Santai Bercuti di Hard Rock Hotel Penang

Monday, February 20, 2017 Nazlee Ismail 39 Comments


Dah lama rasanya tak mai bercuti di Penang ni. Kali ni, alhamdulillah berpeluang untuk bercuti ke sini dan lokasi penginapan yang menjadi pilihan aku ialah Hard Rock Hotel Penang yang terletak di Batu Feringhi. Ramai yang kata penginapan di sini agak mahal tapi bagi aku kalau korang pandai pilih tarikh dan masa yang sesuai pasti korang boleh dapat harga penginapan yang berpatutan. Lagipun Hard Rock Hotel (HRH) ni terletak berhampiran dengan pantai, jadi ianya memang menjadi salah satu tumpuan pelancong untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Apa menariknya lagi tentang HRH ini, ianya bukan sahaja dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik, bahkan dekorasi persekitaran samada di luar atau di dalam semuanya cantik dan menarik. Kalau korang seorang peminat muzik pasti akan lebih teruja.

Santai Bercuti di Hard Rock Hotel Penang



Sinonim dengan lagenda muzik antarabangsa, tidak hairanlah kebanyakan dekorasi hotel ni adalah bertemakan gambar penyanyi, kostum dan juga gitar. Secara globalnya HRH hanya terdapat 3 buah saja iaitu HRH Bali, HRH Pattaya dan HRH Penang, namun Hard Rock Cafe (HRC) ada lebih 170 buah di serata dunia. Di Malaysia sendiri ada HRC Kuala Lumpur, HRC Melaka dan HRC Penang. Bagi HRH Penang, konsepnya sangat lain dari yang lain dan menjadi one of the famous hotel in Penang kerana interiornya sarat dengan hiasan konsep 'rock' dan setiap sudutnya pasti dipamerkan pelbagai unsur rock termasuk sejarah, lagenda rock dunia, pakaian, aksesori, dan kenderaan yang mereka gunakan, album rock dulu hingga sekarang serta alatan muzik yang digunakan.

Hard Rock Hotel Penang

Bagi pemilihan bilik pula, terdapat pelbagai jenis pilihan yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian korang. Untuk aku, Lagoon Deluxe menjadi pilihan hati. Haaa, nak tahu kenapa? Sebab hanya dari bilik ni kita boleh terus akses ke swimming pool melalui balkoninya.


Walaupun swimming pool ni berkongsi dengan hotel guest yang lain, tapi kira oklah sebab tak payah nak berjalan jauh-jauh untuk sampai ke swimming pool. Buka saja sliding door dah boleh terus terjun dan berendam dalam kolam. Sangat sesuailah bagi korang yang minat bermandi-manda dan beriadah dalam air kan. Peralatan lain yang disediakan termasuklah tv skrin leper, sistem audio yang hebat dipersiapkan dengan himpunan muzik-muzik rock, himpunan filem dan lain-lain lagi. Abaikanlah keadaan 'huru hara' dalam bilik kami tuu..


Sememangnya, penginapan di Hard Rock Hotel Penang ni sangat awesome! Kemudahan yang disediakan juga menjadi salah satu tarikan kepada para pengunjung. Di mana pengunjung boleh melakukan massage, aktiviti spa, relax di kabana pantai, menikmati poolside bar dan banyak lagi.


Kalau korang rasa macam nak gelapkan kulit bolehlah lepak dekat sun loungers tapi biasanya aktiviti macam tu mat-mat dan minah-minah saleh je yang rajin buat. Hihi. Bagi orang kurang upaya juga, korang jangan nak sedih-sedih sangat ek.. sebab dekat HRH ni ada menyediakan kemudahan untuk orang istimewa. Haaa, OKU pun boleh menikmati percutian yang awesome seperti orang lain juga. Cool kan?

Selain itu, bagi aktiviti malam kalau korang tak mahu lepak bersantai dekat hotel saja, korang boleh berjalan-jalan sambil cuci mata di Batu Ferringhi Night Market yang terletak berhampiran saja dengan kawasan HRH Penang ni. Night market di sini lebih kurang macam uptown dekat KL laa juga tapi still ada yang menarik.


