerlah Dalam Setiap Keadaan Dengan Romano EDT Baharu

Friday, January 27, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments


ROMANO Eau De Toilette baharu


Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan.

Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.
Romano FORCE pilihan ku.. Sedap aroma 'keras' tapi okay., Sesuai untuk jejaka kontemporari

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.

Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.

ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.

ROMANO Eau De Toilette – FORCE

romano perfume

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE

Romano Perfume

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

ROMANO Eau De Toilette dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.


3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Asyik sotong beli kat pasar jer.. mana best bang !

Thursday, January 26, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments



Ramai orang semakin berminat nak pergi laut mencandat sotong sendiri, nak merasa macam mana suasana "pesta mencandat sotong" yang dikatakan sangat menarik tu... 

"asyik beli sotong kat pasar jer.. mana best bang" kata salah seorang pelanggan pakej candat sotong ini. Katanya juga pernah lihat keseronokan mencandat sotong melalui rancangan tv3 Majalah3. Tertarik punya pasal tahun 2017 ini beliau bersama group sepejabat buat tempahan bot.

Kali pertama nak mencuba, memanglah terasa excited nya tu.. Menghitung hari sejak Disember tahun lepas lagi dan menantikan bulan May tiba. 

Ramai yang nak tahu bagaimana aktiviti ini dijadualkan. Oleh itu, saya sudah sediakan Itinerary pakej candat sotong sebagai rujukan semua pembaca dan khusuanya untuk para pelanggan bot candat NazleeDotCom ;

Itinerary pakej candat sotong


PAKEJ MECANDAT SOTONG

Musim mencandat sotong tahun ini, 2017 akan bermula awal bulan April dan sehingga penghujung musim pada bulan September. Harga pasaran sotong di luar Terengganu memang agak tinggi dalam lingkungan rm25 ke Rm30 sekilogram mengikut saiz dan jenis. 

Kalau anda kira bajet, nak sotong berbaloi dan puas makan disarankan beli sahaja di pasar-pasar melainkan jika anda berhajat mencandat untuk mengambil pengalaman di lautan boleh la buat tempahan bot. Suatu aktiviti yang tak semua orang berani lakukan. Jom kite "Visit Beautiful Terengganu 2017"

.

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berpisah Terlalu Lama Punca Cerai ?

Wednesday, January 25, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments


"Suami saya selalu busy dengan kerja dia, tugas orang penting dalam company memaksa dia selalu meninggalkan saya di rumah berseorangan.. ". Jelas Puan J berasal dari Selangor memberi keterangan punca penceraiannya adalah dari sikap cemburu suaminya yang mengatakan dia mempunyai lelaki simpanan sepanjang ditinggalkan keluar negara. Sebab sikap suami dia macam itu membuatkan Puan J terasa hati dan rasa tidak dipercayai lagi oleh suaminya.

"Kalau kitorang dah tak ada sifat percaya mempercayai  antara kitorang, apa guna teruskan lagi, buat menambah rasa tersiksa jiwa jer.."

Apa yang dialami Puan J (27 tahun), dia merasa bosan kerana ditinggalkan selalu dan hati tak senang dengan sebab itu, dia telah mengambil keputusan untuk berpisah terus dengan suaminya. Cadangan disuarakan dan disambut baik oleh suaminya. Maka mereka berpisah dengan talak satu.. 

Sejak itu kekallah dia memakai gelaran nama sebagai Puan J dalam tempoh masa yang dia tidak pasti.

Mudahnya ini terjadi kepada pasangan berumah tangga terutama pasangan muda mudi zaman ini. Cukup mudah untuk berpisah. Puncanya adalah hanya bosan, cemburu dan tak ada sifat mempercayai..

Kalau kita yang kes kebetulannya dalam situasi sama lebih kurang macam Puan J tu, cubalah buat pertimbangan sewajarnya dan elakkn dari bercerai..

Kasih mengasihanilah... oramg muda selalunya nak mudah saja.. kemudian hari baru nak fikir, bukannya fikir dulu sebelum buat keputusan..

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pelancaran T-Shirt "DeComplot Candat Team" & "Squid Jiggers Team"

Monday, January 23, 2017 Nazlee Ismail 1 Comments


Assalamualaikum.
(Bismillahirrahmanirrahim)

DeComplot  baru sahaja diperkenalkan melalui Instgaram @decomplot dan website belognya iaitu www.decomplot.com. Kedua-dua medium ini adalah khusus untuk Pakej Candat Sotong & Pakej Memancing Laut Dalam.

