Klik baner untuk info :


Hari Konvokesyen Nina

Monday, January 29, 2018 Nazlee Ismail 4 Comments

Hari  Konvokesyen Nina


Tak sabar rasanya menantikan hari konvokesyen Nina. Punya la excited MamaD siap membeli persiapan baru. Ibu mana yang tak gembira kan bila dapat meraikan dan tengok anaknya naik ke pentas. Nina baru saja menamatkan diplomanya dalam bidang Graphic Design. Bidang khusus yang dia minat sangat-sangat. Alhamdulillah berjaya akhirnya. Tahniah buat Nurhusnina.


Ahad lalu, pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah sampai di luar dewan konvokesyen. Lepas je pendaftaran, graduan siap sedia dengan pakaian jubah konvo. Masing-masing busy dengan bunga dan jubah. MamaD jadi tukang bersiap Nina, pakaikan jubah dan mekapkan nina.. alahh make-up sikit aje. Semua nak buat sendiri kan, termasuklah  bunga konvo pun mamaD yang gubah sendiri..


Bunga konvo sengaja tak nak beli di kiosk masa hari konvo tu, saja nak buat sendiri lagi terbaik dan simbolik kata mamaD. Nina suka sangat bunga yang namanya je bunga tapi penuh coklat ferrero rocher haha..


Anak dan mama dah nampak sama besar dan cantik, seronok la mamaD bila ada kawan-kawan kata depa dua tu macam rakan sebaya. Mama nampak muda dari usianya.. :)

Selesai sudah majlis konvo, sempat lagi dua beradik ni bergambar di luar dewan.


Hanis tak lepas peluang berangan, nak juga pakai jubah konvo kakaknya...  semoga dia juga berinspirasi dan menyimpan azam belajar ke menara gading suatu hari nanti In Shaa Allah.

Penat rasanya.. pagi sampai la 2 petang tamat majlis.  Dan..  aku ada pula program lagi sebelah petangnya (open house makan durian)

Sebelum tu kami ke  TS (Time Square) jalan-jalan cari makan.. window shopping gitu haha.. (mampoih kopak la poket abah dia ni).

Nina beli seluar dan baju, Hanis beli 1 baju.. at last nina yang bayarkan sebab dia nak belanja adik dia.  Nina dah kerja dah boleh belanja adik dia selalu.

Adik hanis ni selalu paw kakak dia setiap bulan lepas kakak nina terima gaji  huhu.. adik yang sorang memang macam tu lah kan.. kan.


4 comments:

  1. Bila lagi nak pow kakak kan adik... alhamdulillah..dh grad...tahniah..tak lama lagi pcl terima menantu..ehhhh...hahaha

    ReplyDelete
  2. Cantinya anak PCL, Tahniah Nina

    ReplyDelete
  3. Tahniah nina. Ni kali la nak paw kakak. Hihihi. Tahniah juga untuk mamaD

    ReplyDelete
  4. Tahniah, semoga berjaya dalam apa jua bidang ye

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.