Pasarnya memang agak panjang dan banyak barangan dijual seperti handbag, baju, jam, dan perhiasan. Memang lenguh la nak berjalan tapi okay what dapat tengok tempat orang kan! Boleh juga kalau nak beli buah tangan di sini untuk keluarga dan rakan-rakan sebab harganya juga sangat berpatutan dan masih boleh buat tawar-menawar. Tapi bila dah buat tawar-menawar, jangan pula korang tak beli, nanti tak memasal saja dapat jelingan maut. Huhu.

Cakap pasal makanan pula, korang jangan lupa untuk mencuba segala jenis makanan di Penang seperti nasi kandar, pasembor, char kueh teaw, nasi beriani dan mee sotong serta jeruk Pak Ali. Kalau korang malas nak pergi jalan-jalan cari makan dekat tempat lain, dekat Batu Ferringhi Night Market juga korang boleh menikmati pelbagai local food yang menarik dan sedap-sedap.


Aku sempat cuba makanan favorite aku ni,  Char Kueh Teow Penang. Makanan pilihan aku apabila berada di Penang selain Nasi Kandar. Pastikan korang cuba tau makanan-makanan yang ada, kalau tak nanti takut menyesal dan kempunan pula. Rugilah kalau korang tak cuba tengok dan rasa sendiri pengalaman yang menyeronokkan kat sini. Lagi-lagi tempat dalam negara sendiri kan.

Hard Rock Hotel Penang

So, have fun guys! Menginaplah di Hard Rock Hotel Penang bila korang cuti-cuti di Pulau Pinang nanti. Pasti awesome!


39 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tampil Bergaya Dengan DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX baharu untuk Jejaka

Thursday, February 16, 2017 Nazlee Ismail 1 Comments


Zaman sekarang, hampir semua gaya rambut dipandang sebagai fesyen; panjang, pendek, yang terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”. Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol.

Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan sofistikated, “cool”, lebih digemari dan bergaya. Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mencipta gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

DASHING ELITE ON THE GO HAIR WAX


ELITE, suatu jenama penggayaan rambut lelaki. Jenama pengayaan terulung memahami keperluan seorang jejaka dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax- wax untuk gaya berkekalan!
Dashing Hair wax

Rangkaian ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru.

ELITE menjadikan semuanya mustahil untuk lelaki melangkaui batasan bagi mendapatkan gaya rambut yang mereka inginkan. Dengan pek mudah guna ELITE ON THE GO baharu, si jejaka akan sentiasa bersedia untuk tampil bergaya.

ELITE Hair Wax Gayakan Mengikut Keinginan Anda 


Tampil santai, atau gaya berani, rekaan “rugged”, mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya berkekalan!

Spiky Web mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.  

Wavy Loose menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

Shiny Wet melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!

Rugged Matte untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya. 

Airy Wild (tiada gambar) hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

Awal pagi untuk ke pejabat, rambut dirapikan dengan wax pilihan dari Dashing!
Pilihanku sudah semesti semunya ELITE On The Go Hair Wax, tapi yang paling sempoi ialah Shiny Wet (bekas hijau muda) wangi dan bersinar rambut. Anda pula bagaimana? Cuba lah Hair Wax keluaran Dashing ini. Sememangnya ELITE On The Go Hair Wax menepati citarasa seorang jejaka macho.

ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.  



1 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Tunaikan Solat Di atas Bot Di Lautan

Wednesday, February 15, 2017 Nazlee Ismail 0 Comments

Assalamualaikum..

Terasa terpanggil untuk berkongsi serta menghebahkan info berkenaan kewajiban bersolat khususnya bagi mereka yang berada atas bot di lautan. Sebagai Penyedia Perkhidmatan Pakej Memancing laut dalam dan Pakej Candat Sotong, ini juga merupakan kewajiban kami.. Semoga kita sama2 mendapat faedah dan meraih keberkatan Allah SWT atas kerja yang kita lakukan seharian.
Solat ketika di lautan

Ada persoalan yang bermain2 dalam diri, mungkin anda juga. Permasalahannya sebegini ; "Saya hadapi kemuskilan bagaimana perlaksanaan solat bagi nelayan/pemancing yang turun ke laut/sungai. Adakah boleh jamak @ qasar kerana tempoh yang lama di atas bot. Dan bagainmana kedudukan qiblatnya dan kedudukan untuk solat kerana bot yang bergoyang2 dan sentiasa berubah arah. Kalau bot bergoyang2 adakah boleh solat secara duduk kerana dikhuatiri jatuh ke dalam air? "

Jawapan permaslahan ini juga dipetik dari  blog (http://soalsolatumum.blogspot.my/)

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama, termasuk keempat-empat mazhab, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan.