Bersempena pengenalan web blog dan instgram DeComplot ini, Pengendali pakej, NazleeDotCom Resources telah melancarkan Baju-T berlengan panjang dan dibuka untuk tempahan kepada semua pelanggan pakej dan juga para pembaca di sini.

www.decomplot.com
"DeComplot Candat Team" GREY (sahaja)

Jika anda berminat dengan T'shirt tersebut, tempahan pertama adalah dibuka dari 23.1.2017 hingga 23.2.2017 

Hantar maklumat berikut dan whatsapp ke 0174009726

Name: 
Email Address : 
Contact No : 
Code Tshirt (jika ada) : 
Warna pilihan (standard) : 
Saiz (S,M,L,XL,XXL,XXXL) : 
Kuantiti :

Untuk makluman, terdapat juga design Tshirt berlengan pendek dari "Squid Jiggers Team". Kami menyokong kempen bersempena Tahun Melawat Terengganu 2017 "Visit Beautiful Terengganu Malaysia 2017" . Tempahan tshirt ini juga dibuka kepada umum. "Squid Jiggers Team" menampilkan tshirt berlengan pendek dengan 6 warna pilihan :

Decomplot
 "Squid Jiggers Team" BLUE
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREY
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" GREEN
DeComplot
 "Squid Jiggers Team" RED
DeComplote
 "Squid Jiggers Team" BLACK
DeComplot
"Squid Jiggers Team" WHITE

Tempahan pertama adalah dibuka dari 23.1.2017 hingga 23.2.2017 

Senarai Harga :

1) Lengan Pendek : RM25.00 (Squid Jiggers Team)

2) Lengan Panjang : RM30.00 (DeComplot Candat Team)

3) Harga Tshirt tidak termasuk Caj Poslaju : RM10.00 SM, RM13.00 SS

Kedua-dua design menampilkan material jenis cotton 100%. Insya Allah, tshirt dijamin selesa dan tak panas semasa digayakan.

Terima kasih .


1 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mampu Bertahan 24 jam Wanginya Semburan Deodoran ROMANO

Monday, January 09, 2017 Nazlee Ismail 2 Comments


ROMANO ; KEYAKINAN UNTUK LELAKI URBAN


Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada anda dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan.

Justeru, diperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO, dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Ternyata ianya mengujakan saya apabila memilih salah satu daripada empat jenis wangian ROMANO untuk dicuba..
ROMANO Metro Pulse - untuk lelaki yang bersemangat tinggi macam ni.. !


Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin premium dan formula cepat keringan yang diperbaharui memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi anda daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

Semburan Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan didatangkan dalam empat jenis wangian mengikut keseusaian gaya anda. Ia sekali gus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan anda berbau harum dan segar sepanjang hari. Pek baharunya juga menegaskan mesej yang jelas tentang lelaki maskulin yang sentiasa cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan tetapi masih mampu mengekalkan kesegaran sepanjang hari.

ROMANO Metro Pulse dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini semburan untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi. 

ROMANO Prestige menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody.Tarikan utama haruman ini adalah sesn akuatiknya yang menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

ROMANO Classic berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegrana dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.

ROMANO Urbane Attitude difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.

Anda jagan sangsi dengan wangiannya, boleh dapatkan ROMANO Deodorant Spray 150ml dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.

.

2 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Teknik 'mengerang' yang segar ?

Sunday, January 08, 2017 Nazlee Ismail 10 Comments


Aku paling suka kalau nasi lemak ada sambal kerang.. Nasi lemak daun pisang, perghh! memang kelas la aroma daun pisang bergabung dengan sambal kerang.. Fuhh terbaik. Kat tempat aku tinggal sekarang ni masih ada lagi nasi lemak bungkus daun pisang dan nasi lemak kerang dapat beli dengan harga 2 ringgit sebungkus. Kerang dah makin mahal.. Tak dapat dah seringit sebungkus!

Harga kerang agak mahal?


Pagi tadini aku beli sekilogram kerang, saiz sederhana besar dan campur kecik besar dengan harga rm9.50/kg. Pasar ada gak yang jual rm10/kg .. Tengok juga pada saiz kerang tu. Susah nak dapat saiz kerang saiz sedang2 .. Kalau kerang terlalu besar isi dia liat, tak best makan.

