Klik baner untuk info :


Family korang camna pulak pasal makan2 kat luar? Selalu membazir takk

Sunday, February 04, 2018 Nazlee Ismail 5 Comments


Lunch @ OldTown White Cofee hari ni kami berempat sekeluarga. MamaD kata makan luar siang dan makan malam nanti kat rumah la pulak. Ok kami memang faham sebab mamaD dah tak larat masak hari2 untuk kami.. katanya nak berehat :)  


Kak Nina dia kerja, so..  hujung minggu memang ada kat rumah la. Kadang kami selalu masak dan makan di rumah kecuali bila mamaD kata nak makan luar kat mana2 dia suka.. 


Sedap juga menu2 di OldTown White Cofee. Hanis dia memang pakar order makanan, kami tunggu makan.. kopi mesti wajib order dan memang sedap tak terkata!

Makanan Nina, Hanis dan mamaD order ; 

OLDTOWN Ipoh Chicken Hor Fun

OLDTOWN Curry Pan Mee

Meehoon Soup with Fish Ball

Fried Seafood Dumpling Basket




Tapi sedap macam mana pun mesti order makan untuk 3 orang je.. dah tau biasanya tak habis makan kalau setiap orang kami order sorang satu menu. Kalau teringin nak merasa setiap menu tu boleh je share2 makan.. hee . Tak kisah dah.. tak rasa malu kat orang sebelah nak kata pun sebenarnya.. lantaklah kan. Kami kan satu family.. 

Family korang camna pulak.. pasal makan2 kat luar? Selalu membazir takk .. 

5 comments:

  1. Selalu kita share dengan anak kecuali kalau makan pedas la. Tak kisah pun Share kan anak beranak.

    ReplyDelete
  2. Kalau suami saya memang dia akan didik anak supaya sayang makanan dan taknak membazir. Alhamdulillah kalau makan diluar pun macam tu juga

    ReplyDelete
  3. So far family SA order apa jer sure habis makan..hahaha...

    ReplyDelete
  4. Sama! Kalau order air sorang satu mesti tak habis.. jadi order je apa air anak nak, klu tak cukup baru baru topup..

    ReplyDelete
  5. Family saya kuat makan, hehehe. Semua licin. Nasib pinggan ngan cawan takleh telan je, haha.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.