- Menghadap kiblat di atas bot juga adalah syarat sah solat. Untuk itu, saudara boleh gunakan segala cara syar'ie untuk menentukan arah kiblat, atau berpandukan kepada kompas. Jika saudara telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah saudara beralih arah supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".

- Berkenaan solat secara duduk untuk solat fardhu di atas bot, ia hanya dibenarkan dalam keadaan tidak mampu untuk berdiri. Berdasarkan hadis masyhur, "Sembahyanglah secara berdiri. Apabila kamu tidak mampu hendaklah sembahyang secara duduk...". (Sahih Bukhari no: 1050).

- Berkenaan solat jamak, jika tidak ada sebab syar'ie untuk solat jamak seperti musafir dan sakit, hendaklah menyempurnakan solat mengikut waktu-waktunya. Wallahu A'lam.

Permasalahan sama juga diajukan, dengan sedikit penambahan.. "jika solat dilakukan di dalam bilik/ ruang yang tidak dapat melihat keluar (melihat arah kiblat apabila kedudukan berubah) bagaimana pula caranya? "

Jawapan permaslahan ini juga dipetik dari  blog sama (http://soalsolatumum.blogspot.my/)

Hadith berikut daripada Abdullah Ibnu Umar Radiallahu-anhu di mana telah bertanya seorang sahabat kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Bagaimanakah cara saya bersolat dalam perahu ? Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab: Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam. Hadith di atas adalah sebagai dalil bolehnya bersolat di atas kenderaan tidak kira apa jenis kenderaan itu kerana pelajaran hadith (illat) bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah kebolehan perlaksanaan solat di atas kenderaan.

Kaedah menunaikan solat fardhu di atas pesawat terbang adalah sama dengan kaedah solat di darat. Hanya apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain, iaitu:

1. Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal akan ruang sebaiknya untuk bersolat dan jikalau ruang itu digunakan oleh mereka dalam kesibukan kerja-kerja kabin maka tunggulah hingga kerja mereka berkurang atau selesai. Satu alternatif lain ialah memilih penerbangan dengan syarikat Muslim kerana anak-anak kapalnya akan lebih memahami kehendak kita dan berusaha menolong berbanding dengan syarikat penerbangan non muslim.

2. Jikalau sedang solat dan pesawat bergoyang sedikit maka dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri, mengingatkan kepada sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang solat dengan bersandarkan tiang di kala umurnya sudah lanjut.

3. Jikalau pesawat banyak bergoyang sehingga membimbangkan maka dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat. Jikalau sedang bersolat secara berdiri dan dipertengahannya pesawat mula bergoyang maka teruslah solat dengan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.

4. Jikalau goyangan pesawat adalah keterlaluan hingga terbitnya tanda 'Pasang tali pinggang keselamatan' atau 'Fasten seat belt' maka sebaiknya ialah duduk dahulu dan bersolatlah kemudian apabila suasana kembali tenang. Memaksa diri beribadat sehingga mendatangkan kecederaan bukanlah sesuatu yang dicenderungi agama malah akan dipertangunggkan jikalau kecederaannya itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan ibadah yang lain, meninggalkan amanah tanggungan dan menyusahkan pula orang lain. Jikalau goyangan pesawat berlanjutan sehingga dijangka akan melewati waktu solat (contohnya solat subuh) maka laksanakanlah ia secara duduk di kerusi sendiri.