Teknik rebus kerang isinya tidak mengecut



Aku baru tau ada petua, mamaD share pasal ni.. Entah la mana dia dapat. Aku share dengan korang yang mana belum tau lagi tu.. Teknik nak bagi isi kerang tak kecut selepas direbus. Untuk makluman bersama.. Kerang mesti direbus elok2 supaya tak sakit perut bila memakannya. Rebus terlalu lama, isi boleh kecut dan tak nampak fresh. Tapi jika rebus sekejap, kerang masih berdarah.. Punca sakit perut dan tak bagus untuk kesihatan.

Jadi, apa tekniknya?
Nak dapatkan isi kerang yang segar tidak mengecut selepas direbus maka hendaklah kerang tersebut dimasukkan kedalam air sejuk (ais kiub). Jangan biar lama atas dapur dan segera sejukkan dalam bekas air berais.

Isi kerang jadi segar dan tak kecut. Kalau masuk dalam sambal atau buat kerabu tauge ke.. Emm memang membangkitkan selera lah.. Kalau kat kedai selalu dorang peniaga tak sempat nak buat gitu.. Maklumlah meniaga kan.. Nak cepat .. Dan yang terbaik masaklah dirumah. Puas hati lagi jimat.



10 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tak susah Bersihkan Rambut Lelaki Hanya Dengan Syampu ELITE MEN, DASHING

Friday, January 06, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments


SINGKIRKAN LEBIHAN WAX dengan HANYA 1 CUCIAN untuk RAMBUT SIHAT MENAWAN


Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan kebiasaannya menjadi tarikan pertama yang menangkap perhatian perempuan! Bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau yang sedang popular masa kini; wax rambut, yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi antara masalah besar yang dihadapi sebahagian besar lelaki hari ini!

Justeru, bagi memastikan rambut benar-benar bersih daripada produk penggayaan, kebanyakan lelaki memilih untuk menambah amaun penggunaan syampu dalam setiap cucian. Ada juga yang menambah bilangan cucian rambut secara harian semata-mata untuk menyingkirkan produk penggayaan rambut yang masih melekat di rambut. Ia berpunca daripada formulasi syampu-syampu di dalam pasaran yang tidak dihasilkan secara spesifik bagi membersihkan produk-produk penggayaan rambut lelaki.

Ramai juga tidak menyedari bahawa meskipun penggunaan syampu secara kerap dengan amaun berlebihan mampu membersihkan rambut, dalam tempoh jangka panjang, ia akan melemahkan kekuatan rambut serta menyumbang kepada kemunculan masalah rambut dan kulit kepala yang lebih serius seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam.

Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk penggayaan rambut secara harian akan mengumpulkan kekotoran yang seterusnya menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam. Ia juga akan membuatkan anda sukar untuk menggayakan rambut.

Sebagai solusi kepada permasalahan ini, ELITE, rakan jenama pendahulu produk penggayaan rambut lelaki telah melancarkan Syampu ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System, yang direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja! Hanya dengan satu cucian, segala lebihan produk penggayaan rambut dapat dibersihkan daripada rambut.
DASHING ELITE MEN

Berdasarkan keputusan yang diperoleh daripada ujian penggunaan melibatkan 150 lelaki, 85% bersetuju bahawa Syampu ELITE Men sememangnya direka khusus bagi menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut secara efektif dengan hanya satu cucian.

SYAMPU ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya anda mahukan rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari! Terdapat dua pilihan SYAMPU ELITE MEN iaitu – Antikelemumur dan Anti Rambut Gugur 
DASHING ELITE MEN

Dengan adanya SYAMPU ELITE MEN Antikelemumur, anda kini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala dan membuatkan rambut sihat dan kuat serta dalam masa yang sama, mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan menggunakan syampu ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan ketinggian cita rasa fesyen anda. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.

Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SYAMPU ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik anda tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, memberikan anda rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Keyakinan akan menjadi milik anda apabila menggunakan syampu ini.

SYAMPU ELITE MEN dijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

Kunjungi laman Facebook Elite by Dashing https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk mengetahui lebih banyak maklumat menarik. ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.


