Klik baner untuk info :


Memancing Gelama Di Pelabuhan Klang Utara (North Port)

Monday, February 12, 2018 Nazlee Ismail 3 Comments

Memancing Gelama Di Pelabuhan Klang Utara (North Port)


Ahad lepas pergi memancing di laut.., laut tak berapa dalam airnya tapi rasa cuak jugak la bila naik bot atau sampan saiz kecik. Bila bot besar lalu lalang itu yang buatkan air berkocak, beralun, bot jadi bergoyang ikut alun ombak. Boleh jadi mabuk laut kalau tak tahan. Port Klang Utara lokasi kami dengan 5 orang semuanya termasuk seorang tekong. Target kami nak pancing ikan saiz besar sikit dari biasa.. ikan gelama jugak la tapi nak yang besar. Ada orang panggil ibu gelama. Gelama saiz kecil boleh je pancing kat tepi-tepi jeti tapi kali ini aku menyewa bot di sana.

Pukul 9 pagi kami turun di jeti Kampung Sultan Sulaiman, Port Klang. MamaD pun ikut mancing jugak kali ni.. walaupun dia tak berapa minat tapi niatnya yang sempoi tu, dia nak meneman suami katanya. Kebetulan pula ada kosong ganti tempat orang. Kesian pulak aku tengok mamaD  "baru nak cerah sikit dah gelap balik" kata mamaD nyesal ikut hahaa..


Buang air kecik/besar siap2 sebelum naik bot! aku pesan mamaD kalau boleh tahan 8 jam lebih sebab bot tak ada tandas, orang perempuan masalah sikit bab ni..  Untung jugaklah bot sewa kami ada bumbung kanvas.. boleh la berteduh sikit dari panas mentari..  kalau tak 'meghelit' lagi laa..

Umpan umpun-umpun (spesis cacing tanah air masin, untuk pancing ikan gelama dan ikan2 saiz kecik lain dan umpan udang hidup untuk ikan besar seperti jenahak & kerapu. Kami bukan target sangat ikan besar2. lagi pun lokasi ni bukan mainan 'ikan kasar' macam tu.

North Port Klang, lokasi baik untuk pemancing


North Port Klang, lokasi baik untuk pemancing tapi sejak tahun2 kebelakangan ini pendapatan kaki pancing agak tergugat sebabnya terpaksa melihat penangkap ikan guna jaring, memang kalah la bila orang pukat di lokasi sama jawapannya kaki pancing berputih mata. Balik dengan hasil tak seberapa.. tapi itu lah yang dikatakan rezeki masing2. Lautan yang teramat luas maka  carilah di mana suka dengan usaha dan selebihnya berserah dengan rezeki yang Allah beri.


Lokasi sekitar bot karam menjadi pilihan tekong.  Tempat ikan cari makan di kawasan tukun besi ini menjadi pilihan kaki pancing. Memang best layan ikan gelama dan gerut-gerut. Tak sempat nak rehat lama "tauk dan tarik tak berenti". Memang tak terasa panasnya cuaca di lautan pabila ikan asyik memakan umpan. 


Bertukar-tukar lokasi bila lokasi yang diduduki sunyi sepi dari rentapan ikan. Masa yang sesuai untuk pemancing pula makan makan. Saat ini baru lah terasa lapar dan dahaganya. Bekalan nasi lemak sambal telur mata cukup meyelerakan.. terasa nak makan lebih tapi risau pulak nanti perut meragam, mana pulak nak melepaskan hajat.  Boleh jah kalau kau !..  sendiri mau ingat lah macam mana keadaanya.

Sebahagian dari hasil. Target gelama memang dapatlah gelama.. alhamdulillah. Ikan gelama ni kalau rajin la kan, buat ikan masin memang terbaik. Dan kalau nak buat lauk goreng kicap pun best jugak ! Ikan segar memang manis isinya.



Kalau korang tanya aku, berbaloi ke tidak menyewa bot pancing? Jawapannya senang aje. ikan boleh beli  di pasar tapi pengalaman tak jual di sana. Kan? Pengalaman yang dirasai itu tiada nilanya. Bagi orang yang betul minat atau hobinya memancing boleh faham semua ni. Umpama kita melihat orang yang hobinya  memikat burung Tekukur. Kita kata dalam hati, tak bosan ke dia tu duduk ternanti dalam semak lama2.. haa korang fikir sendiri lah. Macam-macam lagi andaian kalau bukan itu minat kita..

Trip mancing akan datang tak pasti lagi bila.. aku join hobi orang 'berduit lebih' ni mesti poket kita pun berisi selalu. Bak kata pepatah melayu, 'Ukur baju di badan sediri'.. tengok pada bajet juga la kan.. apa pun yang kita buat perlu ada sokongan dari keluarga dan bukannya kongkongan ! Biakan je suami nak pergi memancing.. jadilah isteri yang selalu ingatkan suaminya soal keselamatan.. dan terpenting, isteri doakan yang baik2 untuk suami.

P/s .  Hari ni bawa isteri pi mancing esok lusa pi shopping pulak haa baru la best hidup kan gitu.. 




3 comments:

  1. Wah, bawak mem g mancing. Bestnya. Tgk ikan pun segar bugar....

    ReplyDelete
  2. tetiba terkenang ikan gelama bengkak aka ikan gelama jeruk arwah nenek huhuuuu sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Part makan ikan fresh tu best part nak bersiang tu ala...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.