5. Jikalau tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk. Perintah menghadap qiblat tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Jikalau terdapat dua pilihan, satunya ialah boleh menghadap ke arah qiblat tetapi solatnya harus secara duduk manakala yang kedua ialah boleh solat secara sempurna tetapi tidak dapat menghadap qiblat melainkan di takbir yang pertama maka hendaklah dia mengutamakan solat menghadap qiblat sekalipun secara duduk kerana solat secara duduk sememangnya dibolehkan oleh nas yang jelas di kala kesukaran manakala solat tanpa menghadap qiblat dengan sempurna adalah satu kebolehan yang diijtihadkan.

Semoga kita sama2 memelihara solat dalam waktunya. Utamkan yang lebih utama.

________________________
Pakej Candat Sotong &
Pakej Memancing Laut / Plantar minyak
☎ 0174009726
www.decomplot.com

0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bertambah seri lagi dengan DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL

Tuesday, February 14, 2017 Nazlee Ismail 4 Comments


Masalah kulit wajah aku berminyak dah lama aku alami sejak remaja hingga kini, dulu semasa usia remaja memang tak boleh lari dari masalah jerawat, sampaikan masa amik kertas periksa SPM pun, rasa tak senang dan tenang sebab pipi pedih dan menggerutu... Tapi bila usia sebegini sudah melampaui usia remaja pun, jerawat masih ada hati nak menempek lagi.. Nasib lah semua kertas lulus baik tak ada yang gagal.

Pasal jerawat di mukaku, kadang aku tak kisah pun tapi isteri dan anak2 yang terlebih kisah.. Bukan setakat keluarga aku, kawan pun ada juga yang syorkan produk terbaik yang mereka ada atau pernah guna. Kulit muka aku masih ok la.. Hadoiiyai.. Apa pun aku ucapkan terima kasih.

Faktor utama kulit berjerawat adalah disebabkan aku ni jenis tak jaga pemakanan, kadang pantang tengok makanan berminyak dan berlemak. Huh belasah! Dah makan baru ada rasa sesal sikit.. Sikit jer

Dah kenal pasti pun puncanya, dan ada kalanya aku ni jenis cepat berpeluh.. Kadang2 naik motosikal pergi kerja..  Lalu lalang kawasan pembinaan, memang dapat habuk la kan. Kulit sensitif memang dapat habuan la.. Tunggu sat, tak lama jerawat naik mendadak di muka.

Orang kata bila usia meningkat, kulit semakin 'kebal'. Hahaa kebal lah sangat! tetap ada masalahnya juga, kulit berminyak macam aku hadapi ni sememangnya berisiko tinggi, kulit akan cepat jadi kotor dan mudah ditumbuhi jerawat walaupun kulit dah 'kebal'. Malas dah sebenarnya nak guna losyen bagus2 dan sebagainya. Sekarang ni paling afdal ialah aku akan selalu menjaga kebersihan diri setiap masa.

DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL



Baru2 ni kawan ada syorkan produk DR BEAU ini la.. . Aku dapat.. Lepas tu aku belek2 botol dan dalamnya.. Ada kapsul?, ingat boleh dimakan terus macam tu.. tapi rupanya bukan untuk makan tapi untuk sapu pada kulit bermasalah. Hah cantek ! Aku terus cuba.. Terhasut dengan baiknya.

Kat sini, aku nak ajak korang pulak.. mari la dekat sikit. Aku dah cuba dan sedang menggunakan produk Teja HERBS ni iaitu DR BEAU pure natural skin oil.  Baca info berkenaan kandungan DR BEAU yang dikatakan mengadungi vitamin E yang dapat merawat khususnya untuk kulit berminyak. Terdapat juga kandungan lain yang boleh diguna pakai untuk kegunaan jenis kulit selain kulit berminyak.

-Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
-Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
-Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
-Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
-Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
-Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Ini pula kelebihan DR BEAU :
-Perlindungan daripada sinar UV
Tona kulit menjadi lebih sekata dan cerah berseri secara semulajadi 
-Menggantikan tisu kulit muka yang rosak akibat salah guna produk bermerkuri
-Membantu masalah kulit sensitif, berminyak, kering, eczema dan strechmark.
-Mengatasi masalah jerawat dan jeragat serta parut lama
-Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan
-Menggalakkan sel kulit dan rambut menjadi sihat
-Mengatasi masalah whitehead dan blackhead
-Membantu mengurangkan eyebag dan dark circle di bahagian mata
-Melambatkan proses penuaan
-Sesuai untuk kegunaan luaran sahaja bagi bayi, kanak-kanak,
lelaki dan wanita.