6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Peluang Jana Pendapatan Berganda Melalui Aplikasi Getthiss

Thursday, January 05, 2017 Nazlee Ismail 6 Comments


Pencerahan tentang program GETTHISS

Semalam aku hadir ke BOP (Business Opportunity Preview) di Wisma Getah Asli, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Untuk pencerahan kepada semua yang patut merebut peluang ini, sama sama kita berkongsi ..
BOP 04.1.2017, Wisma Getah Asli KL

Program aplikasi 'GETTHISS' adalah salah satu dari program yang diasaskan oleh syarikat GTC HOLDING EMPIRE BERHD yang berpangkalan di Singapura. Syarikat GTC HOLDING EMPIRE BERHD adalah sebuah syarikat besar yang mempunyai beberapa anak syarikat di bawah rangkaiannya seperti : GTS I.T BERHAD, GETTHISS WEB BUILDER SDN BHD, GTS DEVELOPMENT LTD dan GTS PROPERTY SDN BHD

GTC HOLDING EMPIRE BERHAD menubuhkan dan menjalankan perniagaan pengiklanan internet atas talian yang boleh mendatangkan keuntungan berbillion USD seperti Face Book, Amazon, Alibaba.com, mudah.com, Lazada dan beberapa nama aplikasi lagi. Website ini pada umumnya diketahui telah menjadi nilai beratus juta hingga berbillion USD dalam beberapa tahun sahaja pendapatannya. Untuk pengetahuan anda juga, GETTHISS bukan sebuah syarikat pelaburan, GETHISS menyediakan website pengiklanan atas talian.(online advertizing platform)

Kenapa dan bagaimana boleh menjadi bernilai beratus juta dan berbillion USD?

Hanya dengan 'klik' oleh pengguna internet seluruh dunia. Contohnya setiap kali anda klik untuk melayari website tersebut anda sebenarnya telah memberikan keuntungan kepada pemilik website tersebut.. Anda tentu boleh terfikir berapa ramai orang yang melayari FB setiap hari dan tentu boleh bayangkan berapa banyak kali klik untuk aktiviti sosial dalam website FB. Oleh demikian, inilah  trend world-wide terkini. Betapa untungnya pemilik FB itu sekarang yang telah menjadi billionman dalam masa beberapa tahun sahaja tetapi kita yang melayari website FB tidak dapat apa apa keuntungan melainkan dapat berseronok diatas kekayaan orang la, Jika ada pun hanya sedikit tempiasnya keuntungan dari perniagaan yang kita jalankan di FB, betul tak?

Disebabkan itu lah syarikat GTC holding mengajak anda bersama-sama dalam program untuk menjana pendapatan dalam sektor pengiklanan melalui websitenya www.getthiss.com

Bagaimana GETTHISS boleh memberi keuntungan kepada syarikat dan kepada anda yang menjadi ahli?


Untuk menjadi syarikat yang bernilai ratusan juta USD perlu ada pengikut atau menjadi website yang popular. Untuk menjadi website yang popular dan ramai pengikut perlu mengambil masa yang lama, oleh itu GETTHISS mewujudkan peluang kepada orang ramai untuk menambah pendapatan dengan menjadi ahli dalam GETTHISS. Kalau lihat semalam, full house Dewan di Wisma Getah Asli ini. Datang untuk mendapatkan informasi berkaitan program GETTHISS ini.
BOP 04.1.2017, Wisma Getah Asli KL

Apa kena mengena menjadi ahli dengan menjadi website popular?

Jawapannya; jika anda menjadi ahli GETTHISS sudah semestinya anda akan membuka website tersebut setiap hari untuk melihat aktiviti dan perkongsian program dan secara automatik memberi keuntungan kepada syarikat. Syarikat untung, anda sebagai ahli pun akan untung juga. Semakin ramai menjadi ahli , semakin banyaklah klik di website GETTHIS dan menambah keuntungan syarikat. Syarikat menjadi semakin popular dan akan meningkat nilai saham syarikat. 
Bagaimana caranya anda sebagai ahli GETTHISS yang berjaya?

Di dalam pelaburan getthiss terdapat 3 keuntungan sekiranya anda join / melabur :-
1- Saham getthiss
2- PPSI (pool profit sharing incenvite)
3- RESELLER program

Semua nilai keuntungan di kira dalam mata wang Dollar USA.

Terdapat banyak pakej untuk melabur dalam getthiss dan setiap pakej ada keuntungan yang berlainan.


Setiap kali anda melabur anda akan dapat advertising point, getthiss coin, ppsi, shopping point dan redemption target tidak kira apa pakej yang anda ambil..