Korang mesti teruja macam aku, aku punyai wajah nampak lebih muda dari usia.. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ya ini bukan aku yang cakap.. Tapi tu lah.. Dan bertambah seri lagi dengan DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL ini. Jangan la takut2 atau risau mencuba sesuatu produk yang bagus macam ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh dapat info melalui;

Website : http://teja.com.my/
Facebook Teja Herbs : https://www.facebook.com/tejaherbs/
Website : http://www.drbeaumalaysia.com 
Facebook Dr Beau Malaysia : https://www.facebook.com/drbeaumalaysia/
Tel : 016-963 3443

4 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Waktu Sesuai Memancing Laut dan Sungai Mengikut Kalender Islam Hijrah

Monday, February 13, 2017 Nazlee Ismail 3 Comments


Suka kepada aktiviti memancing atau menangkap ikan adalah juga dikatakan sebagai hobi sampingan, dan ada juga orang yang sangat tegar meminati hobi sebegini yang selalu dikenali sebagai 'kaki pancing'. Apa pun sama ada kaki atau suka suka minat memancing, perlu kita ambil tahu serba sedikit info berkenaan air, keadaan pasang surut dan yang berkaitan denagn aktiviti memancing sungai  atau laut.

Waktu Sesuai Memancing Mengikut Kalendar Islam Hijrah


Tarikh 12/13/14/15/16hb Hijrah:
Bulan Penuh/Mengambang

1. Selat dan sungai 
a)Arus deras dan tinggi. 
b)Pasang lebih lama dari surut. 
c)Batu ladung 30 keatas. 
d)Tidak sesuai untuk memancing.
2. Laut pantai timur
a)Arus mati yang panjang sebelah malam 
b)Surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
c)Air biasanya keruh sedikit.
d)Sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

Tarikh 19/20/21/22/23hb Hijrah: 
Bulan separuh

1. Selat dan sungai 
a)Pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
b)Tempoh pasang & surut yang sama.
c)Sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb hijrah.
2. Laut pantai timur 
a)Pasang surut arusnya sama iaitu sederhana 
b)Jangkamasa pasangsurut sama.
c)Kadangkala air terlalu jernih dan berkaca 
d)Ikan sensitif pada penglihatan.

Tarikh 26/27/28/29/30/hb hijrah:
Bulan gelap

1. Selat dan sungai
a)Arus mulai besar dengan arus semakin laju 
b)Surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek. 
c)Air keruh terutamanya waktu surut 
d)Tidak sesuai memancing.
2. Laut pantai timur
a)Arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
b)Arus mati tapi pendek sebelah malam
c)Air biasanya keruh sedikit.
d)Sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

Tarikh 5/6/7/8/9hb Hijrah:
Bulan Separuh

1. Selat dan sungai
a)Surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
b)tempoh pasang & surut yang sama.
c)Sangat sesuai memancing terutamanya tarikh 8 dan 9hb.
2. Laut pantai timur
a)Pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)Jangkamasa pasangsurut sama.
c)Air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
d)Ikan sensitif pada penglihatan.

Istilah "air" yang perlu diketahui oleh kaki pancing

-Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain. Biasanya ketika ini juga nelayan akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang. Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat spesis dasar berkarang.

-Air mati tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap yang bergerak di dalam anak sungai. 

-Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

-Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu. Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah spesis yang biasa menghuninya. Kebanyakkannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu ini juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal yang dalam.

- Air Mati
Lazimnya air mati akan berlaku pada 5,6,7,8,9 hb hijrah dan 19,20,21,22,23 hb hijrah .Air mati bermaksud aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter. Perbezaan aras yang kurang sewaktu pergerakan pasang dan surut menyebabkan air bergerak perlahan untuk kedua-dua hala. Pada waktu air mati, air kelihatan jernih tanpa banyak lumpur dan sampah sarap. Air terlalu perlahan dan ikan dipercayai pasif pada ketika ni seterusnya ikan tidak berminat membaham umpan.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran Dan Rezeki dari Tuhan yang Maha Kuasa.
Wallhua 'alam

Info dari group whatapps  KPFW
C&P dari CKT Online Tackle



1. Info Jadual Pasang surut boleh klik sini (http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/kuala-terengganu)
2. Info Pakej mencandat dan memancing boleh klik sini (www.decomplot.com)


3 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Milagro Coffee Patawali kopi pracampuran terbaik

Tuesday, February 07, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments


Rasa pahit kopi asli memang aku suka ! Kalau dapat minum pagi, kiranya semangat nak buat kerja makin bertambah. Badan akan rasa bertenaga.. Huh penagan kopi asli memang best! . Bila hari kerja sebolehnya kita nak cepat, kalau ada kopi pracampuran, Ia lagi memudahkan tugas isteri untuk menyediakan. Kalau isteri pun tak sempat buatkan kopi, kita sendiri pun boleh buat.. Haa.. Apa nak susah-susah.

Ada kopi baharu dengan herba Patawali lagi. Hemm itu nama Patawali pun dah semacam menarik! Tapi aku baru saja tau pasal herba yang dinamakan Patawali ni. Serius namanya buat aku teringin nak tau apa khasiat yang terkandung dalam campuran Milagro Coffee Patawali.
Aku dah cuba.. Setiap pagi dan kadang2 malam pun aku minum kopi ni jugak.. "memang best.. Sedap dan berkhasiat tu yg penting.. Kurang manis!"
Milagro Coffee Patawali juga mampu menjadi penawar kepada Penyakit Kencing manis. Suatu yang menarik untk dicuba, juga untuk dikongsikan info ini kepada mereka yang bermasalah dengan Penyakit Kencing manis. Mesti cuba sendiri minum Milagro Coffee Patawali kalau nak tahu kesannya.

Milagro Coffee Patawali .. dah lama aku mengidamkan kopi pracampuran terbaik !


Mari kita tengok apa lagi kebagusnnya, bukan calag-calang kopi pra campuran yang sudah ada dipasaran. Kopi Ekstrak Patawali ini sesuai untuk mencegah dan mengawal penyakit seperti yang disenaraikan; Kencing Manis, Darah Tinggi, Sakit Sendi, Anti Kanser, Keradangan, Demam Malaria, Batu serta Alahan, Boleh mencergas badan dan Awet Muda.

Milagro Petawali Coffee adalah sejenis minuman berkhasiat serta tinggi antioksidan. Ia juga berfungsi menguatkan Saraf dan Sistem Pertahanan Tubuh, Mengembalikan Tenaga Dengan Segera, Menguatkan Tenaga Batin. Minuman berkhasiat serta tinggi antioksidannya.

Antara testimoni dari pengguna :


Milagro Coffee Patawali Minuman Kesihatan Terbaru di pasaran Malaysia. Produk minuman kesihatan herba Patawali ini terbukti sedap dan berkhasiat. Orang muda-muda pun boleh minum kopi.. jangan risau lah tak jadi nampak tua lah ! korang nampak awet muda lagi tau..

Dan yang penting sekali selain dari awet muda, Kopi Patawali ini juga mampu menurunkan berat badan... haaa ini yang lagi syok !!, part ni memang ramai orang suka.. maklum lah kan!

Jom cuba secawan Millagro Coffee Patawali. (Mmm.. sedap Ekk) ..Sedap lahhh !!

Harga sekotak Milagro Coffee Patawali :
Semenanjung Malaysia RM55 + Postage RM8
Sabah / Sarawak RM60 + Postage RM10

Info lanjut boleh cari di sini :
Instagram: www.instagram.com/milagro_coffee/
Facebook: www.facebook.com/kopimilagro/
Website: www.milagro.com.my

Alamat HQ: No 6 Space U8 Persiaran Pasak Bumi Tamam Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam 40150

No telefon: ☎ 0174009726

5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Sedap Gulai Sembilang.. Sedap juga bila kena sengat Sembilang

Wednesday, February 01, 2017 Nazlee Ismail 5 Comments

Gulai @ Kari Sembilang memang sedap makan dengan nasi putih masih panas. Aroma kari melekat di tangan.. Ada orang tak suka tapi ramai orang yang menggemrinya. Ikan keli dan sembilng nampak fizikalnya seakan sama, namun kedua-duanya ada perbezaan. Ikan Sembilang hidup di air laut masin dan Keli pula hidup di air tawar.