Pakej Beginner (rm450)

100 advertising point
100 getthiss coin (saham syarikat)
40 ppsi
10 shopping point

Pakej 1 star (rm4500)

1000 advertising point
1000 getthiss point
400 ppsi
100 shopping point

 Pakej 2 star (rm22500)

5000 advertising point
5000 getthiss coin
2000 ppsi
500 shopping point

Pakej 3 star (rm45000)

10,000 advertising point
10,000 getthiss coin
4000 ppsi
1000 shopping point

Pakej 4 star (rm225,000)

50,000 advertising point
50,000 getthiss coin
20,000 ppsi
5000 shopping point

Pakej 5 star (rm450,000)

100,000 advertising point
100,000 getthiss coin
40,000 ppsi
10,000 shopping point


Advertising point

Point tu anda boleh guna untuk mengiklan apa apa sahaja di laman website syarikat.Dalam masa terdekat ni syarikat akan wujud website pengiklanan yang boleh di muat turun di Google Play Store / Apple play Store

Getthiss coin

Getthiss coin adalah saham syarikat.
buat masa sekarang saham syarikat bernilai 0.10 usd..
Nilai saham akan naik apabila semakin ramai menyertai getthiss sehingga boleh mencecah 5.00 usd

Contoh ; Sekiranya anda ambil pakej 1 star Anda akan dapat 1000 getthiss coin
Nilai seunit = 0.010 nilai semasa sekarang. 
1000 getthiss coin anda akan dapat 100,000 saham syarikat
Kalau dalam masa 1 tahun saham syarikat menjadi 1dollar usa 100,000 × 1 = 100,000 × rm 4 nilai rm = 400,000 Bermakna anda telah dapat rm 400,000 hampir setengah juta. Itu ikut kiraan jika nilai saham menjadi 1 dollar usa..tapi kalau menjadi 5 dollar usa anda kira lah sendiri berapa banyak anda dapat..

PPSI

PPSI adalah Pool Profit Sharing Incentive -keuntungan syarikat dalam 1 hari dan sebanyak 20% akan di berikan kepada pelabur. Terdapat 2 keuntungan di sini..

Pertama keuntungan harian;
Syarikat akan membayar antara 1% sehingga 10% keuntungan syarikat kepada pelabur setiap hari

Contoh ;
Pakej 1 star Pelabur dapat 400 ppsi. 400 x 1.5% (kita kira peratus yang paling kecil syarikat bagi pada kita setiap hari) = 6 usd × rm 4= rm 24 setiap hari anda dapat kalau setiap hari syarikat beri keuntungan 1.5%..lagi tinggi peratus syarikat bagi lagi banyak anda dapat setiap hari Lagi tinggi ppsi anda lagi tinggi keuntungan anda setiap hari
Keuntungan bergantung pada jumlah ppsi dan peratus keuntungan syarikat beri pada pelabur..

Keuntungan yang ke dua;
Setiap hari syarikat akan beri peratus keuntungan,peratus keuntungan itu akan di kira sehingga berjumlah 200% Apabila sudah berjumlah 200%,secara automatik jumlah ppsi anda anda akan meningkat sekali ganda..

Contoh ;
Ppsi 400 Genap 200% ,ppsi anda akan menjadi 800 apabila jumlah peratus genap 200% Anda boleh ambil 800 itu atau labur semula jika ingin mendapat semula keuntungan harian yang lebih tinggi... Kalau anda ambil 800×4 =rm3200 anda dapat Untuk genapkan 200% tu mungkin mengambil masa sampai 5 bulan..dalam masa nak genapkan 200% anda terus dapat keuntungan harian.. 5 bulan x 30 hari= 150 hari 150 hari x rm 24 keuntungan harian anda = rm 3600 3600 + 3200= rm 6800 dalam masa 5 bulan tanpa buat apa apa... 6800 - 4500 modal anda = rm 2100 keuntungan bersih anda selepas 5 bulan melabur Bayang kan pula kalau anda terus melabur tanpa ambil keuntungan anda bila genap 200% selama 2 tahun..berapa banyak anda boleh dapat... Contoh 400 ppsi × 200% = 800 Dalam masa 5 bulan 800 ppsi x 200% = 1600 Dalam masa 5 bulan 1600 ppsi × 200% = 3200 Dalam masa 5 bulan 3200 ppsi x 200% = 6400 Dalam masa 5 bulan Dalam masa 1 tahun 8 bulan anda telah dapat 6400 6400 × 4 = rm 25 600 20 bulan × 30 hari = 600hari 600hari × rm 24 = rm 14 400 14 400 + 25 600 = rm 40 000 keuntungan anda dalam masa 1 tahun 8 bulan..untungkan sebab tanpa buat apa apa anda dapat..

Segala perkiraan di atas adalah contoh, semua bergantung pada jumlah ppsi dan peratus keuntungan yang diberi oleh syarikat


Shopping point

Shopping point ini boleh digunakan untuk membeli barang yang akan disediakan oleh syarikat di bahagian emall di website syarikat

Redemption target

Fungsi dengan shopping point,anda boleh tukar dengan barang yang di sediakan oleh syarikat di redemption di website syarikat.

Reseller program

Program ni membantu sesama ahli menjual cash point.sekiranya anda mempunyai cash point yang banyak anda boleh jual kepada ahli yang lain.anda boleh menggunakan kaedah yang di sediakan di bahagian transfer untuk menjual cash point anda.

Setiap hari shopping point dan getthiss coin akan bertambah mengikut keuntungan syarikat, manakala redemption target akan bertambah sekiranya anda menambah nilai ppsi anda

Itulah pencerahan serba sedikit tentang pelaburan di getthiss. Pelaburan yang pasti menguntungkan pelabur sama ada cepat atau lambat mengikut pakej pelaburan kita dan peratus keuntungan syarikat.

Jika berminat untuk pencerahan, sila wahtsap 017 4009726 (Nazlee6009)

Untuk lebih jelas boleh datang dengar sesi pencerahan (BOP) Business Opportunity Previwe di Wisma Getah Asli, Jalan Ampang Kuala Lumpur (Depan KLCC) jangan lupa cari / call kita jumpa di sana.

Atau boleh tonton youtube (carian 'Getthiss') ini antaranya  : https://youtu.be/eALy9TWKMKI

Pelancaran secara rasmi akan diadakan dalam masa terdekat (aku difahamkan dalam bln Jan 2017). Jangan lepaskan peluang yang ada ini dan program ini bukan scame yer. Getthiss berdaftar dengan SSM, KPDNKK dan mendapat sokongan dari orang-orang kenamaan negara.

Jika berminat untuk pencerahan, sila wahtsapp 017 4009726 (Nazlee6009)
www.getthiss.com

Update maklumat terkini ;

[1/28, 8:30 PM] ‪‬: GILA MEMANG GILA GETTHISS!!!

Semalam company bagi keuntungan GTO 3.69%
Ni keuntungan GTO Harian bukan keuntungan token yer. Hehe

Kita lihat anda dapat GTO 3.69%
100 POSTING POINT ANDA DAPAT 3.69USD
1000 POSTING POINT ANDA DAPAT 36.9USD
10,000 POSTING POINT ANDA DAPAT 369USD

P/S GTO harian berubah ubah.

P/S Setiap unit yang dah menerima pulangan dividen GTO 200% unit tersebut tidak layak lagi menerima dividen seterusnya.

P/S RPP Boleh ditransfer kepada posting point untuk gandakan keuntungan GTO.

P/S Kita boleh beli RPP Daripada orang yang nak jual RPP.

ANDA ADA BERAPA POSTING POINT???
[1/28, 8:39 PM] ‪+60 19-543 1110‬: FUNGSI-FUNGSI BUTANG
PADA  WALLET GETTHISS

GP POINT
GP bermaksud GETTHIS POINT ATAU CASH POINT yang mana GP POINT ini boleh ditunaikan dalam bentuk wang ringgit.

GP point sahaja yang boleh WITHDRAW…GP POINT boleh ditukarkan kepada sepeti berikut

-GP to REGISTER  -GP to SHOPPING  -
GP TO RPP  - GP TO POSTING
GP TO TOKEN 1

 ACTIVATION POINTS  hanya boleh dapat dengan SYARIKAT sahaja,.
digunakan untuk register orang baru (NEWBIE)

REGISTER POINTS  khas untuk register newbie sahaja.
boleh diambil dari GP POINT boleh dipindahkan ke wallet rakan-rakan.
tidak boleh withdraw dengan SYARIKAT.

SHOPPING POINTS  banyak kegunaan
SP ini antaranya beli topap, bayar bil dan lain2 kegunaan lagi,
10% daripada GTO harian akan
masuk ke SHOPING POINT.
shopping points bleh dipindahkan
kepada TOKEN 2 untuk membeli
unit share tambahan.