Belanja gambar gulai sembilang ni dulu.. Sat lagi baca pulak pasal macam mana nak kurangkan sakit kena sengat sembilang.. Haa 

Ada penggemar tak kisah pun, samada keli atau sembilang jika dimasak gulai. Orang belah utara panggil kari sembilang ni sama dengan gulai sembilang, sama je benda sama pun. Rasa gulai keli pun seakan sama. Namun tetap menjadi pilihan ramai adalah ikan sembilang. Sedap bagi pandai yang makan!

Abah aku (Pakteh @ Mail) dah bertahun membuka kedai makan di kampung (Kuala Kurau, Perak), sajian lauk pauk utamanya adala menu Gulai Sembilang. Sana memang terkenal dengan makan nasi dengan gulai sembilang waktu sarapan pagi. Ramai yang membuka warong gulai sembilang. Pekan Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya sudah semakin dikenali dengan menu gulai sembilang. 

Sengat Sembilang 


Kisahnya, abah aku ni kerjanya setiap petang/malam dia akan menyiang berpuluh ekor ikan sembilang untuk perniagaan harian. Bila dah selalu sangat 'bermain' dengan sembilang maka selalu la juga beliau terkena sengat sembilang. Bila dah setiap kali kena sikit dan sikit lama kelamaan bisa sengat telah berkumpul dalam darahnya.. Terkejut juga pada suatu haritu beliau tetiba mengadu tangan kanan sakit dan membengkak. Bila dirujuk, pihak hospital memaklumkan ada bisa/racun dalam darah yang disyaki berpunca dari sengatan. Kes ni terjadi beberapa tahun lepas.

PETUA HILANGKAN BISA SENGAT SEMBILANG


Aku sangat berterima kasih kepada penulis asal yang berkongsi petua ini. Boleh juga aku kongsikan dengan korang pembaca di sini. Info yang sangat sangat membantu kaki pancing terutamanya semasa dalam kecemasan nanti. Sangat berguna.. Kita baca langakah2 dalam petua yg dikongsikan  ;


Keluarkan dulu duri ikan yang terlekat pada tempat yang kena sengat.

1) Asam Jawa : Ambil asam jawa, kemudian letakkan di tempat yang terkena bisa sengatan ikan Sembilang tadi, Biarkan seketika, insyaallah bisa dan sakitnya akan hilang.

2) Serbuk Kopi : Ambil segera dua atau tiga sudu serbuk kopi dan masukkan ke dalam cawan. Tuang air sedang mendidih. Kemudian ambil kain dan sapukan kepada bahagian yang terkena sengatan untuk beberapa saat. Bengkak berkurangan dan rasa sakit akan hilang.

3) Kapur Sirih : Sapukan kapur sirih dalam kadar yang sedikit pada sekeliling tempat sengatan itu. Pastikan jangan terkena pada tempat luka akibat sengat itu, hanya sapu pada sekeliling tempat sengatan itu saja. Insyallah bisa akan berkurangan.

4) Limau Kasturi/Nipis : Potong limau menjadi 2 bahagian. Picit tempat kena sengat sampai berdarah. Sapukan limau ditempat itu.

5) Tahan denyut : Untuk melegakan rasa sakit/berdenyut. Didihkan air panas agak2 kulit boleh tahan (jgn sampai melecur pulak) rendam tempat luka sengatan tersebut.

6) Kalau boleh pergilah keklinik atau hospital terdekat until mendapatkan rawatan.

Selamat mencuba, kredit info dari
GelamaPisang.

Makan gulai @ kari sembilang ingat sama aku ni ..dah lama tak dapat merasa .Jom pekena Kari Sembilang Kuala Kurau Perak. sana banyak warong yang super sedap dan murah !

5 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.