REPURCHASE POSTING POINTs (RPP)
RPP akan naik melalui
BONUS PENAJAAN@
PAIRING@ MATCHING
RPP WAJIB dipindahkan
ke POSTING POINT jika ada
minimum 10 points dan maksimum 1000 points sehari.

REDEMPTION POINTs  POINT
akan naik selari dengan penambahan posting point.
POINT ini digunakan untuk menukar barang2 yang boleh dilihat di dalam redemption overview.

POSTING POINTs
POINT ini hanya digunakan untuk memuat naik IKLAN sahaja.
boleh dijual kepada kawan2 yang mahu menjual barang dengan harga RM5
untuk satu tapak iklan.

PROMOTION POINTs
promotion point ni akan wujud jika
PIHAK SYARIKAT membuat
PROMOSI seperti MELANCONG ,
PEKEJ UMRAH DAN SEBAGAINYA.

TOKEN 1  hanya untuk membeli
unit share dengan syarikat.
penambahan token 1 boleh
dipindahkan dari GP POINT.
TOKEN 2  hanya untuk membeli unit share di TOKEN 2 BUY PLATFORM.
20% daripada GTO  harian akan
masuk ke TOKEN 2.    

www.getthiss.com         reseller.getthiss.com.my

Sekian serba sedikit.. simpan data ni supaya nanti mudah kita buat
pencerahan new member dan pembaca blog ini.

6 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Puas hati buat sendiri ..tapi kena tau caranya masak telur goyang !

Wednesday, January 04, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments

Alhamdulillah.. 

Sarapan pagi ni simple, mamaD pagi lagi dah jerang banyak air.. Nak buat kopi o dan nak rendam telur ayam. Katanya nak buat roti telur goyang. Hah hari tu kat kedai mamak dia frust sebab tak dapat apa yang dipesan seperti mana dia nak.. pagi ni lepas geram !

Kisahnya.. MamaD ni peminat roti telur goyang atau apa-apa saja tak kira nasi lemak ke..roti canai ke.. mee, bihun atau nasi goreng ke mesti ada telor yang kuningnya separuh masak !
Selalu oder makan kat kedai dapat menu yang boleh katakan tak menepati citarasa.. So geramm katanya !

Buat sendiri makan laki bini dan puas hati.. Kalau korang nak tau cara macam mana nak buat telur goyang tu.. Haa ni dia mudah jer..

Caranya ; Jerang/ masak air sampai mendidih dan lepas tu rendamkan telur ayam ke dalamnya, ingat yer kalau telur ayam baru keluar dari peti sejuk.. Korang rendam 10 minit dan kalau telur yang dalam suhu normal, amik masa 7 minit cukup.. Lebih nanti tak menjadi. Keras kuning tak sedap ! Okay.. Selamat mencuba untuk sarapan pagi.

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kena Pandai Sesuaikan Diri

Monday, January 02, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments


Salam hari ke 2, 2017. Kita kongsi cerita bab rumah tangga pulak.. Semalam 1hb tak sempat nak buat entri.. Sorrylah! Niat memang nak hari-hari ada entri.. Insya Allah..

Bab keluarga dan rumah tangga memang dekat di hatiku. Menyesuaikan diri dalam rumah tangga adalah usaha penting yang mesti diamalkan. Ada orng yang dah lama berkahwin, masih lagi kekok dengan sebelah keluarga mertuanya. Penyesuaian diri ni bukanlah bermaksud, kalau kerja guru mesti kena cari guru jadi pasanngan atau kerani mesti kahwin kerani baru boleh ngam..

Setiap pasangan yang dah berumah tangga hendaklah menghargai pasangan mereka, menghormati kehendak dan kemahuan mereka. Menyesuaikan diri dengan keluarga terdekat terutamanya dan juga teman-teman mereka.

Tanggungjawab Isteri mesti memahami apa kehendak suami, jauhi perkara yang tidak digemari suami, lakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami, macam tu juga sebaliknya suami terhadap isterinya.

Dan perkara yang paling penting, saling bertolak ansur dalam semua perkara terutama soal hati dan perasaan antara suami, isteri dan anak-anak serta keluarga.

Semoga kita semua sentiasa berbahagia dalam lindungan Allah swt.
Ini gambar awal tahun 2017.. Bersama mamaD, Nina dan Hanis

Happy New Year 2017 !

3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.